Monday, December 19, 2011

FAKTA PEMBIAYAAN HAMPIR 90 PERATUS KEPADA MAHASISWA

Kerajaan biaya 90 peratus kos yuran pengajian IPT; Pinjaman PTPTN graduan kelas pertama jadi biasiswa

KUANTAN: Kerajaan menyediakan subsidi yuran pengajian secara purata sebanyak RM85,000 bagi setiap pelajar yang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) setiap tahun.

Ini berdasarkan peruntukan sebanyak RM8.5 bilion yang disediakan dalam bentuk subsidi yuran pengajian membabitkan kira-kira 100,000 pelajar di dalam dan luar negara, tahun lalu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata subsidi sehingga 90 peratus daripada kos pengajian asal itu adalah untuk meringankan beban ibu bapa dan pelajar.
Sebagai contoh, katanya, kos sebenar pengajian perubatan selama lima tahun di IPT tempatan ialah sebanyak RM200,000 dengan kerajaan menanggung RM181,00 daripada kos itu berbanding hanya RM19,000 yang perlu dibayar pelajar.

Bagi pengajian kejuruteraan, kos pengajian selama empat tahun adalah sebanyak RM105,404 dengan kerajaan membayar subsidi sebanyak RM94,644, manakala pelajar hanya membayar RM10,760.

"Kedua-dua jurusan pengajian ini menunjukkan kerajaan memberi subsidi sebanyak 90 peratus dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk tanggungan pelajar dan ibu bapa," katanya merasmikan Minggu Induksi Siswa 2010 Universiti Malaysia Pahang (UMP) membabitkan 1,614 pelajar baru di kampus induknya di Gambang dekat sini, semalam.

Komen Sidang : Lepas berdemo boleh check ATM, duit PTPTN/JPA/MARA dah masuk belum. Lepas tu boleh dapatkan baucer RM200 bantuan kerajaan untuk belian buku untuk student IPTA/IPTS.

No comments:

Post a Comment