Sunday, December 5, 2010

PENJELASAN ISU AIR DI SELANGOR


Demo yang turut melibatkan penuntut UNISEL, Gerakan Mahasiswa Islam selain pengikut PR. KLIK untuk tahu penipuan jumlah peserta KLIK dan KLIK melalui Malaysia Kini/Selangor Kini/HarakahDaily.


Kesesakan Trafik Kronik Dari Seluruh Lebuhraya ke KL merosakkan program Hari Ahad warga KL.

Brosur ini antara yang dijelaskan dibawah.

Hari ini 5 Dis 2010, satu demonstrasi haram yang menggunakan Masjid Negara sebagai base untuk memprotes kenaikan harga air dengan perhimpunan, dan perarakan yang tidak mendapat permit. Isu sebenar yang rakyat Selangor wajib tahu. Apa perkaitannya dengan air percuma 20 m3 (rm11.40) yang masih tidak dinikmati oleh penduduk rumah flat dan apartment yang bermeter pukal. (Berjanji hendaklah ditepati, kecoh satu Malaysia RM11, kerajaan BN menyumbang RM11 SEHARI kepada pelajar sekolah asrama pun tak kecoh macam ni).

Apapun kembali kepada soal asal, saya harap kerajaan negeri dapat menyelesaikan dengan yg terbaik dan tidak mencuci tangan yg kini terpaksa membayar hampir 11 juta sebulan atau 140 juta setahun melalui KDEB, kemudian MB Incorporated dan setelah tidak mampu ditanggung , terpaksa dibayar oleh kerajaan negeri dalam erti kata lain wang rakyat juga untuk rm11.40 itu. atas manifesto yg bercanggah dengan Akta Industi Air 2006 dengan menyalahkan pihak lain.Di pihak Syabas,s y kena akui perkhidmatanya air lebih baik berbanding sesetngah negeri seperti Kelantan. Boleh rujuk brosur diatas yg diedar dan penjelasan di bawah;

1. Mengikut perjanjian penswastaan antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Syabas yang dirangka oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri pada 2005, tarif air dijangka akan naik sebanyak 37% pada 2009, 25% pada 2012, 20% pada 2015, 10% pada 2018 dan 5% pada 2021.

2. Penjelasan Syabas.Perjanjian yang membabitkan kenaikan seperti ini perlu bagi membolehkan Syabas mendapatkan dana sama ada melalui bon atau pinjaman bagi membiayai proses penggantian paip air lama sepanjang 6000 KM dan membabitkan kos sebanyak RM 2 bilion. Namun, ia hy sempat disiapkan 800km, atas arahan kerajaan negeri ketika ini atas sebab 'penstrukturan semula untuk pengambilalihan'

3.
Dalam brosur tersebut atau lebih jelas 2005, Syabas melanggar syarat konsesi dengan membeli paip dari Indonesia dan memberi tender secara runding terus. Ini terbukti dalam laporan Audit Negara 2009. Atas asas ini sahaja Syabas TIDAK LAYAK meminta kenaikan tarif air sebanyak 37% yang sepatutnya berlaku pada 2009.

4. Sebarang kenaikan tarif air perlu dipersetujui oleh Panel Penentuan Tarif Air yang membabitkan wakil Kerajaan Negeri, Persekutuan dan Syabas. Jadi lebih baik Kerajaan Negeri selaku bos SYABAS menyelesaikannya dengan cara yang terbaik ber...banding demonstrasi jalanan ini kerana walau apa tuntutan dan dakwaan Syabas, tidak mungkin akan berlaku kenaikan tarif sebelum ia diluluskan oleh Panel ini.

5. Malah sekiranya Perbadanan Aset Air Berhad dibenarkan mengambil alih semua aset air kerajaan negeri dan Akta Industri Air 2006 dapat dilaksanakan mulai 1 Januari 2011 seperti yang dirancang semua isu kenaikan tarif air dalam perjanjian konsesi dengan Syabas tidak lagi relevan dan tidak akan dilaksanakan.

6. Ini kerana kos pengurusan dan penyelenggaraan aset air akan dilakukan oleh PAAB dan boleh melalui proses subsidi kerajaan persekutuan sekaligus ia akan mengurangkan kos keseluruhan industri air terawat ini selain perjanjian konsesi baru yg membatalkan konsesi lama.

7. Mengenai kos 51.2 juta yg dicanang mengubahsuai pejabat. Nilai Fasa pertama yg diluluskan memang benar sekitar 25 juta dan ia telah meningkat kepada 60 juta untuk Fasa ke-2 sedangkan SYABAS hanya gunakan 51 juta. Perlu diketahui kakitangan SYABAS ketika ini melibatkan peningkatan dari 1500 orang kepada 3000 orang. Jurutera2 dan pekerja ini juga memerlukan ruang yg selesa untuk bekerja selain sistem operasi dan komputer. Kini pekerja-pekerja ini bekerja di sekitar Wisma Goshen, Jalan Pantai dan Menara TM.

8. Soal pendapatan anak Islam, CEO Syabas, TS Rozali turut dinyatakan dalam brosur seolah dari SYABAS sahaja ia menjadi kaya raya, bagi saya jika mereka berniaga dgn baik tidak mengapa kaya apatah lg anak Islam, malah gaji beliau bukan sah...aja dari syarikat SYABAS. Ia daripada syarikat induk iaitu Puncak Niaga Holding Sdn, Bhd yang turut mempunyai anak syarikat lain. Puncak Niaga Holding SB bukan calang-calang syarikat. Syarikat berkenaan bukan sahaja menjalankan perniagaannya di Malaysia malah Puncak Niaga juga turut bertapak di China, Veitnam, Cambodia, Loas dan beberapa negara ASEAN yang lain.

ISU PROJEK LANGAT 2

1. Dalam kes kedua, ia arahan penghentian kerja Projek Langat 2, dibawah KeTTHA dan Negeri. Butir seminar telah diadakan di Wisma IEM (Instituition of Engineers Malaysia) seperti butiran berikut. http://www.myiem.org.my/events/eventregistration.aspx?id=93

2.
Dari sudut teknkal, ia lebih menjurus kepada "Feasibility Study" (kajian awal) yg berbeza antara perunding yg dilantik dahulu dan kerajaan negeri iaitu samada krisis air pada 2014 atau 2019. Malah DYMM Sultan Selangor sendiri telah meminta projek ini sejak 2006 lagi memandangkan pertumbuhan anak negeri dan penghijrahan anak negeri luar selain air mempengaruhi 46% KDNK negeri. Sila rujuk Mingguan Malaysia 5/12/2010 (temuramah Sultan Selangor)

3. Ia merujuk pembangunan bersepadu water treatment (Rawatan Air) dan water reticulation (Penghantaran Air) dengan sumber air dari Pahang melibatkan 60km perpaipan dan 5 tadahan air (reservoirs). Technical Submission (Laporan Rekabentuk Teknikal) juga telah dihantar oleh perunding kepada kerajaan.

4. Malah, untuk projek Langat 2 mobilisation telah berjalan oleh kontraktor-kontraktor yg dilantik selain kesinambungan dari fasa pertama. Ia melibatkan rawatan dan bekalan air KL –Putrajaya-Selangor. Penangguhannya sudah pasti melibatkan kos.

5. Untuk penjelasan yang lebih teknikal dari pihak kementerian terutamanya dengan pihak kerajaan negeri sila rujuk KLIK

Pihak Kerajaan perlu lebih agresif menerangkan isu ini dan rakyat perlu bijak menilai maklumat (dalam hal ini brosur di atas). Sudah-sudahlah Pakatan Rakyat mempergunakan rakyat apatah lagi mahasiswa-mahasiswa yang sepatutnya menuntut ilmu melibatkan diri dengan aktiviti yang menyalahi undang-undang. Ketahuilah ramai mahasiswa yang dipergunakan ini akhirnya kecundang dalam akademik, extend atau sekadar lulus cukup makan. Contohnya? Tanyalah Anwar Ibahim sendiri.

Friday, November 5, 2010

TEGURAN TERUS KEPADA NIK AZIZ

Gambar Nik Aziz yang dikomersilkan dan pernah dibeli sehingga RM 6000 KLIK

Diketahui Barisan Nasional ditunjangi UMNO dan MCA, MIC, PPP dan lain-lain ke arah kesejahteraan dan keharmonian. Tetapi dalam Pakatan Rakyat ( Pakatan haram kerana masih tidak berdaftar dengan pendaftar pertubuhan (ROS) ), DAP menunjangi PKR (Anwar Ibrahim terpaksa diam kerana barisan peguam kes seksualnya diketuai Karpal Singh dan rakan-rakannya dari DAP, kerana yang Muslim ramai sudah berundur dan ada yg menentang Anwar seperti Zainur Zakaria, Zulkifli Nordin, Sulaiman Abdullah), manakala PAS (PAS kena diam kerana jumlah kerusi dalam PR paling sedikit berbanding rakan PKR dan DAP dan keghairahan untuk memerintah).

Sila ikuti Video teguran terus oleh Ustaz Mohd Nor, bekas AJK PAS Pusat, bekas orang kanan Nik Aziz dan bekas pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya kepada Nik Aziz yang melawat bekas ADUN Galas, Omar Mohamad dari Parti Semangat 46. KLIK maka ramailah facebookers dan bloggers mengatakan Al-Fadhil Ustaz Nor gila, Kurang Ajar dan sebagainya. Adalah sesuatu yang 'urgent' untuk Nik Aziz diingatkan perkara sepenting ini kerana dia hanya dikelilingi pengampu dan penasihat yang salah mengikut kata anakanda nya Nik Abduh sebelum ini. Namun, Sidang Redaksi juga berpendirian Ustaz Nor perlu mencari platform yang sesuai untuk berhujah. Kesimpulannya kedua-dua pihak perlu bermuhasabah. Ikuti juga pengakuan Lim Kit Siang mengenai jaminan Nik Aziz dalam blognya KLIK dan video Nizar Jamaluddin menafikan negara Islam agenda PAS di DUN Perak semasa menjadi MB dan disahut tepukan meja oleh ADUN DAP Sila KLIK

Mohd Nor Deris melepaskan rasa ketidakpuasanhati beliau melihat PAS sanggup bekerjasama dengan DAP tetapi mengkafirkan UMNO yang sudah lama bekerjasama dengan MCA dan MIC di bawah paying Barisan Nasional.

Berikut adalah sedutan dari rakaman video tersebut :

Mohd. Nor: Mu (kamu) la berkawan dengan DAP.

