Wednesday, April 28, 2010

NIZAR PUNCA ORANG CINA BERUBAH ARAH, DATO` HISHAM, TAK MAU AMARAN, KALI NI TINDAKAN!!!

"Itu Najib mau basahkan keris dengan darah orang Cina!!!" NIZAR PEMBOHONG, DATO` HISHAM TOLONGLAH AMBIL TINDAKAN!!! PENCETUS PERGADUHAN KAUM...


ULASAN PRK N94


Bendera BN kembali dikibar....

Pkr hanya mendapat kenaikan undi sebanyak 90 sahaja jika dibandingkan dengan keputusan pru ke 12 pada maca 2008. manakala BN telah mendapat lonjakan peratusan undi sebanyak 700%. satu jumlah yang banyak untuk BN.

Jumlah majoriti adalah 1725. pada pru 2008 palanivel kalah dengan 198 undi manakala jumlah undi kemenangan BN di 3 dun totalnya 5981.. 5981 tolak 1725, ada baki 4256 masih lagi memprotes umno dan bn pada prk hulu selangor...

keputusan baki 4256 boleh membawa kepada beberapa sebab.

Pertama pengundi putih (yang sokong BN) tak keluar mengundi.
Kedua masih ada lagi melayu yang mahukan calon prk hulu selangor adalah umno.
ketiga 80% daripada pengundi cina hulu selangor telah memangkah pkr dek kerana percaya dengan janji palsu anwar dan hasutan dap. sementelahan ahli mca di hulu selangor berjumlah 7 ribu orang.


Apa yang kita dapat fahami daripada jenis-jenis undi protes ini ?

Berikut adalah pandangan dan cadangan sendiri penulis berdasarkan pandangan anak muda dan marhaen sepanjang kempen sehinggalah keputusan....

PERKARA YANG MENYUMBANG KEJAYAAN BN

1. Pemilihan calon dipersetujui oleh semua pihak dalam komponen BN. Hasilnya...gerak kerja dan kempen adalah All-Out kecuali pihak MCA yang dilihat baru sahaja pulih dari pemilihan. Kesepaduan aalah kunci kejayaan ini dan membuktikan

2. P. kamalanathan boleh dikatakan calon yang bersih. Pihak pembangkang yang suka serangan peribadi lebih menyerang Dato` Najib. Malah calon pembangkang Zaid Ibrahim dilihat sebagai calon yang lemah. P. Kamalananthan juga menunjukkan semangatnya selain sifat rendah diri yang menawan ramai orang yang bersua dengannya. Isu nasional dgn pemulihan ekonomi. pengutamaan isu-isu rakyat oleh DS Najib dan pemulihan UMNO turut menyumbang kpd keyakinan rakyat.

3. Penggunaan risalah yang lebih agresif membongkar onar pembangkang, PKR, Hal di Selangor, Kes Dato` Zaid dan Anwar, Kes Anak Felda dan lain-lain..SANGAT BERKESAN...Blogger-blogger pro BN juga update dan berani membongkar perkara sebenar sehingga dipapar media semasa. Diharapkan rislah ini terus dicetak dan diedar dengan lebih berleluasa untuk menawan Selangor.

4. Lawatan muhibbah pemimpin BN bertemu rakyat, walaupun mengundang persepsi, namun rakyat mendapat sentuhan ekslusif yang mereka harapkan. Kaum wanita juga dikunjungi Puteri dan Wanita UMNO dan tradisi ini memang berkesan terutama kepada warga tua yang berperanan menasihati anak muda mereka yang balik mengundi. Mendekati anak muda dengan program Sukan Futsal, Sepaktakraw dan sukaneka juga menyumbang untuk menarik anak muda.

5. Janji-janji yang membantu menyelesaikan masalah rakyat seperti Klinik 1 Malaysia di Taman Bunga Raya, Jalan -raya yang memang banyak rosak dan bantuan yang memudahkan rakyat.. Biar berjanji yang boleh ditepati...dan perlu disusuli jika menang, baru dikotakan...kerana jika puak pembangkang yang menang sudah pasti janji sukar dikotakan kerana kurang kerjasama dr pihak yang menang...Akhirnya BN dipersalah.

6. Pendedahan dan penjelasan blog dan media massa dalam menjawab tohmahan dan fitnah pembangkang seperti isu 1 Malaysia dan AMCO...

7. Sebarang kesalahan pembangkang seperti menggunakan masjid di Bukit Sentosa dan menjadikan masjid sebagai setinggan perlu dilapor JAIS segera. Dengan kedudukan Command Centre yg berdekatan dengan masjid dan jemaah dr BN yang ramai dan terus melaporkan, sedikit sebanyak mengekang penyalahgunaan institusi agama.

