Friday, April 15, 2011

MAKI-HAMUN BUKAN BUDAYA SARAWAK, INI SIFAT PR

Poster bersama gambar seekor anjing di Sarawak. Maki-hamun adalah sebati dengan mereka.
KLIK


Tidak kita nafi, Pehin Taib sudah lama. Tetapi bagai mana dengan yang lain? Pehin Taib sudah mengumumkan pengunduran secara tersusun, bagaimana yang lain? Masih ingat mereka menggelar Tun dengan nama seperti Diktator, Mahafiraun dan lain-lain? Tun M sudah lama berundur.

Jika 16 September - Mereka Mahu Putrajaya, 16 April - Mereka Mahu Petrajaya. Anak Muda-Mudi, undi anda amat berharga, undi anda bukan minoriti, tetapi penyumbang majoriti.

ZULKIFLI NORDIN VS "USTAZ" PAS DALAM ISU VIDEO

Blog Akhi Zulkifli Nordin, Bekas Peguambela Anwar, KLIK

Buat pertama kali, isu video seolah-olah asing buat Pakatan Rakyat. Masih ingat Video Vijandran, Video VK. Lingam, Video Banduan Wanita Bogel, Video Fitnah Rosmah Puaka KLIK, Video Mahathir Aniaya Anwar KLIK dan macam-macam lagi. Lebih dari itu, video XXX yang tidak pun diedar kepada rakyat melainkan klip 1 minit oleh pihak yang tidak diketahui tanpa aksi XXX dituduh angkara UMNO, sedangkan Eskay adalah sahabat Anwar Ibrahim sendiri. Berikut adalah petikan dari blog saudara Zulkifli Nordin, mengenai isu video dan fitnah terhadap DS Najib oleh seorang "Ustaz" PAS di sesi ceramah di sebuah masjid. (Modus operandi pihak PAS yang menjadikan platform masjid sebagai tempat fitnah dan menarik sokongan jemaah untuk kepentingan diri atas isu yang mereka sendiri tidak pasti)

Salam 2 all.

Kebetulan teman singgah solat disebuah Masjid (nama tidak akan disebut). Selepas solat, kebetulan ada ceramah oleh seorang Ustad kawan teman yang juga aktivitis sebuah parti politik. (juga nama tidak akan disebut). Semasa berceramah, kawan teman ini tidak perasan yang teman ada disitu. Teman pun dok berlonggok dengan para jemaah masjid yang lain, yang ada dalam 30-50 orang, termasuk jemaah wanita (agaknya yang lain ke Sarawak kot).

Ustad kawan teman ini memulakan ceramah dengan membaca Surah Al Hujurat ayat 6 dan An Nur ayat 4. Lalu beliau mengupas tentang isu videoklip dan mendakwa ianya adalah satu fitnah besar menuduh orang berzina (cara dia kupas macam dia yang buat videoklip tu, walaupun sebenarnya dia tengok pun tak lagi). Malah beliau menyebut terus nama manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan sebagai mangsa fitnah zina, dan mendakwa mereka yang menuduh sebagai layak dihukum qazaf. Malah beliau menambah bahawa beliau hairan mengapa YAB Dato' Sri Najib boleh terlepas daripada tuduhan membunuh Altantuya sebaliknya "insan suci" (ni perkataan Ustad tu yop) Anwar Ibrahim terus difitnah.

Kemudian Ustad ni membawa kisah Nabi Yusuf a.s yang turut menjadi mangsa fitnah. Dan cara beliau bawa cerita tu seolah-olah Anwar dan Nabi Yusuf sama taraf yop!!!

Kebetulan ada makan-makan disediakan selepas ceramah, teman ambil kesempatan untuk betanya beberapa soalan. Teman tidak mahu bertanya secara terbuka selepas ceramah, khuatir nanti akan meletakkan Ustad kawan teman tu serba salah. Lalu teman pun ambil peluang untuk bertanya sambil makan-makan. Boleh nampak wajah ustad kawan teman itu saperti tidak selesa menyedari teman ada disitu. Lalu bermulalah dialog teman dengan Ustad kawan teman ni:

ZN : Salam Ustad, ana nak tanya adakah Ustad sudah menonton sendiri videoklip tersebut sepenuhnya, atau versi yang singkat itu?