Nik Aziz: Oh, selagi UMNO berkawan dengan MCA... selagi UMNO berkawan dengan MCA.

Mohd. Nor: Yahudi nak berkawan dengan Nabi Muhammad masa di Madinah dulu.

Budak mencelah sambil menjerit suruh kedua-dua berhenti bertengkar: "Jangan gaduh!"
Mohd. Nor: Siapa yang ahzab (puak-puak) sekarang ini, siapa dia ahzab, siapa dia?

Mohd. Amar (Exco kerajaan Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah) meminta kedua-duanya bersalam.

Nik Aziz: Tak payah salam.

Mohd. Nor: Aku pun tok sir (tak mahu) salam dengan mu (kamu).

Nik Aziz: Aku tok sir (tak mahu).

Mohd. Nor: Kalu (kalau) masuk UMNO, aku dakap (peluk) denganmu.

Mohd. Amar minta Mohd. Nor bersabar kerana mereka datang bukan hendak berbahas.

Mohd. Nor: Sama dengan ambo (saya) pun.

Mohd. Amar: Kita bukan hendak berbahas, kita mari (datang) nak ziarah, kalau nak berbahas dengan ambo pun tak apa.

Nik Aziz pada ketika ini dilihat duduk atas kerusi tetapi Mohd. Nor kembali berdiri.

Mohd. Nor: Kalu (kalau) Lim Kit Siang perintah Malaysia anak generasi-generasi kita jadi anjing suruhan DAP.

Mohd. Amar: Kita bahas semula (kemudian).

Mohd. Nor: Semula tak semula pun, biar taubat sebelum DAP perintah Malaysia.

Nik Aziz: Mu dulu (taubat), dulu mu orang Pas.

Mohd. Nor: Mu orang Pas juga, aku taubat dah hari-hari (setiap hari).

Nik Aziz mencelah lagi menyuruh Mohd. Nor bertaubat dulu.

Mohd. Nor: Hey, mu nak kafir (kafirkan) dengan ayat Wa'tasimu bihablillah hijamiia' wala tafaraqqu (surah Ali-Imron, ayat 103).

Mohd. Amar: Dengar dulu ambo nak ghoyat (cakap), duduklah.

Tetamu dalam rumah itu turut meminta Mohd. Nor duduk.

Mohd. Amar: Ustaz dengar ambo ghoyat, kita sama-sama di rumah orang, bukan rumah kita, malu ko (kepada) tuan rumah...mari (datang) dengan izin tuan rumah.

Mohd. Nor: Saya duk (datang) sini doh (dah), tuan rumah izin doh.

Mohd. Amar: Tak pe sebab itu kita tanya khabar lagu mana (macam mana), sama-sama tetamu kita buat adat sebagai tetamu.

Mohd. Nor: Adat Nabi Muhammad kalau nak kafir, lagu mana? Kalau nak munafik lagu mana?

Mohd. Amar: Lepas ini, lepas ini!

Mohd. Nor: Lepas ini, tunggu bila? Tunggu kafir (DAP) perintah Malaysia dulu...ahzab-ahzab ini, siapa ahzab Malaysia ini...panggil Haji Hadi (Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang), panggil Ustaz Nik Aziz, bincang sesama Islam, jangan kembali kepada DAP dan PKR.




Saturday, October 30, 2010

BN TENDANG PAS??? PENJELASAN SEBENAR..


Nik Aziz adalah antara tulang belakang yang menghalang perbincangan antara UMNO dan PAS walaupun hanya untuk duduk semeja membincangkan hal maslahah orang-orang Islam.. Terbaru Nik Aziz mendakwa PAS telah ditendang dengan zalim setekah bersatu dengan BN. Ayat yang sama di Hulu Selangor didendang di Galas. Maka ramailah facebookers dan orang Islam tertipu. Berikut adalah petikan penjelasan Allahyarham Tun Hussien Onn semasa penyingkiran PAS dari BN..

"TERLEBIH dahulu saya dengan sukacitanya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tingginya penghargaan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang telah bersusah payah datang dari jauh dan dekat dan secara tergesa-gesa menghadiri perjumpaan ini. Perjumpaan ini amat penting bagi menentukan nasib orang Melayu khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.

Perjumpaan kita hari ini diselubungi oleh suasana sedih dan pilu. Sedih kerana kehilangan seorang menteri yang telah banyak berjasa kepada UMNO dan negara. Kemalangan kapal terbang MAS di Tanjung Kupang, Johor yang telah mengorbankan 100 nyawa, sungguh mengejut dan mengharukan kita semua. Oleh itu sempena dengan perjumpaan kita yang bersejarah ini, marilah kita beramai-ramai mendoakan semoga Allah s.w.t mencucuri rahmatnya ke atas roh Allahyarham Dato’ Seri Ali bin Haji Ahmad serta lain-lain roh orang yang telah terkorban dalam kemalangan itu.

Sebelum saya menyebut perkara penting dalam perjumpaan ini, marilah kita menoleh sejenak ke belakang mengkaji semula dengan secara ringkas perkembangan yang telah berlaku sehinggalah keperjumpaan yang diadakan pada petang ini.

Saya tidaklah berhajat hendak menerangkan kemajuan dan kejayaan UMNO yang telah lalu atau kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh Perikatan sejak ia ditubuhkan. Kesemuanya ini ada dalam pengetahuan tiap-tiap ahli UMNO. Demikianlah juga dengan hasrat dan tujuan menubuhkan Barisan Nasional yang telah menyatupadukan sehingga ke hari ini sebelas buah parti politik yang yang sebilangannya telah menentang UMNO pada masa sebelumnya.

Sesungguhnya UMNO telah membuat membuat banyak pengorbanan politik bagi memenuhi hasrat dan matlamat Barisan Nasional. Walaupun perjalanan kita masih jauh dan penuh dengan liku-liku tetapi Barisan Nasional telah dapat menumpukan sepenuh tenaga memupuk dan menyuburkan semangat kerjasama dan persefahaman dalam melaksanakan rancangan pembangunan, membawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada rakyat berbilang kaum.

Barisan Nasional berazam akan terus dengan penuh keberanian dan dengan usaha yang lebih bersungguh-sungguh mewujud dan mengeratkan perpaduan. Dengan sokongan rakyat saya percaya Barisan Nasional akan mencapai kejayaan.

Barisan Nasional merupakan satu federasi yang longgar kerana tiap-tiap parti yang bergabung ingin mengekalkan identiti partinya masing-masing. Tetapi parti-parti komponen adalah terikat dengan semangat ingin bekerjasama, saling mengerti sesama sendiri dan yang paling penting sekali ialah mematuhi disiplin parti.

Semangat kerjasama dan persefahaman adalah penting bagi menyelesaikan masalah negara. Ia lebih berharga dengan membuktikan dalam amalan daripada semata-mata mengadakan perakuan-perakuan sahaja tetapi tidak dipraktikkan.

Inilah caranya Barisan Nasional bergerak selama ini dari semenjak ia ditubuhkan. Hasil kejayaan penubuhan Barisan Nasional telah dapat dilihat dengan nyata apabila parti ini mencapai kemenangan yang paling gemilang dalam pilihan raya tahun 1974. UMNO yang paling mempelopori gabungan ini serta memastikan ia dapat terus wujud kukuh dan teguh supaya pembangunan negara dapat diselenggarakan dengan lebih licin, sempurna dan jayanya.

Parti-parti politik yang bercorak gabungan seperti Barisan Nasional ini sudah pasti sekali-sekala menghadapi masalah. Pertentangan pendapat dan perbezaan cara mendekati dan menyelesaikan sesuatu masalah merupakan satu perkara biasa yang memang diramalkan dari mula-mula lagi.

Peristiwa perpecahan parti komponen Barisan Nasional di Sabah merupakan kejadian pertama yang telah berlaku. Walaupun perkara ini belum dapat diselesaikan dengan sepenuhnya tetapi Insya Allah penyelesaian terakhir akan dapat dibuat dengan secara beransur-ansur. Pergolakan yang sedang kita hadapi di Kelantan sekarang merupakan peristiwa kedua. Perkara ini besar, yang berkehendakkan pengkajian dan pertimbangan yang serius kerana ia melibatkan soal pokok.

Sebagaimana kita maklum, Dato’ Haji Mohamad Nasir telah dipilih menjadi Menteri Besar hasil daripada persefahaman dan semangat tolak ansur di antara Allahyarham Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Ketua Barisan Nasional di masa itu dengan pucuk pimpinan PAS yang mempunyai suara majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan. Semangat tolak ansur seperti ini patut sentiasa wujud, digalak dan dikekalkan. Ia merupakan faktor utama bagi mengekal dan menjamin perpaduan dalam Barisan Nasional.

UMNO tidak berhajat dan tidak mahu mencampuri langkah-langkah pimpinan PAS melucutkan jawatan Dato’ Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan semata-mata kerana menghormati kehendak-kehendak pucuk pimpinan PAS mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS. UMNO menganggap perkara itu sebagai masalah Barisan Nasional. Langkah itu juga telah diambil oleh pucuk pimpinan dengan tidak ada sedikit pun perundingan dengan pucuk pimpinan Barisan Nasional terlebih dahulu.

UMNO tidak dapat menyokong langkah yang diambil oleh pucuk pimpinan PAS dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 15 Oktober itu bukan kerana UMNO tidak dibawa berunding, tetapi kerana UMNO tidak tahu sebab atau diberitahu sebab-sebab mengapa Menteri Besar Dato’ Haji Mohamad Nasir dilucutkan daripada jawatannya. Oleh itu sikap berkecuali yang telah diambil oleh UMNO itu adalah satu tindakan yang munasabah. Tambahan pula UMNO masih lagi berharap hendak mengekalkan perpaduan dengan PAS.

Malangnya peristiwa melucutkan jawatan Menteri Besar itu dengan tidak disangka-sangka telah mencetuskan kejadian yang buruk. Peristiwa yang telah mengakibatkan kecederaan sebilangan orang yang tidak berdosa, kemusnahan harta benda dan boleh mengancam nyawa dan keselamatan rakyat telah juga mengancam keselamatan negeri Kelantan. Jika keadaan ini tidak dikawal segera ia akan melibatkan keselamatan negara seluruhnya.

Sebagai Perdana Menteri saya bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, saya terpaksa mengambil langkah yang tegas. Keadaan darurat telah diisytiharkan bagi negeri Kelantan. Satu undang-undang dirangka yang meletakkan kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan. Langkah-langkah ini diambil pada masa menteri-menteri dari Parti PAS masih lagi bersama-sama kita dalam jemaah Menteri. Rang Undang-Undang ini kemudiannya telah diluluskan oleh Parlimen.

