Monday, July 18, 2011
Friday, July 15, 2011
CERAMAH SSDE DI DUN SUNGAI AIR TAWAR
Sunday, July 10, 2011
ANDAI SEMUA INI TURUN KE JALANAN...
10 jULAI 2011, Gambar-gambar sekitar Majlis Penerangan Perdana oleh PM dan SAC Dr. Abdul Rahman Ismail Bahagian Penyelidikan Bukit Aman untuk menerangkan 4 isu semasa yang melanda negara, iaitu isu Teoh Beng Hock, isu Altantuya, isu Kristianisi dan Isu Bersih 2.0.
Pada 9 Julai, Sidang turut turun ke KL sebagai pemerhati dan ingin mengambil kesempatan berterima kasih kepada pihak berkuasa atas kecekapan dan ketegasan mereka. Bayangkan dengan sekatan yang meluas mereka yg berkampung dari awal boleh berkumpul sektar 6000. Jika benar 300 000 berjaya dicapai, sudah pasti KL akan senasib dengan Thailand dan Timur Tengah. Layanan polis kepada penunjuk perasaan sehingga menyediakan makanan buffet juga sewajarnya tahanan tidak melabel sebagai zalim dan sebagainya KLIK Gerakan Timur

Sidang juga sedih melihat warga emas, muslimah seagama sidang diheret. Dialek percakapan rata-rata dari Kelantan, Terengganu, Kedah dan lain-lain. Sehingga ada yang meninggal dunia. Takziah dan Al-Fatihah. KLIK.

Ironinya, manakah kelibat juak-juak DAP seperti Karpal Singh, Lim Guan Eng, Theresa Kok, Ronnie Liu, Nga Kor Ming dan lain-lain ketika warga emas ini bergolok bergadai untuk kepentingan mereka. Sedarlah saudara-saudara ku..
Tahniah kepada DS Najib kerana menangani kelakuan puak-puak ini. Kembali kepada gambar di atas, DS boleh sahaja mengerahkan semua wakil UMNO dan 70 NGOs seperti pihak bekas tentera, persatuan silat, pengakap, pertubuhan Islam, Melayu dan lain-lain untuk mengerah pengikut masing-masing berlawan. Namun, beliau bijak mengawal pengikutnya agar tidak termakan provokasi DAP yang jika terlena sudah pasti menyaksikan pertembungan sesama Islam. Semoga insiden ini menjadi iktibar pada kita semua.
Saturday, June 18, 2011
PERHATIAN - JADUAL 19 JUN UNTUK SEBARAN
KOORDINAT GPS : 3.161753 101.7012131. PELANCARAN GERAK AMAN ANJURAN 37 NGO ISLAM, MELAYU
TEMPAT : KELAB SULTAN SULAIMAN, KG. BARU, KUALA LUMPUR
(TEMPAT TERKAWAL DAN TIDAK MENGGANGU KAWASAN AWAM)
WAKTU : 3 HINGGA 5 PETANG
TARIKH : 19 JUN 2011 (AHAD)
STATUS : MENDAPAT PERMIT POLIS IPD DANG WANGI. SEMUA DIJEMPUT HADIR.
Sumber : Blog Mahaguru58
2. CERAMAH SELAMATKAN SELANGOR 19 JUN
Sumber : Blog SSDETuesday, June 14, 2011
BERSIH ATAU BERUSUH? FAKTA SEBARAN AM

Bersihkan dahulu pemilihan PKR. Benarlah P.K.R- Pakar Kelentong Rakyat, P.A.S - Penyokong Aku Sediakan dan D.A.P - Dua-dua Aku Pergunakan.Sebelum itu memetik Blog Nasionalis 1982
1. Pada PRU 12, Pakatan Rakyat berjaya tawan 4 negeri di Semenanjung Malaysia.
2. PAS berjaya kekalkan pemerintahan di Kelantan sejak pilihanraya umum tahun 1990.
3. Pakatan Rakyat berjaya mengurangkan undi popular BN pada PRU12 dengan begitu drastik.
4. PAS berjaya merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu daripada BN pada pilihanraya kecil tahun 2009. Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut memperolehi 32,833 undi untuk menewaskan calon UMNO yang mendapat 30,552 undi.