8. Poster-poster yang lebih bernas dan berterus terang..SENDIRI PIKIR, rakyat yang tidak tahu, terpandang poster dan akan cari maklumat...he3. Ceramah yang agresif disekitar Hulu Selangor juga menunjukkan kehadiran rakyat yang ramai..Ternyata mereka dahagakan penerangan dari kita.

PERKARA YANG HAMPIR MENGGAGALKAN BN

1. Kempen 'berlagak' dengan Command Centre macam pusat penyelidikan NASA yang pada pandangan rakyat bercirikan ekslusif dan kayaraya...Siap dengan pasukan payung terjun dan aktiviti yang tidak menyumbang kepada peti undi.

2. Pemimpin turun padang dengan kereta-kereta mewah..Sedangkan rakyat yang dirayu undi hanya rakyat marhaen. Parking jauh-jauh dan berjalan macam Dato` Najib dan TS Muhyiddin di pekan-pekan.

3. Penggunaan media perdana yang terang-terangan berkempen untuk BN. Ini membuatkan anak muda semakin meluat walaupun perkara yang dikatakan itu benar. Kalo nak kempen pon, tumpukan pada menjawab tohmahan pembangkang dan BUKAN mengagung2kan jasa BN....tak kena masa.

4. Pengundi CINA yang majoritinya mengundi pembangkang perlu lebih didakati terutamanya MCAdan Gerakan...Mungkin mereka bagi alasan masih baru pulih, namun kesannya amat membimbangkan...Tanya apa yang merka mahu dan tak puas hati....Samaada sifat cauvinis atau tidak, itu soal kedua...parti komponen CINA kena lebih main peranan.

5. Lemah dalam menjawab tohmahan mengenai isu-isu kepada penduduk tempatan...Dalam kes Hulu Selangor, Kes AMCO yang melibatkan tuduhan ke atas DS Najib... Fitnah Nizar yang serius dipercayai juga penyumbang kemeruduman undi orang CINA...Menuduh PM ingin membasahkan keris dengan darah orang Cina WAJIB DIAMBIL TINDAKAN...DATO` HISHAM, CUKUP DENGAN AMARAN DAN KOMPROMI!!! INI MELAMPAU!!! (Sila rujuk posting selepas ini)..

6. Penglibatan mat-mat motor perlulah lebih terkawal dan menghormati penduduk kampung... Orang dah bengang tak fikir apadah...Mungkin lepas ni boleh berarak sambil pasang lagu 1 Malaysia ke? Selawat ramai ke? Kan sejuk hati orang sekeliling.

7. Kurang mendapatkan nasihat dari Pakar-Pakar akademik dan strategis. Pada PRU ke 12 banyak tesis-tesis dan data dipergunakan sebaiknya oleh Pakatan Rakyat...BN??? tidak menggunakan langsung 'lubuk emas' nih...

APAPUN, ALHAMDULILLAH BN MENANG, TAHNIAH KEPADA SEMUA JENTERA... JANGAN LEKA, SELANGOR MASIH DI BAWAH PR...JANGAN LEKA..MASIH INGAT KES PARTHIBAN DI IJOK?? BAGAIMANA 'SWING' BERLAKU ANTARA PRK DAN PRU?? TERUS BERJUANG DAN IKHLAS DEMI AGAMA DAN NUSA...INSYA-ALLAH.

Monday, April 26, 2010

APA MOTIF??? YB MENINGGAL???

Apa punya khabar angin daa.. YB meninggal beramai-ramai??? Untuk YB Rahman, bleh melawat laman facebook beliau dan laman blog sahabat Teluk Belanga

Saturday, April 24, 2010

PENDEDAHAN AKHIR OLEH DR. M

Beribu-ribu lemon...Semangat Perpaduan 1 Malaysia

Pada mlm akhir kempen. Dr. M telah menceritakan bagaimana beliau membantu Anwar dalam karier politiknya :

1. Anwar adalah presiden ABIM. Dia sepatutnya memasuki PAS. Mahathir melihat beliau sebagai seorang warak dan menerima Anwar memasuki UMNO dengan harapan beliau boleh membantu menguatkan amalan Islam dikalangan orang UMNO.

2. Baru sahaja memasuki UMNO, beliau telah memohon Tun agar diberikan jawatan Ketua Pemuda UMNO kepada beliau. Tun Dr. M mengatakan beliau masih baru lagi. (Biasanya seorang pimpinan UMNO bertatih dari peringkat cawangan, bahagian dan peringkat kebangsaan).

3. Atas desakan kuat Anwar, Dr. M setuju dan memohon Ketua Pemuda yang layak ketika itu, Hj. Suhaimi berundur dan memberi ruang pada Anwar. Namun Hj Suhaimi menolak dan berlaku pertandingan.

