Friday, June 11, 2010

APCO...


Siapa Tiru Siapa???

3 ORANG DARI 50 PANEL PENASIHAT, YANG DIWAR-WARKAN APCO MEMPUNYAI 3 "LEMBAGA PENGARAH" ISRAELIS...INI ANWAR PUNYA KEPAKARAN AMBIL SEKERAT-KERAT, TUKAR PERKATAAN DAN BAKAR SENTIMEN!!!!

APAKAH ITU ONE ISRAEL?

Konsep One Israel telah diumumkan oleh Yitzhak Yitzhaky pada 14 Oktober 1980 sebagai langkah menarik perhatian rakyat Israel bagi pilihanraya yang akan berlangsung pada 1999. Konsep One Israel diisytihar sebagai menunjukkan gabungan tiga parti utama Israel iaitu Labour, Gesher dan Memad.

Kemudian, One Israel diperkuatkan semula oleh pemimpin Parti Buruh iaitu Ehud Barak dalam persediaan menghadapi pilihanraya Israel 1999Konsep One Israel yang diilhamkan mengabung 3 parti yang mempunyai fahaman berbeza, Parti Buruh (Parti Sekular), Parti Meimad (Parti Golongan Elit), dan Parti Gesher (Parti Keagamaan). Dengan pelancaran konsep One Israel, Barak mengharapkan Parti Buruh berjaya menarik sokongan rakyat Israel.

Namun begitu, gagasan One Israel yang dipromosikan Parti Buruh tidak bertahan lama. Pada tahun 2000, Barak telah menyertai perjanjian Camp David bersama Yassir Arafat. Tindakan Barak menyebabkan salah satu parti gabungan iaitu Parti Gesher menarik diri. Keluarnya Gesher dari gabungan menyebabkan berakhirnya gagasan One Israel yang dipromosikan Parti Buruh selama ini.

Rumusannya konsep 1 Israel adalah gabungan , kerjasama dan pakatan 3 buah parti politik demi tujuan pilihan raya di Israel. Kebetulannya Pakatan Rakyat juga terdiri daripada 3 buah parti yang bergabung dari 3 latar berbeza , bekerjasama dan berpakat demi tujuan pilihan raya dan politik bukan untuk rakyat.

1 Malaysia adalah Perpaduan Kaum dan bukannya Perpaduan Parti Politik

Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS , DAP dan PKR adalah Perpaduan Parti Politik.

BENARKAH 1MALAYSIA DIPENGARUHI ISRAEL?

Terima kasih pada Telukbelanga.blogspot.com,

Beliau mendakwa gagasan “1Malaysia dipengaruhi oleh Israel melalui khidmat syarikat perunding komunikasi antarabangsa Apco Worldwide (Apco) yang dipilih kerajaan. Ahli Parlimen Selayang (William Leong Jee Keen) pula menambah, dalam satu artikel yang dihasilkan bersama Unit Penyelidikan Parlimen Parti Keadilan Rakyat (KPRU) dan disiarkan dalam Malaysian Insider.

“Artikel tersebut mendakwa ketuanan Melayu mempunyai persamaan dengan Zionis di Israel”.

Isu Apco memberikan ruang kepada beberapa pihak untuk mengambil kesempatan menangguk di air keruh untuk menyerang dan menyemai kebencian kepada “UMNO”. Terdapat gerakan di laman web sosial “facebook” seperti “gerakan sejuta rakyat yang mahukan Apco keluar dari Malaysia” serta “UMNO Love Apco & Israelyang menyifatkan UMNO sebagai pihak yang bertanggungjawab memberi ruang kepada Apco untuk masuk ke Malaysia. Dakwaan tersebut dilontarkan ekoran tindakan kerajaan menggunakan khidmat perunding komunikasi global Apco dalam menyalurkan maklumat mengenai segala misi dan visinya.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pembangkang akan terus mengaitkan pelbagai tindakan kerajaan dengan Israel seperti mana yang dilakukan dalam isu Apco.

''Sebelum ini terdapat tuduhan ada perisik Israel di Bukit Aman. Itu tidak benar," katanya lagi.

Apco yang membuka pejabatnya di Malaysia pada tahun lalu mempunyai pengalaman 25 tahun dalam memberikan khidmat komunikasi strategik kepada 29 buah negara dan organisasi seperti Bank Dunia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kesatuan Eropah (EU) dan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN).

Apco mempunyai seramai 50 anggota Majlis Penasihat Antarabagsa (IAC) dari pelbagai latar belakang dan pengalaman termasuklah bekas duta, pemimpin negara dan penasihat pelbagai badan dan organisasi dunia.

Daripada 50 anggota berkenaan, tiga penasihat mempunyai pengalaman bekerja dengan Israel iaitu “Doron Bergerbest-Eilon” yang pernah menjadi pegawai kanan di Agensi Keselamatan Israel, “Itamar Rabinovich” yang pernah berkhidmat sebagai duta Israel ke AS dan menjadi presiden Tel Aviv University dan “Shimon Stein” iaitu bekas Duta Israel ke Jerman.

