Tuesday, May 31, 2011

FAKTA PELARASAN TARIF ELEKTRIK

Fakta grafikal kesan pelarasan tarif elektrik.

Siapa yang suka apabila harga barang naik walaupun tidak setinggi keadaan semasa. Namun kita juga perlu menilai fakta yang diberikan seperti isu harga minyak sebelum ini KLIK. Walaupun agak klise, Sidang berharap pihak kerajaan dapat mengekang sebarang kenaikan melampau harga barang oleh sesetengah pihak yang mengambil kesempatan. Selain itu, sidang mengharapkan dasar ke arah negara berpendapatan tinggi akan dipercepat dan menjadi keutamaan pimpinan selain toleransi yang mengambil kira keadaan rakyat marhaen. Dan usul yang dibawa oleh Ketua Pemuda ke Perhimpunan Agung 2011 agar mengekang kenaikan minyak amat kita hargai demi kepentingan rakyat walaupun berhadapan kenaikan global.

Kembali isu tarif elektrik, setelah berunding dengan Majlis Ekonomi Negara, mengambil kira penggunaan domestik, kenaikan hanya dirasai oleh mereka yang bil melebihi RM77 sebulan. Dari nilaian diri dan masyarakat, mungkin sampai masanya kita belajar menjimatkan elektrik kerana sekarang mungkin kita kurang menghargainya..

PENJELASAN TNB.

Menjelang 1 Jun 2011, TNB menanggung kos gas asli pada kadar RM13.70/mmBTU*. Peningkatan sebanyak 28 peratus berbanding harga semasa iaitu RM10.70/mmBTU*, berdasarkan keputusan kerajaan untuk menyemak mekanisme harga gas asli yang mencerminkan harga pasaran. Penyemakan akan dibuat setiap enam bulan.

Disebabkan peningkatan gas asli, bil TNB juga akan meningkat kepada lebih kurang RM1.5 bilion setahun.

Harga arang batu, yang menyumbang kepada 48.3 peratus kos tenaga oleh TNB juga telah meningkat. Arang batu kini dijual pada US $120 per tan berbanding US $85 per tan pada 2009.

*mmBTu - million metric tonne for British Thermal Unit. BTU adalah unit pengiraan asas bagi tenaga panas.
Satu BTU bersamaan dengan jumlah tenaga yang diperlukan bagi memanaskan satu pin air berdasarkan ukuran satu darjah Fahrenheit pada titik tertinggi.


SELANJUTNYA SILA LAYARI TNBBUZZ.COM

No comments:

Post a Comment