Friday, April 27, 2012

12 Fakta Jawapan Dakwaan Ambiga yang Patut Disebar


Dakwaan 1 :

SPR telah sengaja membetulkan sempadan kawasan pilihan raya DUN dan Parlimen tanpa kelulusan Parlimen bertujuan meramaikan pengundi di satu-satu kawasan bagi membolehkan Barisan Nasional beroleh kemenangan pada PRU Ke-13 nanti

Dakwaan tersebut merupakan suatu fitnah dan tidak berasas sama sekali. SPR tidak pernah melakukan apa-apa perubahan terhadap sempadan kawasan atau bahagian pilihan raya sama ada DUN atau pun Parlimen kerana urusan berkenaan hanya dapat dilakukan apabila tiba masanya mengikut peruntukan Perkara 113(A) Perlembagaan Persekutuan. SPR telah pun mengeluarkan pengumuman bahawa urusan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya hanya akan dijalankan apabila tiba masanya selepas PRU-13. SPR akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan perkara tersebut apabila tiba masanya nanti.

Apa yang sebenarnya berlaku sebelum ini mengikut peruntukan kuasa di bawah sub peraturan 25(3) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, melalui kuasa Ketua Pendaftar, ialah tindakan SPR membetulkan Lokaliti yang mengandungi nama-nama pemilih yang telah tersalah letak sebelumnya iaitu semasa proses penetapan kedudukan Lokaliti (sebelum 2004) yang dibuat secara manual. Oleh kerana kedudukan Lokaliti berkenaan telah tersalah letak, maka selaras dengan peruntukan undang-undang SPR perlu membetulkan kedudukan Lokaliti tersebut di dalam bahagian pilihan raya yang sepatutnya pemilih di dalam Lokaliti berkenaan didaftarkan.

SPR menyedari kedudukan beberapa Lokaliti yang tersalah letak di dalam bahagian pilihan raya hanya selepas Sistem EGIS (Electoral Geographical Information System) digunapakai dalam tahun 2004. Melalui peruntukan kuasa yang ada, SPR telah membuat pembetulan kedudukan Lokaliti yang tersalah letak di seluruh negara yang melibatkan jumlah pemilih seramai 19,342 orang. Pemilih-pemilih mengikut Lokaliti-lokaliti berkenaan perlu ditempatkan di dalam kawasan pilihan raya yang sebenarnya seperti yang wujud di lapangan. Perlu ditekankan bahawa pembetulan Lokaliti-lokaliti yang dibuat itu tidak sama sekali melibatkan perubahan kepada mana-mana garis sempadan bahagian pilihan raya sama ada DUN ataupun Parlimen. Sebaliknya dengan pembetulan kedudukan pemilih mengikut Lokaliti yang terlibat maka mereka akan mengundi di dalam bahagian pilihan raya yang betul mengikut kedudukan alamatnya di dalam Daerah Mengundi dan DUN yang sebenarnya.

Selepas tindakan pembetulan Lokaliti berkenaan dibuat, SPR telah memaklumkan secara rasmi melalui surat pemberitahuan yang dialamatkan kepada semua pemimpin parti politik di dalam bahagian-bahagian pilihan raya yang berkenaan. SPR beranggapan parti-parti politik melalui pemimpin-pemimpin mereka di peringkat Daerah Mengundi dan DUN menyedari tindakan SPR tersebut dan seterusnya memaklumkan kepada pemilih-pemilih yang terlibat di kawasan masing-masing. Tetapi ramai pemilih yang memberi maklumbalas kepada SPR mereka tidak menyedari telah berlaku pembetulan kedudukan nama mereka mengikut Lokaliti di mana mereka didaftarkan. Oleh yang demikian, dalam menghadapi PRU-13 akan datang, SPR akan menulis surat pemberitahuan perkara tersebut kepada semua pemilih yang terlibat di semua kawasan yang berkenaan di seluruh negara.

Justeru,SPR ingin menegaskan sekali lagi bahawa dengan tindakan membetulkan kedudukan nama pemilih di dalam Lokaliti berkenaan iaitu dengan meletakkannya di dalam bahagian pilihan raya yang sebenar mengikut kedudukan di lapangan, ia sama sekali tidak melibatkan apa-apa perubahan kepada garis sempadan kawasan atau bahagian pilihan raya sama ada DUN ataupun Parlimen. Mana-mana pihak yang ingin mendapat penjelasan secara lebih lanjut berhubung dengan perkara ini, mereka bolehlah menghubungi mana-mana Pejabat SPR yang berkenaan.

Dakwaan 2 :

Kawasan mengundi YAB Tan Sri Abd Khalid bin Ibrahim telah dipindahkan secara tidak sah oleh SPR

Dakwaan yang mengatakan bahawa kawasan mengundi bagi YAB Tan Sri Abd Khalid bin Ibrahim telah dipindahkan secara tidak sah oleh SPR adalah tidak benar dan tidak berasas. SPR telah memberi penjelasan terperinci kepada Ahli-Ahli Parlimen pada 16 April 2012 berhubung perkara ini. Walaubagaimanapun perkara ini terus diputar belit untuk mengelirukan orang ramai yang tidak faham tentang isu pembetulan kedudukan Lokaliti di dalam sesuatu Daerah Mengundi yang terletak di dalam kawasan DUN dan Parlimen.

Apa yang sebenarnya berlaku di dalam kes yang melibatkan alamat dalam Lokaliti YAB Tan Sri Abd Khalid bin Ibrahim ialah SPR hanya membuat pembetulan kedudukan Lokaliti yang telah tersalah letak di dalam kawasan pilihan raya. Proses ini dijalankan mengikut Peruntukan sub peraturan 25(3) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih 2002).

YAB Tan Sri Abd Khalid bin Ibrahim telah mendaftar sebagai pemilih pada 1/1/1985 dengan menggunakan alamat Jalan 16/2, Seksyen 16, Petaling Jaya, Selangor. Semasa pendataan borang pendaftaran tersebut, petugas SPR telah meletakkan alamat Lokaliti beliau iaitu Jalan 16/2 di dalam kawasan DUN N.34 Bukit Gasing /Parlimen P.105 Petaling Jaya Selatan iaitu berdasarkan kepada alamat di dalam borang pendaftaran tersebut. Pada masa itu SPR tidak menyedari bahawa di lapangan yang alamat Lokaliti Jalan 16/2 itu adalah sebenarnya terletak di dalam Wilayah Persekutuan di mana Jalan Datuk Abu Bakar merupakan sempadan rasmi antara negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan. Lokaliti Jalan 16/2 di mana YAB Tan Sri Abd Khalid bin Ibrahim berdaftar sebenarnya berada di dalam kawasan Parlimen P.121 Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan. Apabila sistem EGIS dilaksanakan SPR mula menyedari kesilapan penentuan kedudukan Lokaliti berkenaan. Maka selaras dengan tindakan pembetulan Lokaliti yang sedemikian di kawasan-kawasan lain di seluruh negara, SPR juga membuat pembetulan kedudukan Lokaliti terhadap Lokaliti Jalan 16/2 Seksyen 16, Petaling Jaya. Di atas muka bumi, Lokaliti tersebut sebenarnya terletak di kawasan Parlimen P.121 Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan. Ianya sama sekali tidak melibatkan apa-apa perubahan kepada garis sempadan kawasan pilihan raya sama ada DUN atau pun Parlimen. Bagi mana-mana pihak yang ingin mendapat penjelasan lanjut berhubung dengan perkara tersebut, mereka bolehlah datang ke Ibu Pejabat SPR atau Pejabat SPR Negeri Selangor atau Pejabat SPR Wilayah Persekutuan.

Dakwaan 3 :

SPR gagal membersihkan daftar pemilih. Seramai 42,051 pengundi awam ragu masih berada dalam daftar pemilih SPR hingga sekarang

Sebagai langkah yang berterusan untuk membersihkan Daftar Pemilih,SPR telah menghantar Daftar Pemilih Induk (DPI) yang melibatkan kesemua nama 12.5 juta pemilih berdaftar kepada pihak JPN pada bulan Julai 2011 untuk semakan secara menyeluruh bagi tujuan pengesahan dan pembersihan.Pada bulan September 2011,pihak JPN telah memberimaklum balas kepada SPR bahawa dari jumlah 12.5 juta tersebut, terdapat sebanyak 42,051 nama-nama pemilih yang tidak memiliki maklumat yang jelas dan sahih.Ini bermakna nama-nama 42,051 pemilih berdaftar berkenaan ada di dalam rekod di JPN,tetapi masalahnya mereka tidak dapat dihubungi untuk diminta datang mengemaskini status terkini kedudukan mereka kerana ketiadaan alamat yang jelas.Di waktu yang sama mereka juga telah tidak datang ke mana-mana pejabat JPN untuk mengemaskinikan status mereka.Oleh yang demikian,SPR membuat keputusan mengkategorikan 42,051 nama-nama berkenaan sebagai pemilih awam di bawah status yang diragui kesahihannya disebabkan ketiadaan maklumat yang terkini tentang status mereka.

Berikutan itu, sebagai langkah yang betul serta bagi menjamin hak rakyat selaku pemilih berdaftar yang dijamin di bawah Perlembagaan,SPR tidak boleh memotong nama-nama mereka dari daftar pemilih sewenang-wenangnya tanpa pengesahan dari jabatan yang berwajib iaitu JPN.SPR sebaliknya mengambil inisiatif untuk mempamerkan kesemua 42,051 nama berkenaan selama tiga bulan untuk memberi peluang kepada orang ramai khususnya pemilih untuk tampil mengemaskinikan maklumat mereka di JPN dan SPR supaya nama mereka dapat dikemaskini atau dikeluarkan daripada senarai pemilih awam ragu tersebut.

Dalam tempoh pemeran itu juga,SPR telah turut mengedarkannama-nama berkenaan kepada Ibu Pejabat semua parti politik utama serta pemimpin-pemimpin politik di peringkat Parlimen dan DUN yang berkenaan di seluruh negara untuk mendapat bantuan dalam usaha mencari pengesahan dan maklum balas berhubung dengan kedudukan alamat dan status terkini pemilih-pemilih yang berkenaan.Bagaimanapun,di sepanjang tempoh tiga bulan pemeran tersebut berlangsung.sambutan yang diterima oleh SPR sama ada dari parti-parti politik atau orang ramai amat dingin.

Pada 28 Mac 2012, pihak JPN telah memberi maklum balas kepada SPR bahawa melalui semakan yang terperinci dan berterusan oleh pihak mereka,jumlah pemilih yang diragui itu telah berkurangan kepada 40,803 orang.Ini berikutan terdapat di kalangan mereka yang tampil ke JPN untuk mengemaskini maklumat kad pengenalan mereka manakala yang lain terdapat waris-waris yang tampil dengan membawa bukti kepada JPN mengenai kematian ahli
keluarga atau saudara mara mereka.

Undang-undang SPR tidak membenarkan mana-mana nama dalam daftar pemilih dipotong sewenang-wenangnya tanpa pengesahan oleh pihak JPN. Oleh yang demikian,nama 40,803 pemilih awam ragu tersebut perlu terus kekal berada di dalam daftar pemilih bagi menjamin hak mereka yang dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan. SPR hanya memotong nama-nama mereka daripada daftar pemilih setelah mendapat pengesahan secara rasmi dari pihak berwajib iaitu JPN sama ada mereka telah meninggal dunia atau hilang taraf kewarganegaraan atau hilang kelayakan atas sebab-sebab lain seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan. Oleh yang demikian, selagi pengesahan muktamad tidak diperolehi dari pihak JPN,kesemua nama 40,803 pemilih berkenaan perlu dikekalkan di dalam Daftar Pemilih Induk.

Dakwaan 4:

SPR telah mendaftar pemilih yang terdiri daripada warga asing yang telah mendapat taraf warganegara

Hanya warganegara Malaysia sahaja yang layak dan berhak untuk menjadi pengundi dalam pilihan raya di negara ini.Mereka yang bukan warganegara mustahil akan dapat mendaftar sebagai pengundi.Sesiapa sahaja warganegara Malaysia dan berumur 21 tahun dan ke atas yang memohon untuk di daftarkan sebagai pemilih,permohonan mereka akan diproses sewajarnya melalui sistem komputer dan mengikut tatacara pemerosesan yang ditetapkan di bawah undang-undang.Justeru itu,tidak timbul persoalan tentang siapa atau apa jua latar belakang seseorang warganegara itu apabila ia memohon untuk menjadi pemilih kerana yang menjadi asas kelayakan ialah seseorang itu mestilah terdiri daripada warganegara Malaysia dan telah mencapai umur 21 tahun dan ke atas serta memenuhi apa-apa syarat kelayakan lain yang ditetapkan di bawah Perlembagaan.

