Saturday, September 14, 2013

34 PERKARA HADIAH BUAT MELAYU & BUMIPUTERA

Banyak lagi perkara tersirat buat Melayu/Bumiputera.

Fokus Pemerkasaan Pertama:
Mendaya Modal Insan Bumiputera.

1. Memperbanyakkan Program Latihan Peningkatan Kemahiran.

2. Mempergiatkan Program Latihan Semula atau Re-Skilling.

3. Mempergiatkan Skim Latihan 1Malaysia, Program Kebolehpasaran Graduan dan Program Peneraju Skil.

4. Memperluaskan Program Pendidikan Lepas Ijazah melalui Jabatan Perkhidmatan Awam, MARA dan agensi berkaitan.

5. Program Peneraju Profesional di bawah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB) diperluaskan.

Fokus Pemerkasaan Kedua:
Memantapkan Pemilikian Ekuiti Bumiputera Dalam Sektor Korporat.

6. Melancarkan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) dengan suntikan pelaburan 10 bilion unit saham.

7. Mentransformasikan program Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB) melalui Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS).

Fokus Pemerkasaan Ketiga:
Memperkukuh Pemilikan Aset Bukan Kewangan Bumiputera.

8. Memperkemaskan Yayasan Wakaf Malaysia.

9. Memperkukuhkan peranan institusi-institusi hartanah seperti Pelaburan Hartanah Berhad(PHB), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) bagi membangun dan memperoleh hartanah komersil dan industri.

10. Memperbanyakkan pembinaan rumah mampu milik kepada Bumiputera melalui Syarikat Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dengan Kerajaan Negeri.

11. Perkukuhkan UDA Corporation untuk membangunkan hartanah.

12. GLC yang terlibat dalam pembangunan hartanah memberi penekanan kepada pembangunan hartanah Bumiputera.

Fokus Pemerkasaan Keempat: Memperhebatkan Keusahawanan dan Perniagaan Bumiputera.

13. Memperkuatkan peranan agensi pembangunan usahawan Bumiputera seperti Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN Nasional, MARA dan PUNB.

14. Menambah pembiayaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak RM300 juta.

15. Menambah pembiayaan pinjaman kepada TEKUN Nasional sebanyak RM700 juta.

16. Mengarahkan kementerian dan agensi mengukuhkan Program Pembangunan Vendor.

17. Memastikan jangkamasa kontrak dan konsesi vendor disesuai dengan tempoh bayar balik pinjaman bank.

18. Melonjakkan program VDP di bawah PETRONAS, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom Malaysia (TM), Axiata dan United Engineers (Malaysia) Berhad (UEM).

19. Ketua Pegawai Eksekutif GLC menetapkan sasaran penyertaan Bumiputera sebagai KPI.

20. Program VDP PETRONAS RM20 bilion setahun dan 22 skop kerja untuk Bumiputera.

21. GLC dan GLIC menerajui usaha mengwujudkan konsortium syarikat Bumiputera dalam sektor rangkaian perbekalan.

22. Mempergiatkan program penswastaan perkhidmatan Kerajaan secara terpilih.

23. Memperluaskan dasar carve out.

24. Membina satu komuniti baru entrepreneur Bumiputera.

25. Memperkenalkan Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB).

Fokus Pemerkasaan Kelima:
Memantapkan Ekosistem Penyampaian Perkhidmatan.

26. Mewujudkan ekosistem penyampaian perkhidmatan yang cekap, komprehensif dan konstraktif

27. Mewujudkan Unit Pembangunan Bumiputera (UPB) di semua kementerian.

28. Meningkatkan enrolmen pelajar UiTM kepada 250,000 menjelang 2020.

29. Menubuhkan beberapa kampus baru UiTM.

30. Menubuhkan dana pendidikan MARA berjumlah RM1 bilion.

31. Membestarikan TERAJU.

32. Mewujudkan komuniti entreprenuer Bumiputera.

33. Meletakkan INSKEN dan SUPERB di bawah TERAJU.

34. Menubuhkan Majlis Ekonomi Bumiputera atau MEB bagi menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera.-Perak Today

Wednesday, September 11, 2013

FITNAH 'NAJIB NAFI PETROL NAIK LEPAS PILIHAN RAYA'

2008 punya keratan akhbar.


Berikut adalah pernyataan sebenar akhbar bertarikh Februari 2008,

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak semalam menolak tanggapan sesetengah pihak kononnya harga minyak akan dinaikkan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12, bulan depan.

“Tak… bukan semestinya harga akan naik,” kata Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kenaikan Harga Minyak. Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai peningkatan subsidi minyak yang dibelanjakan kerajaan tahun lalu, seperti diketengahkan dalam Manifesto Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya umum kali ini.

Pada halaman 12 manifesto yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi itu, BN menggariskan beberapa langkah untuk meringankan beban rakyat berikutan kenaikan harga barang.
Antaranya membelanjakan RM16.2 bilion untuk subsidi petrol, diesel dan gas serta RM18 bilion bagi mengekalkan harga rendah bekalan gas kepada industri serta penjanaan elektrik.

Dalam ucapan pada majlis pelancaran manifesto itu, Abdullah berkata pada 2007 kerajaan membayar RM43.4 bilion bagi subsidi dengan RM35 bilion daripada jumlah itu diperuntukkan bagi subsidi minyak.
Mengenai Manifesto BN pada pilihan raya kali, Najib berkata ia adalah petunjuk prestasi utama (KPI) kerajaan BN yang mengetengahkan pencapaian serta hala tuju untuk manfaat rakyat dan negara pada masa depan.

Timbalan Pengerusi BN itu juga yakin huraian terperinci laporan kemajuan yang dicapai BN sejak 2004 itu dapat meningkatkan lagi pemahaman dan keyakinan rakyat kepada perjuangan kerajaan BN selama ini.
“Dokumen ini adalah KPI kerajaan BN kerana ia menggambarkan hala tuju secara terperinci bagi membolehkan rakyat menilai apa yang sudah dilakukan dan ke arah mana kerajaan BN akan bawa rakyat dan negara ini,” katanya.

Najib berkata, Manifesto BN kali ini lebih mudah difahami kerana ulasan setiap bidang diketengahkantanpa menggunakan bahasa retorik politik yang mengelirukan rakyat.




Tuesday, September 10, 2013

KHALID SAMAD BERSUARA LAGI TENTANG KALIMAH ALLAH


Jika kalimah Allah dibenar penggunaannya oleh orang bukan Muslim, pabila generasi mendatang melafazkan Tiada Tuhan Melainkan Allah, adakah Allah itu merujuk Yang Esa, atau yang lain? Jika anak kita kata ke Rumah Allah, adakah dia ke masjid atau gereja?