Wednesday, October 26, 2011

KOMPILASI KISAH PAS YANG FLIP-FLOP


Kepimpinan PAS sudah jauh berubah.

Terima kasih pada sahabat blogger Anak Seberang

1. Saya semakin geli hati bercampur kasihan dengan sebuah Parti yang kononnya Parti Islam bernama PAS.

2. Bukan kerana apa, tetapi saya lihat sejak kebelakangan ini mereka semakin gila dan hilang akal apabila hendak menyatakan pendirian tentang sesuatu isu.

3. Saya tidak berasa hairan dengan tingkah laku mereka ini kerana mereka (PAS) hanyalah parti politik picisan yang berhukum dengan akal dan fikiran serta nafsu dan bukan berdasarkan Quran dan Sunnah seperti yang mereka war-warkan.

4. PAS bukanlah suatu jemaah Islam seperti mana yang mereka doktrinkan kepada aktivis-aktivis PAS yang mana saya adalah salah seorang bekas kadernya.

5. Hukum bagi PAS berubah-ubah dan tidak konsisten. Saya melihat ini sejak dahulu tetapi saya diberitahu dan disedapkan hati dahulu, bahawa dasar dan fundamental perjuangan PAS tidak pernah berubah iaitu menegakkan Negara Islam di bumi Malaysia. Dengan berat hati saya dan rakan-rakan akur apatah lagi kami terikat dengan baiah yang batil.

6. Perkara pertama yang menunjukkan sikap PAS yg flip flop dan berbohong atas nama agama adalah bila mana Anwar Ibrahim dipecat.

7. Dalam overnight sahaja, PAS telah mengangkat Anwar Ibrahim sebagai ‘insan kamil wal mutakammil’ walaupun sebelum itu PAS menuduh Anwar sebagai pemecah belah Islam dan perosak gerakan agama. Ini susulan dari penyertaan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO dan bukan PAS seperti yang dijangka oleh orang-orang PAS pada tahun 1981. Malah, Nik Aziz pernah secara terang memanggil Anwar Ibrahim sebagai Jeneral Syaithan dan Syaithan Jantan sekitar kempen Pilihanraya Umum 1995. Anwar secara sinis membalas di TV3 bahawa Nik Aziz Syaithan Betina.

8. Anwar dipecat oleh Tun Mahathir atas alasan kesalahan moral. PAS terus tidak boleh terima dan mengatakan ini fitnah.

9. Sedangkan yang pertama sekali yang menuduh Anwar Ibrahim sebagai peliwat di Malaysia adalah Mat Sabu (Timbalan Presiden PAS sekarang) yang menggelarkannya Anwar Al Juburi.

10. Karpal Singh yang merupakan Peguambela kes liwat Anwar Ibrahim sekarang adalah orang pertama yang menuduh Anwar Ibrahim Homoseks di Parlimen pada persidangan Parlimen 1997. Kini dia jadi lead counsel Anwar.

11. Pedulilah dengan Karpal Singh kerana dia sememangnya bukan Islam dan DAP tidak pernah mengakui diri mereka jemaah Islam.

12. Sedihnya PAS terus menukar segala kecaman mereka terhadap Anwar dan overnight mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Amirul Mukminin bagi pembangkang.

13. Kami yang berada di bawah PAS pada ketika itu berasa kekok kerana sehingga ‘semalam’ Anwar adalah seorang fasiq, musuh gerakan Islam, pelopor Gerakan Sekularisme, tetapi secara tiba-tiba menjelang pemecatan, Anwar diangkat sebagai pejuang rakyat yang dianiayai oleh Tun Mahathir. Anwar diarak ke sana ke mari bagaikan wira!

14. PAS sibuk menyambut mereka-mereka yang keluar UMNO dan mengira-ngira laba politik mereka pada ketika itu.

15. Kemasukan pemimpin-pemimpin UMNO ke dalam pembangkang diraikan dengan begitu gah sekali.

16. Saya masih ingat menghadiri ceramah PAS yang meraikan kemasukan Dato Dr Hassan Ali ke dalam PAS di Kelana Jaya. Hassan Ali diangkat sebagai tokoh terbilang dan aset besar PAS. Malah, PAS menaikkan Hassan Ali sebagai Naib Presiden mereka semasa muktamar, menyingkirkan Naib Presiden yang terbukti setia seperti Allahyarham Hassan Syukri. Ini menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan akar umbi PAS.

17. Hari ini Dato Dr Hassan Ali disisihkan dan dikecam oleh PAS Selangor sendiri serta dipersalahkan kerana isu serbuan Murtad JAIS ke atas sebuah gereja di Selangor.

18. Hassan Ali malah dituduh sebagai agen UMNO. Terbukti tindakan Hassan Ali yang menyokong JAIS betul selaras dengan titah Sultan Selangor.

19. Berbalik semula kepada isu flip flop PAS di dalam berhukum, PAS menukar-nukar juga hukum berdasarkan nafsu serakah politik mereka.

20. Apabila Sasterawan Negara Shahnon Ahmad menulis sebuah satira politik bertajuk SHIT, yang mana kandungannya menggunakan perkataan- perkataan lucah seperti PukiMak, Nik Aziz bingkas bangun dengan mengatakan TUHAN PUN MENCARUT dalam Al Quran!

21. Sedangkan kami diajar sejak sekolah agar menjauhi akhlak-akhlak buruk seperti menggunakan kata-kata kesat dan lucah.

22. Hukum bagi PAS juga sentiasa double standard.

23. Apabila PAS bercakap tentang Hudud sekitar tahun 90an dulu, Tun Dr Mahathir mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengatakan hudud tidak sesuai atas kejahilannya.

24. PAS terus menghukum Mahathir dan UMNO keseluruhannya sebagai kafir dan sesat walaupun Tun Mahathir telah pergi dan telah bersilih ganti 2 Perdana Menteri.

25. Tetapi apabila Karpal, Kit Siang menghina hudud serta berkali-kali menolak hudud dan Negara Islam, malah istiqomah hingga kini, Nik Aziz mengatakan itu cuma pandangan peribadi pemimpin-pemimpin DAP tersebut dan bukan DAP keseluruhannya. Sungguh dayus dan memalukan.

26. Apabila Saiful Bukhari Azlan dan Dato Eskay datang membuat tuduhan liwat dan kes video China Doll, kita terus mendengar PAS melompat-lompat menjerit Qazaf Qazaf Qazaf!

27. Qazaf ini adalah salah satu lagi kesalahan di bawah hudud, yakni menuduh seseorang berzina tanpa mengemukan 4 orang saksi. Sesiapa yang sabit kesalahan Qazaf akan dihukum 80 kali sebatan dan dihukum fasiq serta kesaksiannya tidak boleh diterima sampai bila-bila. Maka Saiful dan Eskay dituduh Qazaf.

28. Hairannya semasa kes Rahim Thamby Chik dahulu, PAS tidak pula meminta-minta 4 orang saksi dan turut rancak menghukum Tan Sri Rahim di ceramah-ceramah politik dan Harakah.

29. Malah, Mat Sabu menuduh Anwar meliwat dahulu tanpa 4 orang saksi secara terbuka! Anwar Al Juburi!!! Ini terang-terang Qazaf!

30. Memang kita tidak ada undang-undang hudud yang boleh mendakwa Mat Sabu, tetapi sewajarnya PAS sebagai Parti Islam (kononnya) memanggil Mat Sabu untuk dihisbah, disuruh bagi surat tunjuk sebab dan sebagainya. Malah Mat Sabu patut diharamkan memegang apa-apa jawatan dalam PAS kerana dirinya adalah seorang fasiq yang kesaksiannya tidak boleh diterima forever! Tetapi Mat Sabu bebas merdeka, bebas duduk sepentas dengan Nik Aziz dan pemimpin PAS lain sehingga sekarang memegang jawatan no 2 dalam PAS! Kalau seandainya Hadi Awang meninggal dunia, Mat Sabu akan menjadi Presiden PAS! Nauzubillah!

31. Kita melihat PAS gagal serba serbi.

32. Negara Islam yang menjadi agenda perjuangan PAS dikuburkan setelah 30 tahun didendangkan ke sana ke mari atas alasan baru tersedar rupa-rupanya, tidak ada konsep Negara Islam di dalam Al Quran. Amat lucu dan memualkan. Sedangkan semasa Tamrin bagi kami, Hadi Awang berkata menegakkan Negara Islam adalah wajib walaupun terpaksa dibayar dengan darah. Kisah-kisah kematian Ibrahim Libya di Memali dicanang untuk menaikkan semangat jihad kami. Amat mudah untuk meracuni fiiran anak muda yang sedang bersemangat pada ketika itu.

33. Dalam isu hudud yang menjadi darah daging PAS pun, PAS gagal untuk menyatakan pendirian mereka. Dahulu apabila ada pemimpin UMNO yang megatakan Hudud tidak dapat dilaksanakan berdasarkan realiti semasa dan sebagainya, PAS akan menghukum mereka sebagai menolak Islam.