5. Wan Azizah letak jawatan ahli parlimen Permatang Pauh. Kemudian, dia beri jalan kepada Anwar untuk bertanding kerusi parlimen Permatang Pauh. Walaupun diberi saingan sengit, PKR tetap menang bergaya dengan menewaskan calon UMNO, Arif Shah Omar. Ironinya, kemenangan PKR itu disambut dengan majoriti lebih besar iaitu 15,671 undi berbanding 13,338 undi pada tahun 2008.
6. Pakatan Rakyat berjaya runtuhkan tembok BN dalam pilihanraya kecil Sibu. Calon DAP, Wong Ho Leng menang dengan majoriti 398.
7. Pakatan Rakyat berjaya memenangi 16 kerusi DUN dalam pilihanraya negeri Sarawak. DAP 12, PKR 3 dan Bebas 1.
Tuan-tuan, buka mata luas-luas. Lihat dan fahamilah tindak tanduk BERSIH. Tengok apa yang mereka telah capai dalam PRU12. Adakah sistem pilihanraya yang sedia ada ini kotor?
FAKTA YANG TELAH DIJAWAB OLEH PENGERUSI SPR
Memetik Blog sahabat Anak Seberang
"SAYA tidak suka panggil ia Bersih... saya lebih gemar panggil ia kumpulan, sebab ia ada agenda.
"Sebarang demonstrasi tidak akan selesaikan masalah. Demonstrasi ini tidak akan meluluskan pindaan kerana kerajaan sedia ada tidak ada majoriti dua pertiga. Saya pun sudah jelaskan kepada Ambiga (Ketua Pemantau Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil atau Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan) dalam surat saya dan pertemuan secara panjang lebar tapi dia ni masih tetap mendesak supaya dipinda peruntukan peraturan SPR ikut kehendaknya."
Demikianlah reaksi Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof mengulas rancangan Bersih yang disertai parti-parti pembangkang dan badan bukan kerajaan mahu menganjurkan tunjuk perasaan pada 9 Julai ini di ibu negara yang kononnya menuntut pilihan raya lebih adil dan bersih.
Sebenarnya, sekitar Disember tahun lepas, Ambiga dan gerombolannya ada bertemu dengan Abd. Aziz; dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar serta para pegawai kanan suruhanjaya itu. Ambiga dikatakan datang bersama sembilan yang lain seolah-olah hendak mengajar cara kerja SPR serta membangkitkan semua isu pilihan raya dalam perspektifnya. Ambiga datang seolah-olah dia pakar dalam kerja SPR.
Abd. Aziz yang baru pulang ke tanah air dari mengerjakan umrah kelmarin memberitahu Utusan Malaysia di Putrajaya semalam bahawa SPR sendiri terkejut dengan ceteknya pengetahuan Ambiga apabila dia membangkitkan isu tentang pendapat Bersih bahawa tiada halangan untuk dibenarkan pendaftaran pengundi secara automatik.
Ambiga bertanya kepada SPR kenapa tidak dibuat pendaftaran automatik, maka dijawab Abd. Aziz bahawa Malaysia perlu meminda Perlembagaan dahulu. Namun, dibalas oleh Ambiga, tak perlu.
"Saya terkejutlah, takkan Datuk Ambiga tak tahu bahawa Perkara 119 (4) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa pendaftaran menjadi pemilih perlu dibuat secara memohon."
Menurut Abd. Aziz dengan ketika ini hendak meminda Perlembagaan memerlukan majoriti dua pertiga, maka bukan sesuatu yang mudah untuk sesuatu pindaan itu dibuat.
Pengerusi SPR itu turut menjelaskan satu persatu bagi menjawab rasa tidak puas hati Ambiga atau lebih tepat lagi 'Bersih' sehingga merangsang pertubuhan itu untuk menggerakkan demonstrasi haram bulan depan.
Antaranya tentang desakan supaya dibersihkan senarai Daftar Pemilih sedangkan senarai pengundi berdaftar dibersihkan SPR sepanjang masa.
Ada tiga cara. Pertama, nama mereka yang telah meninggal dunia dikeluarkan daripada senarai pengundi. Ia memerlukan kerjasama rapat antara SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Justeru, SPR memerlukan kerjasama daripada waris si mati yang perlu mengambil sijil pengkebumian yang dikeluarkan oleh polis sebelum ke JPN untuk mendapatkan sijil mati. Waris kemudian bawa sijil mati ini ke SPR untuk tindakan. SPR sendiri tidak boleh sesuka hati memotong nama seseorang pengundi.
