Wednesday, January 16, 2013

LISTEN, 6 PERKARA MENJAWAB PENDIDIKAN PERCUMA




Listen, listen, listen. Menjawab tuduhan Bawani, ahli Parti Sosialis Malaysia. Isu pendidikan percuma :

1. Argentina. Memang pendidkan di negara berkenaan percuma dan terbuka kepada sesiapa sahaja. Tetapi, terdapat banyak kos tersembunyi di negara berkeaan seperti pelajar harus membayar kos pengakutan dan pelbagai kos-kos lain yang mengarut. Pemberian biasiswa di negara berkenaan yang tidak sama rata sebenarnya telah mengabaikan golongan yang berpendidikan rendah untuk masuk ke dalam universiti. 9 daripada 10 pelajar yang memasuki universiti di Argentina datang daripada golongan kaya.

2. Negara dunia ketiga seperti Sri Lanka dan Mauritius mengamalkan pendidikan percuma?

Sebelum nak bercakap mengenai Sri Lanka, fahamkan dulu sistem pendidikan mereka. Hanya 10 peratus sahaja mereka yang layak memasuki university, selebihnya akan terpiggir. Inilah harganya yang perlu dibayar. Mengenai soal Mauritius, hanya orang bodoh sahaja yang membandingkan Malaysia dengan Mauritius. 1,286,340 merupakan jumlah rakyat di sana. Negara mereka pula kecil dan pengajian swasta cuma menjalankan kelas pada hari minggu sahaja memandangkan jumlah pelajar di sana sangat kecil. Jadi, buat apa nak bandingkan epal dengan durian? Sangat tidak adil bukan?

3. Brazil. Ya, pendidikan mereka percuma, tetapi, nah, ambil ni:

"Brazil is known for charging a high tax burden from its citizens and companies established. We will provide an overview of the most common taxes in Brazil, dividing them into Federal, State and Municipal taxes." Rujuk link pada komen saya dibawah.

http://thebrazilbusiness.com/article/the-16-most-common-brazilian-taxes
" Everyday taxes in Brazil: IPVA, IPTU and IPTR!"

http://thebrazilbusiness.com/article/everyday-taxes-in-brazil-ipva-iptu-and-iptr
 
4. Bandingkan dengan negara kaya pula? Berapa kerat negara kaya yang ada sistem pendidikan percuma? Denmark? Kadar cukai di negara berkenaan merupakan yang paling tinggi di dunia. Kita perlu bayar untuk sesuatu yang percuma.

5. Turki? Sistem pendidikan negara kita tak ubah macam negara mereka.Turki hanya menawarkan pendidikan percuma pada peringkat sekolah rendah dan menengah daripada gred 1 sehinggalah 12. Serupa dengan negara kita, pendidikan percuma di Malaysia ditawarkan daripada darjah satu sehinggalah ke tingkatan 6 sebenarnya. Dan Malaysia hanya mengenakan 10% bayaran untuk pendidikan IPTA (universiti, kolej) dengan 90% disubsidi kerajaan.KLIK

6. Finland? Saya dah cakap, jangan buat perbandingan epal dan durian. Kita buat sedikit analisis pasal negara Finland. Finland mempunyai 169, 000 orang pelajar dan Malaysia mempunyai 508,256 pelajar yang belajar di IPTA (IPTA sahaja, tidak termasuk IPTS lagi). Cukai pendapatan di Finland mencecah 50 peratus ke atas manakala Malaysia hanyalah mencecah 26 peratus maksimun. Dan, kenapa tergamak kalian bandingkan epal dan durian?

Negara-negara yang dibangkitkan oleh Bawini sebenarnya kaya dengan inflasi. Ambil contoh Argentina sudah cukup. 38 peratus inflasi untuk 2 tahun kebelakangan ini. Barang naik sikit kat Malaysia pun dah bising, dan hanya kerana pendidikan percuma, apakah sudah bersedia rakyat Malaysia untuk menghadapi cukai yang tinggi?

Untuk yang suka compare negara kita dan negara lain dlm hal free education, untuk fakta sila KLIK

Komen : Di Malaysia, kalau x nak bayar cukai pendapatan, bayarlah zakat untuk pemotongan terus. Sharifah juga harus dipersalahkan. Belum sempat Bawani menghabiskan hujahnya, terus Sharifah memotong. Tetapi saya juga difahamkan yang Sharifah terpaksa memotong kerana kesuntukan masa program. Bawani pula bertanyakan selepas waktu program bukan Q & A session. Ini yang dianggap sebagai sejenis provokasi kerana sepatutnya soalan itu ditanyakan kepada panelis, bukannya moderator. Dan menjadikan Ambiga sebagai idola sudah menggambarkan mentalitinya.
Pengumuman : anda berpeluang menjadi wira dengan bacakan fakta diatas dan serbu majlis bawani dan minta dia jawab. Selamat berjaya...

18 January 2013, 10:00am - 11:30am

Ahli PSM, Bawani KS, akan mengadakan satu sidang akhbar di ibu pejabat PSM pada 10 pagi, hari Jumaat. KLIK

8 comments:

  1. tapi Malaysia terbaik.. Di Brazil tax tinggi belajar percuma, di Malaysia tax tinggi belajar pun kena bayar.. kahkahkah

    Yang penting Malaysia aman, kalau tak mampu perintah sila letak jawatan.