Ust: Ana tidak gamak menengok sebab ianya haram! Malah sesiapa yang tengok itu semuanya haram dan melakukan dosa besar!

ZN: bagaimana Ustad tahu haram sedangkan Ustad tengok lagi pun tidak? Baik, ana nak tanya, kalau seorang perompak pecah masuk rumah seseorang, dan setelah merompak, dia merogol pembantu rumah orang tu, kemudian dia lari. Kebetulan rumah tersebut ada video CCTV, adakah haram bagi polis melihat video itu untuk mengecam perompak/ perogol tersebut? Adakah haram polis menyebarkan video itu dimedia cetak, elektronik dan cyber untuk mengecam perompak/ perogol itu?

UST: itu isu lain, itu satu jenayah! Sebenarnya videoklip ke, DNA ke tidak boleh dijadikan bahan bukti dimana-mana Mahkamah Syariah! (kata Ustad dengan agak meninggi suara) (Nota: teman agak terkejut dengan kenyataan ini kerana jelas memperbodoh dan memperlekeh Islam seolah-olah menolak sains & teknologi sedangkan dizaman kegemilangannyaa Islam mempelopori sains & teknologi).

ZN: dimana lainnya Ustadz? Soalnya sekarang ialah ada satu bahan bukti yang boleh mengecam siapa pelakunya, bukan perlakuan itu yang nak didedahkan! Baik, bagaimana pula kalau ada aduan menyatakan suami seseorang itu nusyuz dan mengadakan hubungan sulit dengan wanita lain. Mereka didapati pergi kesebuah hotel. Yang ada hanya bukti CCTV yang kebetulan ada didalam bilik hotel itu. Takkan tidak boleh si isteri guna video CCTV itu untuk membuktikan sumainya curang?

UST: (tak menjawab).

ZN: isunya sekarang Ustad, videoklip itu diperlukan pertama untuk mengecam dan membuktikan pelaku dan watak didalamnya, bukan membuktikan perbuatan didalamnya. Hanya setelah terbukti siapa pelakunya baru kita pergi ke peringkat selanjutnya iaitu apa yang dibuat oleh para pelaku tersebut. Apakah itu salah dan berdosa?

Ust: tapi video itu adalah rakaman video lucah! Orang sedang buat seks!

ZN: Tadi Ustad kata tidak tengok lagi, mana Ustad tahu? Jadi tidakkah penting untuk Ustad tengok dulu baru buat rumusan? Tidakkah Ustad tahu tiada siapa yang membuat tuduhan seks atau zina terhadap Anwar Ibrahim. Datuk Eskay, kawan baik Anwar sendiri, hanya menggunakan video itu untuk memberitahu rakyat bahawa kawannya Anwar tidak layak jadi pemimpin, adakah itu salah?

Ust: Tetapi video itu mendedahkan 'aib seseorang, dan mendedahkan 'aib seseorang itu dilarang dan adalah haram hukumnya dalam Islam (lalu Ustad membaca sepotong ayat Al quran).

ZN: kalau ada seseorang datang meminang anak perempuan Ustad, dan kebetulan ana tahu akhlak dan karektor peminang tersebut, dan kebetulan ana ada satu videoklip menunjukkan perangai peminang itu, adakah ana berdosa ana memberitahu Ustad dan menunjukkan video itu sebagai bukti keterangan ana?

Ust: itu soal peminangan, tidak ada kena mengena dengan videoklip seks ini.

ZN: tapi Anwar Ibrahim mahu "meminang" seluruh rakyat Malaysia, tidakkah seluruh rakyat Malaysia berhak mengetahui akhlak dan karektor sebenar beliau sebab mereka yang akan menentukan samada mahu menerima "pinangan" Anwar Ibrahim atau tidak?

Ust: bukan begitu caranya, banyak cara lain yang boleh dibuat!

ZN: bagaimana cara lain itu Ustad?

Ust: (tidak menjawab tetapi sebaliknya berkata) Ana rasa elok kita tangguhkan dulu sembang kita kerana para jemaah lain mungkin ada urusan lain.