Kerajaan Darurat terpaksa ditubuhkan di Kelantan dengan tidak mengira siapakah yang menjadi parti pemerintahnya. Sama ada ia dari parti lawan ataupun parti kawan tidaklah penting kerana yang pentingnya ialah keselamatan dan kebajikan rakyat Kelantan sendiri. Saya memanglah sentiasa meletakkan kepentingan keselamatan di atas segala-galanya.

Memang benar demokrasi telah mati di Kelantan. Tetapi rakyat Kelantan telah dapat terus hidup dengan penuh keyakinan di atas keselamatan dan masa depan mereka. Demokrasi di Kelantan tetap akan dipulihkan sebaik-baik sahaja keadaan mengizinkan.

Bukti nyata kita semua telah dapat nikmati sekarang dimana pemerintahan NOC atau Mageran tahun 1969 telah dimansuhkan dan kita telah kembali kepada pemerintahan demokrasi. Tempoh dan lama masa berjalannya kerajaan darurat di Kelantan itu hanya dikehendaki sekadar yang wajib sahaja.

Lebih pendek adalah lebih baik. Kerajaan Pusat berikrar akan memulihkan kembali pemerintahan demokrasi seberapa segera yang boleh. Sebagaimana kita semua sedia maklum bahawa parti PAS yang mempunyai anggota di Dewan Undangan yang lebih ramai akan tetap memegang teraju pemerintahan negeri itu semula dan bukanlah UMNO.

Malang sekali tujuan baik Kerajaan Pusat dan rang Undang-undang yang telah mendapat persetujuan daripada Parlimen itu telah sengaja disalah faham dan disalahtafsirkan oleh pucuk pimpinan PAS. Semua wakil rakyat PAS, telah menyokong rang undang-undang penubuhan kerajaan Darurat di Kelantan itu.

Biarlah saya bersalah dalam tindakan saya mengadakan undang-undang itu. Tetapi saya tidak sanggup memikul dosa yang lebih besar dengan membiarkan berlakunya pertumpahan darah, pengorbanan nyawa, kecederaan dan kemusnahan harta benda. Sebagai Perdana Menteri saya tidak boleh memandang ringan perkara ini. Saya berkewajipan penuh melindungi nyawa rakyat.

Tindakan saya ini telah disambut baik dan disokong oleh sebahagian besar penduduk dan rakyat Kelantan sendiri. Saya tidak faham kenapa pucuk pimpinan PAS tidak mahu menyokongnya. Saya tahu tidak semua ahli PAS bersetuju dengan tindak tanduk pucuk pimpinannya. Sebenarnya UMNO juga memerlukan kerjasama PAS dan tidak sekali-kali meragukan penyertaan PAS tetapi yang kita sangsikan ialah sikap dan pendirian pucuk pimpinannya.

Perbuatan pucuk pimpinan PAS menentang arahan parti anggota Barisan Nasional sama ada di dalam atau pun diluar dewan ini dimasa akan datang. Jika semangat kerjasama dan saling mengerti ini luntur dan disiplin parti diketepikan, akibatnya Barisan Nasional akan hancur. Kita semua tahu bahawa disiplin merupakan rahsia perpaduan dan kekuatan Barisan Nasional selama ini.

Disiplin adalah paling mustahak dalam penghidupan manusia dan hendaklah diutamakan. Mengenakan disiplin di atas diri sendiri pun merupakan perkara penting, apatah lagi masyarakat atau pertubuhan seperti parti-parti politik.

Satu daripada sebab-sebab kejayaan UMNO selama selama ini ialah kerana ahli-ahlinya mematuhi disiplin parti serta menghormati dan menjunjung tinggi peraturan yang ditetapkan. Parti-parti yang ahlinya tidak patuh kepada disiplin akan membawa kehancuran kepada parti itu sendiri.

Soal mengenai siapa yang bersalah sehingga mengakibatkan tercetusnya kejadian buruk di Kelantan itu tidaklah berfaedah dibangkitkan. Tetapi perkara yang paling penting dan yang patut diutamakan ialah melindungi nyawa rakyat terlebih dahulu. Sebagai Perdana Menteri, saya mengetahui dengan sedalam-dalamnya masalah keselamatan dalam negeri. Saya mesti bertindak sewajarnya mengikut keadaan.

Saya telah pun menerangkan bahawa saya tidak menyebelahi mana-mana pihak yang terlibat dalam peristiwa Kelantan itu. Saya jalankan segala tindakan yang perlu bagi mengawal dan mententeramkan keadaan di atas sifat saya sebagai Perdana Menteri.

Yang bertanggungjawab di atas kepentingan, keselamatan dan kebajikan rakyat, bukan sahaja di Kelantan bahkan di seluruh tanah air kita. Inilah amanah yang telah bertanggungjawab oleh rakyat kepada saya. Saya tidak faham mengapa pucuk pimpinan PAS tidak tidak memahami hakikat ini. Soal keselamatan adalah satu perkara yang tidak boleh dijadikan tawar menawar.

Di bawah kuasa-kuasa darurat, Pengarah Kerajaan negeri Kelantan adalah bertanggungjawab kepada saya sebagai Perdana Menteri. Saya pula bertanggungjawab kepada Jamaah Menteri di mana menteri-menteri dari PAS menganggotainya.

Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dimana menteri-menteri dari PAS menganggotainya. Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dari masa ke semasa mengenai perkembangan dan kemajuan di negeri Kelantan masa itu menteri-menteri dari PAS boleh membangkitkan sebarang kemusykilan mengenainya. Sebaliknya mereka telah mengambil tindakan meletakkan jawatan beramai-ramai dari menyertai kerajaan.

Dalam masa kita sedang mencari-cari jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi mengatasi keadaan buruk yang tercetus di Kelantan itu, tiba-tiba pucuk pimpinan PAS menimbulkan lagi berbagai masalah lain dengan mengemukakan undi tidak percaya kepada beberapa orang Menteri Besar yang terdiri draipada ahli-ahli UMNO.

Di antara yang yang paling baru ialah di negeri Kedah. Menteri-menteri Besar boleh ditukar ganti tetapi apa yang meragukan ialah tentang sejauh mana keikhlasan pucuk pimpinan PAS melakukan perbuatan-perbuatan ini dengan tidak mahu berunding terlebih dahulu dengan kita.

Dimanakah letaknya semangat kerjasama pucuk pimpinan PAS dalam Barisan Nasional? Apakah salahnya jika perkara ini dirundingkan dengan kita terlebih dahulu? Jika kita sanggup merundingkan terlebih dahulu mengenai hal-hal negeri Kelantan dengan pucuk pimpinan PAS, mengapakah pucuk pimpinan PAS mahu membelakangkan kita mengenai hal di negeri-negeri yang lain?

Sungguh sukar sekali bagi kita hendak memahami tindak-tanduk pucuk pimpinan PAS ini. Setelah menimbulkan gejala-gejala ini, pucuk pimpinan PAS melahirkan hasrat hendak terus kekal dalam Barisan Nasional. Kita sungguh tidak faham dengan sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS ini.

Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah yang akan datang pada 17 Disember ini sudah pasti akan menimbulkan perbalahan yang hebat. Tidakkah pucuk pimpinan PAS sedar atas perkara ini?

Apakah tujuan pucuk pimpinan PAS membuat demikian? Bukankah ini semuanya merupakan gejala-gejala yang sengaja ditimbulkan dengan niat hendak memecah-belahkan Barisan Nasional? Di negeri Johor pula, pucuk pimpinan PAS di sana telah memberi amaran yang merupakan kata dua bahawa calon-calon PAS akan bertanding dalam semua kawasan pilihan raya menentang Barisan Nasional.

Dalam pilihan raya tahun 1974, UMNO sebenarnya menghadapi kesulitan kerana terpaksa bertolak ansur dengan memberikan beberapa kerusi baru dan kerusi-kerusi tambahan kepada PAS. UMNO terpaksa berbuat demikian semata-mata dengan tujuan hendak mewujud dan mengekalkan semangat kerjasama UMNO dengan PAS demi kepentingan dan faedah rakyat.

Pucuk pimpinan PAS telah juga memberi amaran bahawa kononnya lima buah negeri di Semenanjung Malaysia akan menerima nasib seperti di Pulau Pinang.

Agaknya mereka merujuk kepada peristiwa pilihan raya tahun 1969 dahulu jika sekiranya PAS meninggalkan atau dikeluarkan daripada Barisan Nasional. Ugutan dan ancaman seperti ini merupakan satu provokasi yang merbahaya. UMNO mempunyai maruahnya sendiri.

Kita sering kali juga mendengar desakan supaya pucuk pimpinan PAS mengkaji semula kedudukan PAS dalam Barisan Nasional, Perkara ini telah dibangkitkan dalam tiap-tiap Perhimpunan Agung PAS selama tiga tahun berturut-turut setelah PAS menyertai gabungan besar ini.

Penubuhan ranting-ranting PAS dalam kawasan-kawasan UMNO juga menimbulkan kecurigaan dan boleh membangkitkan salah faham di kalangan rakyat. Banyak lagi perbuatan dan tindakan pucuk pimpinan PAS yang meragukan.

Kita sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh memelihara perpaduan Barisan Nasional. Tetapi bagaimanakah perpaduan dapat dikekalkan jika ada pihak-pihak yang tidak mahu mengikuti peraturan dan tidak mahu mematuhi keputusan yang dipersetujui oleh ramai. Perpaduan yang hanya ada pada nama sahaja tidak membawa erti apa-apa tidak berfaedah.

Walaupun Barisan Nasional terpaksa berpecah, tetapi ini tidak bererti pembangunan akan terjejas dan terhenti. Pembangunan tetap akan berjalan terus. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) mesti dijayakan dengan sepenuh-penuhnya. Inilah janji saya kepada rakyat sekalian.

Berikutan dengan berlakunya kejadian-kejadian ini, saya telah mengadakan sidang tergempar Dewan Tertinggi Barisan Nasional pada Disember 1977, Fasal 14, Perlembagaan Barisan Nasional membolehkan dengan suara majoriti memecat parti-parti ahli yang bergabung yang didapati melanggar disiplin. Tetapi Barisan Nasional sekali-kali tidak berniat hendak menggunakan Fasal tersebut bagi memecat PAS.