4. Pemilihan berjalan dan Anwar menggunakan nama Tun agar beliau dipilih perwakilan dan beliau menang.

5. Setelah itu, beliau memohon pula jawatan Naib Presiden. Tun berkata jawatan KP adalah bertaraf Naib Presiden. Tetapi Anwar berkeras, itu hanyalah jawatan bertaraf sama tetapi bukan sebenar-benar. Tun akhirnya tunduk. Anwar bertanding dan menang.

6. Tidak cukup dengan itu, jawatan Timbalan Presiden pula diintai. Calon yang layak ketika itu adalah Alahyarham Tun Ghafar Baba. Dengan mengunakan 'pink envelope' (asas penularan rasuah dalam UMNO), Tun Ghafar yang popular di Sabah Sarawak (orang penting penyatuan Malaysia), hanya mendapat 1 pencalonan dari Sabah dan Sarawak....Anwar mencatat sejarah sebagai orang paling cepat naik dalam UMNO, dalam masa hanya 11 tahun, beliau sudah menjawat jawatan Timbalan Presiden dan TPM..(Dr. M sendiri baru merasa menjadi wakil rakyat setelah 18 tahun dalam UMNO).

7. Mahathir adalah tembok terakhir. Mahathir menerima laporan dari pihak polis bahawa Anwar adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak sesuai menjadi orang No.1 Malaysia. Dr. M tidak percaya. Namun, beberapa orang yang terlibat pergi sendiri berjumpa Tun mengenai perihal Anwar. Ramai juga yang menjadi mangsa seperti Sdr. Saiful tetapi enggan membat laporan polis kerana maruah mereka pasti dicemuh (seperti yang berlaku pada Saiful sekeluarga), selain faktor Anwar yang berpengaruh dikalangan rakyat.

8. Siatan polis mengesahkan perkara ini. Anwar cuba menghalang siasatan polis ke atas beliau namun Tun Dr. M memberi lampu hijau. Dalam pada masa yang sama Anwar cuba memburuk-burukan Dr. M dengan tuduhan kroni, zalim dan sebagainya dikalangan rakyat agar Dr. M digulingkan. Kali ini, Dr. M menyedari kesilapan yang lalu dan kes salah laku dan salahguna kuasa yang selama ini tidak dihiraukan beliau, kembali diteliti. Ini soal memilih pemimpin No. 1 negara.

9. Anwar dipecat dari UMNO dan Dr. M negarawan ulung ini, dicerca dan dihina oleh rakyat. Namun beliau lega kerana menyelamatkan Malaysia dan tahu rakyat akan memahami isu ini suatu hari kelak.

10.Dr. M yang dikatakan Diktator telah meletakkan jawatan pada tahun 2003 setelah mendapati Malaysia pulih dari krisis ekonomi dan situasi politik negara stabil. Sedangkan orang yang menuduhnya diktator dan mementingkan kroni keluarga seperti Nik Aziz, Lim Kit Siang, Karpal Singh bukan setakat masih memegang jawatan, malah anak-anak mereka seperti Nik Adli, Ariffahmi, menantu Nik Aziz, Lim Guan Eng, Gobind Singh, Wan Azizah, Nurul Izzah dan lain lagi diberikan jawatan penting dalam parti dan kerajaan pimpinan mereka.

11. Dr. M amat bimbang dengan kegilaan kuasa Anwar sehingga sanggup berbuat apa saja untuk menjadi Perdana Menteri (memburukkan negara, bekerjasama dengan entiti penjajah, mengetepikan Islam dan Melayu, memecah perpaduan rakyat dan lain lagi).

12. Dr M merayu agar penduduk Hulu Selangor menjadi wira dengan menyelamatkan Malaysia daripada menjadikan Anwar makin berkuasa dan membahayakan Malaysia yang telah dibentuk baik oleh usaha Tun dan rakyat . Renungilah...

Friday, April 23, 2010

MENJAWAB TOHMAHAN PKR (STRATEGI AKHIR)

Dipetik dr web operation island shield

Pengundi Hulu Selangor,

Esok (24 Apr) ada aturcara kempen peringkat akhir PKR untuk PRK H. Sngor. Sebelum anda ke ceramah mereka atau didatangi mereka ke rumah anda, anda harus bersedia dengan mind set yang betul supaya tidak ditipu hidup-hidup oleh anwar dan kawan-kawannya.