Dakwaan 5 :

Masih ramai pemilih berusia lebih 100 tahun berada dalam daftar pemilih SPR

Pemotongan nama seseorang pemilih berdaftar hanya dapat dibuat atas dua sebab iaitu pertama, pemilih telah meninggal dunia mengikut pengesahan rekod di JPN dan kedua,pengesahan hilang kelayakan sebagai pengundi berdasarkan bukti pengesahan dari jabatan-jabatan yang berwajib.Justeru itu,walaupun umur seseorang pemilih itu telah melangkaui 100 tahun,undang-undang tidak membolehkan SPR untuk memotong nama mereka sewenang-wenangnya atas anggapan bahawa mereka mungkin telah meninggal dunia.Jikalau ada mana-mana pihak yang mengetahui dan dapat membuktikan bahawa terdapat waris mereka yang telah meninggal dunia,SPR berharap mereka tampil ke JPN untuk mengemaskinikan rekod kematian waris berkenaan.Dalam soal pengesahan rekod kematian seseorang warganegara,SPR terpaksa bersandarkan kepada maklumat yang sahih daripada pihak JPN bagi mengelak penipuan atau sebagainya.

Dakwaan 6 :

Daftar pemilih SPR kotor kerana mengandungi ramai pemilih yang didaftarkan di satu-satu alamat

Tanggapan umum terhadap kajian MIMOS bahawa terdapat ramai pemilih yang berdaftar secara berkelompok di satu-satu alamat adalah tidak tepat.Apa yang berlaku ialah pihak MIMOS telah tersalah tafsir dengan menganggap pemilih yang mendaftar dalam suatu kawasan Lokaliti yang sama sebagai pendaftaran di satu alamat yang sama.Hakikatnya ialah apa yang dilakukan oleh SPR adalah untuk membolehkan mereka yang mendaftar dapat ditentukan Daerah Mengundi dan Pusat Mengundinya.Untuk itu, SPR menetapkan dasar dengan merangkumkan beberapa alamat pendaftaran tersebut di dalam sebuah Lokaliti.Dalam peta pilihan raya,Lokaliti adalah unit yang terkecil yang mengandungi beberapa alamat,dan kemudiannya melalui beberapa Lokaliti dibentuk menjadi Daerah Mengundi dan daripada beberapa Daerah Mengundi pula terbentuknya bahagian pilihan raya DUN dan seterusnya
menjadi bahagian pilihan raya Parlimen.

Sebagai contoh, di Lokaliti Kampung Melayu Majidee di Johor,yang telah dianggap sebagai satu alamat yang mempunyai lebih daripada 100 pemilih,di Lokaliti berkenaan sebenarnya terdapat berpuluh-puluh alamat lengkap dan yang tidak lengkap.Alamat-alamat tersebut kemudiannya disatukan sebagai satu Lokaliti iaitu Lokaliti Kampung Melayu Majidee.Hal ini telah disalah tafsir oleh MIMOS sebagai satu alamat,walhal ia sebenarnya adalah merupakan satu Lokaliti dalam
Daerah Mengundi.

Dakwaan 7 :

Berlaku peningkatan pengundi secara yang mendadak dibeberapa kawasan yang diwakili calon pembangkang

Langkah SPR secara agresif menjalankan promosi menyerurakyat mendaftar sebagai pengundi, ditambah pula dengan suasana semasa yang hampir dengan PRU-13 merupakan faktor utama yang menyebabkan pendaftaran pemilih mencatatkan peningkatan yang tinggi sehingga suku tahun keempat tahun 2011.Peningkatan jumlah pendaftaran telah berlaku secara menyeluruh di semua bahagian pilihan raya di seluruh negara.Walaubagaimanapun, terdapat bahagian-bahagian pilihan raya yang mencatat peningkatan yang lebih tinggi daripada yang lain seperti yang berlaku di beberapa negeri dan di beberapa bahagian pilihan raya tertentu.Perkara ini tidak harus dipertikaikan kerana sehingga Jun 2011, masih terdapat sejumlah 3.7 juta warganegara Malaysia yang layak tetapi belum mendaftar sebagai pengundi. Jumlah mereka yang belum mendaftar yang tertinggi mengikut negeri ialah di negeri Selangor diikuti dengan Wilayah Persekutuan,Johor,Perak dan lain-lain.Maka, jika peningkatan pendaftaran yang tinggi berlaku di negeri Selangor, itu adalah sesuatu yang selari dengan fakta di mana seramai 750,000 warga yang masih belum mendaftar sehingga Jun 2011 adalah terdiri daripada
warga Selangor.Di sesetengah bahagian pilihan raya peningkatan jumlah pendaftaran telah berlaku dalam kadar yang tinggi dengan peratusan melebihi 30 peratus berbanding dengan kedudukan bilangan pemilih pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (2008).Ini termasuklah kawasan-kawasan seperti P.107 Subang (34%), P.158 Tebrau (34%), P.111 Kota Raja (33%), P.086 Pekan (33%) dan P.032 Gua Musang (30%).

Pertambahan jumlah pendaftaran pengundi ini bukanlah satu perkara yang dirancang oleh SPR bagi tujuan tertentu sepertimana yang didakwa oleh beberapa pihak.Sebaliknya ianya berlaku disebabkan masih terlalu ramai mereka yang layak mendaftar sebagai pemilih di seluruh negara, termasuk Selangor,yang belum mendaftar sebagai pemilih.Ekoran dari promosi pendaftaran yang agresif dan berterusan,mereka mula sedar dan tampil mendaftar secara besar-besaran melalui pejabat-pejabat pos dan penolong-penolong pendaftar yang dilantik oleh SPR di seluruh negara.

Dakwaan 8:

SPR sengaja menambah ramai petugas mengundi secara pos pada PRU Ke-13 nanti

Sub peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 memperuntukkan kepada mana-mana Pegawai Pilihan Raya yang menjalankan tugas pada hari pengundian boleh memohon untuk mengundi secara pos.Justeru,melalui peruntukan tersebut petugas-petugas SPR dibenarkan membuat permohonan kepada Pegawai Pengurus di kawasan masing-masing untuk mengundi secara pos.Bagaimanapun,tidak kesemua petugas SPR akan mengundi secara pos.Bagi mana-mana petugas yang bertugas di Pusat Mengundi di mana dia adalah pemilih berdaftar di kawasan berkenaan,petugas tersebut biasanya akan mengundi secara pengundian biasa,sama seperti pemilih awam yang lain.Demikian juga,sekiranya seseorang petugas SPR itu bertugas di sebuah Pusat Mengundi yang berdekatan dengan Pusat Mengundi lain di mana nama beliau berdaftar di kawasan berkenaan,beliau akan diberi kelonggaran untuk pergi mengundi sebagai pengundi biasa di Pusat Mengundi
berkenaan.

Adalah menjadi amalan SPR untuk melantik seseorang petugas dari kalangan mereka yang datang dari sesuatu kawasan di mana mereka mendaftar sebagai pemilih.Ini akan membolehkan mereka mengundi sebagai pengundi biasa pada hari pengundian.Bagaimanapun perlu disedari untuk pilihan raya umum, SPR perlu melantik jumlah petugas yang ramai.Justeru itu,amatlah sukar untuk SPR memastikan mereka yang dilantik itu terdiri daripada pemilih di kawasan mereka bertugas.

Dakwaan 9 :

SPR gagal memastikan akses media yang saksama kepada semua pihak semasa berlangsungnya sesuatu pilihan raya

Kuasa untuk mengawal media semasa pilihan raya tidak terletak di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab SPR.Apatah lagi bagi media milik swasta yang mempunyai dasar dan pendekatan berbeza berhubung dengan sokongan dan sikap mereka terhadap isu-isu yang berbangkit tentang pilihan raya.Justeru,mereka bebas untuk membuat laporan mengikut selera dan kepentingan mereka.SPR tidak diperuntukkan kuasa bagi mengawal mana-mana media supaya menyediakan akses yang saksama kepada semua pihak yang bertanding dalam pilihan raya. Walaubagaimanapun,untuk PRU-13,SPR akan berbincang dengan pihak yang berkenaan dalam usaha untuk mewujudkan ruang dan akses yang saksama terhadap media awam kepada semua pihak yang bertanding dalam pilihan raya. Selain itu SPR juga akan berbincang dengan beberapa pemilik media swasta utama (media elektronik dan media cetak) untuk mendapatkan kerjasama mereka dalam usaha mewujudkan akses media yang saksama kepada semua parti politik dan calon yang bertanding.

Dakwaan 10 :

Isu isteri anggota tentera mendaftar sebagai pengundi pos

Peraturan 3 (1)(a) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 menetapkan isteri atau suami kepada anggota angkatan tentera adalah berhak mengundi secara pos.Justeru itu,pertikaian terhadap kedudukan pasangan tentera mengundi secara pos tidak sewajarnya berbangkit.Untuk PRU-13 akan datang,golongan tersebut yang dikategorikan sebagai pengundi tidak hadir dan berhak mengundi secara pos,SPR akan memperkenalkan kaedah Sistem Pengundian Awal untuk mereka.Isteri atau suami kepada anggota angkatan tentera akan mengundi awal di Pusat-pusat Mengundi Awal yang akan dibuka dan diuruskan oleh pegawai-pegawai SPR di dalam kem di mana mereka didaftarkan sebagai pengundi. 12.Bagaimanapun,bagi mereka yang terlibat dengan operasi,mereka boleh memohon untuk mengundi secara pos.

Dakwaan 11 :

Isu anggota polis dan pasangan didaftarkan sebagai pengundi pos

Mengikut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003, anggota polis dan pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) adalah golongan yang layak mengundi secara pos.Perkara ini disebut dengan jelas di bawah sub peraturan 3(1)(c) undang-undang tersebut.Prosedur memproses permohonanpendaftaran pengundi pos bagi anggota polis di buat secara teliti bagi mengelak berlakunya pendaftaran berganda di kalangan mereka di mana nama seseorang pengundi pos berkenaan tidak akan wujud di dalam senarai pengundi awam.Seperti juga dengan anggota tentera, anggota polis juga akan mengundi secara pengundian awal pada PRU-13 nanti.Bagaimanapun, bagi mereka yang terlibat dengan tugasan operasi,mereka bolehlah memohon untuk mengundi secara pos.Justeru itu, pertikaian terhadap kedudukan anggota polis dan pasangan PGA didaftarkan sebagai pengundi pos tidak
seharusnya ditimbulkan.

Dakwaan 12 :

Isu pengundi hantu

Isu “pengundi hantu” yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu telah berkali-kali diperjelaskan oleh SPR sebelum ini bahawa pengundi hantu tidak wujud di dalam pilihan raya di negara ini.Pada SPR,dakwaan “pengundi hantu” adalah satu tohmahan yang sengaja diadakan oleh pihak-pihak tertentu bermotifkan politik serta bertujuan untuk memburukkan imej SPR di mata umum.Hakikatnya tohmahan tersebut tidak pernah dibuktikan oleh mana-mana pihak sama ada di mahkamah atau di luar mahkamah. Dalam sejarah pilihan raya di negara ini, isu pengundi hantu tidak pernah terbukti dalam mana-mana petisyen pilihan raya yang di failkan di mahkamah selepas pilihan raya.Semasa pilihan raya,apa yang berlaku ialah terdapat pemilih berdaftar yang telah tidak bermastautin di alamat tempat beliau mendaftar sebagai pemilih. Apabila tiba pilihan raya,pemilih berkenaan balik mengundi di tempat beliau telah mendaftar sebagai pemilih.Oleh yang demikian,pemilih berkenaan adalah seorang pengundi yang sah dari segi undang-undang, bukannya “pengundi hantu” sebagaimana yang sering didakwa oleh pihak yang menuduh SPR sengaja membiarkan nama- nama pengundi berkenaan di kekalkan di dalam daftar pemilih.Walaupun mereka tidak bermastautin di dalam kawasan pilihan raya berkenaan.