Barisan Nasional masih lagi, jika boleh, berkehendakkan PAS tinggal kekal dalam Barisan Nasional. Sungguhpun demikian, disiplin parti mesti dipelihara dan dipatuhi kalau kita mahu melihat Barisan Nasional hidup berpanjangan. Oleh itu satu usul yang merupakan suatu tolak ansur sebagai jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi meyelesaikan masalah ini telah dikemukakan dalam Dewan Tertinggi Barisan Nasional itu.

Tolak ansur ini merupakan usul yang berkehendakkan supaya parti-parti anggota yang ahli-ahlinya didapati menentang arahan parti whip mengenai sesuatu masalah yang dibentangkan di dalam dewan rakyat, dewan negara atau dewan negeri hendaklah mengambil tindakan disiplin terhadapnya dengan memecat mereka itu daripada parti masing-masing.

Apabila semangat kerjasama yang tulus ikhlas itu luput dan disiplin parti telah diketepikan, Barisan Nasional sudah tentu akan pecah dan musnah. Jika ini berlaku tentulah tidak berguna lagi. Eloklah kekusutan yang berlaku ini diselesaikan sekarang juga kerana jika dibiarkan berlanjutan akan merugikan parti dan rakyat.

Daripada sebelas parti anggota dalam Barisan Nasional, sembilan telah menyokong, PPP berkecuali dan PAS menentang usul itu. Keputusan suara terbanyak ini telah dimaklumkan dengan secara rasmi kepada pucuk pimpinan PAS.

Memandangkan betapa pentingnya masalah yang kita hadapi, saya telah mengadakan mesyuarat khas majlis Tertinggi UMNO malam tadi. Majlis tertinggi UMNO telah membincangkan dengan teliti segala akibatnya terutama sekali tentang sikap pucuk pimpinan PAS yang ada sekarang, yang terang-terang menggugat perpaduan Barisan Nasional khususnya dan perpaduan orang Melayu amnya. Kami berpendapat bahawa haruslah diwujudkan kesungguhan dan keikhlasan bagi memperkukuhkan Barisan Nasional.

Memandangkan kepada perbuatan, sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS selama ini, UMNO berpendapat kerjasama yang erat tidak mungkin dapat terus wujud di antara UMNO dengan PAS dalam Barisan Nasional.

Oleh yang demikian, bagi mengelakkan pertelingkahan ini berpanjangan, yang akhirnya akan membawa perpecahan kepada Barisan Nasional, Majlis Tertinggi UMNO telah dengan perasaan amat dukacita mengambil pendirian, jika pucuk pimpinan PAS tidak mematuhi dan mengambil tindakan sebagaimana yang dikehendaki di dalam Mesyuarat Dewan Tertingginya pada 5 Disember yang lalu, UMNO akan meminta diadakan mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional supaya dipersetujui resolusi memecat PAS daripada Barisan Nasional.

Pagi ini saya telah menyampaikan pendirian UMNO itu kepada ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional. Ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional dalam perjumpaannya pagi ini telah bersetuju supaya mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional diadakan pada 13 Disember yang akan datang ini.

Inilah tujuan kami mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua bahagian UMNO petang ini bagi menjelaskan pendirian yang telah diambil oleh Majlis Tertinggi UMNO itu.

UMNO sudah membuat keputusan dan menentukan pendiriannya. Keputusan dan pendirian itu adalah dibuat dengan hati yang suci, demi kepentingan Barisan Nasional dan negara. Saya yakin dengan kesucian hati kita itu, Allah akan memberkati perjuangan kita.

Saya merayu kepada semua ahli UMNO supaya bertenang dan terus menjalankan tanggungjawab kita dengan lebih berhati-hati lagi, lebih bersungguh-sungguh lagi dan lebih berdedikasi lagi. Masa hadapan Barisan Nasional penuh dengan cabaran. Kita akan menghadapinya dengan meminta petunjuk dan keredhaan Allah.

Dengan ini maka kita menyerahkan diri kita sepenuhnya kepada Allah."

FAKTA TAMBAHAN.


Izinkan saya memberi sedikit fakta tambahan.

AntarapPunca sebenar krisis kelantan 1977 adalah berpunca dari pihak PAS itu sendiri. Malah didalam portal PAS pusat itu sendiri menyatakan bahawa ianya bermula apabila timbulnya ketidak puasan hati PAS terhadap Menteri Besar ketika itu, Datuk Muhamed bin Nasir.

Yang tidak diceritakan oleh PAS:

1... Ada diantara pemimpin PAS Kelantan memfitnah dan menuduh Datuk Muhamed bin Nasir terlalu mengikut telunjuk UMNO-BN. Hakikatnya pd ketika itu UMNO-BN tidak pernah campur tangan dlm corak pemerintahan PAS (ketika itu). Malah, sedangkan ketika itu keputusan pemerintahan PAS Kelantan masih ditangan kuasa majoriti dewan undangan negeri.

2... Malah pada ketika itu juga terdapat usaha dalam PAS utk menjatuhkan Presiden PAS (ketika itu) Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohd Asri bin Haji Muda. Usaha menjatuhkan Datuk Mohd Asri hanya kerana Datuk Mohd Asri adalah tokoh PAS yg bertanggungjawab membawa PAS menyertai Barisan Nasional pada tahun 1973.

3...Asas yg digunakan oleh sebahagian pemimpin PAS Kelantan (ketiak itu) utk menolak Datuk Mohd Asri dan Dato' Muhammad Nasir, hanya kerana selepas PRU 1973, PAS mempunyai kuasa majoriti dgn 22 kerusi dan UMNO hanya 13 kerusi, dan tidak memerlukan sebarang usaha bergabung antara PAS dan UMNO.

4...Dalam tempoh (1973-1978) Datuk Mohd Asri selaku Presiden PAS dan Dato' Muhammad Nasir telah dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan Pas di Kelantan. Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli2 PAS yg tidak berpuashati dgn perpaduan PAS-UMNO.

5...Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar, Dato'Haji Muhammad Nasir. Beliau dipecat sebagai MB Kelantan oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan itu sendiri.

6...Sementara Datuk Mohd Asri mula ditendang keluar oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan selepas PRU 1978, dengan desakan-desakan supaya beliau meletakkan jawatan selaku Yang Dipertua Agung PAS, desakan yang datang dari beberapa pimpinan Pas antaranya dengan Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau akhirnya mengumumkan perletakan jawatan sebagi Yang Dipertua Agung PAS pada 23 Oktober 1982.

FAKTA TAMBAHAN 11.

.Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 ini yg membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1978.
Apapun Kerajaan Pusat ketika itu menghormati keputusan yg dibuat oleh PAS Kelantan, atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dgn alasan yg diberi oleh PAS Kelantan itu dgn mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS.

8...Tumbangnya Dato' Muhammad Nasir akibat perebutan kuasa dalam PAS, telah menyebabkn berlakulah rusuhan yg dimulakan oleh penyokong Nasir di Kota Bharu. Rusuhan ini telah mengakibatkan kerosakkan harta benda, mengancam nyawa dan keselamatan rakyat dan juga mengancam keselamatan negeri Kelantan.

9...Seperti yang dinyatakan oleh Tun Hussein Onn didalam ucapan beliau pada 9 Disember 1977, selaku perdana menteri ketika itu, belau harus bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, yang dikhuatiri rusuhan diKelantan mungkin akan merebak ke negeri2 lain, dan mengengkang rusuhan seperti peristiwa 13mei berulang.

10...Pada November 1977,Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat.

11...Rang undang2 Darurat Kelantan dirangka bersama menteri2 PAS yg ketika itu masih lagi bersama-sama UMNO dalam jemaah Menteri. Dan diluluskan oleh Parlimen setelah mendapat persetujuan majoriti termasuk dr kalangan menteri PAS sendiri.

12...Setelah Kelantan dibawah Darurat. Datuk Mohd Asri menerima tekanan dari beberapa pimpinan Pas terutamanya Nik Aziz selaku Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat yg dari awal begitu lantang menetang gabungan PAS-BN.

13...Hasil dari desakan itu, Haji Hassan Adli Arshad selaku Timb. Yang DiPertua Agung PAS dijadikan kambing hitam PAS apabila beliau dipecat oleh Datuk Mohd Asri yg kononnya beliau menjadi ketua menteri2 PAS yg menyokong rang undang-undang Darurat.

14...Malah beberapa pimpinan Pas yg menentang gabungan PAS-UMNO ketika itu terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap memberontak dalam perikatan gabungan PAS-UMNO, menetang setiap arahan dan perlaksanaan kemajuan yg dilakukan BN di Kelantan.

15...Pemberontakan dalaman ini memungkin barah berlaku dalam BN, hasil ketiadaan disiplin pemimpin PAS ini, telah menyebabkan UMNO terpaksa membuka tali yg mengabungkan PAS-UMNO.

16...Rentetan dari itu juga menyebabkan Krisis dalaman PAS yang kepada perpecahan PAS pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim.

17...Keluarnya PAS dari gabungan BN-UMNO, telah menyaksikan satu PRK Kelantan diadakan pada Mac 1978.

18...Pada PRK mac 1978, rakyat menjadi gempar setelah pekong yg selama ini disimpan oleh beberapa pimpinan Pas diantaranya Nik Aziz ketika itu terbongkar, apabila isu pemberian kontrak balak diberikan sewenang-wenangnya membuktikan bahawa PAS cuba menggadaikan Negeri Kelantan.

Wednesday, October 27, 2010

BAJET 2011 : PEMFOKUSAN DALAM PERKEMBANGAN HAL ISLAM

Bajet 2011 bertema "Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi"

Alhamdulillah, Bajet 2011 selamat dibentangkan oleh DS Najib. Sila baca di KLIK. Kerana tiada modal kritikan, pihak pembangkang memomokkan isu Menara Warisan bernilai 5 billion yang kononnya membazir wang rakyat. Contohnya di halaman Harakah Daily ini. KLIK Dangkalnya mereka ini ialah wang tersebut adalah dari kantung PNB dan bukan dari perbendaharaan.
Berikut penjelasan PNB. KLIK.

Anwar yang hampir gagal ijazah sasteranya itu cuba mensasterakan fakta dengan membacakan rekod FDI yang merudum pada 2009 tanpa menyatakan sebab akibat kejatuhan ekonomi dunia dan tindakannya memalukan dan menghina negara di mata pelabur luar di luar negara KLIK dan KLIK. Tanpa menyatakan, rekod FDI pada suku pertama 2010 yang mencatatkan peningkatan sehingga menyamai keseluruhan FDI untuk 2009. KLIK

Sebagai tambahan, ramai yang tidak tahu kelulusan akademik PM dan perancang utama Bajet 2011 ini.

Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak : Ijazah Ekonomi Industri, University Notthingham
Menteri Kewangan Ke-2, DS Ahmad Husni : Ijazah Ekonomi, UM, Sijil Kewangan Islam, UIA.
Timbalan Menteri Kewangan, Dr Awang Adek : PhD, Universiti Philadelphia
Menteri Perdagangan, DS Mustapha Mohamed : Ijazah Kelas Pertama Ekonomi di University of Melbourne, Australia dan Sarjana Pembangunan EkonomiUniversiti Boston.

Sekurang-kurangnya mereka mengetahui bidang ni berbanding Wira PR yang sedap kita dengar 'sastera'nya itu. Kita fokuskan Bajet 2011 yang dimulakan PM dengan membaca ayat berikut seperti tajuk tertera:

Firmannya:

“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu yakni kebahagiaan negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari kenikmatan duniawi dan berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi”. (Surah Al-Qasas, ayat 77)

KEWANGAN ISLAM

25. Dalam nafas yang sama, pasaran modal Islam akan terus diunggulkan. Untuk tujuan ini, Bursa Malaysia akan membangunkan international board bagi membolehkan penyenaraian saham asing, termasuk produk patuh syariah.

26. Makanya, bagi terus menggalakkan inovasi dalam produk sekuriti Islam, Kerajaan mencadangkan perbelanjaan bagi menerbitkan sekuriti Islam yang menggunakan prinsip Murabahah dan Bai Bi-thaman Ajil berasaskan tawarruq diberi potongan cukai. Ini akan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pasaran sukuk utama dan mempromosi transaksi dalam Bursa Suq al-Sila, satu platform perniagaan komoditi patuh Syariah, yang pertama
seumpamanya di dunia. Kerajaan juga mencadangkan sumbangan takaful bagi
kredit eksport diberi potongan cukai dua kali.

SEKOLAH AGAMA RAKYAT

61. Sebagai mengiktiraf pendidikan Islam pula, Kerajaan bersetuju untuk membiayai bantuan per kapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat rendah dan menengah dengan peruntukan sebanyak 95 juta ringgit.

ELAUN IMAM

95. Di samping itu, elaun bulanan Imam juga akan dinaikkan dari 450 ringgit kepada 750 ringgit sebulan. Manakala, imbuhan bulanan guru KAFA dinaikkan kepada 800 ringgit sebulan berbanding 500 ringgit pada masa ini berkuat kuasa Januari 2011.

BANTUAN PENGURUSAN JENAZAH KEPADA KAKITANGAN AWAM

111. Di atas segalanya, Kerajaan sentiasa menghargai sumbangan penjawat awam yang memberi komitmen penuh dalam menjayakan inisiatif Kerajaan, termasuk Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi. Dengan harapan dan pesanan supaya penjawat awam terus berusaha, Kerajaan akan:

Pertama: .....(sila rujuk Bajet 2011)

Kedua: Menaikkan kadar Bantuan Mengurus Jenazah kepada 3 ribu ringgit berbanding seribu ringgit pada masa ini selaras dengan kenaikan kos pengurusan jenazah. Bantuan ini juga akan
dipanjangkan kepada pesara Kerajaan; dan...

KESIMPULAN

Ambil tahulah mengenai Bajet 2011, ia merangkumi pelbagai perkara yang tidak habis untuk diperbincangkan bukan seperti gula-gula Pakatan Rakyat yang dicanang tak cukup tanah( Air percuma RM11.00 di Selangor yang tidak menyeluruh dan Skim Bantuan Biasiswa Anak Negeri yang rupa-rupanya hanya untuk mereka berpendapatan RM1500 ke bawah KLIK).

Dengan Bajet yang bernilai RM212 bilion, perlulah dipastikan tiadanya ketirisan dan pengawasan Lembaga Audit Negara yang lebih berkesan. Kita juga perlulah berhati-hati agar Tragedi yang hampir terjadi pada Bajet 2009 yang cuba digagalkan oleh Pakatan Haram yang tidak mengambil kira kesan kepada rakyat kerana kuasa tidak berulang. KLIK

Thursday, October 14, 2010

CERAMAH SELAMATKAN SELANGOR KEMBALI !!!



15HB OKTOBER 2010 (JUMAAT)

Bahagian Subang Dun Kota Damansara
Tempat : Padang Awam Subang Perdana Jalan SP 2/10, Subang Perdana
Masa : 9 malam

PENCERAMAH
YB Dato Satim Diman, Senator Ezam, Lokman Adam dan Ustaz Ahmad Najib

16HB OKTOBER 2010 (SABTU)

Bahagian Shah Alam, Dun Kota Anggerik
Tempat : Dewan Bunga Kertas Jalan Opera H, TTDI shah alam
Masa : 9 malam

PENCERAMAH
YB Dato Seri Noh Omar, Senator Ezam, Dato Suhaimi Sahadan dan Ustaz Rosdi Long.

Wednesday, September 15, 2010

16 SEPTEMBER

Genap 2 tahun penipuannya...Anda mahu terus ditipu??

Selamat Hari Malaysia!!! Tidak kira warga Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Alhamdulillah kita hidup dalam negara yang aman damai dan makmur. Sama-sama kita menuju ke arah Baldatun Taiyibatun WaRabbun Ghabur....

Sejarah dunia membuktikan punca sebenar sesebuah negara jatuh bukan kerna penjajah luar tetapi asbab utama adalah kerana warga negara itu sendiri. Sejarah adalah untuk diteladani dan usah kita mengulangi perkara yang khilaf dan salah :

1. Peperangan antara Saidina Ali dan Muawiyah didalangi oleh puak Khawarij. Akhirnya umat islam berpecah ketika itu, KLIK. Kini, kita lihat situasi yang sama sedang menular dinegara ini sehingga ada yang sanggup mentakfirkan (mengkafirkan) sesama Muslim dan mencerca ulama yang tidak sehaluan dengan pendirian mereka.

2. Kejatuhan empayar Bani Abassiyah ketika di bawah pemerintahan Khalifah al-Mustashim Billah (640-656H). Empayar tersebut yang ketika itu berpusat di Baghdad dan digeruni musuh, akhirnya tumbang. Tentera Monggol pimpinan Hulagu Khan iaitu cucu kepada Genghiz Khan berjaya menawan Baghdad kerana petualang Umayiyudin Muhammad al-Aqami, yang bercita-cita mahu menjadi khalifah KLIK.

3. Berakhirnya sistem Khilafah di Uthmaniyah akibat berleluasanya rasuah, pemberontakan dan kelemahan pemerintah sendiri melalui perjanjian dengan pihak kuffar yang berniat jahat. Mustafa Kamal menggantikan Kesultanan Uthmaniyah dan menjadi Pemoden Turki muda, menghapuskan sistem raja dan khalifah dan mengumumkan Turki sebagai negara Republik. Situasi yang sama kini menular di negara ini dengan fahaman Raja dan Sultan adalah pengacau dan persepsi buruk dalam usaha untuk mengurangkan imuniti atau kedaulatan agama di negara ini.

4. Pendudukan Residen British yang pertama di tanah Melayu akibat perpecahan orang Melayu. Pihak British memperdaya Raja Abdullah dan Orang-orang Besar Perak untuk menerima bantuan mereka melalui Perjanjian Pangkor. KLIK. Kini, dinegara kita, ada sesetengah pihak meminta bantuan Al-Gore, Madeline Albright, Paul Wolfowitz dan pihak luar untuk berkuasa di negara ini KLIK Pengakuan Lokman Nor Adam mengenai dana yang diterima PKR KLIK

Anwar dan Wolfowitz

5. Pendudukan Portugis di Melaka akibat angkara Si Kitul Penfitnah, bekerjasama dengan Portugis menggayang Melaka. Titik bermula penjajahan 400 tahun hanya dengan fitnah. Budaya fitnah-menfitnah dan menipu perlulah diaras pemerintah setaraf mengedar dadah yang menghancur negara. KLIK . Penipuan 16 September, Kampung Buah Pala, Fitnah ahli Parlimen melompat parti dibayar jutaan ringgit, dokumen rasuah berkotak-kotak, kes gambar Najib dan Altantuya di London dan lain-lain lagi dicanang serata negara sehingga ke pelaburan negara ini terkesan seterusnya boleh menyebabkan kemureduman ekonomi yang pasti akan menyusahkan rakyat. Bila diminta bukti, tiada atau kata hikmatnya "Masanya Belum Sesuai"..

6. Tahun 1963, Malaysia terbentuk, antara syarat Malaysia merdeka adalah bebas pertelingkahan kaum dalam 10 tahun. PAP yang dipimpin Lee Kuan Yew galak mempertikai hak istimewa Bumiputera. Pertembungan ideologi antara malaysian Malaysia dan Malaysia malay. Rusuhan tidak dapat dibendung di Singapura, orang melayu makin terpinggir. Usaha halus menggagalkan kemerdekaan dan usaha menyingkir Melayu di Singapura. Lim Kit Siang yang menjadi setiausaha akhbar Lee Kuan Yew ketika itu menjadi tonggak asas penubuhan DAP di Malaysia. Beliau juga menjadi pengasas Pengisytiharan Setapak 1967 yang beriltizam menjadikan Malaysia negara sosialis. Jika dahulu Devan Nair seorang anak melaka, PAP lantik sebagai Presiden Singapura, kini Lim Guan Eng, anak Melaka dilantik sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Apa jadi Melayu di Pulau Pinang??? KLIK Kini sejarah berulang. Sejarah tersedia untuk diteladani.

Negara ini baru sahaja 53 tahun merdeka, setelah dijajah hampir 446 tahun, umat Islam di negara ini dijajah. Kini kita begitu "bersemangat" untuk berpecah-belah, lupakan sejarah dan percayakan musuh yang hanya tinggal menadah. Kepada pemimpin yang menggalas amanah, anda akan ditanya di akhirat kelak, kelemahan pimpinan samada rasuah, membenarkan Islam dicemari dan fitnah yang tidak terbendung punca kegagalan sesebuah negara. Baca sejarah, orang kita apabila marah, ambil jalan mudah walaupun generasi sendiri punah-ranah, hilang tanah. Saya tinggalkan video ini, kenang-kenangan untuk 16 September, KLIK dan Raja Lompat, KLIK

Saturday, August 14, 2010

AKTIVITI PR SEMPENA RAMADHAN


Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Ya Ramadhan Kareem

Seperti biasa minggu lalu telah diadakan perbincangan mengenai sumbangan dan peruntukan kepada semua surau dan Masjid untuk aktiviti Moreh dan Ihya Ramadhan. Selain itu, warga DUN yang kurang mampu juga disediakan peruntukan khas agar sekurang-kurangnya mereka bergembira sempena Syawal Mendatang.