1. Anda harus tahu beza isu nasional dan isu tempatan khususnya H. Sngor dan Selangor itu sendiri.

Isu tempatan seperti dalam posting sebelum ini antaranya, isu pasir, isu Talam, isu kerugian Unisel, isu beer dan rumah urut, isu Uitm Serendah, kuil seksyen 19, duit zakat yg mahu diberi kepada bukan Islam dll. Manakala isu Apco, hilang enjin jet, kapal selam tak boleh selam ialah isu nasional. Anwar dan kawan-kawannya akan cuba mengelirukan anda untuk lari dari isu sebenar (kerana kegagalan PKR memimpin Sngor) dengan mencampur adukkan isu tempatan dan isu nasional, ingat! ini PRK khas untuk anda bukan pilihan raya umum.

2. Jika anwar mula bercerita isu APCO.

Anda harus tahu anwar adalah sahabat baik zionis dan diberi jawatan yang hebat-hebat dalam organisasi zionis dunia seperti bank dunia, foundation of the future, NED, pensyarah id sana sini dan lain-lain. Menjadi hak anda untuk tanya dia balik, macammana dia dapat jawatan tersebut dan kenapa dia diberi layanan yang sungguh istimewa oleh zionis Amerika?

3. Jika anwar cerita DS najib pergi jumpa Obama.

Anda harus tahu baru sekali DS Najib buat begitu, sedangkan anwar pada tahun lepas sahaja acap kali pergi menyembah Al Gore, Medeline Al Bright, Paul Wolfowitz? Sekejap-sekejap pergi luar negara jumpa Al Gore, sekejap-sekejap jumpa wolfowitz. Sampai Aidil fitri tahun lepas orang sibuk beraya dengan keluarga dia keluar negara jumpa Al gore.

4. Jika anwar bercerita tentang ketidak adilan mahkamah dan sistem perundangan di Malaysia.

Anda harus tahu satu-satunya makhluk yang diberi kelonggaran dan layanan istimewa oleh mahkamah ialah anwar Ibrahim, malahan dia dibeberapa tempat telah mengeluarkan kenyataan menghina mahkamah dan dia terlepas begitu sahaja tanpa tindakan. Lihat sajalah kes nya yang tertunda-tunda sampai sekarang. Begitulah keistimewaan yang diberi mahkamah terhadap anwar tidak pada orang lain.

5. Jika anwar bercerita tentang Nepotisme dan adik DS Najib.

Anda harus tahu presiden PKR ialah isteri anwar dan salah seorang ahli parlimen PKR ialah anaknya, Nurul Izzah. Lim Kit Siang lim guan Eng (anak beranak)dan menantunya, Karpal Sigh dan Gobind Sigh ialah anak beranak juga. Ariffahm dan TG Nik Aziz ialah anak menantu.

6. Wakil dari PAS akan bercakap mengenai Islam, memang anda akan terpegun kerana Islam itu memang indah, tapi anda harus tahu PAS dan Islam ialah entiti berbeza.

Islam memang Indah, PAS yang bersama PKR dan DAP tidak indah. Anda harus tanya apa sudah jadi dengan janji mahu tutup kilang arak, amal makruf nahi mungkar? kenapa beer boleh jual di Shah Alam, rumah urut makin banyak di Sngor?

7. Jika anwar mula mencabar pemimpin BN untuk tunjuk jantan.

Anda harus tahu, anwar sampai sekarang tidak berani bersumpah, jadi tak usah bicara soal jantan. "Round satu Malaysia boleh nak bersumpah 2-3 minit tak boleh" Ezam.

8. Berhati-hati anwar akan jawab soalan dengan soalan kalau dia sudah dicheck mate oleh soalan anda (rujuk video di atas).

Anda sentiasa kena ingat kan dia dengan berkata, "Datuk Sri tidak menjawab soalan kami", dan jika tekanan anda kuat dan dia sudah terkantoi kemungkinan dia akan cabut lari seperti yang berlaku di Parlimen antara dia dan DS Zahrain.

9. Jika anwar persoal degree Kamalanathan.

Anda tanya SRP dato' Mahfuz.

10. Jika PAKATAN dan anwar mula menunding jari kepada kerajaan pusat atas kegagalan mereka (Pakatan) menyelesaikan isu di Sngor.

Anda bagi tahu mereka, "kami orang Hulu Selangor, bukan orang PAS Kelantan, kalau nak menang negeri kami, lepas tu nak makan elaun, nak ambil hasil bumi kami, kemudian nak ceramah dan pembangunan suruh kerajaan pusat buat, dengan hormatnya sila balik dan bertanding di kawasan PAS Kelantan."

Wednesday, April 21, 2010

SENARAI 35 ORANG PENGASAS DAN PIMPINAN PKR KELUAR PARTI


Ramai Otai dan Pengasas PKR dah keluar rakyat. Yang pencacai biasa dok sokong buta Bang Nuar tu pejuang hapa?? Islam?? Dalam Perlembagan PKR ada perjuang Islam ka?