    ReplyDelete
  2. malaysia tax tak tggi...compare to other country...for example UK, tax is 30% from their salary....

    ReplyDelete
  3. "Malaysia sebenarnya memberikan subsidi sebanyak 95 % daripada yuran pengajian sebenar di IPTA. Pelajar hanya membayar 5 % sahaja"

    Merujuk kepada kenyataan ini, betul ke 95% subsidi, ada sesetengah IPTA yuran untuk satu semester yg perlu dibayar oleh RM 2000, jika RM 2000 adalah 5% maka yuran sebenar (100%) ialah RM 40,000.. adakah itu nilai sebenar yuran dia IPTA untuk 1 semester? jika ya, sila bagi pecahan kepada yuran RM 40,000

    ReplyDelete
  4. atleast hujah that girl was acceptable selari dgn topik..politik kan.. rather than hujah the lady with degree ngeh ngeh.. talked about animals problem..mana bodoh..terselah.

    ReplyDelete
  5. Kalau itu yang di jawap oleh Kak Pah Satu Malaysia tak akan mengutuk beliau. tapi masalahnya, di jawap macam org tak da pendidikan. tula pasal

    ReplyDelete
  6. "Tetapi saya juga difahamkan yang Sharifah terpaksa memotong kerana kesuntukan masa program. "

    Ayat ni tak bole blah la bro.. hehe.. kesuntukan masa tp aku tgk dia duk cerita pasal binatang mengarut2 tu tak buang lg byk masa ke? tak sebelah mana2 just pandangan aku je

    ReplyDelete
  7. apa yg percuma!!!!!!!! .. lom dapat bantuan anak sekolah rm 1oo dh kena mintak balik.. katanya sekolah dah keluarkan bayaran utk program modul bagi murid sek thn 6 sampai 6K.. so parents kena bayar balik.. satu murid rm178 .. kelas malam yg guru anjurkan utk hadapi peperiksaan pun kena bayar.. nk beli bahan bacaan kena beli di sek shja (berbanding harga diluar jauh lebih murah)buku2 yg x perlu di beli juga turut jadi wajib di beli dgn kesudahan nya TIDAK digunakan setelah habis tahun...pening kepala... bukan semua keluarga berkemampuan tapi anak nak belajar.. mcm mna tu.. x kan nak suruh anak dok rumah aje..nak jadi ape...kata kerajaan nak bantu ringankan beban parents...

    ReplyDelete
  8. Nama:Teddy Liza
    status perkawinan: janda
    jumlah pinjaman:3.6 miliar rupiah
    tempat tinggal saya:. Palangkaraya
    email ku:::teddyliza2020@gmail.com
    kesaksian yang memotivasi saya whatsapp :;l+ 6281617538564
    tujuan pinjaman saya :Investasi / hutang

    Halo semuanya, sekarang dari (bahasa Indonesia [baˈha.sa in.doˈne.sja])/Malay, . Saya seorang janda dengan dua anak dan sejak Februari 2019 karena kebakaran dalam bisnis yang membanjiri bisnis saya dan saya mencoba mencari pinjaman dari bank saya, bank mengatakan dengan saya memiliki kredit buruk sehingga saya mencobanya dengan pemberi pinjaman lain di mana saya bodoh. Tetapi seperti yang Tuhan kehendaki, saya membaca kesaksian AASIMAHA ADILA AHMED LOAN FIRM di majalah bisnis, yang membantu bisnis dan individu dengan pinjaman besar. Saya mengajukan permohonan dan saya telah menerima pinjaman 3,6 miliar rupee dengan tingkat bunga sangat rendah 1% dan rencana pembayaran yang lebih baik. Saya ingin menggunakan media ini untuk memberi tahu Anda bahwa ada banyak scammer di sini. Ambil permintaan peminjam untuk biaya asuransi, Peminjam tidak memiliki sertifikat bisnis, Peminjam palsu tidak peduli dengan gaji bulanan Anda yang membuat Anda memenuhi syarat untuk mendapat pinjaman, peminjam Palsu tidak memiliki alamat kantor fisik. Peminjam palsu meminta biaya pendaftaran dan biaya pajak, peminjam Palsu tidak memiliki situs web. Jika Anda mencari pinjaman, selalu minta pemberi pinjaman untuk situs webnya, karena banyak pemberi pinjaman palsu tidak memiliki alamat dan situs web. Jika Anda menginginkan pinjaman yang sah,Sukses hanya datang bagi mereka yang percaya pada diri mereka sendiri dan siap untuk menang. Saya tidak mengharapkan apa pun selain yang terbaik untuk Anda. Beralih ke tahap baru dalam hidup bisa menjadi proses yang menantang. Semoga Anda beruntung dalam semua upaya masa depan Anda, Anda akan menjadi hebat. ajukan sekarang.

    Aasimaha adila ahmed kontak pusat aplikasi pinjaman
    E-mail**aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
    Whatsapp *********^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^+ 447723553516

    ReplyDelete