Terkejut kami dengan Berita MalaysiaKini ini. Dr Badrul Amin akan melancarkan serangan kepada UMNO melalui tazkirah-tazkirah.

KLIK (Malaysia Kini)


Sebelum ini, beliau pernah menghina Mufti Perak dengan gelaran mufti berdengung dan mantan Mufti Perlis sebagai bapa Syaitan, Gila.



Begitu juga segelintir PAS yang menjadikan Masjid Sebagai Alat menyebar propaganda.KLIK

Dasar Politik dan Agama memang tidak boleh dipisahkan. TETAPI mengunakan wadah agama, untuk tujuan politik dan kepentingan diri amatlah keji. Wallahualam.

Friday, June 25, 2010

Alhamdulillah, TIADA LESEN JUDI BOLA!!!


KLIK juga berita dari portal bebas Malaysian Digest...

Tahniah, pimpinan UMNO kerana tidak memberikan lesen judi bola untuk Piala Dunia 2010... Tahniah juga pada alim ulama, UMNO (KLIK untuk inisiatif UMNO Cawangan), PERKASA, JIM, PAS dan NGOs yang membawa kepada keputusan ini. LEPAS NI, TERUTAMANYA PAS, JOM KITA FOKUS PADA ISU PENINGKATAN 6 KALI GANDA RUMAH URUT, PUSAT JUDI, DISKO DARI 600 KE 4000 DI SELANGOR TIDAK SAMPAI 2 TAHUN !!!!!

KLIK....

Friday, June 11, 2010

APCO...


Siapa Tiru Siapa???

3 ORANG DARI 50 PANEL PENASIHAT, YANG DIWAR-WARKAN APCO MEMPUNYAI 3 "LEMBAGA PENGARAH" ISRAELIS...INI ANWAR PUNYA KEPAKARAN AMBIL SEKERAT-KERAT, TUKAR PERKATAAN DAN BAKAR SENTIMEN!!!!

APAKAH ITU ONE ISRAEL?

Konsep One Israel telah diumumkan oleh Yitzhak Yitzhaky pada 14 Oktober 1980 sebagai langkah menarik perhatian rakyat Israel bagi pilihanraya yang akan berlangsung pada 1999. Konsep One Israel diisytihar sebagai menunjukkan gabungan tiga parti utama Israel iaitu Labour, Gesher dan Memad.

Kemudian, One Israel diperkuatkan semula oleh pemimpin Parti Buruh iaitu Ehud Barak dalam persediaan menghadapi pilihanraya Israel 1999Konsep One Israel yang diilhamkan mengabung 3 parti yang mempunyai fahaman berbeza, Parti Buruh (Parti Sekular), Parti Meimad (Parti Golongan Elit), dan Parti Gesher (Parti Keagamaan). Dengan pelancaran konsep One Israel, Barak mengharapkan Parti Buruh berjaya menarik sokongan rakyat Israel.

Namun begitu, gagasan One Israel yang dipromosikan Parti Buruh tidak bertahan lama. Pada tahun 2000, Barak telah menyertai perjanjian Camp David bersama Yassir Arafat. Tindakan Barak menyebabkan salah satu parti gabungan iaitu Parti Gesher menarik diri. Keluarnya Gesher dari gabungan menyebabkan berakhirnya gagasan One Israel yang dipromosikan Parti Buruh selama ini.

Rumusannya konsep 1 Israel adalah gabungan , kerjasama dan pakatan 3 buah parti politik demi tujuan pilihan raya di Israel. Kebetulannya Pakatan Rakyat juga terdiri daripada 3 buah parti yang bergabung dari 3 latar berbeza , bekerjasama dan berpakat demi tujuan pilihan raya dan politik bukan untuk rakyat.

1 Malaysia adalah Perpaduan Kaum dan bukannya Perpaduan Parti Politik

Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS , DAP dan PKR adalah Perpaduan Parti Politik.

BENARKAH 1MALAYSIA DIPENGARUHI ISRAEL?

Terima kasih pada Telukbelanga.blogspot.com,

Beliau mendakwa gagasan “1Malaysia dipengaruhi oleh Israel melalui khidmat syarikat perunding komunikasi antarabangsa Apco Worldwide (Apco) yang dipilih kerajaan. Ahli Parlimen Selayang (William Leong Jee Keen) pula menambah, dalam satu artikel yang dihasilkan bersama Unit Penyelidikan Parlimen Parti Keadilan Rakyat (KPRU) dan disiarkan dalam Malaysian Insider.

“Artikel tersebut mendakwa ketuanan Melayu mempunyai persamaan dengan Zionis di Israel”.

Isu Apco memberikan ruang kepada beberapa pihak untuk mengambil kesempatan menangguk di air keruh untuk menyerang dan menyemai kebencian kepada “UMNO”. Terdapat gerakan di laman web sosial “facebook” seperti “gerakan sejuta rakyat yang mahukan Apco keluar dari Malaysia” serta “UMNO Love Apco & Israelyang menyifatkan UMNO sebagai pihak yang bertanggungjawab memberi ruang kepada Apco untuk masuk ke Malaysia. Dakwaan tersebut dilontarkan ekoran tindakan kerajaan menggunakan khidmat perunding komunikasi global Apco dalam menyalurkan maklumat mengenai segala misi dan visinya.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pembangkang akan terus mengaitkan pelbagai tindakan kerajaan dengan Israel seperti mana yang dilakukan dalam isu Apco.

''Sebelum ini terdapat tuduhan ada perisik Israel di Bukit Aman. Itu tidak benar," katanya lagi.

Apco yang membuka pejabatnya di Malaysia pada tahun lalu mempunyai pengalaman 25 tahun dalam memberikan khidmat komunikasi strategik kepada 29 buah negara dan organisasi seperti Bank Dunia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kesatuan Eropah (EU) dan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN).

Apco mempunyai seramai 50 anggota Majlis Penasihat Antarabagsa (IAC) dari pelbagai latar belakang dan pengalaman termasuklah bekas duta, pemimpin negara dan penasihat pelbagai badan dan organisasi dunia.

Daripada 50 anggota berkenaan, tiga penasihat mempunyai pengalaman bekerja dengan Israel iaitu “Doron Bergerbest-Eilon” yang pernah menjadi pegawai kanan di Agensi Keselamatan Israel, “Itamar Rabinovich” yang pernah berkhidmat sebagai duta Israel ke AS dan menjadi presiden Tel Aviv University dan “Shimon Stein” iaitu bekas Duta Israel ke Jerman.

Tiga penasihat ini menjadi sasaran pembangkang untuk mengaitkan Apco dengan Israel. Bagaimanapun, majoriti daripada mereka iaitu lebih 40 penasihat Apco yang lain mempunyai latar belakang yang pelbagai.

Antara penasihat Apco yang lain ialah bekas Menteri Rusia, “Igor V.Kostikov”; bekas presiden Poland, “Aleksander Kwasniewski”; bekas Duta India ke AS, “Lalit Mansingh” dan bekas Duta Mexico ke United Kingdom (UK), “Andres Rozental”.
Penasihat lain ialah bekas Pengerusi China Ocean Shipping Company America, “Gao Weijie”; bekas Duta Mexico ke United Kingdom, “Andres Rozental” dan bekas Duta Sri Lanka ke AS, “Devinda R.Subasinghe”.

Turut menjadi penasihat Apco ialah pensyarah felo di London School of Economics and Political Science, “Maurice Fraser”; bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Kellogg, “Carlos Gutierrez” dan bekas pengerusi majlis Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), “Sergio Marchi”.

Apco juga pernah menafikan kaitannya dengan Israel dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam laman web www.apcoworldwide.com bertarikh 18 Mac 2010.

Apco menjelaskan bahawa syarikat berkenaan tidak pernah mewakili kerajaan Israel mahupun Perdana Menteri, Ehud Barak.

''Apco tidak pernah terlibat dalam kempen perhubungan awam berkaitan konsep One Israel dan segala kenyataan yang dikeluarkan di Parlimen Malaysia mengenai penglibatan Apco dalam kempen tersebut adalah palsu," tambah kenyataan berkenaan.

Jelas kenyataan tersebut, dalam tahun 2009 Apco diminta untuk membantu kerajaan Malaysia selain berkongsi pengalaman mengenai pembangunan komunikasi strategik di Eropah, Amerika Utara dan Afrika.

''Tugas-tugas yang dilaksanakan Apco termasuklah memberikan khidmat sokongan komunikasi dalam pelbagai inisiatif yang diambil oleh kerajaan Malaysia termasuklah mewujudkan pekerjaan, mempromosikan pendidikan dan memantapkan penyampaian pelbagai bentuk khidmat kepada rakyat.

''Apco rasa bangga dengan peluang yang diberikan oleh kerajaan Malaysia dalam membantu melaksanakan tugas penting ini," tambahnya.

Kata kenyataan yang sama, 1Malaysia dilahirkan oleh Perdana Menteri sebelum menggunakan khidmat Apco.

''Apco tidak memainkan sebarang peranan dalam mewujudkan konsep 1Malaysia, konsep berkenaan digubal dan diumumkan sebelum khidmat Apco diambil," jelasnya.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari laman web Apco, khidmat syarikat berkenaan di Tel Aviv, Israel ialah membantu syarikat-syarikat Israel dalam menstrukturkan pelaburan, menjalankan tanggungjawab korporat dan pemantauan media melalui penyelidikan serta khidmat analisis.

Tidak ada maklumat yang menyatakan mengenai One Israel.

''Apco menjalankan peranan mewujudkan jaringan di antara masyarakat Yahudi di seluruh dunia. Kami menawarkan khidmat memberikan kefahaman mengenai perhubungan awam masyarakat Yahudi, membantu pelanggan berhubung dengan rakan yang sesuai dan menyatakan mesej mereka secara kreatif dan efisien," jelas kenyataan tersebut.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini dilaporkan berkata, beliau tidak hairan dengan langkah pembangkang yang terus memainkan isu Apco dalam kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor yang bakal diadakan.

"Apco adalah sebuah syarikat bertaraf antarabangsa yang dilantik oleh kerajaan bagi membolehkan Malaysia lebih dikenali dunia. Syarikat itu bukan syarikat zionis atau Israel. Untuk melakukan tugas memperkenalkan Malaysia, ia bukanlah satu tugas yang mudah, oleh itu kita memerlukan syarikat yang profesional melakukannya.