34. Tetapi hakikatnya pemimpin mereka sendiri mengakui kini bahawa Hudud dan Negara Islam bukanlah agenda utama perjuangan Islam.

35. Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor, bekas Presiden Jemaah Islah Malaysia dan Pengarah Teknikal PAS Pusat malah memperkecilkan Hudud ini hanya kurang dari 5% dari hukum Islam di dalam tulisan dalam blognya.

“Hudud and criminal laws (Qanun Jinai’yyah islamiyah), is less than 5% of the Syari’ah. But overblown, by none others than the Islamist themselves to provide ‘fodders’ for friends and enemies alike to make ‘hate speeches’ and reinforce negative stereotypings on IS.”

36. Kata-kata mereka ini tidak pula mahu dikecam sebagai menghina, merendah-rendahkan,sesat dan menolak hukum Islam. Malah Mendiang Menteri Besar Perak selama 10 bulan Nizar Jamaluddin terang-terang menafikan bahawa PAS memeperjuangkan Negara Islam!

37. Sebenarnya, hudud ini hanyalah retorik PAS semata-mata untuk kekal relevan di hati umat Islam. Hudud ini hanya akan berkumandang menjelang pilihanraya. Malah PAS turut dikritik sebagai tidak serius melaksanakan hudud sebagaimana yang terbongkar di dalam Forum Wacana Perlaksanaan Hudud di Kelantan oleh Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Mohamad. Aziz Bari pun hadir dan juga mendedahkan kalau nak melaksanakan hudud di Kelantan, tidak ada masalah kerena bidang kuasa Hudud adalah dibawah Kerajaan Negeri dan bukan Kerajaan Persekutuan!

38. Seperti biasa, berita seperti ini (wacana Hudud) yang tidak menguntungkan PAS tidak akan terpapar di dalam lidah-lidah pembangkang seperti Malaysiakini ataupun Harakah. Disenyapkan dari pengetahuan umum.

Realitinya adalah, kini halangan terbesar bagi PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan adalah rakan sekutunya DAP dan PKR dan bukannya UMNO sebagaimana yang dirumuskan oleh Mesyuarat Pakatan berkenaan isu Hudud. Sekali lagi PAS menjadi dayus sedangkan Malaysian Malaysia milik DAP berkibar megah sebagai agenda perjuangan.

39. PAS akan menghalalkan apa sahaja demi kelangsungan politik mereka. Zaid Ibrahim yang merupakan seorang liberal yang menyaman Kerajaan Kelantan dan menentang Hudud diangkat mereka sebagai calon yang mulia untuk penduduk-penduduk Parlimen Hulu Selangor. Segala cirri kemaksiatannya diampunkan oleh Nik Aziz atas dasar dia ‘sudah masuk Islam’. Apakah dengan menyertai Pakatan Rakyat dia telah memeluk Islam sebenar? Apakah Pakatan Rakyat itu Islam? Secara tidak langsung Nik Aziz meneruskan agenda menghukum orang-orang UMNO sesat. Kasihan Zaid Ibrahim, mengikut tafsiran Nik Aziz dan PAS, Zaid Ibrahim telah murtad kini kerana keluar dari Pakatan.

40. Menyebut tentang murtad ini, maka isu ini kembali bertiup kencang kini di atas insiden DUMC di Selangor.

41. Sekitar tahun 1997, Datuk Zulkifli Noordin (kini Ahli Parlimen BEBAS Kulim-Bandar Bharu) adalah hero PAS yang dijulang dan di arak kesana ke mari bagi tujuan mendedahkan gejala murtad. Pada ketika itu seorang gadis Melayu yang hafal Yaasin bernama Aishah Bokhari telah murtad dek kerana bisikan cinta.

42. Saya masih ingat, sayalah pengarah program ceramah Murtad di Kolej Kediaman Ibnu Sina Universiti Malaya. Ceramah itu sangat berkesan dan terbuka kepada penduduk awam sekitar Lembah Pantai.

43. Pada masa itu, di mana Zulkifli Noordin pergi, PAS akan menempel sama atas dasar mahu kelihatan menyokong gerakan anti Murtad.

44. Kini, alasan yang PAS berikan untuk tidak hadir bagi Perhimpunan HIMPUN pada 22 Oktober 2011 adalah kerana Zulkifli Noordin hadir. PAS lari dari Datuk Zulkifli Noordin kini kerana takut dimurkai oleh DAP dan PKR.

45. Zulkifli Noordin konsisten dari dulu hingga kini. Dia pejuang sebenar isu Murtad.

46. PAS pula hanya bersuara ketika mereka mempunyai kepentingan politik semata-mata.

47. Di dalam isu Lina Joy murtad, PAS tidak mampu untuk mengecam Anwar seperti mereka mengecam Najib Tun Razak, sekalipun bukti jelas menunjukkan Anwar menyokong kemurtadan Lina Joy di dalam interview BBC.

48. Malah PAS yang turut memerintah Selangor tidak mampu untuk mengatakan tidak atas perlantikan Malik Imtiaz Syarwar peguam bela Lina Joy sebagai Peguam Negeri Selangor.

49. Lebih memburukkan keadaan apabila PAS menggadaikan kalimah Allah untuk digunakan oleh agama lain.

50. Sudah cukup mantapkah akidah umat Islam? Sedangkan anak Kelantan dalam kawasan Nik Aziz juga murtad sekalipun seumur hidupnya membesar dibawah pentadbiran Kerajaan PAS!

51. Dalam kes DUMC, tidak ada satu demonstrasi yang dilakukan oleh PAS untuk menyatakan bangkangan mereka terhadap dakyah agama lain terhadap umat Islam.

52. Secara tiba-tiba aparat-aparat PAS ini mengatakan bahawa demonstrasi bukanlah jalan penyelesaian dan tidak membawa manfaat.

53. Sedangkan baru 3 bulan lepas semasa Demonstrasi Haram BERSIH 2.0, mereka menfatwakan demonstrasi itu sebagai halal hatta dengan mengambil fatwa bukan bersumber dari Quran dan Hadith tetapi dari Martin Luther King!!!

54. Sedangkan yang mengetuai demonstrasi itu adalah Ambiga yang merupakan pejuang IFC dan pro Murtad. PAS boleh berjihad bersama dengan golongan seperti ini hanya untuk ‘fair election’.

55. Tetapi dalam HIMPUN, mereka lari hanya kerana melihat kelibat Zulkifli Noordin seorang Muslim yang konsisten memperjuangkan isu Murtad. Alasan yang diberikan kerana HIMPUN anjuran NGO. Habis tu BERSIH?

56. Sudahlah tidak mahu hadir, keluarkan arahan pula supaya semua ahli-ahli PAS tidak hadir. Kurang-kurang MB Tan Sri Khalid Ibrahim kata, dia tak halang kakitangan kerajaan Selangor hadir atas kapasiti persendirian.

57. UMNO jauh lebih berani dari PAS apabila Pemuda UMNO Selangor umum akan hadir untuk sokong HIMPUN. Ini isu akidah. Sepatutnya tidak ada kompromi dan tidak bertapi-tapi. Tetapi PAS sudah jadi Parti Mak Nyah yang tidak berprinsip.

58. Malah PAS bukan sahaja mati pucuk dalam isu hudud dan murtad, malah sanggup memuja komunis yang mana negara-negara yang diperintah komunis ada yang Umat Islam di larang solat dan masjid ditukar ke kandang babi. PAS sanggup memuja mereka semata-mata untuk mencairkan rasa terima kasih rakyat terhadap UMNO dan Perikatan menyelamatkan Malaysia dari menjadi Negara Komunis.

59. Apabila pakar-pakar sejarah seperti Professor Khoo Kay Kim, Professor Ramlah Adam dan Professor Zainal Kling bersuara memberikan pandangan pakar mereka, mereka dikritik sebagai Professor kangkung, pensyarah upahan dan sebagainya. Malah yang hina dan perkecilkan mereka antaranya Mahfuz Omar yang berkelulusan terakhir SRP saja. Tidak ada pembelaan untuk mereka dan mahasiswa pembangkang seperti Solidaritari Mahasiswa dan GAMIS langsung tidak bersuara.

60. Tetapi apabila Sultan Selangor bertitah dgn tujuan melindungi akidah umat Islam Selangor yang mana baginda adalah ketuanya, maka Aziz Bari mempertikaikan titah baginda.

61. Sultan bertitah demi akidah umat Islam dan Professor kangkung Pakatan ini mempertikaikan baginda.

62. Sudah semestinya ini menyingung perasaan umat Islam dan laporan polis dilakukan.

63. Maka Aziz Bari pun disiasat oleh UIA. PAS terus memainkan isu ini dikampus-kampus kononnya Aziz Bari dianiaya. Demonstrasi boleh pula dilakukan! Dilakukan sehari sebelum HIMPUN pulak tu. Aziz Bari yang pertikai tindakan Sultan membela akidah umat Islam ini lebih layak diperjuangkan isunya oleh PAS berbanding gejala murtad. Dunia oh dunia....PAS semakin menghampiri ajal perjuangan Islamnya.