Dipetik dari halaman Jebat Must Die

Berikut adalah nama-nama mereka yang menjadi teman rapat dan hulubalang Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim. Bukan calang-calang orang. Mereka ini mempunyai kekuatan tersendiri.

1. Chandra Muzaffar (Timbalan Presiden Parti KeAdilan Nasional)

2. S. Nalla Karuppan (Ketua Bahagian PKR Kepong)

3. Ezam Mohd Nor (Ketua Pemuda PKR)

4. Anuar Shaari (Setiausaha Anwar Ibrahim)

5. Fairus Khairuddin (ADUN Penanti – Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang)

6. Zahrain Mohd Hashim (Ahli Parlimen Bayan Baru)

7. Zulkifli Noordin (MP Bandar Baru Kulim)

8. Zainur Zakaria (Bekas peguam bela Anwar, AJK Parti KeAdilan Nasional)

9. Ruslan Kassim (Ketua PKR Negeri Sembilan dan juga Ketua Penerangan PKR)

10. Nell Onn (Ketua Wanita Parti KeAdilan Nasional)

11. Jeffrey Kitingan (Naib Presiden PKR))

12. Marina Yussuf (Naib Presiden Parti KeAdilan)

13. Lokman Noor Adam (Setiausaha Angkatan Muda Keadilan)

14. V. Arumugam (ADUN Bukit Selambau)

15. Mohd Radzi Salleh (ADUN Lunas)

16. Badrul Hisham Abdullah (ADUN Pelabuhan Kelang)

17. Tan Tee Beng (Ahli Parlimen Nibong Tebal)

18. Sallehudin Hashim (Setiausaha Agung PKR)

19. Dr Halili Rahmat (Bendahari PKR Hulu Selangor)

20. Muhammad Zahid Md Arip (Naib Ketua Pemuda PKR)

21. Mohsin Fadzli Samsuri (Ahli Parlimen Bagan Serai)

22. Hamdan Taha (Timbalan Pengarah Pilihanraya Keadilan)

23. Dr Abdul Wahid Ahmad Suhaimie (Pengerusi Perhubungan Keadilan Pahang)

24. Jamaludin Abu Hassan (Pemangku Ketua PKR Padang Serai)

25. Mohd Hanafiah Man (Ketua Pemuda Keadilan Perak)

26. Fakhrul Azman Abu Bakar (Exco Pemuda Keadilan)

27. Shamsul Bahari Shamsuddin (Exco Pemuda Keadilan)

28. Rosli Mohd Johar (Naib Ketua Pemuda Keadilan Wilayah Persekutuan)

29. Zainuddin Awang (Exco Pemuda Keadilan Terengganu)

30. Datuk Bujang Ulis (Keadilan Sarawak)

31. Rusli Mohd Shariff (Naib Ketua Pemuda Keadilan Negeri Sembilan)

32. Jeffry Nizam (Exco Pemuda Keadilan Pahang)

33. Jamaluddin Mohd Radzi (ADUN Behrang)

34. Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (ADUN Changkat Jering)

35. Tan Wei Shu (ADUN Bakar Arang)

36. Soraya Sulaiman (Ketua Penerangan Wanita PKR)

37. Roshanita Mohd Basir (Timbalan Ketua Wanita PKR Bahagian Bagan Serai)

Saturday, April 17, 2010

JOM MINUM??? APA TUH??



UNDI NO. 1. PRINSIP?? Ada masa kita bincang balik...Adeh!!!
Kaki Minum??? Ea kerr?? Patutlah...

RUMAH ALLAH PUN TAK DIHORMATI ... ORANG LAIN JANGAN HARAPLAH !!!





Sekitar PRK Hulu Selangor, Penyokong PR menjadikan masjid macam hotel murahan. Ada adab-adab masjid. Ahli jemaah kariah tak dihormati. Masjid dijadikan markas membuat kezaliman dan kerosakan. Tak hairan kini masjid di selangor diletakkan Risalah Pakatan Rakyat "Selangor Kini". Gambar Elizabeth Wong dan puak-puak PKR tak menutup aurat dalam akhbar tersebut boleh dilihat di masjid. Exco Pakatan Xavier yang tidak pernah suci Hadas Besarnya dijemput memberi ucapan di hadapan masjid di Klang, cubaan salahguna duit zakat, peningkatan berkali ganda rumah urut dan banyak lagi. Nauzubillahiminzalik!!

Parti Islam BUKAN Ajaran Islam. Keluar PAS BUKAN murtad. Ulamak PAS BUKAN Ulamak Islam...Fikir-Fikirkanlah...

