Friday, April 16, 2010

LUPA DARATAN!!!



Ada 2 peribahasa Melayu yang secocok dengan Zaid Ibrahim, calon PKR di Hulu Selangor.

1. Mengigit tangan yang memberi.

2. Habis madu sepah dibuang.

Disepanjang karier beliau, firma guaman Zaid & Co. telah mendapat beberapa kontrak besar.

1. Firma Zaid Ibrahim & Co adalah legal adviser untuk MAS semasa proses corporate restructuring syarikat tersebut pada akhir tahun 2002.

2. Zaid juga pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah TNB pada tahun 2004.

Firma Zaid Ibrahim juga telah mendapat kontrak besar daripada PLUS.

Di masa persekolahan, Zaid Ibrahim telah mendapat biasiswa kerajaan Barisan Nasional dan menyambung pelajaran di Institut Teknologi Mara, institut pengajian tinggi yang diperjuangkan oleh UMNO dan Dasar Ekonomi Baru.

Ironinya, Zaid Ibrahim sendiri yang menidakkan kemudahan yang beliau kecapi seperti biasiswa dan ITM. Affirmative action is all about reference to race tetapi Zaid cuba menafikannya. Setelah berjaya, dengan bantuan jawatan beliau di dalam UMNO, Zaid Ibrahim mengenepikan asal usul kewujudan biasiswa dan ITM yang beliau kecapi.

Dalam Persidangan LawAsia 2008 Zaid menyifatkan konsep ketuanan Melayu menyebabkan berlaku pembaziran sumber, tenaga dan masa yang penting dalam menangani isu sebenar di negara ini :-

Affirmative action and special status become a matter of privilege by reference to race rather than of need and questioning of this new status quo was not to be tolerated.

Realitinya, Zaid Ibrahim perlu tahu bahawa biasiwa dan ITM adalah kerana beliau seorang Melayu dan beliau sepatutnya berasa amat malu apabila beliau mendabik dada dan terlupa dengan asal usul beliau!

Malah, HarakahDaily juga telah mengakui bahawa Zaid Ibrahim adalah produk kerajaan dan beliau berjaya kerana perancangan parti UMNO/Barisan Nasional yang hari ini beliau sendiri anggap rasis! HarakahDaily membuat kesimpulan :-

Beliau mendapat pendidikan yang baik di sekolah dan kolej kerajaan. Mara membuat beliau menjadi seorang peguam.

Dan Zaid Ibrahim hanya berhenti daripada firma beliau pada tahun 2008 iaitu 4 tahun setelah beliau menjadi ahli Parlimen UMNO Kota Bahru.

Kesimpulannya, Zaid Ibrahim mungkin telah berjaya dan mewah dek Dasar Ekonomi Baru yang memberikan keistimewaan kepada Melayu dan bumputera, tetapi penduduk Melayu di Hulu Selangor pasti tidak akan lupa bahawa Zaid Ibrahim telah menafikan keistimewaan tersebut setelah berada di atas.

Jika perkara asas begini pun beliau boleh ketepikan dan tidak mahu mengaku, apakah nasib rakyat Hulu Selangor akan di bela oleh beliau?

Apakah rakyat Hulu Selangor mahu dijadikan seperti peribahasa habis madu sepah dibuang oleh Zaid Ibrahim seperti yang beliau lakukan kepada parti UMNO dan DEB?

Dr Novandri Hasan Basri

No comments:

Post a Comment