64. Aziz Bari disiasat dan digantung tugas bergaji penuh. Harus diingat, kalaulah Kerajaan campur tangan dalam hal ehwal UIA, Aziz Bari yang bekerja 20 tahun di UIA yang konsisten hentam kerajaan ini tidak sekali-kali akan mendapat kenaikan pangkat hingga ke tahap Professor. Sudah pasti dibekukan kerajaan di tangga DS 45 sampai mampus. Tetapi Aziz Bari bebas selama ini menikmati segala keistimewaan sekalipun menghentam kerajaan, para Perdana Menteri mahupun negarawan seperti Tun Dr Mahathir.

65. Aziz Bari disiasat dan sementara disiasat, diberikan ‘cuti’. Dia belum didapati bersalah. Tetapi PAS dan Pakatan cuba mencampuri siasatan UIA dengan mengenakan tekanan berupa hentaman di media-media dan demonstrasi.

66. Terus terang saya katakan, demonstrasi oleh Mahasiswa pada 21 Oktober 2011 GAGAL. Hanya setakat 700 orang yang hadir ikut Malaysiakini.

Hello bro! Time aku student dulu, isu Murtad Aisyah Bokhari, kami demonstrasi dari Universiti Malaya saja 500 orang! Takkan semua varsity Lembah Klang boleh kutip 700 ekor je?

67. Sebenarnya UIA dan Kerajaan bertindak sangat adil kepada pensyarah yang anti kerajaan seperti Aziz Bari ini.

68. Kita dapat melihat kezaliman PAS kepada Prof Zaki Abdul Muin, bekas Timbalan Dekan Fakulti Kejuruteraan UM (juga Naqib saya di UM ) yang meninggalkan jawatannya hanya semata-mata ingin membantu Kerajaan PAS Terengganu yang baru berkuasa setelah 1999.

69. Disebabkan kemenangan PAS merampas terengganu, dan mengekalkan kekuasaan di Kelantan pada pilihanraya 1999, dia diminta oleh PAS utk jadi Pengarah (CEO) Terengganu Advance Technical Institute (TATI), di sana beliau cuba bawa PAS yg ideal, tak korup, cuba jadikan TATI modul pembelajaran teknologi terbaik. Beliau melantik seorang bekas Pegawai Tinggi BPR (kini SPRM) sebagai Pengurus Besarnya untuk mengatasi serta menghindari masalah korupsi. Sayangnya, disangka panas sampai ke petang, tapi rupanya hujan di tengahari. Ada perselisihan di antara Prof dgn Harun Taib ketua Dewan Ulamak PAS dan merangkap exco pendidikan negeri.

70. Wang ehsan utk TATI, Prof Zaki enggan beri kepada kerajaan Terengganu sebab beliau nak beli barang-barang untuk TATI sedangkan Terengganu mahu menggunakan peruntukan wang ehsan untuk TATI itu bagi tujuan politik lain. Prof juga tak setuju mesin TATI digunakan utk print poster politik pada harga yg sgt rendah. Ada org hasut Harun Taib pecat pengurus besar ex BPR tu atas alasan kononnya dia tu SB (Special Branch Polis)! Cuba bayang, suspek saja, bukannya ada bukti. Kalau BN buat seperti itu, suspek saja kakitangan kerajaan sokong PAS, terus pecat, tidak kah ini satu kezaliman? Prof Zaki beri kata dua, kalau hendak pecat pengurus besar dia,pecat diri Prof Zaki sekali. PAS Terengganu beri notis 24 jam get lost dr TATI kepada Prof. Prof tidak dipanggil bicara pun.

71. Prof tinggalkan puncak kerjayanya di UM. Kalau beliau tinggal di UM, sudah tentu jadi dekan Fak. Kejuruteraan UM, diangkat jadi Majlis Tertinggi Universiti dan ada peluang jadi Naib Canselor UM. Tapi demi Islam, Prof tinggalkan UM dan pergi ke institusi lubuk macam TATI dan ditendang keluar seperti anjing kurap. Langsung tak fikir tentang sumbangannya selama ini untuk PAS. Langsung tidak difikirkan kebajikan Prof, anak2 serta isterinya. Macam ni ke Parti Islam? Jauh lagi korup dan zalim dari UMNO!

72. Aziz Bari harus bersyukur. Kita semua harus bersyukur tidak diperintah oleh PAS.

73. PAS adalah sebuah parti yang sedang menuju kehancuran. PAS akan mati kerana Penyakit Wahan. Iaitu cintakan dunia dan takutkan mati.

74. Marilah kita semua jauhi perpecahan yang dibawa PAS dan bersatu sebagai satu Ummah. Bersama dengan Jamaah Muslimin yang dipimpin oleh Ulil Amri yang sah, itulah kaedah sunnah. Berpisah walau sejengkal dengan pemerintah, kata Rasulullah Mati Jahiliyyah.

75. Dan buat PAS, takutlah kamu kepada kemurkaan Allah:

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya?

Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.As Soff:2-3

-Dr. Rahman Kadir-

Komen Sidang : Ada beza menggunakan politik untuk kepentingan agama, ATAU menggunakan agama untuk kepentingan diri dan politik.


Tuesday, October 25, 2011

EDISI HARAKAH : KANTOI ALAT MENCACAI LIM GUAN ENG

Credit to my fellow Cucu-Tok Selampit

Read more about Harakahdaily, KLIK.

What Harakahdaily actually not reported on Penang based on the same AG's report was:
  • Penang mistakenly overpaid 37 state officers amounting to RM109,170 and also underpaid 13 officers of amount totalling RM13,500.
  • Jalan Raja Uda was widened to accomodate more cars but could not be used because parking spaces were illegally used as parking.
  • Federal Government gave RM868,000 to Penang for replanting mangrove trees. However, only 24.5% of trees still alive.
  • Penang state debts increase drastically from 2006 to 2010 i.e. 2006 (RM442M), 2007 (RM497M), 2008 (RM625M), 2009 (RM684M) and 2010 (RM688M).
  • Penang didn't approve RM1M to upgrade and maintain Jalan Permatang Rawa, even though audit found out 18 potholes and endangering users.
  • Penang spent 18% less on low cost housing in 2010 compared to 2009.
Note: Credit to MP Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan for his comprehensive review.

I really cannot accept those who excessively preaching Penang's CAT is-all-the-great, which the truth are just unrealistic and bias.

Komen Sidang : Takkanlah Harakah mencacai Lim Guan Eng, silap ni, samaada Haramkah, Suara Keldaian atau Selangor Kononnya mungkinlah..

EDISI AZIZ BARI 2 : TAK TAHU NAJIB KE ARAB SAUDI, DIKATAKAN TAKUT



Saya pelik kenapa Malaysian Insider yang tahu perkara sebenar tak beritahu perkara sebenar pada mamat yang semberono tanpa usul periksa nih.


The Malaysian Insider understands that the prime minister had cancelled his appearances today to attend the Saudi Crown Prince Sultan bin Abdulaziz Al-Saud`s Funeral

Komen Sidang : Nilailah sendiri apabila bercakap dan bertindak tanpa berfikir. Mahasiswa yang cerdik tidak mudah diperguna dan mengelak daripada mengiku-ikut tanpa memeriksa.

KLIK

Pautan : EDISI AZIZ BARI 1 : ANTARA UNISEL DAN UIA

Friday, October 21, 2011

EDISI AZIZ BARI 1 : BEZA ANTARA UNISEL DAN UIA

Beruntungnya seorang Prof. di IPTA, pengajian sehingga PHD ditanggung kerajaan dan menikmati gaji lumayan walaupun terang-terang menyokong pembangkang. Andai anda di universiti dikuasai PR, walaupun neutral, dengan hanya menidakkan kehendak mereka sudah pasti disingkirkan. Dalam hal ini, antara Aziz Bari dan DYMM, BN juga yang disalahkan. KLIK

Petikan dari anwaraidc terima kasih buat Angin Perubahan

Dari kalangan pemimpin-pemimpin parti politik pula, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, Exco Kerajaan Negeri Selangor Elizabeth Wong, Ketua Pemuda PKR, Shamsul Md Akin dan ramai lagi turut mengecam tindakan yang diambil oleh UIAM ke atas Dr Aziz Bari.

Rektor UIA Prof Datuk Dr Zaleha Kamaruddin tidak duduk diam. Beliau dengan segera pada tengah hari Jumaat memanggil satu sidang akhbar bagi membetulkan persepsi dunia luar ke atas apa yang berlaku.

Katanya, tindakan penggantungan yang dikenakan ke atas Dr Aziz Bari sebenarnya bukanlah satu bentuk hukuman tetapi ia adalah sekadar tempoh untuk memberi tunjuk sebab berhubung kenyataan Aziz berkaitan titah Sultan Selangor, Sultan SharafuddinIdris Shah baru-baru ini.

Dr Zaleha juga menjelaskan, penggantungan khidmat Abdul Aziz berkuat kuasa dari 19 sehingga 25 Oktober ini adalah merupakan penggantungan bergaji penuh.