(Seorang jemaah menjawab, "takpa Ustad, kami pun nak tau jugak. Kebetulan YB ada sini eloklah Ustad perjelaskan").

ZN: ana nak sentuh isu qazaf yang Ustad sebut. Bukankah qazaf ini berlaku hanya jika seseorang menuduh tanpa bukti orang lain melakukan zina?

Ust: Ya, dan jika penuduh itu gagal membawa empat orang saksi yang cukup syaratnya penuduh itu hendaklah dihukum qazaf dengan 80 sebatan.

ZN: Tetapi didalam kes videoklip ini, Datuk Eskay atau mana-mana pihak lain tidak pernah membuat tuduhan untuk membuktikan Anwar berzina. Mereka cuma sekadar nak buktikan Anwar tidak layak menjadi seorang pemimpin umat Islam dan negara ini, dan video itu sebagai bukti. Itupun kita perlu tunggu sehingga polis mengesahkan ketulinan videoklip itu dan siapa watak-wataknya? Apakah itu juga termasuk dalam qazaf?

Ust: soalnya bukan menuduh zina, tetapi ianya videoklip menunjukkan perbuatan seks! Itu sudah cukup untuk mengujudkan qazaf! (Nota: padahal Ustad ni video tu pun tak tengok lagi!)

ZN: Adakah pendirian Ustad kalau ada wanita mengadu dirogol juga perlu membawa empat orang saksi, kalau tidak dia akan diqazaf?

Ust: Sesiapa juga yang menuduh seseorang dengan tuduhan membabitkan seks samada zina, rogol, liwat dan lain-lain, hukum Islam memerlukan empat orang saksi. Jika tidak, orang itu hendaklah dikenakan qazaf iaitu disebat!

ZN: (teman agak terkejut dengan jawapan Ustad ni) Tidakkah Ustad rasa dengan cara itu tiada wanita akan berani membuat lapuran polis mengadu dirogol! Tidakkah itu akan menggalakkan jenayah rogol, kerana para penjenayah ini akan tahu tiada siapa boleh bawak empat orang saksi. Adakah ini cara sistem keadilan Islam? Ana rasa ini bukan cara yang Islamik?

Ust: Islam lebih memelihara kehormatan seseorang, sebab itu ALLAH mewajibkan empat orang saksi (lalu Ustad membaca sepotong ayat Al Quran & satu hadis) (kemudian Ustad menceritakan mengenai tuduhan seorang wanita Yahudi terhadap anak Saidina 'Umar).

ZN: Tapi macam mana dengan kehormatan wanita yang telah dirogol itu? Tidakkah Islam sangat menjaga kehormatan dan kemuliaan wanita, serta membela dan mempertahankan mereka? Satu lagi soalan ana nak tanya, Ustad kata adalah satu fitnah bercakap tanpa bukti. Sekarang secara terbuka Ustad menuduh Dato' Sri Najib sebagai pembunuh Altantuya. Apa bukti yang Ustad ada?

Ust: (langsung tidak menjawab sebaliknya terus tutup majlis) Sorilah ana terpaksa pergi dulu kerana ada program lain. Assalammu'alaikum.

Begitulah secara ringkas dialog diantara teman dengan kawan teman Ustad lulusan 'pengajian Islam ini. Tujuan teman bukan untuk mempertikaikan Ustadz kawan teman ni, sebab itu teman tidak sebut nama dan lokasi tempat dialog itu. Malah teman sangat menghormati komitmen dan dedikasi Ustad ni menyampaikan ceramah siang dan malam. Cuma teman kasihan kepada para jemaah yang kebanyakkannya tidak tahu hujung pangkal, datang dengan ikhlas untuk menimba ilmu tetapi menerima sogokan politik murahan yang teman rasa bertopengkan agama dan kitab. Dan teman kasihan kepada sahabat teman itu, yang mungkin ikhlas orangnya, tetapi dikalkatukan oleh kabus-kabus politik kepartian yang terlalu sempit. Semoga ALLAH memberikan petunjuk dan hidayah kepada kita semua.