Tuesday, April 3, 2012

EDISI BLOGGER WAJIB TAHU : FAKTA PRESTASI ETP & GTP

Baru 3 tahun, DS Najib menjadi PM, bukan mudah mebuat perubahan dari segi sistem dan
kehidupan buat 26 juta rakyat Malaysia, tetapi usaha beliau kita nampak keberhasilannya.

Berikut adalah ucapan penuh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) & Program Transformasi Ekonomi (ETP) 2011.

Rakyat Malaysia sekalian,

1. Ceritera kejayaan Malaysia merupakan ceritera yang telah di tinta emas. Ia telah dilakar oleh sumbangan semua rakyat Malaysia dari Negeri Perlis hinggalah ke Sabah. Hakikatnya, ia hasil sumbangan warga tiga belas buah negeri dan tiga Wilayah Persekutuan yang walaupun dipisahkan secara fizikalnya oleh Laut Cina Selatan, namun disatukan roh dan semangatnya oleh kehendak untuk hari ini yang lebih baik daripada hari semalam dan hari esok yang penuh dengan harapan di bawah lembayung kibaran jalur gemilang.

2. Kejayaan ini hasil sumbangan usahawan kecil, sederhana dan besar yang berani mengambil risiko, ia hasil sumbangan petani, pesawah, pekebun, peladang, penternak dan nelayan yang gigih menggunakan kudrat, ia hasil sumbangan para guru, pensyarah, wartawan, karyawan dan cendekiawan yang mendidik serta memberi kesedaran, ia hasil pengorbanan anggota tentera dan polis yang setia mempertaruhkan jiwa dan raga demi keselamatan negara tercinta, ia hasil sumbangan penjawat awam, pekerja swasta, pekerja kolar putih, biru dan buruh yang merupakan roda yang menggerakkan pembangunan negara, pendek kata kejayaan nasional adalah kejayaan yang dibina semua warga Malaysia.

3. Tugas kita hari ini sebagai generasi baru Malaysia yang mewarisi watan daripada generasi terdahulu teramat berat, kita dipanggil semboyan pertiwi bagi meneruskan tugas mulia membina negara bangsa Malaysia. Kita berdiri di atas bahu para patriot negara, bahu-bahu gergasi para bapa pengasas Malaysia. Kita berhadapan dengan amanah dan cabaran bagaimana membina di atas kejayaan sedia ada di samping meneruskan proses perubahan dan pembaharuan nasional.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

4. Tiga tahun lalu, saya berdiri di hadapan tuan-tuan, puan-puan, saudara dan saudari bagi menyampaikan ucapan sulung saya selaku Perdana Menteri Malaysia ke-6.

5. Di dalam ucapan sulung tersebut, saya telah menggariskan prinsip yang akan memandu hala tuju kerajaan pimpinan saya dalam bergerak ke hadapan, prinsip yang dimaksudkan ialah 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

6. Falsafah asas yang telah saya dan rakan-rakan pilih menjadi teras kerajaan ini, ialah falsafah yang merai dan menuil kemajmukan Masyarakat Malaysia yang sedia ada. Ia menjunjung harapan mereka untuk membentuk masa hadapan yang lebih baik. Falsafah ini terbentuk hasil daripada proses merasai denyut nadi rakyat, menggarap aspirasi serta mendengar keluh kesah mereka.

7. Ia dibentuk bagi menangani tiga cabaran utama era globalisasi dan era dunia tanpa sempadan, iaitu pertama, dalam mengukuhkan perpaduan masyarakat majmuk Malaysia. Kedua, bagi membentuk sistem penyampaian kerajaan yang lebih mendakap aspirasi rakyat dan ketiga, mengeluarkan Malaysia dari perangkap gejala negara berpendapatan sederhana yang telah melanda banyak negara-negara lain di dunia, di mana kadar pertumbuhan semakin perlahan dan pembangunan menjadi statik malahan dalam kes yang ekstrem ia mula menjadi regresif.
Rakyat Malaysia yang dihormati

8. Sebarang perubahan dan pembaharuan yang ingin kita bawa, wajib berasaskan premis bahawa sebagai negara yang majmuk survival kita bergantung kepada keberterusan keutuhan perpaduan nasional yang didasarkan kepada keyakinan bahawa kepelbagaian yang kita miliki merupakan sumber kekuatan bukannya kelemahan.

9. Kita perlu memanfaatkan bakat yang terbaik dari kolam bakat kebangsaan bagi membangunkan negara serta menambah kekayaan nasional tanpa mengira ras dan kepercayaan penyumbang tersebut. Perkiraan pertama dan terakhir seharusnya adakah mereka warganegara yang mampu menyumbang. Sepanjang lipatan sejarah pembangunan negara Malaysia, dari sebuah negara pertanian berpendapatan rendah kepada negara perindustrian berpendapatan sederhana tinggi, ia telah menyaksikan sumbangan mereka yang datang dari semua kaum dan semua kepercayaan.

10. Menjadi keyakinan yang telah saya nyatakan secara terbuka bahawa era kerajaan mengetahui segala-galanya, era kerajaan memiliki monopoli terhadap kebijaksanaan sudah berakhir. Menginsafi hakikat ini, dalam menggubal komponen pertama Dasar Transformasi Nasional, iaitu Program Transformasi Kerajaan atau GTP, kita telah mewujudkan makmal-makmal khusus bagi mendapat maklum balas daripada rakyat, tentang apakah yang sebenarnya menjadi urutan keutamaan mereka.

11. Hasil daripada merundingi rakyat, sebanyak 7 bidang keberhasilan utama atau NKRA telah dikenal pasti untuk dilaksanakan. Bagi memastikan pencapaian KPI di bawah NKRA ini akan mampu dicapai mengikut jadual atau lebih pantas, maka kerajaan telah mengambil keputusan untuk menggunakan strategi lautan biru kebangsaan atau “national blue ocean strategy” di dalam beberapa NKRA.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

12. Pada malam ini, genaplah 3 tahun pentadbiran saya. Saya berdiri pada malam ini bagi melaporkan pada tuan-tuan dan puan-puan apa yang telah kita capai setelah perencanaan yang rapi dan pelaksanaan yang berstrategi.

13. NKRA yang diberi keutamaan, adalah untuk menangani kos sara hidup. Kerajaan prihatin bahawa rakyat terhimpit akibat tekanan kos sara hidup yang semakin hari semakin meningkat. Ia melanda bukan sahaja penduduk bandar, tetapi juga penduduk luar bandar. Hakikatnya, semua segmen warganegara terkesan olehnya. Bagi meringankan bebanan ini, kerajaan telah merangka pelan jangka pendek, sederhana dan panjang bagi menanganinya.

14. Antara langkah jangka pendek bersifat “one off” yang telah dilaksanakan bagi tahun 2012 ialah Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M, sebanyak RM 500 yang memanfaatkan hampir 4 juta isi rumah negara yang berpendapatan di bawah RM3 000.

15. Tidak cukup dengan bantuan BR1M, kerajaan juga memberikan bantuan persekolahan RM 100 untuk setiap pelajar sekolah rendah dan menengah. Bantuan ini telah memanfaatkan 5.3 juta orang pelajar sekolah seluruh negara. Bagi pelajar Institut Pengajian Tinggi dan Tingkatan 6 pula, mereka tidak dilupakan. Baucar buku bernilai RM200 telah disediakan yang telah memanfaatkan 1.3 juta orang pelajar. Semua bantuan ini melibatkan peruntukan hampir RM 3 bilion.

16. Kerajaan juga baru-baru ini telah mengumumkan kenaikan gaji 7 hingga 13 peratus bagi 1.4 juta orang kakitangan sektor awam yang telah memanfaatkan hampir 4 juta orang rakyat Malaysia. Manakala bagi sektor swasta, saya akan mengumumkan pelaksanaan gaji minimum pada akhir bulan ini.

17. Untuk langkah jangka sederhana, kerajaan telah memperkenalkan beberapa prakarsa bagi mengurangkan tekanan kos hidup antaranya Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, Menu Rakyat 1Malaysia serta pembekuan kenaikan untuk tempoh 5 tahun harga tol di Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Pantai Timur serta penghapusan tol di beberapa laluan seperti di Lebuh Raya Cheras- Kajang dan Lebuh Raya Connaught.

18. Untuk tempoh jangka panjang, menyedari bahawa perumahan merupakan komponen terbesar kos sara hidup, maka kerajaan telah memperkenalkan Skim Perumahan 1Malaysia atau PR1MA untuk membina perumahan mampu milik di kawasan Bandar bagi golongan pertengahan, manakala untuk golongan berpendapatan rendah skim seperti Projek Perumahan Rakyat di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan di tingkat giatkan lagi. Bagi perumahan kawasan luar bandar, pembinaan rumah yang mencukupi akan diterajui oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Kerajaan juga tidak melupakan perumahan bagi golongan nelayan. Bagi tahun 2012 sebanyak RM300 juta telah diperuntukkan di bawah Tabung Khas Perumahan Nelayan untuk membina dan membaik pulih rumah.

19. Selain daripada semua inisiatif di atas, Kerajaan juga komited untuk meneruskan dasar subsidi yang terpilih melibatkan makanan seperti beras, gula, minyak masak dan tepung gandum, hasil petroleum termasuk minyak kereta, diesel dan gas memasak. Kerajaan juga memberikan subsidi bil elektrik bagi 1 juta isi rumah yang melibatkan bil bernilai RM20 ke bawah. Segala subsidi ini membabitkan peruntukkan sebanyak lebih RM30 bilion setahun.

20. Kerajaan yang sedia ada ialah kerajaan yang berkebajikan dan bertanggungjawab. Pengurusan ekonomi serta hasil secara berhemah telah memungkinkan lebih RM 30 bilion diperuntukkan setiap tahun untuk subsidi secara langsung bagi mengurangkan bebanan hidup rakyat serta hampir RM 3 bilion untuk berian terus bagi tahun 2012.

Rakyat Malaysia sekalian,

Keduanya, NKRA yang bermatlamat mengurangkan kadar jenayah.

21. Kerajaan telah mengambil langkah inovatif dan kreatif melalui strategi lautan biru (national blue ocean strategy) untuk meningkatkan jumlah anggota polis terutamanya di kawasan-kawasan panas. Strategi ini nyata berkesan di mana kadar jenayah jalanan telah berjaya dikurangkan sebanyak 39%, manakala jenayah keseluruhan telah berkurang sebanyak 11% semenjak tahun 2009.

22. Usaha mengurangkan kadar jenayah jalanan telah menyaksikan era baru kerjasama antara Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Di Raja Malaysia, di mana pusat-pusat latihan tentera sedia ada telah dimanfaatkan untuk melatih juga anggota-anggota polis. Kesannya, dengan kos yang minimum lebih banyak anggota polis boleh dilatih dengan kadar lebih pantas, seterusnya diatur gerak ke kawasan-kawasan yang memerlukannya. Di bawah strategi lautan biru ini juga rondaan bersama anggota polis dan tentera serta anggota RELA dan Jabatan Pertahanan Awam yang dilatih khusus serta dikawal selia oleh pihak PDRM di laksanakan bagi tujuan pencegahan jenayah. Sebagai sebahagian daripada langkah mengurangkan kadar jenayah ini juga, teknologi inovatif dan moden seperti pemasangan CCTV akan di tingkat luaskan.

Ketiga, NKRA yang bermatlamat meningkatkan pencapaian pelajar.

23. Buat pertama kalinya dalam sejarah Negara, pendidikan peringkat rendah dan menengah adalah percuma. Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan yang besar setiap tahun untuk bidang pendidikan. Hasilnya, 77% daripada anak-anak kita telah mendapat peluang mengikuti pembelajaran peringkat pra-sekolah berbanding 67%, 2 tahun yang lalu. Kerajaan menyedari anak-anak ialah permata Negara. Pendidikan seawal mungkin akan menjamin mereka mendapat kelebihan persaingan dalam kehidupan masa depan.

24. Kerajaan juga menyedari peri pentingnya peranan guru dalam memastikan sistem pendidikan yang berkualiti. Menyedari hakikat itu, saya telah pun mengumumkan laluan karier perguruan yang lebih baik berasaskan sistem kenaikan pangkat “time based” dalam Bajet 2012 dan mengumumkan jaminan penerusan komitmen tersebut dalam ucapan saya kepada anggota perkhidmatan awam baru-baru ini.