“Penggantungan itu dibuat bagi melicin dan mempercepatkan siasatan tanpa sebarang gangguan bagi mendapatkan penjelasan daripada beliau berhubung kenyataan yang dikeluarkan itu secepat mungkin,” kata Dr Zaleha sambil menegaskan tindakan yang dibuat ketika ini (penggantungan dan penyiasatan) adalah urusan UIA dan tidak mahu campur tangan pihak luar.

Dr Zaleha juga menjelaskan, Peraturan Tatatertib UIA tidak menetapkan apa-apatempoh untuk penggantungan “tetapi apabila beliau (Dr Aziz) sudah menjawab surat tunjuk sebab itu, barulah kita akan memastikan sama ada wujud atau tidak alasan-alasan untuk meneruskan tindakan tatatertib kepada beliau.” (sekiranya ada).

“Peraturan 15 dalam Peraturan Tatatertib Kakitangan UIA memperjelaskanbahawa kebebasan ahli akademik membuat sebarang kenyataan umumhendaklah tidak bercanggah dengan kepentingan universiti,” katanya.

Beliau menambah, siasatan dan surat tunjuk sebab Abdul Aziz selepasitu akan diperbincangkan dalam Tribunal Universiti.

Jadi kesimpulannya ialah, sementara pihak- pihak tertentu apatah lagi golongan akademik menegaskan bahawa ahli akademik atas sifat semulajadi kerjaya mereka harus dan wajar diberi ruang untuk menyatakan pendapat dan pandangan tetapi pada masa yang sama, pihak pengurusan UIAM berpendapat apa juga tindak-tanduk kakitangan mereka sama ada dari segi pendapat dan juga perbuatan sementara dibenarkan berbuat demikian pada masa yang sama adalah juga tertakluk kepada peraturan dan aspirasi universiti.

Pandangan ini juga sebenarnya tidak salah. Dalam mana-mana pertubuhan pun sama ada politik , bukan politik, kebajikan mahupun kesukarelawan, tetap ada peraturan dan undang-undang lebih-lebih lagi jika sesuatu perbuatan yang dilakukan itu dilihat bercanggah dengan kepentingan badan itu sendiri.

Dan inilah yang berlaku kepada Universiti Selangor (Unisel) pada tahun 2008 dan kemudiannya sekali lagi pada Ogos tahun ini apabila naib canselornya ditamatkan perkhidmatan (tanpa dinyatakan sebab) dan seorang lagi meletakkan jawatan, khabarnya akibat tekanan politik.

Walaupun pemecatan dan peletakan jawatan mereka tidak jelas dan samar-samar tetapi tindak tanduk mereka dilihat oleh pihak pentadbiran dan pemilik sebagai tidak selari dengan aspirasi universiti itu.

Dalam kes pertama yang berlaku pada Jun 2008, Prof Datuk Dr Mohd Razali Agus telah ditamatkan perkhidmatannya selaku naib canselor oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga pengerusi Pendidikan Industri Yayasan Selangor Sdn Bhd iaitu pemilik dan pentadbir Unisel tanpa menyatakan sebarang sebab.

“Surat itu (penamatan khidmat) tiada kepala surat (letter head) kerajaan negeri tetapi ia datang daripada menteri besar Selangor menamatkan perkhidmatan saya dengan memberi notis sebulan. Surat itu juga tidak dinyatakan sebarang alasan berhubung penamatan perkhidmatan saya,” kata Prof Dr Razali Agus.

Dalam kes yang kedua pula, Datuk Dr Rosti Saruwono terpaksa melepaskan jawatannya setelah dikatakan menerima tekanan politik daripada kerajaan negeri dan juga pihak dalam Unisel setelah beliau tidak bersetuju dengan surat yang beliau terima daripada pejabat menteri besar memintanya supaya menamatkan perkhidmatan tiga pegawai Unisel tanpa melalui proses tatatertib dan juga peraturan dalaman.

Yang menghairankan, dalam kedua-dua kes melibatkan bekas naib canselor Unisel itu dan juga tiga kakitangan Unisel yang diarahkan dipecat tanpa melalui proses tunjuk sebab atau perbicaraan dalaman, tidak ada pula tunjuk perasaan atau kenyataan protes atau kritikan daripada parti-parti politik sama ada DAP, PKR mahupun PAS.

Tidak ada suara-suara yang mengatakan telah berlaku atau wujud campur tangan politik atau kerajaan negeri dalam urusan akademik di Unisel itu.

Naib-naib canselor dan kakitangan Unisel seolah-olah seperti keseorangan di dalam menghadapi tindakan daripada pihak atasan. Apakah ini kerana yang mengambil tindakan atau yang memberi arahan supaya tindakan diambil adalah menteri besar dari sebuah kerajaan yang didokong oleh DAP, PKR dan PAS?

Tetapi dalam kes Dr Aziz Bari ini pula, apakah beliau mendapat sokongan daripada DAP, PKR dan PAS kerana pensyarah itu sering kali memberi kenyataan atau pandangan yang cenderung menyebelahi mereka?

Tidak salah dan tidak apa jika hendak memihak kerana ia adalah hak demokrasi sesiapa sahaja tetapi jika hendak bermain di gelanggang yang adil sepertimana yang sering dilaung-laungkan oleh mereka yang menyokong Dr Aziz Bari maka eloklah juga sokongan yang sama turut diberikan kepada bekas-bekas naib canselor dan pensyarah Unisel yang ditamatkan perkhidmatan, diberi tekanan supaya melepaskan jawatan dan diarahkan supaya dipecat tanpa melalui proses sepertimana yang sedang dilalui oleh Aziz Bari sekarang.

Jika ini dapat dilakukan barulah adil namanya. Sekurang-kurangnya dalam kes Dr Aziz Bari, beliau diberi peluang untuk menjawab surat tunjuk sebab dan bukannya terus dipecat, ditamatkan perkhidmatan atau dilucutkan jawatan sepertimana yang terjadi di Unisel.

Di sebalik segala kecaman yang dilemparkan ke atas UIAM, mereka telah membuktikan bahawa mereka tidaklah sekejam Unisel yang dibawah pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

Malah UIAM selaku majikan berhak memberikan surat tunjuk sebab (bukannya surat pemecatan atau tamat perkhidmatan) ke atas mana-mana kakitangannya jika mereka merasakan tindak tanduk kakitangan tersebut bercanggah dengan aspirasi universiti itu sendiri.

Mana-mana pekerja pun tidak kira apa taraf kedudukkannya tidak terlepas daripada tertakluk kepada peraturan dan prosedur operasi standard. Jika rasa tidak mahu terikat dengan apa-apa peraturan dan prosedur, adalah wajar dan lebih baik tidak bernaung di bawah mana-mana panji mahupun organisasi.

Jadilah seperti Sasterawan Negara, A. Samad Said – bebas ke mana-mana, bebas menyatakan pandangan dan pendapat dan bebas naik ke pentas apa juga yang dirasakan serasi dan sesuai dengan jiwa dan hati nuraninya kerana beliau tidak terikat dengan mana-mana majikan dalam dunia ini.

PEMBONGKARAN DISEBALIK DEMO DI UIA KLIK

Pautan : EDISI AZIZ BARI 2 : TAK TAHU NAJIB KE ARAB SAUDI, DIKATAKAN TAKUT


Wednesday, October 19, 2011

SOKONGAN KEPADA HIMPUNAN SEJUTA UMAT


Apa objektif yang mahu kita capai dalam Himpunan Sejuta Umat ini ?

  • Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media.
  • Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.
  • Memberitahu kepada rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.
  • Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.
  • Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.
  • Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.

Himpunan Sejuta Umat ini akan dikendalikan mengikut lunas-lunas dan prinsip himpunan seperti berikut :

  • Keseluruhan pengendalian program dari awal hingga akhir sama sekali tidak menggambarkan kecenderungan berpolitik.
  • Peserta himpunan terdiri daripada semua rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan agama dan afiliasi politik (Walaupun perhimpunan ini secara logiknya akan disertai oleh orang Islam namun penyertaan mereka yang bukan Islam dialu-alukan).
  • Himpunan ini adalah perhimpunan aman yang mendapat kebenaran pihak yang berkuasa.
  • Tema himpunan tertumpu atau fokus kepada kegiatan kristianisasi, kesan dan cabarannya kepada masyarakat majmuk di negara ini.
  • Penyertaan Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu sebagai tonggak atau payung bangsa Melayu dan Agama Islam adalah sangat munasabah dan bertepatan pada masa dan ketikanya.
Sumber: himpun.org

*Perhimpunan ini mendapat permit polis. Semua dijemput hadir tanpa mengira latar politik, fahaman dan sebagainya kerana kita adalah satu umat, satu syahadah..