PETIKAN BEKAS KP PAS TERHADAP ZAID

Dalam program "Tanyalah Ustaz Zaid" terbitan TV Pas Pis pus


Bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohd Hafiz Nordin membidas Pas kerana turut menyokong Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Hafiz yang juga Pengerusi Badan Anti IFC (Badai) berkata, tindakan Pas itu amat memalukan kerana menyokong pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) walaupun mengetahui personaliti dan tindak tanduknya sebelum ini, terutama ketika di dalam UMNO.
"Bagaimana Pas tergamak mengangkat seorang yang pernah mencabar pelaksanaan hudud di Kelantan ke mahkamah, terlibat dan menyokong penubuhan IFC (Suruhanjaya Antara Agama) serta berhasrat membuang kekuatan mahkamah syariah dalam perlembagaan dengan kempen terhadap Artikel 121 (1a) Perlembagaan Persekutuan.

"Dia tidak pernah patah balik termasuk menarik balik tuduhan atau meminta maaf atas keterlanjurannya menghina umat Islam," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Artikel 121 (1a) Perlembagaan Persekutuan menyebut mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa terhadap apa-apa perkara dalam bidang kuasa mahkamah syariah tidak boleh dipinda.

"Dia adalah seorang yang berjiwa pluralisme berdasarkan tulisan dalam bukunya berjudul In Good Faith.

"Adakah orang seperti ini sesuai untuk menjadi pemimpin?," katanya.

ZAID IBRAHIM, HUDUD DAN PERANGAI PAS

Apa Hadi fikir tuh, agaknya "Hmmmm..aku sering terpaksa!!"

14 Jun 2002, petikan portal pembangkang malaysiakini

Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu tidak mempunyai sebarang kuasa perundangan untuk memperkenalkan atau meluluskan apa-apa undang-undang jenayah, dakwa seorang peguam terkemuka, Zaid Ibrahim.

Oleh itu, beliau berkata Rang Undang-Undang Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Negeri Terengganu dan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 adalah tidak sah dan tidak ada kuatkuasanya.

Zaid yang juga ketua Umno bahagian Kota Baru, berkata demikian ketika mengemukakan permohonan saman untuk mendapat pengisytiharan tersebut di Mahkamah Persekutuan di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau juga memfailkan satu permohonan untuk mempercepatkan pendengaran kes itu memandangkan Kerajaan Terengganu dijangka membentangkan rang undang-undang hudud itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri mulai 7 Julai depan.

Permohonan itu dibuat melalui firma guamannya Tetuan Zaid Ibrahim & Co di mana beliau adalah pengarah urusannya.

Zaid kemudiannya memberitahu pemberita bahawa sebagai seorang warganegara Malaysia yang prihatin, beliau bertanggungjawab untuk memohon perisytiharan itu kerana khuatir kerajaan negeri bebas untuk mencabar kerajaan pusat jika isu itu tidak diputuskan oleh mahkamah.

Beliau berpendapat Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu seolah-olah mencabar kerajaan pusat apabila Kelantan meluluskan enakmen syariahnya pada 1993, manakala Terengganu pula mahu membentang rang undang-undang hudud itu bulan depan.

PETIKAN UCAPAN ZAID IBRAHIM

Sedutan ucapan Zaid Ibrahim ketika mewakili UMNO Kelantan pada Perhimpunan Agung UMNO pada 22 Jun 2002. Ucapannya itu disiar Utusan Malaysia.

KUALA LUMPUR 22 Jun – Pas adalah sebuah parti yang banyak berdosa kerana mengganggu tugas UMNO untuk mengubah sikap orang Melayu yang beragama Islam menjadi kaum yang berjaya.

Wakil Kelantan, Zaid Ibrahim berkata, UMNO tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya untuk melakukan revolusi mental kerana terpaksa menangkis dakyah Pas yang membuat pelbagai tafsiran baru demi kepentingan politik mereka. ‘‘Kita banyak kerja dan tidak boleh setiap masa untuk menjawab apa yang Pas kata atau memberi penerangan mengenai Islam sebenar kepada orang ramai.

‘‘Soal siapa yang mengamalkan Islam sebenar tidak harus timbul lagi kerana orang Melayu sudah memeluk Islam 1,000 tahun dahulu,” ujarnya ketika membahaskan usul agama dan sosial di sini. Beliau berkata, Pas juga adalah parti yang ganas dan ini terbukti apabila ia menuduh orang Islam lain sebagai kafir dan menggubal rang undang-undang hudud yang menekan wanita.
‘‘Sikap Pas ini sama dengan parti-parti bertopengkan agama lain seperti Parti Likud di Israel dan Parti Bharatiya Janata (BJP) di India yang percaya mereka dipilih Tuhan untuk memerintah dunia. ‘‘Pas juga tidak menghormati undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan seperti Parti Komunis Malaya (PKM) yang telah diharamkan.

