Monday, December 19, 2011

FAKTA PEMBIAYAAN HAMPIR 90 PERATUS KEPADA MAHASISWA

Kerajaan biaya 90 peratus kos yuran pengajian IPT; Pinjaman PTPTN graduan kelas pertama jadi biasiswa

KUANTAN: Kerajaan menyediakan subsidi yuran pengajian secara purata sebanyak RM85,000 bagi setiap pelajar yang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) setiap tahun.

Ini berdasarkan peruntukan sebanyak RM8.5 bilion yang disediakan dalam bentuk subsidi yuran pengajian membabitkan kira-kira 100,000 pelajar di dalam dan luar negara, tahun lalu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata subsidi sehingga 90 peratus daripada kos pengajian asal itu adalah untuk meringankan beban ibu bapa dan pelajar.
Sebagai contoh, katanya, kos sebenar pengajian perubatan selama lima tahun di IPT tempatan ialah sebanyak RM200,000 dengan kerajaan menanggung RM181,00 daripada kos itu berbanding hanya RM19,000 yang perlu dibayar pelajar.

Bagi pengajian kejuruteraan, kos pengajian selama empat tahun adalah sebanyak RM105,404 dengan kerajaan membayar subsidi sebanyak RM94,644, manakala pelajar hanya membayar RM10,760.

"Kedua-dua jurusan pengajian ini menunjukkan kerajaan memberi subsidi sebanyak 90 peratus dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk tanggungan pelajar dan ibu bapa," katanya merasmikan Minggu Induksi Siswa 2010 Universiti Malaysia Pahang (UMP) membabitkan 1,614 pelajar baru di kampus induknya di Gambang dekat sini, semalam.

Komen Sidang : Lepas berdemo boleh check ATM, duit PTPTN/JPA/MARA dah masuk belum. Lepas tu boleh dapatkan baucer RM200 bantuan kerajaan untuk belian buku untuk student IPTA/IPTS.

Monday, December 5, 2011

8 FAKTA LYNAS





Dr. Che Rusli Ahli Parlimen PAS Hulu Langat yang mana merupakan pakar radioaktif juga mengatakan bahawa projek ini tidak berbahaya dan mengikut piawaian antarabangsa.

Berlangsungnya satu sessi penerangan mengenai isu Lynas bersama bloggers dan pengamal media online yang diadakan di tingkat 11 MITI yang turut dihadiri AELB dan DOE pada Julai 2011.

Industri Rare Earth pada dahulunya didominasi oleh Amerika yang mana berakhir pada tahun 1980-an yang mana selepas itu penghasilan Rare Earth dikuasai oleh China. China yang mempunyai 48% rizab Rare Earth dilihat bakal menjadi kuasa teknologi moden menjelang 2015 berbanding Amerika yang mempunyai rizab Rare Earth sebanyak 13%. Manakala Australia, Kanada dan Russia difahamkan mempunyai rizab tersendiri.


Rang Persetujuan Perlesenan Lynas adalah dari Agensi Pusat di bawah MOSTI dan Perkhidmatan Industri dan Tenaga Atom Licensing Board (AELB) dan dipantau penuh oleh Agensi Tenaga Atom Sedunia (IAEA).

Panel bebas daripada (IAEA) turut dilantik oleh kerajaan pusat berikutan timbul kebimbangan terhadap aspek keselamatan projek berkenaan. Seramai 10 orang pakar yang diakui arif dalam ilmu masing-masing dilantik menanggotai panel berkenaan yang dipimpin oleh Dr. Tero Varjoranta dari Finland di mana beliau merupakan Pengarah Bahagian Bahan Bakar Nuklear dan Teknologi Limbah IAEA.

Pakar-pakar lain iaitu Jan Van Der (Belanda), Dr. Leo M. Lowe (Kanada), Prof. Dr. Balagopala Pillai (India), Dr. Dennis Wymer (Inggeris), Scawela Ulric Hanna Kajander (Findland), Dr. Horts Monken Fernandes (Brazil) dan Hiroko Raticliffe yang bertindak sebagai pembantu pentadbiran.

Misi pasukan ini adalah untuk mengkaji semula tahap pematuhan terhadap Piawaian Keselamatan Antrabangsa. Terutama berkaitan dengan tahap keselamatan radiasi.