Tuesday, October 11, 2011

KUPASAN BERPOLITIK DAN BUKAN MUSLIM DI MASJID

Sahibussamahah Ustaz Tan Sri Harussani Zakaria mengulas perkara ini dibawah rencana "Luaskan Makna Politik" di Utusan Malaysia 23/5/2010 KLIK

Berikut adalah pandangan Sidang mengenai isu tauliah dan bukan muslim di masjid,

1. Apa itu politik?

Politik dari sudut bahasa yang mudah untuk difahami menurut sebahagian ilmuwan adalah melaksanakan sesuatu dengan memastikan kebaikan pada perkara itu. Manakala dari sudut kemasyarakatan bermaksud mengurus secara bijaksana dan pandangan dengan analisis yang tajam terhadap kesan sesuatu tindakan. Ia juga membawa makna sekumpulan hal ehwal urusan yang berkaitan dengan pentadbiran negara. Politik juga dapat diertikan sebagai satu kegiatan ummah menyokong dan mendokong usaha melaksanakan syariat untuk merealisasikan Islam yang syumul dapat dipraktikkan melalui sebuah institusi yang menjadi penerajunya. (Umat dan Negara dalam Syariat Islam karangan Dr. Abdul Karim Zaidan).

Soalnya apakah politik yang dianjurkan agama yang diamalkan antara kita? Atau lebih kepada politik yang dilarang? Berpolitik secara kepartian hanyalah satu wasilah daripada banyak wasilah lain yang akan menyampaikan kepada maksud politik yang lebih luas itu. Kebanyakan ahli masyarakat tidak lagi melihat politik dari sudut ilmu dan falsafah sebenarnya tetapi lebih terpengaruh dengan tindakan dan gelagat ahli-ahli politik yang mewarnai iklim berpolitik tanah air. Berpolitik sering difahami dan dilatari dengan perebutan kuasa, pertikaman lidah, tuduh menuduh, gelar menggelar dan sebagainya.

Jika politik maki hamun yang diamalkan oleh sesuatu kumpulan, politik seperti inilah yang ditolak apatah lagi di bawa ke dalam masjid walau atas nama pertubuhan Islam yang akhirnya membawa imej buruk pada agama dan perpecahan umat.

Malah, jika ia disampaikan oleh golongan berkepentingan, kecenderungan adalah tinggi untuk merendahkan golongan lawan dan selalunya fakta atau nas tidak disampaikan secara menyeluruh, ada yang disorok sehingga tidak lagi berdakwah secara hikmah seperti yang diajarkan nabi sehingga Islam tersebar meluas di muka bumi ini.

2.0 Bukankah nabi juga berpolitik di masjid?

Soalnya adakah kita berpolitik cara nabi atau politik seperti yang difahami dan diamalkan kita?
Adakah kita berpolitik untuk kepentingan agama, atau mempolitikkan agama untuk kepentingan diri agar dilantik pemimpin dan mendapatkan sokongan?

Jika berpolitik cara nabi, kita kembali kepada sejarah, memang Nabi SAW banyak menguruskan hal ehwal umat di dalam Masjid Nabawi namun kita harus tahu bahawa lokasi rumah Nabi SAW adalah amat dekat dengan masjidnya maka sudah tentu penurunan wahyu yang bertalian arus dibacakan oleh Nabi SAW di masjid kerana berdekatan dengan rumahnya.

Apabila wilayah Islam semakin berkembang dan hal-ehwal umat Islam diurus secara berinstitusi maka secara langsung hal-ehwal berkenaan diurus melalui institusi berkenaan sebagai contoh urusan kehakiman diurus oleh mahkamah, urusan kesihatan diurus oleh hospital dan sebagainya.

Apa yang berlaku sekarang segelintir masjid dijadikan gelanggang caci mencaci dan umpat mengumpat yang jelas diharamkan Allah SWT seperti yang terkandung dalam ayat 10-11 surah al-Hujurat yang bermaksud:

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (10)

Wahai orang-orang yang beriman! janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki Yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman, dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
(11)

3. Mungkin boleh ditanyakan soal bukan Muslim masuk ke masjid?

"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid.

Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang."

Soalnya adakah mereka masuk masjid untuk mendalami Islam, berbaik-baik dengan Islam atau untuk mendapat sokongan jemaah dan mengucapkan sesuatu untuk menyindir dan memalukan umat Islam lain? Sepatutnya mereka ini yang diberi taklimat, dibimbing atau dibawa ke institusi seperti PERKIM KLIK jika mereka benar-benar ikhlas mendalami Islam seterusnya menghormati kesucian dan pengurusan masjid yang diketuai oleh DYMM Sultan sendiri.

Itulah hikmah yang perlu diambil sebenarnya dari kisah Badwi pada zaman nabi yang memasuki masjid sehingga membuang air di dalam kawasan masjid.

Dari Anas bin Malik r.a, beliau berkata, "Seorang Arab Badwi pernah memasuki masjid, lantas dia kencing di salah satu sisi masjid. Lalu para sahabat ketika itu meneriaknya dan berkeinginan untuk mencegahnya, namun Rasulullah saw dengan penuh bijaksana bersabda, ”Jangan kalian putuskan kencingnya!”. Maka tatkala orang tersebut selesai dari kencingnya, Nabi menyuruh agar tempat yang terkena air kencing tersebut disiram dengan air, lalu memanggil orang Badwi tadi dan bersabda kepadanya, “Sesungguhnya masjid ini tidak layak untuk membuang kotoran di dalamnya, namun ia dipersiapkan untuk solat, membaca al Qur’an dan dzikrullah.” (Riwayat al Bukhari-Muslim).

Peraturan disediakan untuk memelihara kesucian masjid, bukan semberono menggalak orang bukan Islam apatah lagi harbi yang kita sendiri tahu tabiat dan prinsipnya terhadap Islam ke masjid untuk kepentingan tertentu.




4. Apa kaitan politik maki hamun dengan tauliah memberi ceramah?

Mutakhir ini, dilihat ada keghairahan berucap di masjid kerana di sinilah umat Islam berkumpul walau berlainan fahaman. Menurut TS Harussani, "Perlu diingat salah satu mekanisme yang digunakan oleh Rasulullah SAW untuk menyatupadukan umat Islam adalah melalui masjid. Saya menyatakan satu ketika dahulu apabila kita pergi ke masjid, tinggalkan politik di pagar masjid, tetapi ramai yang tersalah anggap malah menuduh saya jahil sejarah kerana memisahkan politik dari masjid. Politik yang saya minta supaya disangkut di tepi masjid adalah politik yang memecahbelahkan masyarakat, politik yang menyebabkan penyokong sesuatu parti tidak akan duduk mendengar majlis ilmu yang disampaikan oleh seteru parti politiknya."

Bagi Sidang, selaku penguasa yang bertanggungjawab menjaga perpaduan muslim di 259 masjid dan 939 surau yang dibina kerajaan. (2009), adalah mustahil untuk baginda Sultan Selangor memastikan setiap penceramah mempunyai niat yang baik dan mempunyai ilmu yang cukup untuk menyebarkan ajaran Islam dengan cara berhikmah, benar dan jelas serta yang paling penting menjaga perduan dan roh keharmonian antara umat Islam di negeri ini khasnya. Maka, ditetapkan agar adanya garis panduan dan tauliah dari JAIS, agar dipastikan kelayakan mengenai apa yang diperkatakan. Siapa yang bertanggungjawab jika ramai menjauhi masjid kerana tidak mahu diri dan keluarga dipandang serong kerana disindir, ditohmah, atau pergaduhan berlaku di ruang solat, masjid dipandang tempat meraih sokongan dan menghina sesuatu golongan muslim dan ironinya semuanya telah berlaku di negara ini.

5. Wajibkah mematuhi arahan DYMM dalam soal ini?

Penceramah datang dan pergi, yang tinggal adalah komuniti Islam untuk hidup bersama walau diluar masjid dalam kehidupan seharian. Tanggungjawab pemimpin adalah besar dan ditanyakan di akhirat kelak. Bukan mudah untuk mengawal 2.5 juta umat Islam yang berlainan niat dan perangai di serata negeri ini. Maka untuk menjaga maslahah ini, diadakan peraturan yang perlu difahami alasan-alasannya. Usahlah dinista dan disangka buruk arahan pemimpin selagi tidak menyuruh kepada maksiat dan melanggar syarak. Hukum mentaati sultan (pemimpin) KLIK

Sabda Rasulullah,

“Janganlah kamu mentaati perkara-perkara maksiat. Ketaatan hanyalah di dalam perkara yang ma’ruf.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 22/218, no. 6716)

Perkara ma’ruf di sini adalah merujuk kepada urusan yang bukan maksiat dan bukan kemungkaran. Sama ada ianya perkara yang diwajibkan agama, yang disunnahkan, ataupun yang diharuskan. Sekiranya masyarakat diperintahkan supaya melaksanakan perkara-perkara yang diharuskan (tidak dilarang agama), maka hukum mentaatinya adalah wajib. Sebagai contoh, hukum mematuhi undang-undang jalan-raya yang digubal oleh pihak berkuasa adalah wajib selagi mana ianya bukan maksiat walaupun ianya tidak pernah diwajibkan oleh syara’ secara khusus.