"Kita hendak memberikan gambaran yang betul kepada dunia, apa itu Malaysia sebenarnya. Pembangkang sengaja memutar-belitkan fakta jadi mereka sebarkan dakyah kononnya 1Malaysia sama dengan One Israel dengan mengaitkan Apco," katanya.

Sebagai sebuah organisasi berteraskan komunikasi dan perhubungan awam Apco semestinya mengutamakan profesional tanpa dipengaruhi sebarang ideologi.

Tidak dinafikan terdapat penasihat yang mempunyai kaitan dengan Israel dalam Apco. Bagaimanapun, ia tidak bermaksud Apco merupakan satu organisasi yang berorientasikan Israel.


APA CERITA HUBUNGAN ANWAR DGN ISRAEL?? PAS FOR ALL DAN DAP DENGAN MIDDLE MALAYSIAN (MIDDLE ISRAEL??)

Thursday, June 10, 2010

USUL PEMUDA BERKENAAN ISU JUDI DAN SELANGOR KINI

Pergerakan Pemuda UMNO.
Bahagian Sabak Bernam,
45200 Jalan Raja Chulan,
Sabak Bernam,
Selangor Darul Ehsan

USUL PEMUDA CAWANGAN SUNGAI AIR TAWAR UNTUK PERSIDANGAN TAHUNAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN SUNGAI AIR TAWAR KALI KE-22 TAHUN 2010 PADA 22 MEI 2010

Usul Agama

1. PENARIKAN BALIK KELULUSAN LESEN JUDI SEMPENA PIALA DUNIA BOLASEPAK 2010

Wakil dari Pergerakan Pemuda UMNO Sungai Air Tawar
Diterima sebulat suara.

Menyedari cadangan kerajaan untuk mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen bagi membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan. Sebagai mana yang dijelaskan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, alasan utama kerajaan adalah untuk membendung aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Menginsafi cadangan ini ternyata mendapat bantahan majoriti rakyat beragama Islam dan memberi satu liabiliti besar kepada UMNO khasnya yang menjadi cercaan rakyat. Tindakan ini merupakan satu lagi tindakan semberono segelintir pihak pimpinan yang menidakkan pendapat alim ulama dan ahli-ahli akar umbi parti. Selain itu, keputusan ini bercanggah dengan Fasal 3.3. Perlembagaan UMNO iaitu menegakkan dan mendaulatkan agama Islam dan menghormati agama lain.


1.1 Pengharaman Judi oleh Semua Agama Dominan di Malaysia.

Dalam konteks ini Islam jelas mengharamkan perjudian sebagaimana tercatat dalam surah Al-Maidah ayat 90-91 dan Surah Al-Baqarah ayat 219.

Ertinya ; Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, *berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. ( Al-Maidah : 90)

Begitu juga dalam agama Kristian, perjudian dikutuk keras sebagai amalan diskriminatif yang menguntungkan satu pihak dan menganiaya satu pihak yang lain hingga meleburkan nilai-nilai kehormatan dan kemanusiaan seseorang sebagaimana yang tercatat dalam kitabnya The New Testament (Mark 12:31).

Bagi agama Buddha pula, perjudian dikutuk sebagai amalan yang jahat kerana ia menuntun kepada pelbagai natijah negatif yang mampu memporak-perandakan kehidupan. Dalam sebuah teks Buddha, Digha Nikaya, disebutkan bagaimana amalan perjudian mampu menjelmakan krisis moral yang parah termasuklah mencetuskan kebencian sesama manusia, menghancurkan harta benda dan menghakis kepercayaan masyarakat dan kerabat terhadap seseorang.

Pengharaman judi turut disebut dalam teks agama Hindu yang dikaitkan dengan pelbagai krisis nilai dan pendangkalan moral seperti hancurnya nilai amanah, hilangnya perasaan kasih sayang pada masa yang sama membiak amalan penyelewengan, menggejala nilai pembaziran dan membudaya pengabaian tanggungjawab dalam masyarakat (Tirukkural, 94: 931-940).

Inilah sebahagian daripada coretan perspektif amalan berjudi yang dipetik daripada pelbagai agama besar yang mewakili majoriti penduduk Malaysia. Secara keseluruhannya semua agama jelas menolak amalan berjudi yang lebih banyak mendatangkan kemudaratan daripada kebaikan.

Implikasi dan Persepsi Rakyat

Menurut rasional yang diberikan Dato` Dr. Awang Adek yang dirakamkan oleh akhbar tempatan berkata :

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram)."
Pengeluaran lesen atas alasan untuk mengawal dan mengetahui jumlah wang pertaruhan adalah tertolak di sisi Islam. Ini selaras dengan Surah Al-Baqarah Ayat 219.

Ertinya : Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah: ""Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat kecil bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya" ( Al-Baqarah : 219)

Perlu difahami, hujjah maslahat TIDAK BOLEH digunakan sama sekali dalam hal yang JELAS BERTENTANGAN dengan teks Al-Quran dan Hadis. Tiada maslahat dan tidak termasuk di dalam Maqasid al-Shariah dalam mengharuskan perjudian untuk masyarakat. Sesebuah kerajaan dan pemimpin mestilah lebih kreatif dan bertanggungjawab dalam mencari jalan mengawal perjudian gelap. Kawalannya bukanlah dengan memberi lesen kerana itu hanya akan lebih memakmurkan gejala tersebut. Sepatutnya kawalan adalah dengan memperkenalkan teknik banteras, hukuman lebih keras dan tahap efisyen yang lebih kemas bagi memerangkap mereka yang terlibat.

Namun apabila lesen diberikan, ia jelas merupakan satu galakan kepada kaki judi dan seterusnya seolah-olah memberi mesej bahawa pihak kerajaan ingin tumpang sekaki dalam perjudian mereka. Kerajaan ingin turut merasa sedikit imbuhan hasil perjudian mereka yang berjudi, jika lebih ramai berjudi, lebih baik kepada kerajaan. Ia seolah-olah kerana kerajaan ingin membenarkan benda yang tidak benar. Bolehkah atas alasan mengetahui jumah sebenar dan mengawal “Mat Rempit” yang membahayakan di atas jalan raya secara haram, maka kerajaan mempertimbangkan pemberian lesen merempit kepada “Mat Rempit” di atas jalan raya awam. Semua “Mat Rempit” mestilah mendaftar dan membayar yuran untuk merempit di atas jalan raya. Merempit di jalan raya awam banyak mudaratnya kepada mat rempit itu sendiri dan juga orang awam. Demikian juga kesnya membenarkan perjudian bola sepak gelap untuk dijadikan terang tetapi tetap di atas laluan yang memudaratkan orang awam.

Sehubungan dengan itu, pihak pemuda UMNO Cawangan Sungai Air Tawar merasakan amat kesal dengan tindakan “mensabotaj” UMNO yang cuba untuk membersihkan imejnya oleh pemimpinnya sendiri. Perkara berikut disenaraikan untuk pertimbangan:

1. Keputusan memberi lesen judi ini diTARIK BALIK serta merta untuk kepentingan Islam dan kemaslahatan UMNO itu sendiri memandangkan Piala Dunia bermula pada Jun ini.
2. Menggesa peranan lebih besar Biro Agama UMNO, Menteri Hal-Ehwal Agama Islam, JPM, Senator Dato` Seri Jamil Khir Baharom dan alim ulama dalam sesuatu keputusan.
3. Mengambil tindakan berunsur amaran kepada pihak terbabit yang dilihat menyalahi Fasal 3.3 perlembagaan UMNO dan mensabotaj parti.
4. Menggesa agar UMNO terus kukuh dalam usaha menegak dan mempertahan syiar Islam di Malaysia dan menghormati pengamalan agama-agama lain.

Usul Agama

2. PENGEDARAN NASKHAH “SELANGORKINI” MILIK PAKATAN RAKYAT DI MASJID-MASJID SELURUH SELANGOR

Wakil dari Pergerakan Pemuda UMNO Sungai Air Tawar
Diterima sebulat suara.

Menyedari masjid atau dikenali Rumah Allah adalah suatu tempat untuk umat Islam beribadah dengan tenang, menuntut ilmu dan simbol perpaduan umat Islam itu sendiri. Ini dibuktikan dengan usaha Rasulullah SAW dengan membina masjid Quba` semasa peritiwa perjalanan Hijrah, mendahului perkara-perkara lain. Oleh itu, keutamaan kerajaan Barisan Nasional yang membina banyak masjid di seluruh Selangor amat menepati kehendak Islam dan Perlembagaan Malaysia walau ia pernah dipersoal oleh rakan seperjuangan PAS iaitu parti cauvinis, Democratic Action Party (DAP) di Parlimen.

Menginsafi bahawa kesucian masjid dan perpaduan umat Islam adalah sesuatu yang wajib dipertahankan. Naskah Selangor Kini yang diedar setiap minggu pertama dan ketiga setiap bulan mengandungi artikel-artikel propaganda Pakatan Rakyat selain cercaan dan fitnah kepada saudara seagama khasnya kepada ahli dan pimpinan UMNO, apatah lagi ia diedar di masjid-masjid.

Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat baginda, "Tahukah kamu siapa yang mufls" Jawab mereka, "Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta" Sabda baginda: Orang yang muflis dalam umatku adalah sesiapa yang datang pada hari kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpahkan darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam api neraka (Riwayat Muslim)

Selain itu, turut dimuatkan di dalam naskhah itu ialah gambar-gambar tidak menutup aurat terutamanya pemimpin Pakatan Rakyat yang tidak sesuai ditatap dalam kawasan sesuci masjid. Sebelum ini, pihak Pakatan rakyat telah membenar Exco Kerajaan Negeri bukan Islam, Xavier Jeyakumar untuk berucap di hadapan sebuah masjid di Klang. Mereka khususnya PAS tidak menggunakan politik untuk kepentingan agama tetapi menggunakan agama dan masjid untuk kepentingan mereka. Tindakan terus menerus tidak menghormati masjid oleh Pakatan Rakyat ini adalah bercanggah dengan Pekeliling Masjid oleh Majlis Agama Islam Selangor yang dititahkan DYMM Sultan Selangor.