Berikut diringkaskan 8 fakta asas penting yang perlu kita ketahui tentang Lynas :

Perkara 1

- Kilang Lynas bukan kilang nuklear. Ia hanya kilang kimia biasa
- Mengikut Undang-undang Pengangkutan Antarabangsa, bahan mentah Lynas adalah bukan bahan radioaktif kerana kandungan radioaktifnya rendah
- Dedahan Radiasi kepada orang awam adalah teramat rendah
- Pelepasan air dan udara dari kilang Lynas tidak ada bahan radioaktif
- Kilang Lynas berteknologi tinggi dan mematuhi undang-undang antarabangsa dan Malaysia

Perkara 2

- Dedahan radiasi kepada paru-paru bila merokok sekotak sehari selama setahun (150mSv)
- Dedahan radiasi kepada krew penerbangan selama setahun (9mSv)
- Dedahan radiasi setiap kali membuat x-ray dan pegigian (0.1 - 0.39mSv)
- Dedahan radiasi tinggal dalam rumah baru selama setahun (0.07mSv)
- Dedahan radiasi tidur sebelahan seseorang 8jam sehari selama setahun (0.02mSv)
- Dedahan radiasi menonton tv 4jam sehari selama setahun (0.02mSv)
- Dedahan radiasi oleh kilang Lynas pada orang awam selama setahun (0.002mSv)

Perkara 3

Undang-undang Malaysia dan Antarabangsa berhubung had dedahan radiasi kepada manusia
- Orang Awam (tidak melebihi 1.0mSv/setahun)
- Pekerja Sinaran (tidak melebihi 20mSv/setahun

Perkara 4

Lynas tidak sama dengan Asian Rare Earth(ARE), Bukit Merah
- Bahan mentah Kilang ARE di Bkt Merah adalah bahan buangan industri bijih timah, iaitu tahi bijih
- Bahan mentah Lynas adalah tanah dari lombong dan bukan bahan buangan
- Kandungan radioaktif bahan mentah Lynas adalah jauh lebih rendah dari bahan mentah dan sisa ARE di Bkt Merah
- Kandungan radioaktif dalam bahan mentah ARE Bkt Merah adalah 37 kali lebih tinggi dari Lynas
- Kandungan radioaktif dalam sisa ARE Bkt Merah adalah 60 kali lebih tinggi dari Lynas

Perkara 5

Kenapa Tidak Australia?
- Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di Australia
- Cadangan pembinaan kilang di Australia Barat didapati tidak komersial kerana kos yang tinggi dan kekurangan kemudahan asas seperti air, gas asli dan bahan kimia

Kenapa Tidak China?
- Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di China
- China telah mengenakan had eksport yang ketat dan rendah ke atas produk 'logam nadir'


Kenapa Tidak Kemaman?
- Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di Kemaman
- Sementara menunggu tanah dari Kerajaan Negeri Terengganu, MIDA telah mencadangkan Lynas bertukar ke Kaw Perindustrian Gebeng, Kuantan


Kenapa Gebeng?
- Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di Gebeng
- Kemudahan pelabuhan yang berdekatan
- Bekalan gas asli yang sedia ada
- Bekalan bahan kimia yang sedia ada
- Bekalan air yang mencukupi
- Wujud tenaga kerja mahir
- Kos operasi yang kompetitif secara global

Perkara 6

Pengurusan Bahan Sisa
- Bahan sisa Lynas mengandungi kadar radioaktif yang sangat rendah dan tidak bahaya pada orang awam, alam sekitar dan pekerja
- Dedahan sinaran dari bahan sisa ke atas orang awam adalah teramat rendah
- Walaupun bahan sisa ini tidak berbahaya, pihak berkuasa mewajibkan ia disimpan di tempat khas sama seperti industri-industri kimia yang lain
- Lynas melalui makmal antarabangsa telah berjaya menurunkan lagi kadar radioaktif di dalam sisa
- Negara seperti Amerika Syarikat telah menggunakan kaedah ini untuk pembuatan jalan

Perkara 7

Selain China, Kilang-kilang seperti Lynas yang sedang beroperasi di Negara Maju seperti Amerika Syarikat dan lain-lain
-Prosesan Sepenuh (Molycorp di California, Indian Rare Earths di India dan Solikampsk di Rusia dan Silmet di Estonia di Eropah)
- Prosesan Separa (Rhodia di Perancis, Shin Etsu di Jepun dan Nippon Yttrium di Jepun)
- Kilang-kilang dalam perancangan ( Avalon Rare Metals dan Great Western Minerals di Kanada)