Matlamat tidak menghalalkan cara, Rasulullah sendiri pernah meruntuhkan masjid. Jika secara amnya, adakah begitu zalimnya Rasulullah meruntuhkan masjid? Ada sebabnya.

Peristiwa Masjid Dhirar, pada tahun pertama selepas Hijrah, Rasulullah SAW telah menghantar bapa saudaranya Saidina Hamzah ibn Adul Mutallib bersama 30 sahabat ke Saif al-Bahr untuk menyiasat mengenai 300 orang Quraisy yang berkhemah di kawasan itu. Umat Islam hampir menyerang golongan kafir ini, tetapi dihalang oleh Majdy ibn Umar al-Juhany, seorang munafiq dari Madinah dengan harapan ntuk memecahbelah kesatuan umat Islam dan membina masjidnya sendiri yang dikenali Masjid Dhirar tempatnya menyebar agendanya. Rasulullah SAW telah mengarahkan para sahabat merobohkan masjid ini, dalam bulan Ramadhan selepas beliau pulang dari Ghazwah Tabuk.

6. Kesimpulannya?

Atas sebab inilah pihak berkuasa agama mengambil pendirian melarang sebarang kegiatan politik kepartian di masjid apatah lagi melihat situasi politik orang kita hari ini.

Larangan berpolitik di masjid hendaklah difahami seperti penjelasan di atas. Semoga semua pihak sama ada kerajaan mahupun pembangkang memahami hal ini serta hormat dengan peraturan larangan berpolitik di masjid sama ada dengan ungkapan atas simbol-simbol parti. Masjid adalah tempat yang tenang, dan dikunjungi untuk merapatkan diri dengan Maha Pencipta selain simbol perpaduan seperti Rasulullah membina masjid Quba', mengimamkan solat jemaah menyatukan golongan Ansar dan Muhajirin seterusnya menjadi tunjang kekuatan umat menyebar syiar seluruh alam. Wallahualam.

Antara contoh-contoh mengapa tauliah diperlukan untuk pengajian di masjid,















Monday, October 10, 2011

DAULAT TUANKU. KRONOLOGI PEMERIKSAAN JAIS DI DUMC

Sidang tidak memahami kaitan kempen HIV/AIDS dengan soalan berbentuk akidah yang diberikan pada hadirin Islam. Sidang sama sekali menghormati penganut agama lain dalam mengamalkan amalan agama mereka tetapi jika ia cuba menyebarkan agama mereka pada saudara beragama Islam, ia sama sekali tidak menghormati semangat keharmonian rakyat dan melanggar perlembagaan negara. Perlembagaan Negara memperuntukkan Artikel 11 (4) dengan memberi kuasa kepada negeri dan juga kerajaan persekutuan untuk menyekat perkembangan agama lain di kalangan orang Islam.

BAHAWASANYA Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa undang-undang Negeri boleh mengawal dan menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganut ugama Islam. DAN

BAHAWASANYA adalah ekarang dikehendaki supaya diperbuat suatu undang-undang untuk mengawal dan menyekat pengembangan iktikad dan kepercayaan-kepercayaan ugama bukan Islam di kalangan orang-orang yang menganuti ugama Islam.

Dan mengenai hujah Sdr Khalid Samad KLIK, seolah-olah JAIS menyerang gereja dan tidak menghormati agama lain adalah silap. Nas yang diberikan bahawa Rasulullah mengajar umat Islam menghormati rumah ibadah waima ketika perang adalah benar tetapi Khalid Samad tidak menyatakan bahawa adalah wajar pihak berkuasa agama yang mendapat maklumat lengkap menyelamatkan akidah saudara seagama kerana murtad adalah sesuatu yang serius sehinggakan Saidina Abu Bakar R.A memerangi golongan yang murtad.

Benar, sultan tidak maksum, tetapi mengapa dikaitkan dengan keputusan DYMM?
KLIK

Sama-sama kita nilaikan video pemeriksaan JAIS yang bagi sidang tiada langsung kekerasan dijalankan malah mereka menipu dengan mengatakan tiada Muslim yang hadir dalam majlis ini.


Kronologi kisah ini diceritakan oleh blogger GAP KLIK

Akhir sekali, Sidang menjunjung kasih pada DYMM Sultan Selangor atas titah baginda mengenai isu ini untuk dipatuhi oleh sekalian rakyatnya. Tahniah juga pada Dr. Hassan Ali selaku EXCO bertanggungjawab dalam hal ini, pimpinan UMNO Selangor KLIK, Sdr Zulkifli Nordin, NGOs dan pihak lain yang konsisten dalam hal ini.

"Beta selaku Ketua Agama Islam Negeri Selangor amat mengambil berat di atas tindakan yang dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasan, Jabatan Agama Islam, Selangor (JAIS) yang telah menjalankan pemeriksaan ke atas majlis ‘Thanksgiving Dinner’ yang diadakan di Dewan 3, Kompleks Dream Centre, Seksyen 13, Petaling Jaya pada 3 Ogos 2011 yang lalu.
Beta amat berharap agar rakyat Negeri Selangor tanpa mengira bangsa dan agama tidak menyalahanggap dan mempertikaikan tindakan JAIS tersebut sebelum mengetahui dengan jelas fakta sebenar mengenai tindakan yang telah diambil oleh pihak JAIS.
Sebagai sebuah Jabatan Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang Islam dalam Negeri ini, JAIS mempunyai tugas yang berat untuk memastikan Agama Islam dalam Negeri Selangor ini sentiasa dipelihara dan dimartabatkan selaras dengan kedudukan Agama Islam sebagai agama Negeri Selangor di bawah Perkara XLVII Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959 dan juga agama Persekutuan di bawah Fasal (1) Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.
Pihak JAIS telah menyembahkan kepada Beta laporan penuh mengenai pemeriksaan yang telah dijalankan di kompleks Dream Centre, Seksyen 13, Petaling Jaya tersebut dan juga tindakan susulan yang telah diambil oleh JAIS. Beta sendiri telah meneliti laporan tersebut dengan terperinci dan Beta berpuas hati bahawa tindakan JAIS tersebut adalah betul dan tidak menyalahi mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di Negeri Selangor ini.
Tindakan JAIS tersebut adalah selaras dengan bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003, Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor, 1988.
Agama Islam yang diamalkan dalam Negeri Selangor ini adalah sebuah agama yang penuh toleransi. Penganut agama Islam sentiasa dipupuk agar menghormati penganut-penganut agama lain. Walaupun begitu, mana-mana pihak tidak boleh mengambil kesempatan untuk cuba mengembangkan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam. Ini adalah selaras dengan Fasal (1) dan (4) Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor, 1988 yang tidak membenarkan pengembangan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam.
Perkara XLVII Undang-Undang Tubuh, Kerajaan Selangor 1959, Fasal (1) Perkara 3 dan Fasal (1) Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan telah memberikan hak kebebasan beragama kepada penganut agama lain untuk mengamalkan ajaran agama mereka masing-masing dengan aman dan harmoni. Hak kebebasan tersebut telah pun berjalan dengan penuh harmoni dalam Negeri ini. Beta amat berharap keharmonian tersebut yang telah wujud sekian lama terus dikekalkan. Peliharalah hak dan agama masing-masing dan jangan sekali-kali cuba mempengaruhi dan memesongkan fahaman dan kepercayaan orang Islam terhadap agama Islam.
Merujuk kepada siasatan pihak JAIS, terdapat keterangan bahawa ada cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan aqidah umat Islam. Tetapi keterangan yang diperolehi tidak mencukupi untuk tindakan undang-undang diambil. Oleh itu setelah meneliti dengan secara mendalam laporan oleh pihak JAIS dan setelah mendapat nasihat dari pakar-pakar agama dan undang-undang, Beta bersetuju tiada pendakwaan terhadap mana-mana pihak.
Walau bagaimanapun Beta menitahkan JAIS memberikan kaunseling kepada orang Islam yang terlibat dalam majlis tersebut supaya aqidah dan kepercayaan mereka terhadap Agama Islam dapat dipulihkan. Beta juga menitahkan JAIS supaya menjalankan aktiviti dakwah terhadap orang Islam dengan lebih kerap dan tersusun supaya aqidah dan kepercayaan mereka terhadap Agama Islam dapat dipelihara dan dipertingkatkan.
Beta amat berharap selepas daripada ini, apa-apa kegiatan dan aktiviti yang sedang berjalan atau yang akan berjalan bagi tujuan mengembangkan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam dalam Negeri Selangor ini hendaklah dihentikan segera dan tiada kegiatan dan aktiviti yang serupa dijalankan di masa hadapan.
Sesungguhnya Beta selaku Ketua Agama Islam Negeri Selangor ini amat mengambil berat dan berasa amat tersinggung dengan usaha-usaha pihak tertentu yang cuba untuk melemahkan kepercayaan dan aqidah orang Islam dalam Negeri Selangor ini. Beta menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan JAIS supaya sentiasa mengadakan pemantauan rapi dan mengambil tindakan sewajarnya tanpa perlu teragak-agak lagi selaras dengan bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah undang-undang.
Beta juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mengambil berat berkaitan isu ini dan yang telah memberikan kerjasama dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada JAIS.
DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj
Sultan Selangor Darul Ehsan
12hb Dzulkaedah 1432Hijrah
10hb Oktober 2011




Sunday, October 9, 2011

FAKTA GRAFIK BAJET 2012

Klik untuk besarkan.