Tiga penasihat ini menjadi sasaran pembangkang untuk mengaitkan Apco dengan Israel. Bagaimanapun, majoriti daripada mereka iaitu lebih 40 penasihat Apco yang lain mempunyai latar belakang yang pelbagai.

Antara penasihat Apco yang lain ialah bekas Menteri Rusia, “Igor V.Kostikov”; bekas presiden Poland, “Aleksander Kwasniewski”; bekas Duta India ke AS, “Lalit Mansingh” dan bekas Duta Mexico ke United Kingdom (UK), “Andres Rozental”.
Penasihat lain ialah bekas Pengerusi China Ocean Shipping Company America, “Gao Weijie”; bekas Duta Mexico ke United Kingdom, “Andres Rozental” dan bekas Duta Sri Lanka ke AS, “Devinda R.Subasinghe”.

Turut menjadi penasihat Apco ialah pensyarah felo di London School of Economics and Political Science, “Maurice Fraser”; bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Kellogg, “Carlos Gutierrez” dan bekas pengerusi majlis Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), “Sergio Marchi”.

Apco juga pernah menafikan kaitannya dengan Israel dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam laman web www.apcoworldwide.com bertarikh 18 Mac 2010.

Apco menjelaskan bahawa syarikat berkenaan tidak pernah mewakili kerajaan Israel mahupun Perdana Menteri, Ehud Barak.

''Apco tidak pernah terlibat dalam kempen perhubungan awam berkaitan konsep One Israel dan segala kenyataan yang dikeluarkan di Parlimen Malaysia mengenai penglibatan Apco dalam kempen tersebut adalah palsu," tambah kenyataan berkenaan.

Jelas kenyataan tersebut, dalam tahun 2009 Apco diminta untuk membantu kerajaan Malaysia selain berkongsi pengalaman mengenai pembangunan komunikasi strategik di Eropah, Amerika Utara dan Afrika.

''Tugas-tugas yang dilaksanakan Apco termasuklah memberikan khidmat sokongan komunikasi dalam pelbagai inisiatif yang diambil oleh kerajaan Malaysia termasuklah mewujudkan pekerjaan, mempromosikan pendidikan dan memantapkan penyampaian pelbagai bentuk khidmat kepada rakyat.

''Apco rasa bangga dengan peluang yang diberikan oleh kerajaan Malaysia dalam membantu melaksanakan tugas penting ini," tambahnya.

Kata kenyataan yang sama, 1Malaysia dilahirkan oleh Perdana Menteri sebelum menggunakan khidmat Apco.

''Apco tidak memainkan sebarang peranan dalam mewujudkan konsep 1Malaysia, konsep berkenaan digubal dan diumumkan sebelum khidmat Apco diambil," jelasnya.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari laman web Apco, khidmat syarikat berkenaan di Tel Aviv, Israel ialah membantu syarikat-syarikat Israel dalam menstrukturkan pelaburan, menjalankan tanggungjawab korporat dan pemantauan media melalui penyelidikan serta khidmat analisis.

Tidak ada maklumat yang menyatakan mengenai One Israel.

''Apco menjalankan peranan mewujudkan jaringan di antara masyarakat Yahudi di seluruh dunia. Kami menawarkan khidmat memberikan kefahaman mengenai perhubungan awam masyarakat Yahudi, membantu pelanggan berhubung dengan rakan yang sesuai dan menyatakan mesej mereka secara kreatif dan efisien," jelas kenyataan tersebut.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini dilaporkan berkata, beliau tidak hairan dengan langkah pembangkang yang terus memainkan isu Apco dalam kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor yang bakal diadakan.

"Apco adalah sebuah syarikat bertaraf antarabangsa yang dilantik oleh kerajaan bagi membolehkan Malaysia lebih dikenali dunia. Syarikat itu bukan syarikat zionis atau Israel. Untuk melakukan tugas memperkenalkan Malaysia, ia bukanlah satu tugas yang mudah, oleh itu kita memerlukan syarikat yang profesional melakukannya.

"Kita hendak memberikan gambaran yang betul kepada dunia, apa itu Malaysia sebenarnya. Pembangkang sengaja memutar-belitkan fakta jadi mereka sebarkan dakyah kononnya 1Malaysia sama dengan One Israel dengan mengaitkan Apco," katanya.

Sebagai sebuah organisasi berteraskan komunikasi dan perhubungan awam Apco semestinya mengutamakan profesional tanpa dipengaruhi sebarang ideologi.

Tidak dinafikan terdapat penasihat yang mempunyai kaitan dengan Israel dalam Apco. Bagaimanapun, ia tidak bermaksud Apco merupakan satu organisasi yang berorientasikan Israel.


APA CERITA HUBUNGAN ANWAR DGN ISRAEL?? PAS FOR ALL DAN DAP DENGAN MIDDLE MALAYSIAN (MIDDLE ISRAEL??)

No comments:

Post a Comment