Keempat, NKRA yang bermatlamat mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar.

25. Kerajaan tidak pernah melupakan penduduk luar Bandar. Keprihatinan kerajaan ini terbukti apabila pada Tahun 1959 Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar telah ditubuhkan. Semenjak 3 tahun yang lalu, usaha untuk mempertingkatkan kemudahan asas luar bandar telah diberikan nafas baru dengan penekanan ke Negeri Sabah dan Sarawak.

26. Setakat ini, hampir 1000 kilometer jalan luar Bandar telah dibina. Dalam sejarah negara, ini merupakan jumlah kilometer jalan terpanjang yang pernah dibina dalam tempoh 2 tahun. Sebagai perbandingan, panjangnya melebihi Lebuh Raya Utara-Selatan sedia ada. Menggunakan strategi lautan biru, Angkatan Tentera Malaysia melalui Projek Jiwa Murni telah membantu dalam pembinaan jalan-jalan luar Bandar ini. Contohnya, Long Lopeng ke Ba’kelalan, Kuala Medalam ke Medamit, Limbang dan Kampung Saeh, Bekenu, Miri.

27. Semenjak pelaksanaan NKRA ini tiga tahun yang lalu, sebanyak 27 ribu lagi isi rumah luar bandar mendapat nikmat bekalan elektrik dan lebih 70 ribu lagi isi rumah pula mendapat bekalan air yang bersih. Hasil langkah-langkah ini telah meningkatkan akses rakyat Malaysia kepada air bersih. Bagi negeri Sabah peningkatan melibatkan 8% membabitkan lebih 150 ribu penduduk. Bagi negeri Sarawak, peningkatan ialah sebanyak 5.3% yang membabitkan lebih 100 ribu penduduk. Manakala bagi negeri-negeri di Semenanjung, peningkatan ialah sebanyak 3.6% yang membabitkan lebih 250 ribu penduduk. Bagi bekalan elektrik pula, negeri Sabah dan Sarawak menunjukkan peningkatan sebanyak 6.8% dan 6.2%, yang memanfaatkan lebih daripada 230 ribu penduduk.

28. Bagi merancakkan lagi pembangunan luar Bandar, Kerajaan telah melancarkan Program Transformasi Luar Bandar sebagai sebahagian daripada Dasar Transformasi Nasional. Di bawah program ini, Pusat- Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) telah dan bakal didirikan. Pusat RTC pertama telah dilancarkan di Gopeng, Perak. Manakala RTC yang berikutnya akan dilancarkan di Kota Bharu dan beberapa buah lokasi yang telah dikenal pasti.

Rakyat Malaysia yang dihormati,

Kelima, NKRA yang bermatlamat mempertingkatkan pengangkutan awam bandar.

29. Bagi meningkat kualiti kehidupan rakyat terutama di kawasan bandar, kerajaan akan melaksanakan beberapa projek besar pengangkutan awam. Projek paling utama ialah projek MRT yang merupakan projek pengangkutan awam bandar jangka panjang yang paling komprehensif dalam sejarah pengangkutan awam negara. Fasa pertama projek ini dijangka siap dalam tempoh 5 tahun akan datang.

30. Sementara itu, kerajaan telah pun mengambil tindakan untuk meningkatkan sistem pengangkutan LRT dengan penambahan dari gerabak 2 koc kepada gerabak 4 koc, dan pemanjangan kedua-dua laluan Kelana Jaya dan Ampang Jaya. Pemanjangan kedua-dua laluan ini dijangka akan memanfaatkan lebih 500 ribu pengguna sehari semasa waktu puncak.

31. Bagi perkhidmatan komuter KTM pula, koc-koc baru telah pun dibeli dan akan diperoleh secara berperingkat. Ini akan meningkatkan mutu dan keselesaan perkhidmatan komuter. Langkah-langkah ini dijangka akan meningkatkan keselesaan kepada hampir 100 ribu pengguna harian. KTM juga kini dalam proses mempersiapkan laluan berkembar dan proses elektrifikasi laluan Ipoh-Padang Besar.

32. Di bawah NKRA ini juga, Kerajaan telah memperkenalkan Bas Ekspresway Transit (BET) yang telah memanfaatkan 370 ribu orang pengguna setiap hari.

Keenam, NKRA yang bermatlamat mempertingkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah.

33. Perang terhadap kemiskinan telah dilancarkan secara sistematik dan berterusan semenjak kemerdekaan lagi. Ia dilaksanakan secara lebih saintifik bermula dengan Dasar Ekonomi Baru (1971-1990). Matlamat kedua DEB adalah untuk mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan. Alhamdulillah, kita telah berjaya membasmi kemiskinan tegar apabila kita telah mengeluarkan lebih 44 ribu isi rumah daripada kategori tersebut. Namun, kita tetap waspada terhadap kes-kes baru yang mungkin berlaku.

34. Kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai inisiatif, seumpama akhiri zaman miskin atau 1AZAM yang telah memberi nikmat kepada lebih 47 ribu isi rumah yang melibatkan perbelanjaan lebih RM 500 juta. Manakala di bawah program Kebajikan Rakyat 1 Malaysia atau KAR1SMA pula sebanyak RM 1.4 Bilion diperuntukkan setiap tahun kepada 500 ribu penerima bantuan kebajikan masyarakat seluruh negara.

Ketujuh, NKRA yang bermatlamat membanteras rasuah.

35. Kerajaan komited bagi membanteras gejala rasuah. Jenayah rasuah adalah ibarat barah kepada kelangsungan dan pembangunan negara. Ia mampu memusnahkan keharmonian rakyat. Kerajaan tidak pernah pilih kasih dalam usaha memerangi rasuah. Tidak timbul soal bahawa tindakan hanya akan diambil terhadap “ikan bilis” manakala “ikan jerung” akan dibiarkan terlepas bebas. Sehingga akhir 2011, sebanyak 900 pesalah rasuah telah disabitkan kesalahan. Kerajaan telah pun menubuhkan mahkamah khas bagi mempercepatkan perbicaraan kes-kes rasuah. Manakala badan penguatkuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah ditingkat upaya dengan secukupnya.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

36. Selain GTP yang telah diperkenalkan pada Tahun 2009, kerajaan juga pada Tahun 2010 telah memperkenalkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) bersama-sama 12 Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) serta 131 Projek Permulaan Ekonomi (EPP). Melengkapinya ialah Model Baru Ekonomi (NEM) serta 6 Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI).

37. Matlamat utama ETP dan NEM adalah untuk mengeluarkan Malaysia dari perangkap negara berpendapatan sederhana dan meletakkan negara di landasan yang betul, bagi mencapai Wawasan 2020 untuk menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi.

38. Untuk analogi, NEM dan SRI bolehlah diibaratkan sebagai lebuhraya. Manakala ETP merupakan kenderaan yang akan menggunakan lebuhraya membawa kita ke destinasi akhir, iaitu sebuah negara maju berpendapatan tinggi. 12 NKEA di bawah ETP ialah bahagian-bahagian enjin kepada kenderaan tersebut. Manakala EPP ialah bahan api atau “fuel” yang akan menggerakkan kenderaan ini. Untuk Malaysia menjadi sebuah negara maju, kesemua komponen termasuk kenderaan, enjin, bahan api dan lebuhraya hendaklah berada dalam keadaan yang terbaik.

39. Perubahan dan pembaharuan yang kita lakukan melalui inisiatif ETP dan NEM sepanjang 2 tahun yang lalu telah menunjukkan hasil yang amat memberangsangkan. Contohnya, laporan World Economic Forum bagi Tahun 2012 telah menyaksikan Malaysia naik 5 anak tangga dalam senarai daya saing ekonomi dunia berbanding tahun sebelumnya. Malaysia hari ini adalah antara 21 buah negara paling kompetitif ekonominya di dunia. Manakala, Bank Dunia di dalam laporannya “Doing Business 2012” pula telah mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang ke-18 paling mudah memulakan atau menjalankan urus niaga. Kita telah memintas negara-negara yang maju seperti Jerman, Jepun, Taiwan dan Perancis. Syarikat perunding A.T Kearney juga telah mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang 10 teratas dalam Indeks Keyakinan Pelaburan Langsung Asing bagi Tahun 2012.

40. Semasa ETP dilancarkan 2 tahun lalu, pendapatan perkapita negara adalah USD 6 700. Hari ini, ia telah meningkat kepada USD 9 700. Manakala data 2011 menunjukkan pencapaian tertinggi KDNK atau GDP serta PNK atau GNI negara semenjak merdeka. Angka KDNK telah mencecah RM 852. 7 bilion manakala PNK pula RM830.7 bilion. Pencapaian ini telah membolehkan kerajaan mengutip jumlah hasil tertinggi dalam sejarah pasca merdeka iaitu RM 185.54 bilion membolehkan pelbagai inisiatif dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat di samping langkah-langkah di ambil bagi membaiki kedudukan fiskal kerajaan. Terbukti apa yang telah dicapai dalam kerangka waktu ini, menunjukkan kita berada di trajektori yang betul untuk mencapai pendapatan perkapita USD 15 000 pada tahun 2020.

41. Sejak pelancaran ETP pada 2010, sehingga akhir 2011, pelaburan langsung asing telah meningkat sebanyak 12.3% kepada RM33 bilion. Manakala pelaburan swasta pula telah menunjukkan peningkatan sebanyak 19% kepada RM94 bilion. Sebanyak 313 ribu peluang pekerjaan baru dijangka dapat dicipta daripada keseluruhan RM179 bilion nilai pelaburan yang telah diumumkan di bawah ETP. Sebanyak RM129 bilion pendapatan negara kasar pula dijangka dapat dijana menjelang Tahun 2020.

42. Bagi menambah kukuh kewibawaan dan keutuhan perancangan hasil pelaksanaan program-program transformasi kerajaan khususnya GTP dan ETP, satu prosedur dijalankan oleh firma antarabangsa Price Waterhouse Coopers, dengan disemak oleh sebuah Panel Antarabangsa yang dianggotai oleh pakar-pakar berwibawa antaranya dari United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, serta Korea Selatan.

Rakyat Malaysia Sekalian,

43. Segala yang saya telah bentangkan sebentar tadi adalah bukti jelas sikap keterbukaan, ketelusan dan akauntabiliti kerajaan yang ada. Kerajaan ini telah berterus terang dengan rakyat Malaysia tentang apakah masalah dan cabaran yang sedang di hadapi negara, dan kita telah merangka pelan menyeluruh bagi menangani segala cabaran yang dikenalpasti.

44. Segala prakarsa di bawah payung Dasar Transformasi Nasional telah dirangka dengan bersebab dan bermatlamat. Pucuk pangkalnya, Kerajaan hari ini jelas tentang ke arah mana hala tuju yang ingin di bawa negara, iaitu menuju sebuah negara maju berpendapatan tinggi.

45. Kita dambakan sebuah negara yang memiliki prasarana asas yang moden yang dapat dinikmati semua warga Malaysia sama ada di pedalaman, luar bandar, pinggir bandar mahupun di bandar. Kita impikan sebuah negara di mana persekitarannya sejahtera dari jenayah, alam sekitarnya bersih dan sistem pengangkutan awamnya cekap. Kita menginginkan sebuah negara di mana jalan rayanya selamat, bekalan airnya bersih, bekalan elektrik, akses kepada internet jalur lebar, perkhidmatan kesihatan dan pendidikannya adalah yang terbaik. Kita mahukan sebuah negara di mana pekerjanya terutamanya generasi muda mendapat peluang pekerjaan yang upahnya setimpal, di mana gaji minimum akan berada di atas paras kemiskinan, serta semakin tinggi kemahiran yang dimiliki maka semakin tinggi pula ganjarannya.

46. Kerajaan hari ini tidak takut untuk bersaing dalam gelanggang yang demokratik. Bukankah kerajaan ini yang memansuhkan I.S.A., Akta Kediaman Terhad, Akta Buang Negeri, membatalkan 3 perisytiharan darurat, menggubal Akta Perhimpunan Aman bagi melindungi hak rakyat untuk berhimpun dan bersuara seperti yang dijamin Perlembagaan Persekutuan. Selanjutnya meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti bagi mengiktiraf hak perlembagaan pelajar untuk menganggotai parti politik, serta meminda Akta Pelesenan dan Mesin Cetak bagi menghapuskan keperluan pembaharuan lesen tahunan penerbitan.