Kedua, pembersihan melibatkan alamat mengikut kad pengenalan. Mengikut undang-undang pendaftaran, seseorang yang tinggal di satu-satu tempat selama tiga bulan atau lebih, harus menukar alamat tempat tinggalnya menerusi JPN.
Kemudian dimaklumkan kepada SPR sebab SPR hanya mendaftar pengundi mengikut alamat dalam kad pengenalan (MyKad). Contohnya, jika seseorang tinggal di Kuala Lumpur tetapi mengundi di Pulau Pinang, itu bermakna senarai pengundi kita tidak boleh dibersihkan.
Abd. Aziz menjelaskan, dalam kes ini, jika orang kuat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri hendak membantu SPR, maka dia kena tukar tempat mengundi ke tempatnya tinggal sekarang di Segambut.
"Macam saya dulu mengundi di Ampang tetapi disebabkan kini saya bermastautin di Seksyen 7, Shah Alam, maka saya tukar tempat mengundi ke situ," katanya.
Namun, kata beliau, jika berbeza tempat tinggal dan kawasan mengundi pun, ia tidak akan mendatangkan masalah kepada SPR.
"Ya, pengundiannya masih sah tetapi situasi inilah menyebabkan timbulnya tuduhan wujud 'pengundi hantu' dalam daftar pemilih seperti mana didakwa parti-parti pembangkang. Sebenarnya istilah 'pengundi hantu' tidak wujud, sebaliknya berpunca daripada keengganan pengundi menukar tempat mengundi seperti mana alamat tertera di dalam kad pengenalan.
"Mengikut perkiraan SPR, peratus mereka berpendirian seumpama ini melebihi 50 peratus. Sebab itu, kita lihat apabila pilihan raya kecil sahaja, beribu-ribu orang balik ke kampung untuk mengundi.
Tegas Abd. Aziz, Malaysia tidak boleh melaksanakan pendaftaran secara automatik. Pertama, kerana ia memerlukan pindaan Artikel 119 Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana pendaftaran sebagai pengundi dibuat secara memohon.
"Jika daftar secara automatik seperti mana yang selalu digesa oleh parti-parti pembangkang, maka akan kacau-bilau negara ini. Ini kerana semakin ramai orang tidak dapat mengundi kerana kawasan tempat mengundi dan alamat tempat tinggal tidak sama.
"Ini juga kerana pengundian dibuat berdasarkan alamat dalam kad pengenalan. Justeru, ia mengakibatkan peratusan keluar mengundi akan berkurangan sehingga bawah 50 peratus. Situasi ini berlaku di Bosnia Herzegovina apabila pendaftaran mengundi dibuat secara automatik tetapi pengundian tidak diwajibkan. Akibatnya, peratus keluar mengundi menurun mendadak bawah 50 peratus," katanya.
Demikianlah juga apabila Bersih mendesak supaya kelayakan mengundi dikurangkan dari usia 21 tahun kepada 18 tahun. Dengan jumlah sekarang sahaja menyaksikan sebanyak empat juta belum mendaftar, inikan pula apabila kelayakan itu dikurangkan kepada 18 tahun.
Risikonya, kata Abd. Aziz jika dua perkara itu dilaksanakan, parti-parti pembangkang di negara ini akhirnya akan menuduh SPR macam-macam.
"Kata SPR bodohlah, desak Pengerusinya letak jawatan. Inikan bila empat atau lima orang tidak boleh mengundi, sudah lempar macam-macam tuduhan. Nanti kalau dikuatkuasakan pendaftaran automatik, tak tahu apa pula diburuk-burukkan SPR ini," kata Abd. Aziz.
Beliau turut menolak kecaman Ambiga bahawa kononnya SPR kendaliannya tidak berbuat apa-apa dalam menangani isu rasuah semasa pilihan raya.
Tegasnya, SPR menjalin kerjasama bestari dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam membanteras rasuah pilihan raya dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula untuk kes jenayah dan kekecohan ketika kempen.
"Jika tidak ada kemahiran tetapi kita tetap laksanakan, kemudian kita gagal dan malu sendiri. Apatah lagi sekarang ramai sangat peguam yang 'pandai'. Jadi, kita kena bijaksana dalam soal 'menggigit' kerana sekarang yang 'hitam boleh jadi putih' dan 'yang putih boleh jadi hitam' apabila sesuatu kes rasuah disebut di mahkamah.