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
08 Jamadil Awal 1432
12 Apr 2011

*Kepada sahabat teman Ustad tersebut, teman memohon ma'af jika dialog tersebut diatas mengguriskan perasaan beliau. Pada teman ianya penting demi membuktikan kebenaran. Moga ALLAH mengampunkan kita semua. Sekiranya teman ada melakukan kesilapan dalam dialog itu, samada dari segi isinya ataupun adabnya, teman memohon kemaafan daripada Ustad kawan teman itu, dan para jemaah yang kebetulan ada masa itu, serta keampunan daripada ALLAH. Amin.

Friday, April 1, 2011

FAKTA VIDEO MAHATHIR AKUI ZALIMI ANWAR


Siapa yang tidak tahu mengenai Video Fitnah "Mahathir Mengaku Zalimi Anwar".. Ucapan sinis Tun Mahathir itu disebar serata Malaysia (search sahaja di google dan puluhan pautan blog PR) untuk menunjukkan betapa Mahathir menganiaya Anwar. Berikut penjelasan Mahathir dalam The Star yang disambut sunyi dalang Penfitnah Rakyat (PR). KLIK

FAKTA SEBENAR

Sila tonton penjelasan Tun M mengenai isu ini KLIK

Sekali lagi Tun menegaskan ucapan sinisnya diputar-belit media Penfitnah Rakyat (PR) KLIK

The Star, 5 Mac 2008

Video clip a distortion, says Dr M

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad has expressed regret at the use of a video clip that purportedly showed he admitted that he had framed Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr Mahathir said those who attended the talk understood the context of his speech but the Opposition took one part and distorted it.

His son, Datuk Mokhzani Mahathir, said his father explained what had actually taken place at a Barisan Nasional gathering in Shah Alam on Monday.

He said the family was aware of how the video clip had been distorted and used to mislead the public.

The video clip has been posted on Opposition websites to give the impression that Dr Mahathir had confessed to the purported trumped-up charges.

At the gathering, Dr Mahathir also refuted claims that he was sympathetic to them, saying he had never supported them.

He also denied that his former political secretary, Datuk Seri Aziz Abdul Shamsuddin, had a hand in the 1998 court case against Anwar.

Dr Mahathir reiterated that he received information from the police and then discussed it with the mentris besar and Umno supreme council members before a decision was made.

P.K.R - Pakar Kelentong Rakyat

P.A.S - Penyokong Aku Sediakan

D.A.P - Dua-dua Aku Pergunakan

FAKTA VIDEO FITNAH DS ROSMAH

Memetik ulasan sahabat, Hambali mengenai video menyentuh isu peribadi DS Rosmah KLIK

Untuk menggugat Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak secara langsung amat sukar. Pemimpin pakatan pembangkang tahu bahawa sehingga ini mereka belum berjaya menggugat Najib, walaupun dicuba sebelum pun Najib menjadi Perdana Menteri.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tahu benar siapa Najib. Ketika menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Anwar tidak bimbang pesaing lain. Dia hanya bimbang kepada Exconya yang menjaga hal ehwal ekonomi. Ketua Biro Ekonomi – Najib Razak.

Anwar ada memberitahu rakan-rakan bahawa Najib bukan sahaja pintar tetapi licik.Kerana itu apabila Anwar berusaha menjadi Timbalan Perdana Menteri, dia menarik Najib ke dalam pasukannya yang membolehkan Team Wawasan diwujudkan. Najib menjadi orang penting team ini.

Oleh itu, apabila Najib sukar digugat, apalagi wawasannya – 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan – diterima rakyat Malaysia, serangan terpaksa diubah.

Pembangkang melihat isteri Perdana Menteri sebagai sasaran terbaik. Sama ada mereka mampu menyukarkan atau sebaliknya perjalanan Najib sebagai Perdana Menteri, itu soal lain,
Yang penting, dengan dilihat flamboyant dan berpengaruh, Datin Seri Rosmah Mansor dijadikan sasaran kempen negatif dengan tuduhan-tuduhan berat dan label liar "perempuan puaka" di internet.

Tiga klip video tersebut – yang mendakwa isteri Perdana Menteri itu sudah melupakan asal-usulnya – pertama kali diterbitkan 9 Jun 2009 dan cepat disebarkan oleh beberapa blog setelah diumumkan di Malaysia Today.