47. Hakikatnya, kerajaan hari ini dipilih secara demokratik di dalam pilihanraya umum yang bebas dan adil. Oleh itu, kita tidak sekali-kali takut mahupun gentar bersaing dalam pasaran idea yang bebas dan kompetitif. Kita mempunyai penuh keyakinan terhadap kebijaksanaan rakyat Malaysia memilih dan meneraca. Mereka tahu menilai yang mana intan yang mana kaca. Kita percaya rakyat akan memilih kerajaan yang mempunyai “track record” yang meletakkan kepentingan rakyat di atas segala-galanya.

48. Kerajaan yang saya pimpin bukan kerajaan populis semberono yang tidak bertanggungjawab. Kerajaan ini di dalam merangka sebarang dasar, di dalam membelanjakan wang negara tidak akan sekali-kali meranap mahu membangkrapkan negara. Kita telah dan akan sentiasa berterus terang dengan rakyat tentang apa yang kita mampu dan apa yang kita tidak mampu lakukan, sebaliknya amat mudah bagi sesetengah pihak untuk menjanjikan bulan, bintang dan cakerawala tanpa memikirkan kesannya.

49. Perjalanan nasional ke arah cita-cita kebangsaan sebuah negara maju hanya tinggal 8 tahun lagi untuk dicapai. Seperti yang saya analogikan sebentar tadi, untuk menuju matlamat nasional kita memerlukan kenderaan yang berprestasi tinggi, komponen enjin yang berkualiti, bahan api mencukupi, destinasi yang jelas dan lebuh raya terbaik. Namun, saya ingin mengingatkan, kita juga memerlukan kepada pemandu yang cekap supaya dapat menggabung jalinkan segala faktor yang ada bagi memastikan kenderaan tiba ke destinasinya pada masa yang ditentukan dengan selamat. Oleh itu, janganlah kita bereksperimen untuk menukar pemandu yang telah terbukti kebolehannya, di tengah-tengah jalan, untuk digantikan dengan pemandu yang diragui dan berbahaya.

50. Oleh yang demikian, jangan sesekali kita salah membuat pilihan. Berhati-hatilah dengan tukang karut yang melipur lara. Mereka ini hanya pandai berjanji tapi tidak pernah mengotainya. Mereka tidak pernah konsisten antara amalan dan retorik yang dilaungkan. Makanya, berwaspadalah dengan alunan muzik oleh peniup seruling yang tampak indah tapi penuh dengan persona dan perdaya.

Rakyat yang dikasihi

51. Sesungguhnya, masa depan kita dan anak-anak kita bergantung kepada keputusan hari ini. Kesimpulannya, kerajaan hari ini adalah kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan yang beramanah dan paling penting kerajaan ini sentiasa menepati janji.

Sunday, February 5, 2012

TEKNIK ANWAR KUASAI UMNO YANG DIGUNA PADA PAS KINI

Mahathir pun sukar menyingkirkan Anwar. Apatah lagi PAS.
Banyak sebab Anwar disingkir oleh Mahathir, tetapi PAS kena menerima akibat kerana membiarkan parasit-parasit ini menyusup masuk.

APA yang sedang berlaku kepada Pas sekarang hampir menyerupai krisis yang menggugat pucuk pimpinan UMNO lebih 12 tahun lalu. Penerapan anasir-anasir Datuk Seri Anwar Ibrahim menggoncang Pas dan akan menghancurkannya jika kesedaran tidak mengatasi sentimen yang menutup akal dan mata terhadap kebenaran.

Bezanya cuma Anwar tidak sempat menukarkan nilai dan prinsip asal UMNO walaupun percaturan politiknya berjaya menyingkirkan semua halangan kepada kemaraannya, tetapi Pas telah berjaya dikuasainya sehingga menukarkan keperibadian, memesongkan akidah, menjadikan kepimpinan ulama hanya sebagai patung-patung dan Pas menjadi ultra liberal.

Halangan besar kepada Anwarisme iaitu Nasharuddin Mat Isa dan Hasan Ali manakala Azizan menunggu giliran. Kepimpinan ulama umpama melukut di tepi gantang walaupun sesekali cuba tunjukkan Al ulama Warisatul Ambia (ulama mewarisi kenabian).

Tun Dr. Mahathir Mohamad membawa masuk Anwar ke dalam UMNO pada 1982 dengan harapan akan menggelapkan masa depan Pas tetapi 18 tahun kemudian tangannya sendiri digigitnya.

Dr. Mahathir hampir keseorangan dalam saat kecemasan menghadapi cabaran genting terhadap kepimpinannya. Yang tinggal hanya mereka yang bersiap sedia untuk mengikut arus.

Semua ini berlaku menerusi taktik terancang, penguasaan institusi strategik, mengambil kuasa ke atas media arus perdana, elektronik dan cetak, memperkecilkan projek-projek mega Perdana Menteri, membangkitkan amalan kronisme, memperkenalkan Islam Madani untuk menyaingi gagasan Penerapan Nilai-Nilai Islam, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dinafikan sebagai inisiatif Dr. Mahathir, persengketaan dengan Singapura didakyah sebagai berpunca daripada Dr. Mahathir dan pelbagai lagi tikaman dari dalam untuk menghilangkan keyakinan terhadap kepimpinannya.

Dr. Mahathir hanya tersedar pada saat terakhir, dalam keadaan lemas dan cemas, tetapi kekuatan minda dan jiwa luar biasa yang ada padanya dengan bantuan segelintir kawan-kawan yang masih setia telah membolehkan beliau timbul semula dan berenang mengharungi badai serta mengalahkan pencabarnya.

Apabila Datuk Kamaruddin Jaafar bekas Setiausaha Agung ABIM dan Setiausaha Politik Anwar menyertai Pas dan dengan pantas mendapat tempat sebagai Setiausaha Agung Pas, maka kelihatan jelas strategi penyusupan yang cukup licin untuk mengAnwarismekan Pas.

Tetapi barangkali Pas terhidu bahaya maka langkah seperti menarik benang dalam tepung diambil. Kamaruddin telah digantikan dengan Datuk Mustafa Ali, seorang nasionalis yang merupakan survivor handal dalam Pas.

Mustafa telah selamat mengharungi ombak politik apabila pimpinan nasionalis cauvinis Pas digulingkan oleh kepimpinan ulama dogmatis dan seterusnya dalam keadaan Pas berada di lembah ultra liberal.

Menguasai

Grand design Anwar dari awal penyertaannya untuk menguasai UMNO dimudahkan oleh kepimpinan Dr. Mahathir yang memberikan kepercayaan penuh kepadanya tetapi akhbar Utusan Malaysia tidak turut terperangkap dalam strategi medianya yang diinisiatifkan oleh orang kuatnya daripada Berita Harian. Namun keadaan berubah setelah berlaku perubahan pucuk kepimpinan Jabatan Pengarang Utusan Melayu.

Kelemahan Dr. Mahathir di sebalik semua keulungan, kepintaran, kebijaksanaan, kecekapan dan keberaniannya yang mengagumkan rakyat Malaysia dan juga masyarakat dunia ialah beliau boleh terpengaruh dengan orang yang karismatik, petah bercakap dan pandai berdrama dengan idea-idea besar.

Kebanyakan wartawan dapat mencium lebih dahulu perasaan tidak sabar Anwar untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Dr. Mahathir.

Dengan berasaskan kepada semua maklumat yang sahih, suatu hari saya memberitahu Dr. Mahathir tentang ancaman yang sedang di dihadapinya di belakang tabir tetapi beliau bertanya kepada saya, “Zam, yang baik tentang Anwar tak adakah, semuanya hanya buruk belaka”.

Dalam program Hal Ehwal Semasa terbitan RTM pada April 1993, Rosnah Majid daripada Utusan Malaysia mendedahkan strategi Anwar yang ketika itu baru menjadi Menteri Kewangan untuk mencabar Tun Ghafar Baba sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Program itu disertai juga oleh Rijal Arbee daripada Berita Harian sebagai panel dengan Dr. Kamal Salih daripada Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) sebagai moderator.

Rosnah telah bertanya; Apakah benar saudara Anwar akan mencabar Ghafar untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO? Anwar mengalih pertanyaan itu dengan jawapan, “Apa gunanya dibangkitkan pekara ini sekarang sedangkan pemilihan pucuk pimpinan akan berlaku hanya pada November.”

Tetapi apabila Rosnah mengemukakan bukti bahawa beliau telah mengatur strategi yang cukup rapi dengan meletakkan orang-orangnya dalam semua media termasuk Utusan Malaysia, TV3 dan Berita Harian untuk mempromosinya, Anwar kemudian naik berang dan terus menuduh pertanyaan Rosnah itu mewakili orang yang benci dan iri hati dengannya.

Taktik inilah juga yang digunakannya sehingga sekarang apabila ada pertanyaan wartawan yang mencabar kredibiliti atau mendedahkan pembohongannya. Sudah lumrah mereka mendengar jawapan balas dengan pertanyaan daripadanya, “Oh, awak dari mana? Daripada UMNO, alat Barisan Nasional,” dan sebagainya.

Banyak peristiwa yang menimbulkan keraguan tentang penghayatan Anwar dengan nilai dan aspirasi UMNO.

Tentangan

Demikian juga dalam isu penentangan terhadap pertubuhan ajaran sesat Al-Arqam. Walaupun Perdana Menteri menyokong kuat perjuangan Utusan Malaysia untuk mengharamkan Al-Arqam tetapi akhbar Berita Harian menyokong gerakan itu dengan pelbagai publisiti dan menganjurkan majlis baca puisi Al-Arqam di PWTC. Anwar menjemput pemimpin Al-Arqam dan ahlinya berbuka puasa di kediaman beliau di Damansara bersama-sama dengan para wartawan dan pengarang kanan akhbar.

Apabila saya memberitahu Dr. Mahathir bahawa Utusan Malaysia tidak akan menghentikan penentangan terhadap Al-Arqam kerana berseorangan dalam hal ini, Dr. Mahathir meminta ia diteruskan kerana beliau tetap menyokong tetapi tidak menyedari siapa yang sedang menikam dari belakang.

Apabila Anwar menguasai Utusan Malaysia sepenuhnya, rombongan Al-Arqam telah melawat Ibu Pejabat Utusan Melayu dan diberikan sambutan. Namun akhirnya Al-Arqam telah diharamkan.

Harus diingatkan banyak peristiwa ‘gunting dalam lipatan’ hanya terdedah bila Dr. Mahathir menyedari kesilapannya tetapi beliau terpaksa membayar harga politik yang sangat mahal untuk menyingkirkan seorang yang amat dipercayai dan disayanginya pada saat-saat kedaulatan negara hampir tergadai kepada kuasa asing dan maruah bangsa yang dibinanya sejak lebih 20 tahun hampir terpadam.

Saya pernah memberitahu Dr. Mahathir secara terbuka dalam tulisan dan juga dalam ucapan semasa menjadi Menteri Penerangan dan sebelumnya, yang disiarkan oleh media cetak bahawa kesilapan besar beliau adalah membawa masuk Anwar ke dalam UMNO, tetapi beliau menjawab, “Mana saya tahu dia akan berbuat demikian”.

Sebenarnya tidak semua orang Pas yang percaya dan senang dengan Anwar, baik yang telah tersingkir atau yang masih berada di tampuk kuasa parti atau kerajaan.

Setelah saya kalah dalam Pilihan Raya 2008, saya telah menjemput Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk melancarkan buku Ulama Terbilang Negeri Kedah, Allahyarham Haji Abdul Rahman Merbok, yang diterbitkan oleh JASA semasa saya menjadi Menteri Penerangan.

Azizan menyetujuinya kerana saya rakan semaktab dengannya dan Haji Abdul Rahman ialah guru bapanya.

Tetapi suatu yang tidak dapat saya lupakan hingga hari ini ialah bisikan Azizan kepada saya di majlis itu yang diadakan di surau pekan Merbok, “Buat apa RTM buat siaran langsung debat dengan Anwar di Dewan Bahasa? Saya menjawab, “Saya bukan lagi Menteri Penerangan”.

Penerapan anasir-anasir Anwar ke dalam Pas telah memesongkan parti itu daripada jati dirinya serta kemurnian prinsip agung perjuangan Islamnya. Walaupun Anwar hanya menarik tali dari luar dan tidak berada di dalam Pas seperti dia berada dalam UMNO tetapi kesannya kepada Pas lebih buruk lagi.