"Macam kes Datuk Zaid Ibrahim bangkitkan dakwaan rasuah di Hulu Selangor, mahkamah pun tolak kes itu... jadi, kalau nak menggigit, Ambiga mesti pastikan gigitan itu tepat dan ada kesan," katanya.
Dalam soal ini, tegas Abd. Aziz, SPR menggesa rakyat Malaysia menolak sama sekali rancangan pembangkang mahu mengadakan perhimpunan Bersih.
"Ia bukan 'Bersih', kalau pilihan raya kita tidak bersih masakan pembangkang boleh menang lapan daripada 16 pilihan raya kecil di negara ini sejak Mac 2008.
"Apakah jika pembangkang menang semua sekali kerusi dalam 16 pilihan raya kecil itu, maka demokrasi dikatakan telah bersih... jika itu tanggapannya, SPR serahkan kepada rakyat Malaysia untuk menilainya," kata Abd. Aziz.
SIAPA PENGERUSI 'BERSIH' YANG PENGIKUT PAS MESTI KENAL
Mereka guna nama BERSIH. Tapi sebenarnya amat kotor dan jijik. Semua benda mereka nak disalahkan. Sistem, kerajaan, peraturan. Semuanya salah belaka. Bersih hanya apabila mereka menang?

Ambiga adalah bekas Presiden Majlis Peguam. Beliau terlibat dalam perkara-perkara seperti berikut:
- Pembela dan Peguam yang paling kuat mempertahankan Lina Joy
- Pendokong dan Penggerak IFC (Interfaith Commission)
- Pro kepada kes-kes murtad
- Menyeru rakyat Sarawak melakukan seperti keadaan di Tahrir Square, Mesir
- 9 Ogos 2008, melalui Majlis peguam menganjurkan forum "Forum Memeluk Islam" yang mengupas isu Kes R.Shubashini yang mengundang provokasi kepada umat islam KLIK
Monday, June 6, 2011
Tuesday, May 31, 2011
FAKTA PELARASAN TARIF ELEKTRIK
Fakta grafikal kesan pelarasan tarif elektrik.Siapa yang suka apabila harga barang naik walaupun tidak setinggi keadaan semasa. Namun kita juga perlu menilai fakta yang diberikan seperti isu harga minyak sebelum ini KLIK. Walaupun agak klise, Sidang berharap pihak kerajaan dapat mengekang sebarang kenaikan melampau harga barang oleh sesetengah pihak yang mengambil kesempatan. Selain itu, sidang mengharapkan dasar ke arah negara berpendapatan tinggi akan dipercepat dan menjadi keutamaan pimpinan selain toleransi yang mengambil kira keadaan rakyat marhaen. Dan usul yang dibawa oleh Ketua Pemuda ke Perhimpunan Agung 2011 agar mengekang kenaikan minyak amat kita hargai demi kepentingan rakyat walaupun berhadapan kenaikan global.
Kembali isu tarif elektrik, setelah berunding dengan Majlis Ekonomi Negara, mengambil kira penggunaan domestik, kenaikan hanya dirasai oleh mereka yang bil melebihi RM77 sebulan. Dari nilaian diri dan masyarakat, mungkin sampai masanya kita belajar menjimatkan elektrik kerana sekarang mungkin kita kurang menghargainya..
PENJELASAN TNB.
Menjelang 1 Jun 2011, TNB menanggung kos gas asli pada kadar RM13.70/mmBTU*. Peningkatan sebanyak 28 peratus berbanding harga semasa iaitu RM10.70/mmBTU*, berdasarkan keputusan kerajaan untuk menyemak mekanisme harga gas asli yang mencerminkan harga pasaran. Penyemakan akan dibuat setiap enam bulan.
Disebabkan peningkatan gas asli, bil TNB juga akan meningkat kepada lebih kurang RM1.5 bilion setahun.
Harga arang batu, yang menyumbang kepada 48.3 peratus kos tenaga oleh TNB juga telah meningkat. Arang batu kini dijual pada US $120 per tan berbanding US $85 per tan pada 2009.*mmBTu - million metric tonne for British Thermal Unit. BTU adalah unit pengiraan asas bagi tenaga panas.
Satu BTU bersamaan dengan jumlah tenaga yang diperlukan bagi memanaskan satu pin air berdasarkan ukuran satu darjah Fahrenheit pada titik tertinggi.
SELANJUTNYA SILA LAYARI TNBBUZZ.COM
Subscribe to:
Posts (Atom)