Adalah wajar setiap pemimpin UMNO dari akar umbi sekurang-kurangya mempunyai salinan dan memetik setiap isi-isi bajet tertentu dalam ucapan mengikut program bersesuaian seperti ghairahnya pemimpin PR mempromosi Buku Jingga sebagai menghargai kesungguhan DS Najib merangka dan menghasil bajet ini.

Saturday, October 8, 2011

FAKTA JENAYAH ANTARA P.PINANG/JOHOR

Meraikan kegembiraan menguasai P. Pinang bersama ayah, Lim Kit Siang, bekas setiausaha Lee Kuan Yew yang kini Penasihat DAP.

Isu ini kecoh setelah pendedahan video Lim Guan Eng setelah mengaibkan Johor semasa lawatannya ke Singapura dalam kata lain pertemuan dengan warga luar. Isu ini dianggap selesai setelah memohon maaf kepada Sultan Johor setelah baginda terkilan dengan tindakan beliau. Bagaimana pula imej Johor yang tercalar di kalangan pelabur luar?

Seperti biasa, isu keluar, Lim menafikan,



bukti didedahkan,



dan maaf dipohon,



Semudah itu.. Skrip yang sama dalam isu menghina pegawai kerajaan, isu wang hasil judi secara terus kepada warga Islam, melarang sambutan Maulidurrasul dan lain lagi sebelum ini. Itu yang berjaya dikesan, bagaimana agenda disebalik yang masih tersorok?

Baik terus kepada tajuk, merujuk statistik PDRM negeri masing-masing. Adakah memadai dengan membandingkan dengan jumlah tanpa menerangkan bilangan penduduk, keluasan dan kadar sebenar. sepatutnya :

Pulau Pinang :
Penduduk = 1,520,143 orang
Keluasan = 1,046 km sq.
Jumlah jenayah yang direkodkan = 12,144 kes
Kadar jenayah untuk setiap 100,000 penduduk = 800 kes
Sumber : KLIK

Johor :
Penduduk = 3,233,434
Keluasan = 19,210 km sq.
Jumlah jenayah yang direkodkan = 20,648 kes
Kadar jenayah untuk setiap 100,000 penduduk = 639 kes
SUMBER : KLIK

Secara relatif, kadar jenayah Johor adalah lebih rendah dengan beza 161 kes bagi setiap 100 000 penduduk brbanding Pulau Pinang.

INDEKS KEAMANAN DUNIA ANTARA MALAYSIA DAN SINGAPURA

Menurut Global Peace Index untuk 2011, KLIK, Malaysia adalah tempat pertama negara paling aman di Asia Tenggara, ke-4 di Asia Pasifik selepas New Zealand, Japan and Australia dan ke-19 daripada 153 negara di dunia (Singapura tempat ke -24).

Komen Sidang :

Rakan Sidang yang seorang penyokong PR mengatakan bahawa Lim Guan Eng hanya mengatakan fakta walaupun tindakannya memberi persepsi kurang elok selain media membesarkannya. " Tak ada isulah !!! "

Sidang hanya berkata : "Baiklah, ko seorang penjual produk, ko jumpa klien, bayar duit minyak, belanja makan untuk mempromosi produk ko sebaiknya, sampai beliau mula tertarik, tiba-tiba ko mendapat tahu rakan serumah ko, yang juga menjual produknya mengatakan sesuatu yang buruk tentang ko walaupun benar kepada klien tadi."

Aku tanya kat ko balik secara jujur " Ko boleh ulang balik kata ko tadi? Tak ada isu ???
:)

Thursday, October 6, 2011

FAKTA GAMBAR FITNAH NAJIB DAN POPE


Terima kasih kepada sahabat Pisau.net dan MIM

Komen Sidang : Sidang terpaksa keluarkan gambar sebenar kerana isu gambar ini diedar meluasnya di facebook seolah-eloh beliau terlibat dalam ritual Kristian oleh puak-puak penfitnah. Anda nilailah sendiri...

Wednesday, October 5, 2011

FAKTA DISEBALIK JUMLAH SEWAAN PESAWAT RM9 JUTA

Terima Kasih Sahabat Kita Gempur

Nurul Izzah bertanya di parlimen berapakah jumlah penyewaan Airbus A319 untuk digunakan PM. Jawapan daripada Nazri Aziz ialah sebanyak RM 9.1 juta meliputi 155 sektor dalam dan luar negara.

Sebelum kita membuat persepsi salah terhadap Perdana Menteri mari kita tengok berapa banyak pelaburan yang masuk ke Malaysia hasil daripada sewaan kapal terbang yang berjumlah RM9.1 juta itu.

1- Infineon Technology akan melabur sebanyak RM480 juta untuk memperluaskan dan menaik taraf kapasiti pengeluarannya di Melaka.

2- MYLED Opto Technology Sdn Bhd akan melabur sebanyak RM175 juta untuk memperluaskan kemampuan pembuatan mereka dalam sektor teknologi hijau di Melaka.

3- Asia Media akan melabur RM500 juta dalam membangunkan infrastruktur Penyiaran TV-Transit Langsung Digital pertama di Malaysia.

4- Prism Crystal Enterprises Ltd akan melabur sebanyak RM 9.6 billion untuk membangunkan Karambunai Integrated Resort City (KIRC)


Ini adalah sebahagian daripada projek baru dalam Program Transformasi Ekonomi ETP kerajaan UMNO BN. Keseluruhan Projek ETP akan menjana pelaburan berjumlah RM106.405 bilion, RM153.83 bilion dalam Pendapatan Negara Kasar (PNK) dan 298,865 pekerjaan baru.


Sebanyak 72 projek dalam 54 Projek Permulaan (EPP) diumumkan sehingga kini, yang bermakna 41.2 peratus daripada 131 EPP telah dimulakan, semuanya dalam tempoh kurang enam bulan sejak ETP dilancarkan.


Sekarang cuba kita fikir, dengan jumlah pelaburan mencecah berbillion ringgit, peluang pekerjaan mencecah 300 ribu adakah satu pembaziran sekiranya Perdana Menteri melabur sebanyak RM 9.1juta sebagai kos pengangkutan beliau untuk kepentingan rakyat?


Komen Sidang : Ada sesiapa bertanya berapa kos dan dari mana Ahli Parlimen biasa seperti Anwar Ibrahim mengelilingi dunia dengan pesawatnya untuk memburukkan Malaysia?


teliti ucapan Anwar mengenai Kartika dan Batik Malaysia pada minit ke-6.00 sehingga digelakkan hadirin Indonesia ATAU Lim Guan Eng memburukkan Johor kepada pelabur Singapura?



JAWAPAN KEPADA HASIL DOKTRIN PAKATAN RAKYAT DI KALANGAN ANAK MUDA

Anak Muda menjadi sasaran penyebaran doktrin PR tetapi golongan ini diharap lebih bijak mendapatkan maklumat dari semua arah dan berfikir rasional ke arah yang perancangan dan agenda yang praktikal dan sama-sama menyumbang ke arah kejayaan diri, keluarga dan negara.

Terima kasih sahabat Malaysian News

Eksploitasi Informasi : Kekeliruan Jadi Nadi

Letusan era informasi tanpa batasan lewat abad ke – 20 telah menyaksikan ratusan kebangkitan, kejatuhan malah keberlangsungan pelbagai aspek dalam kehidupan masyarakat dunia. Politik, ekonomi, industri, edukasi dan sebagainya kini semua hanya ‘seklik’ jauhnya dari gapaian. Selari dengan perkembangan ini, bilangan oportunis juga semakin berani untuk mengatur langkah dengan lebih berani. Tiada lagi segan silu, tiada lagi takut andai diketahui. Apa yang penting, periuk nasi perlu diisi, aspirasi kehidupan mesti ditujui.

Malaysia antara negara yang termaju dari segi teknologi menggapai informasi maya. Kita harus rasa bangga. Kita harus rasa bertuah. Namun begitu, rasa kesal tidak dapat diketepi bila medium magik ini disalahguna untuk kepentingan golongan oportunis. Memperalatkan segelintir golongan yang kusut dek cabaran kehidupan untuk kepentingan mereka. Pengeksploitasi ini tidak menipu. Tapi mereka memilih apa yang mahu disampaikan dengan tujuan memecah halangan yang melintang di jalan mereka.