Blog yang dikendalikan oleh Raja Petra Kamaruddin – penulis yang mengaitkan Rosmah dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan kini menjadi kes mahkamah – mendakwa, video itu dirakam secara eksklusif untuk laman webnya.

Siri kedua dan tiga klip video terbitkan "C4 Production House" selama 10 minit itu dimuatkan di Youtube.com masing-masing pada 11 Jun dan 15 Jun lalu.

Ketiga-tiga siri video tersebut kini ditonton lebih 200,000 kali – 154,890 untuk bahagian pertama, 86,273 bahagian kedua dan 51,299 untuk bahagian ketiga – dan mendapat perhatian besar di internet.

Menurut tinjauan melalui enjin pencari Google, ia dimuatkan kembali ke laman-laman web lain, termasuk di blog Pemuda PAS Wangsa Maju, Angkatan Muda PKR bahagian-bahagian Gelang Patah dan Kota Raja, serta laman web popular Tranungkite.net.

Hasilnya, kebencian dimarakkan lagi termasuklah dikalangan wartawan Malaysia Kini KLIK

FAKTA SEBENAR

Rujukan Malaysian Instinct


Malaysia-Instinct: “Datin, can you confirm that that there is one, Rosmanuddin Mansor who is a subject in the video accusing you of murder?”

Rosmah: ‘Yes, Rosmanuddin is my brother. I have not seen the video, and am disappointed that these baseless accusations have been hurled to me.’

Can you describe your ties with the subjects in the video, namely Mohd Arshat – Your cousin, Induk Leha – An aunt, Datin Che Mah – Adopted Family and Neighbour and Ikmal Hisham – Datin Che Mah’s son?

I do not have any cousin named Mohd Arshat, or an aunt Induk Leha, Datin Che Mah or even Ikmal Hisham. They could be my mother’s neighbours, but if indeed they were, I wouldn’t know them as I never grew up in my mother’s kampong in Seri Menanti. From a very young age, I was taken to Rembau by my father’

We traced Rosmanuddin’s address to your house address in Langgak Duta. Can you elaborate on this?

‘As he is my adopted brother (adopted by my parents since he was 12 days old, as he was a baby handed to my parents in the estate clad in a batik cloth), I took it on myself to help him as much as I could. I loved him. My husband even loves his children as his own, so much so that we extended our home to him and his family due to his inability to offer the same to his family. In fact I even gave him an apartment behind the mall. I cannot explain these accusations, and I am deeply hurt that this has come from someone whom I consider very close to me’

Has Rosmanuddin profited from your name or Datuk Seri Najib’s position and why did he claim that he had to leave the country fearing your backlash?

‘I have never got myself involved in whatever accusations these people continue to hurl at me. And finding out that Rosmanuddin had in fact used our names, I continued to try to help him, but by manipulating our reputation, he has crossed the line. In his endeavours, he has also crossed many people and these people now know that my name as well as Datuk Seri’s has been made used off. I cannot help him now and have told him so.’

In the video, you have been accused of abandoning your children from your previous marriage, what do you have to say to this?

‘(Heavy sigh) Rosmanuddin is responsible for spreading these lies, and this has caused a wedge between my daughter and I. I do not wish to elaborate on this as it involves the very people I love and respect. All I can say is that it is untrue (about my abandoning my children). A mother never leaves her own. I am sorry, but I think I have tried very much to help you do your job (in answering these questions) and I hope you respect that these are very personal matters, and very disturbing developments to me. Thank you.’

- Janie G / PJ Moorthy – Malaysia-Instinct

Ulasan sahabat sejarahmelayu

Dokumentari itu menemuramah adik angkat Datin Seri Rosmah yang bernama Rosmanuddin dan beberapa orang kampung asal beliau.

Jika dilihat wawancara bersama orang kampung asal Datin Seri Rosmah jelas sekali soalan-soalan dipandu untuk melahirkan kekecewaan mereka kononnya Rosmah tidak lagi pernah pulang ke kampung. Hakikatnya sudah tiada keluarga beliau di kampung tersebut macam mana beliau mahu pulang?

"Culprit" utama video ini tentulah adik angkat DS Rosmah yang bernama Rosmanuddin bin Mansor dan seorang anak jiran lama beliau bernama Ikmal Hisham.