Pas telah menjadi begitu toleran terhadap segala kemaksiatan yang menjadi bahan cacian dan kutukan terhadap UMNO sebelumnya, daripada penjualan arak, persundalan, murtad, seks songsang dan terakhir, penerimaan kepada kepimpinan yang mahukan pengiktirafan terhadap keselamatan Israel.

Sudah terlalu lewat untuk Pas kembali ke pangkal jalan. Pas tidak mempunyai seorang manusia luar biasa yang berkaliber besar seperti Dr. Mahathir dalam UMNO yang berupaya mengumpul serta memulih kekuatannya dengan pantas, tegas dan nekad untuk timbul semula bagi menentang dan memusnahkan musuh dalaman.

Tidak ada siapapun dalam Pas yang akan dapat menandingi kekuatan Anwar. Para ulama pun telah menjadi umpama patung-patung.

Apa yang dapat diucapkan kepada Pas dalam saat-saat kesedihan menyaksikan penyerahan dirinya kepada segala kemungkaran hanyalah “Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya"

- Zainuddin Maidin, Mingguan Malaysia 5/2/2012

Tuesday, January 24, 2012

KISAH DUIT RAKYAT DAN CEMBURUNYA PAKATAN

Antara yang memberi dan menerima. Ada sesiapa audit?


Terima kasih sahabat Blogger PISAU.NET

Idris Ahmad bekas ketua penerangan PAS mempertikaikan tindakan kerajaan apabila mengedarkan BR1M kerana wang RM500 tersebut adalah wang rakyat.

Bekas ketua penerangan PAS yang sudah tidak releven didalam pimpinan khawarij sebenarnya cuba memperlihatkan kebolehan beliau berhujah,namun standart hujah pemimpin PAS memang sebegitu kerana mereka begitu mudah meremehkan minda rakyat.

Idris mempersoalkan wang BR1M adalah wang rakyat kenapa BN sibuk mengedarkan kepada seluruh rakyat yang berpendapatan rendah.


Isu tentang duit rakyat semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Perkara ini menjadi popular dalam politik negara pada ketika ini. Malah ramai yang memperkatakan perihal duit rakyat ini tidak kira tempat termasuklah di kedai kopi, laman sosial dan juga di demonstrasi yang semakin menjadi 'trend' rakyat Malaysia hari ini.

Mereka membincangkan tentang duit rakyat yang disalahgunakan oleh kerajaan dan duit itu tidak sampai kepada mereka. Malah yang lebih menggelikan hati, pelajar-pelajar sekolah dan mahasiswa yang masih belum membayar sebarang hasil cukai juga sibuk memperkatakan tentang isu duit rakyat ini.


Apa yang dikatakan duit rakyat ini? Kita hanya tahu menyebut tetapi kita sendiri tidak faham maksud duit rakyat ini. Duit rakyat ini adalah duit atau wang yang mengalir di dalam negara dan diurus tadbir oleh pihak pemerintah supaya rakyat mendapat faedah darinya.


Makanya semua duit ini datangnya dari rakyat sendiri. Jadi memang seharusnya rakyat mendapat faedah dari duit mereka ini. Tetapi yang menjadi isu adalah sesetengah pihak mendakwa wang rakyat ini tidak dikembalikan kepada rakyat malah telah digunakan atau diselewengkan oleh pihak pemerintah untuk kepentingan diri. Adakah dakwaan ini benar?


Memang tidak dapat dinafikan berlaku rasuah dan salah guna kuasa dalam kerajaan pemerintah. Tetapi bukan kerajaan sahaja, malah boleh dikatakan hampir semua golongan masyarakat, termasuklah pihak pembangkang juga melakukan perkara ini. Kita harus ingat bahawa bukanlah semua kerajaan melakukan ini tetapi hanya segelintir pemimpin yang melakukannya.


Ini lebih kepada kesalahan inidividu dan bukan kerajaan keseluruhannya. Tetapi seperti pepatah, "kerana nila setitis maka rosak susu sebelanga". Kita tidak boleh menyalahkan malah mengatakan kerajaan hari ini perasuah dan makan duit rakyat. Kerana individu yang melakukan rasuah ini telah pun didakwa dan digugurkan jawatannya. Ini sikap adil dan tegas oleh kerajaan dalam membasmi gejala rasuah ini.


Rakyat pada hari ini telah dimomokkan dengan isu duit rakyat. Tidak kira tua, muda, miskin atau kaya semua telah dimomokkan tentang perkara ini. Mereka mengatakan rakyat hidup miskin, barang naik, ekonomi mundur, gaji sedikit dan pelbagai lagi isu yang mereka lemparkan. Persoalannya, adakah benar seperti yang didakwa mereka? Sebenarnya rakyat pada hari ini semakin gila kehendaknya. Mereka dipengaruhi oleh golongan tertentu sehingga mereka merasakan mereka patut diberikan bantuan hanya melalui wang tunai.


Ini yang rakyat pada hari ini harapkan. Mereka tidak nampak akan pembangunan yang menjanjikan peluang-peluang pekerjaan, peluang-peluang perniagaan, tetapi mereka ingin duduk dan menerima bantuan secara terus tanpa perlu gigih berusaha. Mereka mengharapkan sebuah kerajaan yang mampu memberikan mereka kemewahan tanpa mereka perlu berusaha untuk mencapainya. Inilah minda rakyat dan minda orang melayu pada hari ini. Perkara ini jugalah yang sangat ditakuti oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Muhamad. Mereka ini mahukan seguni duit bukannya pembangunan negara. Mereka sudah buta.

Sebenarnya kerajaan telah mengembalikan 'duit rakyat' ini kepada mereka dan mereka telah menikmati akan pemberian itu.


Segala pembangunan, infrastruktur, perkhidmatan dan segalanya yang memberi faedah dan kesenangan pada mereka telah dilakukan kerajaan. Dengan segala pembangunan dan perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan telah membolehkan rakyat menikmati peluang-peluang pekerjaan bagi mengubah nasib mereka. Bukan itu sahaja, kerajaan telah memudahkan untuk rakyat mencebeburi peluang-peluang perniagaan tanpa menyisihkan mana-mana kaum demi untuk memberi kesenangan kepada rakyat. Malah kerajaan juga telah membelanjakan duit ini demi memberi subsidi kepada semua rakyat.


Hanya di Malaysia sahaja yang mempunyai subsudi setinggi ini sehingga boleh mengakibatkan negara mengalami muflis jika ianya diteruskan. Tetapi kerajaan masih memberinya atas dasar tidak mahu membebankan rakyat. Tetapi malangnya kebanyakkan rakyat buta dan tidak nampak semua ini. Kebutaan ini semakin menjadi-jadi dengan pengaruh individu tertentu yang berjuang demi kepentingan diri.


Bukan itu sahaja, setiap rakyat diberi peluang untuk berjaya dengan mendapat pendidikkan yang tinggi dan itu menjamin kepada masa depan mereka. Kerana itu banyak universiti di bangunkan untuk memberi peluang kepada semua rakyat meningkatkan taraf hidup mereka. Dan tujuan untuk memperbanyakkan univesiti adalah menjadi harapan kerajaan agar semua rakyat mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi bagi melahirkan rakyat dan negara yang cerdik pandai serta mempunyai daya saing yang tinggi. Tetapi ada kedengaran suara-suara sumbang yang mengatakan, "negara maju tapi rakyat miskin". Mana mungkin ini terjadi.


Kemajuan sesebuah negara dinilai pada rakyatnya kerana rakyat yang maju akan membuatkan negara juga berkembang maju. Adakah kita miskin pada hari ini? Kajian yang dilakukan menunjukkan kuasa beli orang melayu adalah lebih tinggi berbanding kaum lain. Malah di Malaysia kuasa beli rakyat adalah amat tinggi sehingga setiap dari isi rumah mampu untuk memeliki sekurang-kurangnya dua buah kereta. Ini tidak berlaku kepada negara-negara Asean yang lain. Adakah rakyat kita miskin?


Kerajaan sekarang ini juga telah memberi bantuan wang kepada rakyat dengan pemberian wang lima ratus ringgit kepada rakyat berpendapatan tiga ribu kebawah, wang anak bersekolah seratus ringgit seorang dan baucher buku sebanyak dua ratus ringgit kepada mahasiswa. Adakah duit rakyat ini tidak sampai kepada rakyat?


Anda yang bijak dan celik boleh nilai sendiri. Berubahlah orang melayu. Sampai bila kamu hanya mampu meminta-minta? Berusahalah dengan gigih demi mengubah nasib sendiri, keluarga dan bangsa. Gunakanlah segala apa yang disediakan oleh kerajaan untuk kamu berubah. Jangan jadi bangsa yang mudah lupa.


Apa sumbangan kamu untuk negara? Jika belum ada maka lakukanlah sesuatu. Bangunlah wahai rakyat Malaysia. Buka matamu dan jagalah pokok yang telah memberi kamu buah yang kamu dan keturunanmu makan dari dahulu. Dan janganlah kamu menebang pokok itu kerana ingin menanam pokok lain yang belum tentu kita tahu hidup matinya.
oleh FirdZety

Komen Sidang : Dengar kata pak cik di bawah ini..


Wednesday, January 11, 2012

"HAKIM BERAT SEBELAH" - TRANSKRIP PEMBELAAN ANWAR IBRAHIM

Untungnya seorang Anwar Ibrahim.

TRANSKRIP UCAPAN ANWAR SEWAKTU MEMBELA DIRI DALAM KANDANG MAHKAMAH PADA 22 OGOS 2011 YANG MENUDUH HAKIM BERAT SEBELAH & KERAJAAN BERKONSPIRASI DALAM ISU LIWAT.

Keseluruhan proses ini hanyalah satu rekayasa Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak untuk melenyapkan saya dari medan politik dengan cara memenjarakan saya. Oleh itu, saya nyatakan di sini bahawa saya sudah hilang kepercayaan terhadap perbicaraan ini sungguhpun pasukan peguam pembela berusaha keras membuktikan betapa saya sebenarnya tidak bersalah. Sudah saya katakan dari awal lagi ini bukanlah perbicaraan jenayah.

Ianya satu rekayasa semata-mata untuk memastikan saya tidak mencabar mereka dari terus berkuasa.

Pada tahun 1998, Tun Dr Mahathir Mohamad taksub dengan manipulasi ala Machiavelli- politik menghalalkan cara- mengerah segenap kekuasaan negara memfitnah saya. Beliau berjaya menghumban saya ke penjara selama 15 tahun sungguhpun saya tidak bersalah. Itulah penindasan dan kezaliman yang dikenakan ke atas saya. Dan itulah juga bentuk penindasan dan kezaliman yang berterusan.

Dato’ Sri Najib Tun Razak menuruti jejak mentornya, menggunakan segenap kekuatan dan aparat kekusaan samada melalui media, polis, peguam negara dan badan kehakiman untuk merencat perlaksanaan keadilan dan melenyapkan saya dari terus berjuang.

Usaha untuk menghumban saya ke penjara menjadi keutamaan selepas kejayaan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum tahun 2008. Kebimbangan mereka menjadi kenyataan apabila sekatan undang-undang yang menghalang saya dari bertanding berakhir seterusnya membolehkan saya bertanding kembali dan menang. Kemenangan pilihanraya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh itu disusuli pula dengan terpilihnya saya sebagai Ketua Pembangkang Dewan Rakyat Malaysia.

Oleh yang demikian ianya bukan sekadar kebetulan apabila konspirasi ini muncul tiga bulan selepas kejayaan Mac 2008 dan dakwaan terhadap saya dibuat hanya sebulan sebelum saya bertanding kerusi parlimen Permatang Pauh. Rentetan peristiwa yang terungkap sebelum pendakwaan dibuat menjadi bukti bahawa fitnah mutakhir ini dicedok daripada skrip fitnah 1998.

Hanya pada episod terbaru ini, tiada episod hitam mata lebam dan rakan subahat melakukan jenayah. Pada episod kedua ini, para konspirator telah melakukan beberapa perubahan plot agar ianya kelihatan lebih teratur. Fitnah terbaru kali ini menampilkan si pengadu sebagai seorang mangsa yang tidak berdaya. Ini dibuat setelah menyedari kaedah pengakuan ala Stalin dan kaedah mengheret mangsa-mangsa ke khalayak awam sebagai mereka yang bertaubat dan menyesali perbuatan terkutuk yang dilakukan sebelum ini sukar diterima malahan dicemuh rakyat.