Ketika berbicara dengan seorang saudara, beliau meluahkan rasa bencinya terhadap kerajaan. Bila ditanya mengapa? Katanya gaji di Malaysia terlalu murah. Soalan lanjut saya, berbanding siapa? Sesiapa sahaja jawabnya selamba. Beralih soalan, katanya hutang Malaysia mencecah RM240 bilion. Bila ditanya tahukah berapa rizab negara dalam tempoh yang sama (RM415bilion), jawabnya entahlah. KLIK

Keluhnya lagi, lihat Dubai, negara kaya minyak sama seperti Malaysia, rakyatnya bergaji besar, pekerja impot juga digaji besar. Saya hanya mampu menggeleng kepala kerana sudah pasti dia tidak tahu penggangguran di Dubai kini mencecah 12% berbanding Malaysia sekitar 3%. Sudah pasti juga dia tidak tahu baki akaun negara Arab itu pada 2010 hanya RM24 bilion berbanding Malaysia RM103 bilion.

Di akhir bualan, saya bertanya, apakah dia merasakan dia kini digaji rendah? Apakah dia rasa susah hidup di Malaysia? Adakah dia meradang kerana sukar mendapat pekerjaan? Sambil memegang I-Phone dan tiket wayang terbaru (maklumlah selau update), beliau berat untuk berkata TIDAK, mengetahui mata saya menjeling I-Phone nya. Katanya, keluh kesahnya datang hanya kerana apa yang dibaca dan apa yang dicerita kepadanya. Malah dia bersyukur sebagai OKU, dia dapat menjawat jawatan pegawai kerajaan.

Saya kehilangan kata-kata. Generasi pasca kemerdekaan kini semakin sukar tugasnya untuk memangkah kertas undi pilihanraya kerana banyaknya maklumat yang diterima. Maklumat yang entah benar entahkan tidak. Maklumat yang lengkap ataupun dipesong. Fitnah ataupun fakta! Tanpa kita sedari, setiap nafas kita kini diselubungi kekeliruan yang adakalanya kita raikan. Betapa kita perlu menggalas akibat hanya kerana keputusan silap yang kita lakukan. Silap bukan kerana tidak tahu, tetapi silap kerana tahu.

Rakyat tidak akan berhenti mencari maklumat, baik fakta mahupun fitnah. Untuk membalikkan masa bukan pilihan. Untuk menghadkan platform maklumat juga bukan pilihan. Kini terpulanglah kepada pihak yang berkenaan untuk mengatur strategi. Yang benar harus bijak menangkis yang khilaf. Yang ikhlas tidak boleh lagi ‘beri dan sembunyi’ kerana yang tidak amanah pasti menyambar peluang. Kekeliruan ini takkan berakhir tetapi kesilapan harus dielak.

Experience teaches slowly and at the cost of mistakes” - James A. Froude

Saturday, October 1, 2011

EKSKLUSIF - TEKNIK PAKATAN RAKYAT MELALUI FACEBOOK

Dipetik dari sahabat Generasi Pejuang Melayu

Edaran ini adalah petikan yang diedar untuk Facebookers PR

Terlalu ramai penyokong Pakatan Rakyat yang bersemangat menyokong PR dan memerangi BN; tetapi hanya membazir tenaga dan masa dalam FB dalam kerja yang nampaknya bersungguh benar tapi hakikatnya hanya 'merosakkan' sokongan terhadap PR. Di samping terdapat segolongan besar lagi yang malas memanfaatkan peluang menyebarkan maklumat secara mudah yang terhidang dalam FB.

Saya ingin mengguna kesempatan ruangan ini untuk membetulkan golongan yang hanya bekerja keras (work hard) tetapi tidak bekerja secara baik (work smart) di FB.

Berikut adalah senarai KESILAPAN yang dilakukan oleh rakan FB penyokong PR:
Kesilapan terbesar jurukempen alam siber ialah tidak memokuskan tugas utamanya iaitu cuba mengubah minda sasaran. Ramai yang berminat menyindir, mengutuk, menghina, memperlekeh dan merendahkan pihak lawan.

Pihak lawan membalas balik dengan serangan yang lebih ganas, memaki hamun, mencarut, memberi gelaran buruk. Atau pihak lawan yang memulakan dan kita memberi reaksi serupa. Apa hasilnya? Kita adalah penyokong PR tegar manakala mereka adalah penyokong BN tegar. Tiada siapa akan berubah.

Yang akan terubah persepsi ialah rakan-rakan atas pagar yang melihat kedua belah pihak sama saja, 2x5, 5x2. Jadi, betulkan nawaitu serta tujuan kita: Hendak mempengaruhi orang ramai atau hendak melepas geram.

Jangan termakan provokasi lawan. Berhujah dengan lunak berasaskan dalil dan fakta. Hujah kita akan dinilai oleh golongan yang rasional. Biarkan pihak lawan melakukan serangan kotor kerana semakin celupar mereka 'berhujah' semakin hilang wibawa mereka. Kita yang untung.

Jangan guna gelaran buruk untuk lawan. Contoh: Najis Tun Razak, Wak Sembab (Muhyiddin Yasin), Hisham Aww, Khir Toyol. Ingat tugas anda ialah mempengaruhi golongan atas pagar dan golongan rasional. Pihak lawan sering menggunakan N.ajis, Pork Nick, Aljuburi, Peliwat Tegar, Anugay, Mat Sabun, Mat Shabu, DAPig, hamPAS.. Biarkan, kerana ia 'sangat membantu' kita.

Jangan memaki hamun, eg. Babi, anjing, bodoh, bengap, keldai, haramjadah, celaka. Jangan mengejek, eg. Wakakaka, perghh, huahhh. Jangan mencarut. Tiada sasaran yang akan terpengaruh dengan maki hamun dan ejekan, tetapi manusia terpengaruh dengan hujah dan fakta.

Jangan menyerang penyokong atau pengikut. Tahap kesetiaan penyokong mana-mana parti adalah berbeza. Penyokong yang lemah dan rasional mempunyai keupayaan untuk berubah tapi jika kita menyerang penyokong BN secara borong, yang lemah pun akan terasa kuat.

Jadi elakkan mengguna perkataan puak-puak tu, penganut UMNO, pengikut buta tuli UMNO, geng songkok tinggi dll. Yang mesti diserang ialah para pemimpin mereka di semua peringkat.

Bagi segolongan rakan FB dari kalangan penyokong PR, mereka hanya gemar menjadi pembaca, langsung tidak mahu berperanan sebagai penyebar maklumat. Di luar sana, kita sibuk menyalahkan BN kerana media yang berat sebelah tetapi di alam siber yang beratnya berbelah-belah kita tidak memanfaatkan peluang yang terhidang. Jadilah pencetus dan pengkomen, bukan hanya sekadar pembaca.

Masing-masing pemegang akaun FB mempunyai rangkaian rakannya tersendiri. Terlalu banyak bahan kempen yang sampai berupa nota, banner, kartun ataupun klip video. Lakukan 'share' (kongsi), hanya dengan satu sentuhan beribu rangkaian rakan kita akan memperolehnya. Lagi banyak maklumat yang sama disebarkan, lagi teguh kepercayaan orang terhadapnya. Sangat mudah untuk dilakukan mengapa tidak buat?

Hari ini ceramah tidak lagi mendapat sambutan seperti satu atau dua dekad lalu. Maklumat yang mudah diperolehi dari media baru mungkin menjadi sebab. Tenaga dan masa yang diperlu untuk mengatur satu program ceramah sangat besar. Tapi Tuan Guru Nik Aziz boleh 'berceramah' kepada lebih 400 ribu rakan mayanya hanya dengan sentuhan jari.

Kelebihan FB ialah rangkaian rakan-rakannya adalah golongan menengah dan terpelajar dalam masyarakat. Cakap mereka berwibawa dan didengari. Pengaruhi mereka, lalu biarkan mereka mempengaruhi masyarakat.

Ulasan Sidang :

1. Soal pemikiran dan akhlak seseorang adalah datang dari hatinya. Ramai sudah tahu penggunaan perkataan-perkataan maki hamun yang digunakan penyokong PR di FB malah sehingga maklumat peribadi dikorek dan dimalukan.

2. Tindakan menggalakkan penyebaran sesuatu sumber dikalangan penyokong PR adalah modus operandi dengan penyediaan bahan-bahan yang dikarang secara sistematik, menyembunyikan sumber dan menyorokkan yang sebahagian. Akhirnya menjadi mainan di bibir umum seperti Najib-Altantuya, Mahathir Zalimi Anwar, Taraf Mastautin pada Mismah dll yang ternyata fitnah.

3. Menggunakan golongan terpelajar dan orang muda sebagai agen adalah matlamat PR, sebahagian golongan ini merasa 'handal' dan mengetahui sesuatu perkara setelah mendapat sumber pembangkang atau malaysiakini/malaysia insider yang seangkatan. Sidang tidak melarang, tetapi sumber penjelasan dari media pro-kerajaan perlulah dicari kerana orang yang bijak mengetahui segala keseluruhan sesuatu isu. Malah, blog ini juga bertujuan membongkar fakta-fakta sesuatu isu yang disembunyikan oleh puak-puak ini dan bukti melalui video-video kelakuan mereka sendiri sebagai sumber sekunder tuan-tuan.