Rosmanuddin diambil sebagai anak angkat oleh keluarga DS Rosmah menjadi anak susuan dan berbinkan bapa Datin Seri.

Kedua-dua mereka membuat beberapa tuduhan dan dakwaan yang langsung tidak mempunyai bukti serta tuduhan yang tidak relevan dengan politik negara.

1. Apa relevan dan kena mengena dakwaan kononnya Datin Seri Rosmah percaya kepada dukun, tahyul dan pawang? Sudahlah tidak boleh membuktikan sama ada melalui rakaman kamera mahu pun gambar, malah isu ini langsung tidak membabitkan isu politik.

Apakah tujuan tuduhan ini dibuat? Ia hanyalah serangan berbentuk peribadi yang menggambarkan politik orang melayu sudah berada dalam keadaan nazak.

Mereka bercakap memperjuangkan agama tetapi mereka tidak pernah takut kepada Allah. Sungguh aneh pembuat dokumentari tersebut boleh berpura-pura terkejut dan beberapa kali menyebut nama Allah ektika merakamkan wawancara memburukkan orang.

2. Rosmanuddin juga mendakwa beliau dianiaya dan tidak diberi bantuan oleh DS Rosmah. Alangkah anehnya seorang adik yang selama berpuluh tahun tinggal di rumah milik kakaknya boleh mendakwa kakaknya tidak membantu beliau.

Lelaki jenis apa yang menumpang bersama anak dan isteri selama berpuluh tahun di rumah kakaknya? Inilah jenis yang mahu mencari jalan senang menyara hidup keluarga.

Manusia jenis ini apabila tidak dapat sesuatu yang diidamkan maka mulalah memekik dan melolong lupa segala jasa orang yang membantu beliau selama ini. Bolehkah dikatakan datin Seri Rosmah yang membenarkan Rosmanuddin duduk bersamanya begitu lama ingin menganiaya beliau atau "membuang" beliau tanpa sebab.

Jika kita lihat watak utama video ini Ikmal Hisham juga merungut bahawa Rosmah tidak membantu mereka yang kononnya membantu beliau sebelum ini. Ini hanya menunjukkan bahawa yang terbabit dalam video ini merupakan kumpulan yang kecewa kerana tidak boleh menjadi kaya cepat hanya kerana mereka kenal atau pernah kenal dengan isteri Perdana Menteri.

Rosmanuddin juga mendakwa beliau dan keluarga ke luar negara kerana tidak lagi mahu tinggal di sebuah negara bernama Malaysia kerana isteri Perdana Menteri, yakni kakaknya sendiri terbabit dalam pembunuhan Altantuya.

Sekali lagi tuduhan ini langsung tiada bukti dan kebenaran. [Pada malam pembunuhan Altantuya pun DS Rosmah mempunyai program di hadapan ratusan orang. Sebab itu Raja Petra pun terpaksa melarikan diri setelah menyedari tuduhan beliau akan terbongkar di mahkamah.]

KLIK

Rosmanuddin dan Ikmal Hisham juga mendakwa Rosmah membuang terus anak-anak beliau dengan isteri pertama. Mereka juga mendakwa kereta-kereta tetamu yang datang ke jamuan kahwin Dr. Fadley Yaacob dengan Dr Fazley dan Azrene Soraya anak dengan suami pertama beliau tersebut digores dan dicalarkan.

Rosmah juga dikatakan cuba "menyusahkan" menantu beliau Dr. Fadley Yaakob dengan menghalang liputan berita dan menganggu projek-projek yang beliau dapat sebelum ini.

Sekali lagi dakwaan ini hanya sedap kepada halwa telinga tetapi tidak kepada pemikiran logik.

Bagaimanakah dikatakan DS Rosmah mengupah samseng mencalarkan hampir ke semua kereta yang datang ke majlis perkahwinan anaknya dengan Dr. Fadley sedangkan tiada satu pun laporan polis dibuat. Mustahil ia berlaku tetapi tiada laporan polis memandangkan majlis tersebut berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Malahan banyak program lain berlangsung pada hari yang sama. Antara menteri yang turut hadir ketika itu ialah Syed Hamid Albar, Bernard Dompok, Radzi Sheikh Fadzir. Jadi bagaimana pula dikatakan Datin Seri Rosmah mensabotaj majlis kahwin anak beliau.