‘‘Orang Kelantan yang memilih Pas kerana hendak mencuba kepimpinan ulama kini sudah faham benar mengenai sikap pemimpin Pas yang hipokrit dan sibuk mengaut kekayaan menerusi hasil penjualan balak,” katanya. Menurut beliau, kerajaan perlu mengubah dasarnya yang kini agak berlembut dan berhati-hati dengan Pas.

‘‘Kita kini agak bimbang untuk mengambil tindakan terhadap Pas kerana takut ia dianggap sebagai satu cubaan menentang Islam,” katanya. Beliau berkata, cara terbaik untuk berhadapan dengan Pas ialah dengan mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan 1948 atau mengharamkan terus parti itu.

‘‘Orang kata tindakan ini akan menyebabkan negara huru-hara, tetapi saya jamin benar kalau kita terus biarkan Pas, Melayu akan hancur dan orang Islam akan lemah,” ujarnya.

Sama-samalah kita fikirkan 'wajah sebenar' Zaid Ibrahim.

Friday, April 16, 2010

JANJI TAK DITEPATI, MEROSAKKAN ADALAH..

" Ada logo DAP dalam manifesto di atas?? Kenapa ramai DAP jawat EXCO kini ??". DASAR PUTAR BELIT dan PENIPU, TAK TELUS!!!


UTUSAN: Apakah pandangan Datuk Seri setelah genap dua tahun pentadbiran kerajaan campuranPKR, DAP dan Pas mentadbir di Selangor?

MOHAMAD KHIR: Setelah dua tahun pentadbiran pakatan pembangkang di Selangor ini apa yang kita nampak, prestasi ekonomi negeri tidak begitu memberangsangkan terutamanya dari segi perolehan pelaburan langsung asing (FDI) yang mencatatkan penurunan kepada RM6.7 bilion pada 2009.

Berbeza dengan jumlah FDI pada 2008 yang mencatatkan angka sebanyak RM11.8 bilion dan jumlah tersebut merupakan hasil strategi ekonomi kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN) yang berjaya menarik pelaburan sepanjang 2006-2007, iaitu sebelum pilihan raya umum. Penurunan FDI di Selangor ini disumbang atas kegagalan kerajaan negeri pakatan pembangkang melaksanakan rancangan untuk menarik pelabur ke Selangor.

Malah, kerajaan negeri juga turut bermasalah dari segi imbangan perbelanjaan dan pendapatan. Pendapatan kerajaan negeri sebanyak RM1.4 bilion tidak setara dengan perbelanjaan negeri sebanyak RM2 bilion yang menyebabkan bajet kerajaan negeri mengalami defisit.

Dari aspek sosial juga turut memberi kesan negatif berikutan pertambahan rumah urut di Selangor yang kini dianggarkan sebanyak 4,000 buah berbanding 700 pada pentadbiran BN dahulu yang membekukan lesen pusat berkenaan. Malah pertambahan pusat urut juga turut mengundang kepada masalah sosial di kalangan rakyat.

Manifesto pakatan pembangkang, bagaimana dengan pandangan Datuk Seri?

Manifesto pakatan pembangkang pada mulanya yang sebahagian kecil dilaksanakan seperti pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu iaitu bersamaan RM11.80 kepada isi rumah. Memang pelaksanaan manifesto ini ada memberi kebaikan, akan tetapi ia sebenarnya tidak mencapai sasaran.

Ini kerana, sebilangan besar rakyat yang tinggal di flat dan pangsapuri tidak menikmati kemudahan tersebut kerana mereka perlu menukar meter pukal kepada individu terlebih dahulu. Sepatutnya jika kerajaan negeri mahu melaksanakan manifesto tersebut, mereka perlu memastikan pengunaan meter individu dikuatkuasakan terlebih dahulu.

Perlu diingat bahawa majoriti mereka yang tinggal di flat, pangsapuri kos sederhana terdiri dari golongan berpendapatan rendah. Bagi saya pelaksanaan air percuma itu lebih menguntungkan mereka yang berpendapatan pertengahan dan tinggi yang tinggal di banglo atau rumah teres.

Selain itu, pemberian insentif anak ke universiti yang layak juga turut tidak menyeluruh. Ketika BN dahulu, kita memang ada beri insentif berkenaan dan ia dilakukan secara berterusan. Sebaliknya kerajaan negeri sekarang difahamkan tidak melaksanakan secara keseluruhan dan hanya dibuat mengikut kawasan tertentu sahaja, bukan seluruh Selangor. Sama juga dengan pemberian bantuan khairat kematian yang dilihat hanya bersifat selektif.

Malah, janji kerajaan negeri untuk memberikan elaun kepada ibu tunggal sebanyak RM600 sebulan dan RM75 sebagai elaun kepada suri rumah yang tidak bekerja juga tidak dilaksanakan sehingga ke hari ini, termasuklah janji untuk menurunkan cukai pintu sebanyak 20 peratus bagi kediaman dan 10 peratus untuk premis komersial tidak ditunaikan.