Kerana itu semasa keseluruhan pertanyaan pendakwa terhadap pengadu, pihak pendakwa sedaya upaya berusaha melakar gambaran kononnya si pengadu ini seorang anak muda yang lemah, naif dan tidak berdosa.

Si pengadu digambarkan sebagai seorang yang menyatakan kebenaran serta kesaksiannya perlu dipercayai walaupun bukti menyatakan sebaliknya. Hakikatnya si pengadu hanyalah seorang yang disingkir dari universiti, diambil bekerja secara sambilan untuk menolong Ketua Staf saya dan semata-mata digunakan sebagai bidak catur demi niat jahat mereka terhadap saya. Namun mahkamah memutuskan selepas penggulungan kes pendakwaan bahawa dia sesungguhnya seorang saksi yang benar.

Konspirasi ini dirancang teliti dan melibatkan Perdana Menteri sendiri dan isterinya Rosmah Mansor. Berdasarkan pengakuan si pengadu, dia telah menemui Perdana Menteri dan isterinya di kediaman mereka dan di situlah dia mengadu kononnya menjadi mangsa jenayah seksual.

Kenyataan awal Dato’ Sri Najib bahawa beliau telah bertemu dengan pengadu semata-mata untuk berbincang mengenai biasiswa merupakan satu dusta dan hanya ditarik balik selepas pendedahan dibuat melalui media sosial dan blog-blog internet. Dato’ Sri Najib dan Rosmah agak ketara tidak mahu kelihatan dekat atau terlibat dengan konspirasi ini apatah lagi lantaran penglibatan mereka dalam beberapa skandal lain yang telah dibangkitkan di parlimen. Sehingga kini dokumen-dokumen tersebut belum dinafikan.

Ternyata pertaruhan dalam konspirasi ini mahal harganya. Maka konspirasi ini direncana teliti agar tidak menemui jalan buntu. Kemungkinan tersebut lebih nyata manakala BN yang dipimpin UMNO kian tergugat dan mungkin kehilangan kuasa kepada Pakatan Rakyat.

Pertuduhan utama konspirasi ini adalah untuk merekayasa fitnah terhadap saya kononnya melakukan liwat. Mereka berhasrat memburukkan peribadi dan kewibawaan saya menjelang kempen menjelang pilihanraya kecil tersebut. Bagi mencapai tujuan ini, serangan media ganas dan jijik dilancarkan serentak, antaranya dengan menganjurkan perhimpunan dan ceramah di mana tumpuan perdebatan itu bukanlah berkaitan isu-isu sosial, ekonomi atau politik. Kandungan ceramah mereka semata-mata berkenaan fitnah terhadap diri saya dengan tujuan mencemar akhlak saya di mata rakyat.

Para dalang tersebut, dengan alasan tersendiri memperolehi maklumat dalaman pihak pendakwaan yang kemudiannya digunakan maklumat tersebut untuk dijaja ke seluruh negara secara jelek dan lucah untuk membunuh keperibadian saya secara terancang sebab-sebab tertentu, memperolehi maklumat rahsia yang bakal digunakan pihak pendakwaan dan menjelajah keseluruh kawasan untuk memcemar keperibadian saya demi memastikan kekalahan pilihan raya kecil tersebut. Walaubagaimanapun Allah Maha Besar, Alhamdulilah saya memenangi kerusi Permatang Pauh dengan majoriti undi sebanyak 15,000.
Keghairahan melenyapkan karier politik tidak pernah pudar sama sekali. Dato’ Sri Najib menyangka dengan menghancurkan masa depan saya, maka sekaligus meranapkan prospek Pakatan Rakyat untuk mengambil alih tampuk pemerintahan.

Justeru, semuanya dikerahkan agar dapat menyumbat saya ke penjara sekali lagi serta memastikan kerajaan Barisan Nasional yang diketuai UMNO terus memerintah.
Mengambil kira kesemua perkara di atas, saya nyatakan di sini bahawa perbicaraan ini walau apapun maksud dan tujuannya hanyalah suatu sandiwara. Saya menegaskan demikian bukan kerana saya membenci Yang Arif atau menyimpan dendam terhadap sesiapa. Apa yang saya nyatakan dari kandang tertuduh ini adalah apa yang saya yakin berdasarkan kebenaran. Dan keyakinan ini lahir hasil dari berkhidmat demi rakyat selama lebih dari 40 tahun, yang mana ¼ dari tempoh itu saya ditahan di Pusat Tahanan Kamunting dan kemudiannya dipenjara di Sungai Buloh.

Hakikatnya saya dihukum dan dipenjarakan bukan kerana saya bersalah, akan tetapi kerana keyakinan saya dan pastinya pada tahun 1998, saya merupakan ancaman jelas kepada pemerintahan kuku besi Mahathir yang berusia lebih dari dua dekad. Tetapi saya duduk di hadapan kamu di dalam kandang tertuduh hanya untuk bercakap apa yang saya tahu dan apa yang saya percaya dengan keyakinan terhadap kebenaran.

Dan keyakinan ini dibawa setelah berada di dalam perkhidmatan awam selama lebih daripada empat puluh tahun dimana suku daripadanya telah dihabiskan di balik tembok pemenjaraan di Kamunting dan di Sungai Buloh. Hakikatnya saya dihukum penjara bukan kerana apa-apa jenayah yang telah saya lakukan tetapi kerana kepercayaan dan keyakinan politik saya. Lebih tepat lagi, ianya kerana pada tahun 1998, saya telah menjadi ancaman yang jelas terhadap pemerintahan autokratik Mahathir yang berusia lebih dari dua dekad itu.

Saya nyatakan sedemikian sebagaimana yang saya ungkapkan sebelumnya kerana keluhuran mahkamah telah terjejas dan memperlihatkan gejala gejala perbicaraan sandiwara dimana skripnya telahpun dirangka dan hukumannya telahpun termaktub.

Saya nyatakan sedemikian kerana sebagai seorang hakim yang mengadili perbicaraan ini, anda tanpa ragu lagi menunjukkan sikap anda yang berat sebelah itu. Saya nyatakan sedemikian kerana anda enggan menarik diri walaupun bukti sikap berat sebelah anda sebagai hakim terhadap saya menggunung banyaknya.

Saya menegaskan sedemikian kerana anda membiarkan sahaja segala pencerobohan yang melanggar peraturan dan prosedur manakala anda tidak menghiraukan bantahan saya berkenaan kecurangan pihak pendakwa. Sedangkan penyelewengan serta kecurangan itu pastinya membuatkan seorang hakim yang adil menyedari akan niat jahat pihak pendakwaan.

Friday, January 6, 2012

10 FAKTA YANG PERLU DIJAWAB OLEH PENDEMO 901 OLEH BEKAS PEGUAM KES LIWAT ANWAR 1998


Salam 2 all.

Teman melihat betapa terdesak Anwar akhir-akhir ini bila melihat depan matanya "Bukit Segambut kata pergi, Sg Buloh kata mari"! Talqin buat karier politik Anwar semakin kuat bergema! Paku terakhir keranda kerier politik Anwar sudah mahu dipasak!

Tarikhnya makin dekat. Keputusan Mahkamah yang dijadualkan pada 09 Jan 2012 ini, hanya tinggal 3-4 hari sahaja lagi. Anwar tahu kali ini kalau kena hukum, dia akan meringkok dalam penjara sekurang-kurangnya 10-12 tahun penjara. Dengan umur sudah mencapai 65, campur 10-12 tahun dalam penjara, Anwar tahu kalau tidak mati pun, dia akan reput dalam penjara!

Sudah pasti Anwar kini berada dalam ketakutan yang teramat sangat. Putrajaya yang dimimpikan, Sg. Buloh yang mendatang!

Sebab itu Anwar lancarkan kempen terdesak dia: Bebas 901! Teman menerima maklumat daripada rakan dalaman PKR yang esok Khamis 05 Januari 2012 Anwar akan panggil semua wakil rakyat (MP & ADUN) Pakatan biaDAP, PKR & PAS berhimpun di Hotel DePalma, Ampang untuk memberi penerangan tentang kes dia meliwat Saiful! Seorang pensyarah undang-undang dengar khabarnya akan membentangkan kertas kerja mengenai kedudukan politik Anwar dari segi undang-undang!

Sebab ramai yang sudah mula persoalkan kedudukan Anwar jika disabit kesalahan. Dan mereka nampak jelas Anwar pasti kena kali ini, sebab Anwar langsung tidak membela diri dia. Tambahan apabila ada kenyataan dalam Mahkamah menyatakan bahawa liwat yang berlaku antara Anwar dan Saiful adalah atas dasar suka sama suka!

Masadepan Anwar sebagai bakal Perdana Menteri ketujuh sudah terlalu gelap! Gerhana penuh politik Anwar sudah berlaku! Talqin untuk Anwar sudah mula dibaca! Paku terakhir keranda politik Anwar sudah diketuk!

Sebab itu Anwar mahu rakyat membela dia di mahkamah jalanraya. Sebab itu mahasiswa dan pelajar juge diheret sama untuk membela dia dijalanraya. Saya mahu dibela di Mahkamah Jalanraya, begitu lalakan Anwar! Anwar tahu dia tidak akan menang dalam pilihanraya, maka dia perlu mendapat kuasa melalui politik jalanraya!

Persoalannya, adakah wajar rakyat, pelajar, mahasiswa dan lain-lain diheret dan diperdaya untuk membela Anwar di jalanraya, kononnya di Mahkamah Jalanraya?

JAWAPANNYA TIDAK WAJAR! TIDAK PATUT!

Kerana apa? Disini teman perturunkan 10 sebab mengapa tidak wajar rakyat membela Anwar dijalanraya! Malah Mahkamah Rakyat wajib memakukan paku terakhir keatas keranda politik Anwar Bin Ibrahim!

1. Mengapa Anwar tidak membela diri dia sendiri dalam Mahkamah. Semasa diberi peluang membela diri, Anwar memilih tidak mahu memberi keterangan bersumpah. Dalam kes tahun 1998, Anwar berani angkat sumpah dalam Mahkamah dan memberi keterangan bersumpah. Memberi butiran apa yang dia dakwa konspirasi. Soalan Hakim dijawab, soalbalas Pendakwaraya dipatahkan!

Tapi kali ini, Anwar langsung tidak angkat sumpah dalam Mahkamah! Anwar langsung tidak memberi keterangan bersumpah! Peluang terbuka luas depan Anwar untuk membela diri dia. Tapi tidak mengambil peluang tersebut!

Tapi teman faham, sebagai peguam teman tahu Anwar tersepit. Berlainan dengan kes 1998 bilamana polis kurang bukti. Setakat sebutir tilam untuk buktikan liwat. Kes liwat Saiful kali ini ada videoklip CCTV Anwar berada di kondominium tersebut, ada catatan saksi nampak Anwar ditempat kejadian, ada kesan airmani dalam dubur Saiful, malah DNA Anwar dikesan dalam dubur Saiful, bukan atas tilam macam kes liwat Azizan!

Dalam keadaan itu, Anwar mengambil jalan selamat dengan langsung tidak angkat sumpah dalam Mahkamah dan memberi keterangan bersumpah. Dengan cara itu, Hakim tidak boleh tanya soalan, Pendakwaraya tidak boleh soal-balas. Anwar selamat daripada disoal-siat, Anwar selamat daripada dilondehkan dalam kandang saksi!

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri tidak membela diri dia dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

2. Mengapa Wan Azizah, Presiden PKR yang juga bini Anwar tidak datang membela Anwar dalam Mahkamah. Sedangkan nama Wan Azizah disenaraikan sebagai saksi pembelaan Anwar? Adakah Wan Azizah tidak yakin dengan "kesucian" Anwar?

Bukankah Wan Azizah yang isytihar Anwar sebagai manusia anugerah tuhan? Bukankah Wan Azizah sanggup berbohong Anwar hendak ditembak mati sebab itu Anwar perlu lari ke Turki tidak lama selepas Saiful membuat lapuran polis mengadu diliwat Anwar? Bukankah Wan Azizah sanggup berbohong jam Omega ada pada dia untuk melindungi kegiatan pelacuran Anwar dengan China-DOLL yang didedahkan oleh Datuk Eskay kawan baik Anwar sendiri?