Anehnya siapakah yang membiaya perbelanjaan Rosmanuddin di luar negara. Apakah kumpulan yang sama yang membiayai perbelanjaan raja Petra Kamaruddin, Rahim Ghouse dll? Tika, edaran ini dinukil, Raja Petra Kamaruddin (RPK) masih lagi melarikan diri di luar negara kerana tidak bertanggungjawab atas segala fitnah yang dilempar selama ini.

FAKTA ROYALTI MINYAK DAN KELANTAN

Gambar satelit dari Google Earth. Pembaca boleh memeriksa sendiri untuk kepastian.

Perairan sesebuah negeri mengikut perlembagaan Malaysia hanyalah 5.5 km dari garisan pantai (Mean Low Lower Water
). Dalam perjanjian antarabangsa yang ditandatangani secara bersama di antara kerajaan Malaysia, Thailand dan Vietnam, mana-mana kawasan minyak/gas yang jaraknya sekitar 200Km dari garis pantai negeri-negeri ini, hasil penerokaan tersebut akan dibahagikan secara bersama diantara negara-negara yang terlibat. Sama ada hendak diberikan pula kepada wilayah-wilayah yang terdekat oleh pihak berkuasa pusat, itu adalah tertakluk kepada undang-undang sesebuah negara itu. Dalam kes di Malaysia, tidak perlu kerana ianya di luar sempadan perairan Kelantan.

Dalam ekspedisi yang telah dilakukan oleh wakil kerajaan Pas Kelantan bila mana mereka meninjau kawasan carigali/pengeluaran minyak/gas beberapa bulan lalu, mereka telah mengakui bahawa jarak kawasan tersebut adalah sekitar 150Km daripada Kuala Sungai Golok. Secara tidak langsung mereka sendiri telah mengakui bahawa jarak tersebut jauh melepasi garis perairan Kelantan.


Merujuk ulasan bumiyang mengenai isu ini KLIK

Isu ini telah disensasikan bahawa kononnya Kerajaan BN menindas rakyat Kelantan dengan menafikan pembangunan, dan menutup kelemahan mereka mentadbir negeri ini hampir 20 tahun. Dari segi politik, isu ini digarap sehingga menjadi isu kenegerian dikalangan rakyat Kelantan tanpa merujuk fakta dari pihak Petronas dan kerajaan. Alhamdulillah, isu ini telah dibawa ke mahkamah dan semoga apa jua keputusan kelak diterima dengan hati terbuka.

Dipetik dari Jabatan Hal Ehwal Khas, JPM KLIK

Semua negeri termasuk Kelantan bertaraf sama di sisi Akta Kemajuan Petroleum 1974. Semua Negeri yang mendatangani perjanjian dengan Petronas pada tahun 1975/76 akan mendapat bayaran tunai sebanyak 5% daripada nilai petroleum yang dijumapai dalam negeri berkenaan.

1. Apakah istilah yang disebut dalam Akta kemajuan Petroleum 1974 mengenai pembayaran hasil minyak dan gas?

Istilah yang diguna pakai bagi maksud pembayaran tersebut adalah "bayaran tunai" sebanyak 5% dan perkataan "royalti" tidak digunakan dalam mana-mana istilah Akta berkenaan.

2. Apakah kelayakan kerajaan-kerajaan negeri untuk mendapatkan bayaran tunai 5% seperti yang disebut dalam perjanjian antara Petronas dan kerajaan Negeri tahun 1975/1976?

Telaga minyak atau gas mesti berada dalam sempadan negeri iaitu bumi negeri berkenaan serta perairan wilayah negeri iaitu sejauh 3 batu nautika yang diukur dari paras air surut (ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) No.7 Tahun 1969).

3. Adakah Kerajaan Negeri Kelantan atau mana-mana kerajaan negeri di Semanjung berhak menuntut bayaran tunai hasil minyak dari Petronas?

