"Wau bertemu wau" lambang penyatuan dan perpaduan..mendokong "titik" mendokong agama Islam yang satu(muktamad), teratas dan terpenting.
Lambang benteng perahu adalah raja-raja melayu, menyokong dan merangkumi kekuatan tanjak melayu. Menaungi semua rakyat. Raja perkasa rakyat makmur.
Lambang keris bersilang terpasak di bawah, melayu yang berkekuatan adalah melayu bertoleransi melambang rakyat dan panji benteng melayu(askar dan kepolisan). Makmur utuh lambang melayu. Berbilang kaum aman sentosa. Perhatikan keris disisip kemas, bukti kemasnya kekuatan melayu, bukan untuk ditunjuk-tunjuk, asal pegangan (Islam) dan hak-hak melayu terpelihara dan dijagai.
Tahukah mempermain simbol ini apa maknanya? bagi yang tertawa menterbalikkannya, ibarat mereka suka PUNAHNYA ISLAM, RETAKNYA PERPADUAN, HURU-HARALAH SISTEM BERAJA DAN TERANCAM KEAMANAN...
INSAFLAH MELAYU KU...PERPADUAN ADALAH KEKUATAN...
KISAH SEORANG ANAK MELAYU PASCA MERDEKASuria pagi menyilau jendela, seorang anak Melayu dilahir sebagai Islam di sebuah hospital kerajaan, disambut seorang doktor Melayu. Kalau dahulu, mungkin hanya dilahir di rumah, doktor Melayu? Ah, boleh kah?
Anak ini semakin membesar, diajar di sekolahan. Biasiswa persekutuan diberikan kerana ayah dan ibu tidak berkemampuan. Diajar agama dalam silibus sekolahan. Semoga bakal menjadi anak Melayu terbilang bersopan. Kalau dahulu, mungkin hanya belajar setakat darjah 5, sekolah dan pendidikan agama berbeda.
Keputusan SPM terumum sudah. Anak Melayu hanya kelulusan minima. Masakan tidak, situasi di kampung berbeza di kota. Alhamdulillah, anak Melayu tergolong kuota. Diterima masuk ke universiti MARA. Anak Melayu diberi pinjaman pelajaran. Rakan yang cemerlang diberi biasiswa hingga ke luar negara termasuk India dan Cina. Kalau dahulu, universiti itu luar biasa, bergolok bergadai demi ilmu berharga.
Ayah anak Melayu seorang nelayan dan ibu si petani di desa. Diberi bantuan dan baja dari masa ke masa. Titik peluh mereka jua jasa pada negara. Hidup sederhana saling bekerjasama walau berlainan bangsa, sama merasa.
Anak Melayu habis berkelana. Purata mata keputusan hanya sederhana. Bersama rakan mencuba kerajaan sebagai kerjaya. Anak Melayu diterima kerja. Tiba masa berbakti pada keluarga, agama dan nusa.
NAMUN....
Anak Melayu sudah lupa, anak Melayu rasa susah di kota, anak Melayu mula nampak UMNO, UMNO zalim bagi pinjaman, anak Melayu gelar UMNO pelbagai cerca, jangan tolong Melayu yang lain, anak Melayu tidak lagi mahu.... anak Melayu tidak mahu lagi lihat UMNO... anak Melayu sudah puas.....anak Melayu berdemonstrasi di kota, anak Melayu hina UMNO di alam maya semasa kerja, anak Melayu kata UMNO lupa agama tapi solat sendiri entah ke mana...anak Melayu mahu bersama lawan UMNO, anak Melayu rasa lawan UMNO mulia segala-gala..anak Melayu suka bersama lawan UMNO yang benci apa yang anak Melayu sudah rasa terima...Anak Melayu mahu cuba, hari esok pilihanraya.
Suria pagi menyilau jendela, anak Melayu pangkah disuka, terasa puas hati dirasa. Malam berita semua terpinga-pinga...UMNO jatuh seperti dikata. Tetapi PAS dan PKR juga kerusi serupa. DAP, jua yang penuh kemenangannya, menjadi dominan pemutus segala, jika adil selama ini meletak sesuatu pada tempatnya, agar yang lemah dan kurang dan bermajoriti dibantu lebih, tetapi bagi mereka adil bermaksud sama-rata. Anak Melayu debar dirasa, rupanya PAP dan DAP sama usulnya, kita hanya tinggal nama...
"Segelintir pimpinan UMNO juga perlu berubah dan muhasabah agar saf dapat disatukan. Sama-sama kita Melayu, Cina dan India seperti UMNO, MIC, MCA serta komponen yang lain dapat pertahan keharmomian atas "persepakatan" yang kita setuju bersama semasa merdeka" Selamat Ulangtahun ke-65 UMNO.
No comments:
Post a Comment