Mengapa tiba-tiba dalam kes meliwat Saiful, Wan Azizah tidak menggunakan peluang membela Anwar dalam Mahkamah? Mengapa Karpal Singh tidak panggil Wan Azizah sebagai saksi memberi keterangan membela Anwar dalam Mahkamah!

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Wan Azizah, Presiden PKR dan bini Anawr sendiri tidak membela diri Anwar dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

3. Mengapa Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR yang juga anak emas Anwar tidak membela Anwar dalam Mahkamah!

Dalam kes liwat 1998, Azmin Ali sanggup beri keterangan bersumpah dalam Mahkamah. Malah Azmin sanggup dikenakan pertuduhan menipu dan berbohong kerana memberi keterangan palsu dalam Mahkamah dalam kes liwat 1998!

Malahan Azmin buat kenyataan sanggup pecahkan tembok penjara demi membebaskan insan tersayang!

Mengapa Azmin tidak menjadi saksi membela Anwar dalam perbicaraan meliwat Saiful? Kenapa Karpal Singh sebagai peguam Anwar tidak panggil Azmin sebagai saksi untuk membela Anwar? Sedangkan sebagai orang yang rapat dengan Anwar, sebagai orang kanan yang kata pepatah "tidur sebantal baring sekatil" dengan Anwar, sudah tentu Azmin patut tahu pelbagai perkara tentang Anwar termasuk karakter Anwar. Kenapa tidak pergi ke Mahkamah dan yakinkan Mahkamah mengenai karekter & akhlak Anwar!

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau orang kanan Anwar saperti Azmin sendiri tidak membela diri Anwar dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

4. Mengapa Anwar menggunakan khidmat Karpal Singh untuk membela dia dalam kes liwat di Mahkamah ini?

Sedangkan pada 22 Okt 1997, Karpal Singh yang mendedahkan dalam Parlimen dia ada bukti Anwar seorang peliwat! Dalam ucapan di Federal Hotel selepas itu, Karpal Singh menyatakan dia ada bukti dan dokumen Anwar kaki liwat! Ucapan dan pendedahan Karpal itu menyebabkan ada pemimpin PAS memanggil Anwar dengan gelarana "Sheikh Anwar Al-Juburi"!(Mat Sabu)

Bukan itu sahaja, Karpal Singh sebenarnya adalah peguam mangsa liwat kes 1998 Azizan Abu Bakar & pendedah kes itu iaitu Umi Hafilda!

Mengapa tiba-tiba Anwar mengambil Karpal Singh menjadi peguam dia bagi kes liwat Saiful tahun 2008? Mana pergi Raja Aziz Addruse, Haji Sulaiman Abdullah, Pawancheek Marican, Zainur Zakaria dan lain-lain?

Adakah kerana itu ada cadangan di Mahkamah kes liwat Anwar dengan Saiful ialah atas dasar suka sama suka, bukan dipaksa? Kot mane pun, liwat tetap berlaku, walaupun suka sama suka?

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri mengambil Karpal Singh yang menuduh dia meliwat tahun 1997 untuk menjadi loyer dia bagi kes 2008 mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

5. Mengapa Anwar tidak membela diri dia dalam mahkamah dengan membuktikan alibi dia, kononnya dia tidak ada ditempat kejadian meliwat Saiful itu? Kenapa saksi alibi tidak dipanggil memberi keterangan?

Kenapa Haji Hasanudin, tuanpunya kondominium yang juga kawan Anwar tidak dipanggil? Kenapa Mokhtar, pengawal peribadi Anwar yang juga adik ipar dia tidak dipanggil? Kenapa Mohd. Sani, pemandu Anwar yang sudah berbelas tahun berkhidmat dengan Anwar tidak dipanggil? Kenapa Wan Azizah isteri Anwar sendiri tidak dipanggil? Sedangkan mereka semua adalah saksi yang disenaraikan sebagai saksi alibi? Mengapa mereka tidak datang memberi keterangan membela Anwar dalam Mahkamah, sedangkan mereka ini semua rapat dengan Anwar?

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau orang-orang yang rapat dengan Anwar sendiri tidak membela diri Anwar dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

6. Mengapa Anwar dan Karpal Singh tidak panggil Rahimi, pegawai khas Anwar sendiri membela Anwar dalam Mahkamah!

Sedangkan Rahimi yang memperkenalkan Saiful kepada Anwar dan membawa Saiful bekerja sebagai pembantu pejabat Anwar.

Rahimi dikatakan telah membuat Surat Akuan Sumpah kononnya mengaitkan Dato' Sri Najib dengan kes liwat Saiful. Malahan Surat Akuan Sumpah Rahimi itu diperakui oleh YB Wee Choo Keong, Ahli Parlimen PKR Wangsa Maju!

Malang bagi Anwar, apabila Rahimi pegawai khas dia sendiri bertukar haluan dan membuat lapuran polis yang dia disuruh membuat Surat Akuan Sumpah palsu untuk cuba mengaitkan Dato' Sri Najib. Malah YB Wee Choo Keong sendiri mengesahkan perkara itu! Tidak cukup dengan itu, YB Wee Choo Keong memilih keluar daripada PKR, dan kini menjadi Ahli Parlimen Bebas!

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau pegawai khas Anwar sendiri, bukan sahaja tidak membela Anwar dalam Mahkamah, malah membuat repot polis dipaksa buat Surat Akuan Sumpah Palsu, dan YB Wee Choo Keong yang mengesahkan Surat Akuan Sumpah palsu itu pun sampai keluar parti, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

7. Mengapa Anwar tidak mengambil kesempatan membela diri dia dengan memberikan sampel darah untuk menafikan DNA air mani yang ditemui didalam dubur Saiful.

Kes kali ini berbeza dengan kes liwat Azizan tahun 1998, kerana tahun itu DNA Anwar ditemui atas tilam bertompok yang berusia lebih 6 tahun!

Kali ini DNA airmani Anwar ditemui dalam dubur Saiful yang berusia 2 hari. Saiful diliwat 26 Jun 2008, dan membuat repot polis dan diperiksa doktor pada 28 Jun 2008! Tidak sampai 48 jam! Dan DNA airmani Anwar ini disahkan oleh ramai saksi: pakar forensik, perubatan, doktor dan lain-lain! Tak saperti kes tahun 1998 bila ianya hanya disahkan oleh seorang ahli kimia Lim Kong Boon!

Kalau benar dakwaan pembelaan Anwar bukan airmani dia didalam dubur Saiful, mengapa Anwar tidak berani memberikan sampel darah dia untuk diperiksa sebagai perbandingan DNA! Bukankah kalau ujian darah itu membuktikan DNA airmani dalam dubur Saiful itu bukan DNA Anwar, itu adalah pembelaan yang bukan sahaja hebat, malah boleh membebaskan Anwar serta merta. Silap-silap Kerajaan pun boleh tumbang!

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri tidak menggunakan peluang mengemukakan sampel darah DNA dia untuk membela diri sendiri dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

8. Anwar mendakwa kononnya pertuduhan dia meliwat staf dia Saiful adalah konspirasi Dato' Sri Najib. Konon ceritanya Saiful berjumpa dengan YAB PM!

Malah Anwar sampai nak sapina YAB PM untuk memberi keterangan. Yang peliknya dia sendiri tak mau beri keterangan bersumpah untuk membela diri. Tau-tau dia nak paksa YAB PM beri keterangan untuk pembelaan dia!

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri tidak mahu memberi keterangan bersumpah membela diri dia dalam Mahkamah, sebaliknya memaksa YAB PM pulak memberi keterangan untuk pembelaan dia; mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

9. Kalau alasan Anwar membela diri dengan memanggil YAB sebagai saksi kononnya kerana Saiful berjumpa dengan YAB Dato' Sri Najib, mengapa Anwar tidak mahu memanggil YB Senator Ezam Mohd Nor yang juga ditemui Saiful!

Malahan YB Senator Ezam telah membuat kenyataan terbuka menyatakan Saiful ada datang bertemu dengan dia. Dan Ezam menyatakan dia bersedia dipanggil sebagai saksi untuk pembelaan kes Anwar!

Persoalannya, mengapa Anwar tidak menggunakan peluang itu untuk pembelaannya! Mengapa YB Senator Ezam, antara orang yang paling rapat dengan Anwar langsung tidak dipanggil sebagai saksi?

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri tidak menggunakan peluang memanggil YB Senator Ezam sebagai saksi untuk membela diri dia dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

10. Anwar menyatakan bahawa dia membela diri dengan mahukan Mahkamah Rakyat menentukan kesalahan dia!

Persoalannya, kenapa Anwar tidak serahkan pembelaan dirinya kepada Mahkamah ALLAH!

Iaitu dengan bersumpah laknat! Sebagaimana yang dibuat oleh Saiful sendiri.

Saiful telah bersumpah dengan menyatakan "bahawa saya Saiful telah diliwat oleh Anwar Ibrahim yang memasukkan zakarnya kedalam dubur saya, jika palsu dakwaan saya maka laknat ALLAH atas diri dan keluarga saya"!

Begitu berani Saiful menyerahkan pembelaan dia kepada ALLAH Rabbul Jalil. Dan ramai pengikut taksub Anwar berharap Saiful akan dilaknat. Malah ada yang bawa cerita konon Saiful dah kena sopak, kena angin ahmar, mulut berbuih, lumpuh seluruh badan dan macam-macam lagi.

Tau-tau keluar gambar-gambar Saiful berdahi hitam sedang bertawaf di Masjidil Haram. Muncul gambar Saiful berdoa diatas Jabal Nur di Gua Hira' mengadap Ka'bah! Pengikut taqsub Anwar semuanya terkedu bisu dan terkentut!

Sebaliknya Anwar masih dengan keingkaran dan keengganan dia untuk membela diri dengan bersumpah laknat! Apa yang Anwar takut sangat? Tak percaya kepada ALLAH? Atau takut laknat ALLAH diturunkan?

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri tidak berani membela diri dia dihadapan Mahkamah ALLAH dengan bersumpah laknat saperti Saiful, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

Inilah sepuluh perkara yang perlu direnungkan oleh umat Islam dan rakyat Malaysia semua dan seluruh dunia! Sebelum mike semua membuat kesilapan untuk membela Anwar di Mahkamah jalanraya, tanya diri mike dulu, mengapa Anwar tidak menggunakan peluang sebaik-baiknya untuk membela diri dia sendiri dalam Mahkamah? Mengapa Anwar tidak mahu menyerahkan pembelaan dia kehadapan Mahkamah ALLAH?

Malah teman cabar pengikut taqsub Anwarinas, sila adakan solat hajat perdana secara besar-besaran. Panggil lah Tok Guru Nik Aziz atau Haji Hadi Awang menjadi imam. Mintalah doa hajat kepada ALLAH, tunjukkan, dan buktikan siapakah pembohong sebenarnya, Anwar atau Saiful! Kalau Saiful bohong, berdoalah kepada ALLAH supaya turunkan laknat kepada Saiful serta merta!

Tetapi kalau Anwar berbohong, dan memang dia telah meliwat Saiful, mohonlah doa dan hajat kepada ALLAH supaya melaknat Anwar, dan menurunkan bala kepada para pengikut Anwarinas yang masih taqsub dengan Anwar! Berani yop? Teman cabar mike semua yop!

Pokok pangkalnya, kalau Anwar, bini dan kawan-kawan dia sendiri tidak membela Anwar dalam Mahkamah, mengapa mike semua rela dan redho diperlembu dan dikaldaikan untuk membela Anwar Ibrahim di Mahkamah jalanan!

Terkedu ChinaDOLL nampak belalai,

digenggam geram ditiop kuyop,

Kalimah ALLAH dah pun dema gadai,

Mahkamah ALLAH dema takutlah yop;

Dalam kondo belalai belayar,

depan belakang lubang digali,

Anwar bernafsu nak ke Putrajaya,

tapi Sg Buloh makin menghampiri;

Bebas 901 rekaan Anwar

Mahkamah jalanan menjadi medan

Umat dah tahu rakyat dah sedar

09 Januari Anwar wajib ditalqinkan!

Adios amigos, grasias senor!

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Rabu

10 Safar 1433 / 04 Januari 2012

Kredit pada ZulNordin (bekas peguambela Anwar Kes Liwat 1998)