Negeri Kelantan atau mana-mana kerajaan negeri di Semanjung tidak berhak kerana semua telaga minyak dan gas ynag mengeluarkan hasil di semenanjung pada masa ini berada di luar perairan wilyah negeri melebihi 3 batu nautika. Oleh yang demikian apa-apa hasil ynag diperolehi di luar perairan negeri melebihi 3 batu nautika adalah hak milik Kerajaan Persekutuan.

4. Apakah kedudukan Sabah dan Sarawak dalam isu pembayaran royalti?

Sebelum tahun 1974, kerajaan negeri Sabah dan Sarawak teleh sedia mempunyai kedudukan tersendiri terhadap hak royalti melalui kuatkuasa perjanjian serta kuatkuasa Akta Pelantar Benua 1966. Ia merupakan sejarah dan hak istemewa yang diiktiraf semasa menyertai Malaysia pada tahun 1963.

5. Apakah yang dimaksudkan dengan bayaran Wang Ehsan?

Wang Ehsan adalah sumbangan atau bantuan yang disalurkan berasaskan budi bicara Kerajaan Persekutuan kepada negeri-negeri termasuk Kelantan. Sumbangan ini adalah di luar skop/bidang kuasa Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan perjanjian yang ditandatangani antara Petronas dan kerajaan negeri pada tahun 1975/76. Bantuan ini diberikan adalah semata-mata atas kesedaran dan tanggungjawab berasaskan keprihatinan Kerajaan Persekutuan terhadap kebajikan negeri dan rakyat.

6. Mengapakah Wang Ehsan yang ditawarkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada negeri Kelantan hanya berjumlah kira-kira RM20 juta?

Kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan ini atas dasar ehsan berhubung dengan gas yang dihasilkan di kawasan perairan Persekutuan. Kerajaan negeri kelantan tiada hak dalam kawasan itu kerana ianya di luar perairan 3 batu nautika.

7. Apakah kedudukan kenyataan dari bekas Pengerusi Petronas, YB Tengku Razaleigh Hamzah bahawa royalti patut dibayar kepada negeri Kelantan dari hasil petroleum yang diperolehi dari luar perairan negeri tersebut serta mempertikaikan pemberian Wang Ehsan.

Kenyataan YB Tengku Razaleigh Hamzah, ahli parlimen Gua Musang perlu dilihat sebagai pendapat peribadi beliau semata-mata. Sebarang keputusan yang diambil berkenaan hak pembayaran royalti perlu dibuat berasaskan peruntukan undang-undang yang berkaitan serta perjanjian-perjanjian yang ditandatangani di antara Petronas dengan kerajaan-kerajaan negeri.

YB Tengku Razaleigh Hamzah pernah menjelaskan bahawa kerajaan PASA Terengganu tidak boleh mempertikaikan kedududkan Wang Ehsan kerana wang disalurkan selama ini walaupun atas nama royaliti minyak, bukanlah hak negeri.

Beliau juga menyatakan semasa Petronas ditubuhkan telah dinyatakan bahawa tiada sebuah negeri pun di Semenanjung berhak ke atas hasil minyak yang dijumpai di kawasan yang berada di luar "wilayah" mereka (Bernama - 1Novembe, 2000).

Walaupun YB Tengku Razaleigh Hamzah telah mengubah pendiriannya pada masa ini, kedudukan undang-undang masih tidak berubah. Rakyat dan negara wajib menghormati undang-undang negara.

8. Apakah Ketua Pembangkang maklum tentang kedudukan hak kerajaan-kerajaan negeri dalam hal ini?

Berdasarkan kedudukan peruntukan perundangan yang sedia ada, Ketua Pembangkang sedar kerajaan negeri tidak ada hak terhadap apa-apa bayaran tunai atau royaliti berkaitan hasil petroleum yang diterokai di luar perairan wilayah negeri. Oleh keran itu, Ketua Pembangkang pernah cuba mengusulkan cadangan pindaan Akta kemajuan Petroleum 1974 di Parlimen pada Disember 2009 yang lalu.

Dengan itu Ketua Pembangkang sendiri menyedari bahawa kerajaan negeri Kelantan tiada hak atas mana-mana telaga minyak atau gas yang berada dalam kawasan Persekutuan.


Diterbitkan oleh:

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) Malaysia