Bagaimana dengan slogan Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)?

Slogan itu juga apa yang kita nampak hari ini hanya kosong semata-mata, tidak tercapai. Sebagai contoh, perolehan perlombongan pasir yang hanya mencatatkan RM4 juta sahaja daripada unjuran yang sepatutnya iaitu RM170 juta setahun. Sebelum ini, kerajaan negeri mengatakan untuk menggunakan hasil berkenaan untuk membantu rakyat di Selangor.

Tetapi sehingga ke hari ini, hasil berkenaan tidak disalurkan mengikut janji yang dibuat kepada rakyat. Apa yang pastinya, kita lihat isu pasir turut terdedah dengan masalah ketirisan sehingga wujud pelbagai dakwaan salah guna kuasa melibatkan kontrak perlombongan pasir termasuk rasuah dan pelbagai laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti dilaporkan di dada-dada akhbar.

VIDEO PENIPU KAMPUNG BUAH PALA!!!

VIDEO PENIPUAN ANWAR IBRAHIM BERSAMA ORANG KAMPUNG BUAH PALA SEBELUM PRU 12...ORANG HULU SELANGOR BAGAIMANA??? SILA KLIK...

http://www.youtube.com/watch?v=FcN6XMU8UGw&feature=fvsr

LUPA DARATAN!!!



Ada 2 peribahasa Melayu yang secocok dengan Zaid Ibrahim, calon PKR di Hulu Selangor.

1. Mengigit tangan yang memberi.

2. Habis madu sepah dibuang.

Disepanjang karier beliau, firma guaman Zaid & Co. telah mendapat beberapa kontrak besar.

1. Firma Zaid Ibrahim & Co adalah legal adviser untuk MAS semasa proses corporate restructuring syarikat tersebut pada akhir tahun 2002.

2. Zaid juga pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah TNB pada tahun 2004.

Firma Zaid Ibrahim juga telah mendapat kontrak besar daripada PLUS.

Di masa persekolahan, Zaid Ibrahim telah mendapat biasiswa kerajaan Barisan Nasional dan menyambung pelajaran di Institut Teknologi Mara, institut pengajian tinggi yang diperjuangkan oleh UMNO dan Dasar Ekonomi Baru.

Ironinya, Zaid Ibrahim sendiri yang menidakkan kemudahan yang beliau kecapi seperti biasiswa dan ITM. Affirmative action is all about reference to race tetapi Zaid cuba menafikannya. Setelah berjaya, dengan bantuan jawatan beliau di dalam UMNO, Zaid Ibrahim mengenepikan asal usul kewujudan biasiswa dan ITM yang beliau kecapi.

Dalam Persidangan LawAsia 2008 Zaid menyifatkan konsep ketuanan Melayu menyebabkan berlaku pembaziran sumber, tenaga dan masa yang penting dalam menangani isu sebenar di negara ini :-

Affirmative action and special status become a matter of privilege by reference to race rather than of need and questioning of this new status quo was not to be tolerated.

Realitinya, Zaid Ibrahim perlu tahu bahawa biasiwa dan ITM adalah kerana beliau seorang Melayu dan beliau sepatutnya berasa amat malu apabila beliau mendabik dada dan terlupa dengan asal usul beliau!

Malah, HarakahDaily juga telah mengakui bahawa Zaid Ibrahim adalah produk kerajaan dan beliau berjaya kerana perancangan parti UMNO/Barisan Nasional yang hari ini beliau sendiri anggap rasis! HarakahDaily membuat kesimpulan :-

Beliau mendapat pendidikan yang baik di sekolah dan kolej kerajaan. Mara membuat beliau menjadi seorang peguam.

Dan Zaid Ibrahim hanya berhenti daripada firma beliau pada tahun 2008 iaitu 4 tahun setelah beliau menjadi ahli Parlimen UMNO Kota Bahru.

Kesimpulannya, Zaid Ibrahim mungkin telah berjaya dan mewah dek Dasar Ekonomi Baru yang memberikan keistimewaan kepada Melayu dan bumputera, tetapi penduduk Melayu di Hulu Selangor pasti tidak akan lupa bahawa Zaid Ibrahim telah menafikan keistimewaan tersebut setelah berada di atas.

Jika perkara asas begini pun beliau boleh ketepikan dan tidak mahu mengaku, apakah nasib rakyat Hulu Selangor akan di bela oleh beliau?

Apakah rakyat Hulu Selangor mahu dijadikan seperti peribahasa habis madu sepah dibuang oleh Zaid Ibrahim seperti yang beliau lakukan kepada parti UMNO dan DEB?

Dr Novandri Hasan Basri