“Perkara 2 : Penggunaan Masjid

Masjid tidak boleh digunakan sebagai:
1. Gelanggang politik yang boleh menyakiti dan memecahbelahkan perpaduan ummah.
2. Hotel, rumah tumpangan atau tempat penginapan

Kaedah 34(1) & 2, Kaedah Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah (Negeri Selangor) (Pindaan ) 2001”


Implikasi buruk daripada tindakan pengedaran naskah ini secara berleluasa ialah konsep perpaduan sesama umat Islam semakin renggang. Masjid dijadikan wadah caci-maki, benci membenci dan dijauhi oleh masyarakat. Masjid yang selama ini dibawah pemerintahan Barisan Nasional, tenang untuk beribadah kini terus disalahguna untuk kepentingan pembangkang. Sejarah Rasululullah SAW meruntuhkan Masjid Dhirar yang dibina untuk memcahbelahkan Umat Islam menjadi pengajaran terbaik betapa perpaduan sesama Islam itu adalah yang utama daripada segala-galanya. Firman Allah dalam Surah At-Taubah ayat 107.

“Mereka yang menjadikan masjid untuk membahayakan, untuk menunjukan kekufuran, untuk memecahbelahkan antara orang-orang Mukmin, untuk menjadi tempat mengintip bagi mereka yang memusuhi Allah dan Rasulnya sebelum itu, mereka bersumpah kami bertujuan baik sedangkan Allah mengingatkan mereka berdusta.” (Surat At-Taubah Ayat 107)


Sehubungan dengan itu, Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Sungai Air Tawar mengusulkan beberapa tindakan:

1. Mendesak pihak pimpinan pemuda Bahagian Sabak Bernam dan Negeri Selangor agar menyediakan memorandum dan laporan polis terhadap pihak-pihak yang bertanggungjawab di atas pengedaran Selangor Kini ini.
2. Memaklumkan secara berhemah kepada nazir-nazir masjid agar mematuhi arahan DYMM Sultan dan Majlis Agama Islam Selangor.
3. Pertemuan dan perbincangan dengan Majlis Agama Islam Selangor sebagai pihak yang bertanggungjawab.
4. Pemuda UMNO sentiasa bertindak sebagai pemantau dan tindakan proaktif terhadap usaha memperalat institusi masjid yang semakin menular di Selangor.

Saturday, May 15, 2010

KESAN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH AGAMA LAIN DI INDONESIA




Semata-mata demi mengaut undi kaum Tiong Hua.. Nik Aziz, Khalid Samad dan Hadi Awang telah menggadaikan kemaslahatan generasi ummat Islam...Saya menyokong Hujah Konkrit Yang Mulia Dr. Haron Din yang jelas mengatakan pihak yang menyokong penggunaan Kalimah Allah selain Islam ini boleh jatuh kufur berdasarkan maslahah ummat pada zaman ini...(KLIK)

Hadi Awang dalam Ceramah Grand Finale...(KLIK)

"BN yang menghalang kebebasan pihak Kristian daripada menggunakan nama Allah di penerbitan Herald Tribune dan juga di gereja-gereja seluruh negara.

Hadi menjelaskan bahawa, Pas tak pernah melarang pihak gereja menggunakan kalimah Allah dan Pas sedia berkerjasama dengan semua agama bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional. Sentimen agama yang dimainkan oleh Hj Hadi ini disambut dengan sorakan kegembiraan masyarakat cina Sibu di ceramah tersebut yang hampir keseluruhannya beragama Kristian."

KESAN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DI INDONESIA


Selaras dengan Fasal 3.3 Penubuhan UMNO dan Pelembagaan negara. Saya syor agar kita hormati apa yang telah kita sama-sama sepakati 53 tahun dahulu dan ternyata kita dapat hidup aman damai dan saling menjana kemakmuran dan keharmonian. Dalam kes di Sibu, andai kami tewas sekalipun, kami percaya Kekuasaan Allah adalah penentu segalanya..

Wednesday, May 12, 2010

KALIMAH ALLAH DAN PERPADUAN DIGADAI DEMI KUASA PAKATAN RAKYAT DI SIBU

(Getting together: Nizar and Wong greeting the crowd after arriving at the DAP ceramah in a hotel in Sibu on Monday. With them are (from left) Datuk Chua Jui Meng, Seputeh MP Teresa Kok, Subang Jaya assemblywoman Hannah Yeoh, Perak DAP chairman Datuk Ngeh Koo Ham and Dr Tan).

PAS Sudah berubah..."Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

(Petikan laporan daripada akhbar The Star hari ini Rabu 12 Mei 2010)

DAP to go on Allah issue

SIBU: The DAP will go ahead with the “Allah” issue in its campaign, ignoring police warning to all political parties that they can be detained under the Sedition Act and Internal Security Act.

Its candidate for the by-election, Wong Ho Leng, said nothing would deter him and other Pakatan Rakyat leaders from conveying the truth to the people on the matter.

Wong said the Home Ministry must withdraw its appeal against the High Court's decision which had overruled the government prohibition on the use of the word “Allah”.

Adakah kerana undi daripada puak seperti ini yang didahagakan sehingga sanggup menggadai prinsip dan akidah??

Ulasan YB Kulim Bandar Baharu...YB Zulkifli Nordin (Klik)

NAUZUBILLAHIMINZALIK, JIKA PERLAKSANAAN HUDUD TELAH DIGUGUR DALAM PERLEMBAGAAN PAKATAN RAKYAT, KINI PAS BERSEKONGKOL PULA UNTUK MENGGUNAKAN KALIMAH ALLAH KEPADA NON-MUSLIM YANG SEMESTINYA MENGGALAKKAN LAGI KEMURTADAN UMAT ISLAM, PENGEDARAN RISALAH-RISALAH DAN TAKRIFAN PELBAGAI HADIS DAN AYAT AL-QURAN YANG SALAH SEPERTI YANG TELAH BERLAKU DI INDONESIA....

JANGANLAH DIPERMAINKAN API PERPECAHAN KAUM INI, KAMI MAHU HIDUP AMAN DAN SALING BANTU-MEMBANTU MEMAKMURKAN MALAYSIA INI... (Klik untuk sentimen perpecahan yang di tabur PAS dan DAP)

VIDEO SEBENAR ONAR PAKATAN RAKYAT DI MALAYSIA (KLIK)

Friday, May 7, 2010

CERAMAH POLITIK DI MASJID

Oghe g masjid buke nok saling membenci, ni Rumah Allah buke umoh mu... Oghe g masjid nok ketenange, beribadah dan perpadue... Dio ni bukan Ulamok..dok maki2 oghe, benci perpadue ssamo muslim dan fatwo mace-mace ikut kepentinge diri.. (Teringak lagu Anak Tupa...)

AGAMA DAN POLITIK oleh Prof Dato Dr Ismail Ibrahim

Umat Islam, terutamanya para ulamak, apabila bercakap tentang politik dan Islam, hendaklah tahu membezakan apakah artinya politik dan agama menurut perspektif ajaran Islam yang sebenarnya tentang takrif Islam dan takrif politik itu?

Rasulullah SAW adalah sorang ahli politik, kerana baginda telah mengetuai umat Islam dalam semua urusan pemerintahan, terutamanya setelah membentuk kerajaan Islam di Madinah dalam tahun 622 M. Baginda mengetuai urusan pentadbiran, ekonomi, pertahanan, dan baginda juga sebagai panglima angkatan tentera, serta urusan lain.

Urusan dan tindakan baginda itu adalah tindakan mengenai pentadbiran dan politik pemerintahan negara. Baginda juga memerintah dengan penuh beradab dan sentiasa berpandukan ilmu dan hikmah, sebab itulah baginda tidak melakukan apa yang dilakukan oleh ahli politik hari ini, ketika “berpolitik” artinya taksub kepada politik partisan, taksub dan fanatik kepada puak dan parti sendiri sahaja, boleh mengutuk dan menjatuhkan hukuman kepada parti lawan dan ahlinya sebagai “sekular” dan sebagainya tanpa memahami pun apakah sebenarnya konsep sekularisme itu. Sebab itulah juga baginda Rasulullah SAW berucap, berkhutbah dan sebagainya dengan menyentuh isu-isu pemerintahan negara dan urusan rakyat, tetapi baginda tidak pernah berkasar kepada para pengikutnya, baginda sentiasa berlembut dan beramanah dengan ilmu dan hikmah tanpa mengatakan orang lain munafik, jahat, boleh mendoakan untuk kebinasaan parti lawan, dan sebagainya. Kalau berpolitik seperti baginda, maka memang tidak ada larangan untuk digunakan masjid dan sebagainya untuk memandu dan menasihati orang awam tanpa sebarang perbezaan.

Tetapi kalau berpolitik untuk mengata nista, mengutuk dan mencerca, maka jauhilah dari masjid yang menjadi kepunyaan semua orang Islam tanpa mengira parti politik, politik tidak mempunyai tempat untuk orang yang berfahaman politik partisan melulu, politik sempit yang tidak sejajar dengan ajaran Islam yang sebenarnya.

Politik kepartian pada hari ini sebenarnya merupakan politik yang sering disalah gunakan, termasuk oleh para ulamak sendiri, iaitu apabila ianya dijadikan pentas dan platform untuk memusuhi lawan politik, memaki hamun dan melontarkan kata nesta kepada orang lain, iaitu satu tindakan yang tidak pernah dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW.

Oleh itu tak usahlah para ulamak politik, atau sesiapa sahaja orang politik boleh mendakwa bahawa politik pada hari ini sama sahaja dengan politik pada zaman Rasulullah SAW, oleh itu ia juga sama dengan Rasulullah untuk bertindak dalam “kempen” politik, menggunakan masjid dan sebagainya untuk “berpolitik” sedangkan “politik” yang dibawanya adalah “politik kotor” penuh emosi, taksub dan fanatik melulu, terkeluar dari ajaran Islam seperti yang diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW.

Orang ramai tidaklah seharusnya keliru dengan berbagai-bagai fatwa dan ajaran ahli politik taksub kepartian ini, kerana niatnya hanyalah untuk mendapat sokongan untuk politik nya dan partinya, sedangkan orang Islam seluruhnya haruslah juga mengetahui bahawa parti politik itu bukanlah agama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada manusia melalui Rasulullah SAW yang tidak boleh diingkari, dan ahli politik itu juga bukanlah “Pesuruh Allah” yang tidak boleh di-ingkari juga segala kata-katanya.

Parti politik adalah parti politik buatan manusia yang ada salah dan silapnya, ahli politik kepartian itu juga adalah manusia biasa yang tidak maksum, dan suci, malah mungkin lebeh kotor dari orang lain yang tidak taksub kepartian.

Ingatlah parti politik bukannya agama, dan ahli politik itu bukanlah Nabi atau Rasul. Berhati-hatilah dengan hakikat ini supaya hidup kita juga tidak menjadi sesat dan berdosa.