Perkara 8

Faedah
-Kewangan
Pelaburan Langsung Asing (FDI) dengan modal RM2 billion
Kos operasi adalah RM350 juta setahun (Servis Luar dan Tenaga Kerja)


- Tenaga Kerja
Lynas mengambil 350 pekerja pakar dan separa pakar dan 100 pekerja kontrak
Hanya 4 orang pekerja asing iaitu pakar dalam pemprosesan nadir bumi dari China
Lynas mendapat sokongan teknikal dari Rhodia, Perancis yang telah mengendalikan loji nadir bumi semenjak tahun 60an
Industri sokongan akan menjana 200 peluang pekerjaan tambahan


-Fasa Pembinaan
Lebih 2000 orang diambil bekerja pada kemuncak fasa pembinaan
Menyediakan peluang pekerjaan perniagaan untuk kontraktor dan pembekal tempatan


-Aktiviti Perintis
Besar kemungkinan, syarikat-syarikat yang menggunakan produk Lynas akan mendirikan kilang di Malaysia

Sumber:
Tuan Hj Arazmi Juhari (Pengurus Kanan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran)
Puan Mimi Afzan Afza (Pengurus Kanan Sumber Manusia dan Komuniti)

9 FAKTA DANA PINJAMAN LEMBU NFC & JAWAPAN BELIAN KONDO


SEMUA sembilan tuduhan berkaitan projek Pusat Fidlot Nasional (PFN) yang dilemparkan pelbagai pihak termasuk pembangkang dijawab Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail (gambar).

Dalam taklimat diikuti sidang akhbar hampir dua jam di Ladang NFC di sini, Dr Mohamad Salleh, menjawab satu demi satu tuduhan itu terutama yang dibuat oleh Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli.

Semua tuduhan termasuk mengaitkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, dibacakan peguam NFC, Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah dan dijawab Mohamad Salleh.

Tuduhan pertama - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, didakwa tidak bercakap benar apabila menyatakan NFC hanya memperoleh dana RM181 juta.

Mengulas perkara ini, Mohamad Salleh berkata, pengeluaran dana itu mempunyai dua tahap dan kedua-dua pemimpin itu berkata benar bahawa NFC hanya mendapat RM181 juta pada 2009.

Katanya, jumlah RM250 juta dimasukkan dalam Akaun Pinjaman Khas (SLA), tetapi proses pengeluaran baki dana memerlukan pengesahan dan perakuan daripada beberapa pihak sebelum NFC memperoleh keseluruhan pinjaman.


Tuduhan kedua – harga seekor lembu NFC RM4,481, berbanding lembu yang dijual di negara ini antara RM2,500 hingga RM2,700.

Katanya, tuduhan itu berikutan kegagalan memahami prinsip pengurusan akaun yang menggabungkan modal dan kos operasi (OPEX) dalam harga seekor lembu. Ini menyebabkan perbelanjaan perjalanan dan utiliti juga dimasukkan dalam harga ternakan.

“Berikutan pengurusan akaun, lebih banyak lembu dijual, harga semakin rendah. Ini menyebabkan pada peringkat awal harga seekor lembu NFC adalah mahal,” katanya.

Bagaimanapun, perbandingan tidak boleh dibuat dengan lembu tempatan kerana ternakan NFC adalah antara 70 hingga 100 peratus lebih berat berbanding lembu tempatan.

Tuduhan ketiga – rangkaian Restoran Meatworks menerima diskaun RM2.9 juta daripada RFC (Realfood Company Sdn Bhd) iaitu syarikat pemasaran NFC.

Katanya, diskaun tiada kaitan sepenuhnya kerana Meatworks bersama 70 pembeli lain juga menerima diskaun sama daripada RFC dan jumlah RM2.9 juta itu sebenarnya diskaun dan promosi RFC kepada semua pembeli berdaftar.

Tuduhan keempat – NFC mencatat kerugian antara RM7 juta hingga RM11 juta pada 2009 dan akan menghadapi masalah menyebabkan kerajaan melupuskan pinjaman itu.

Menjawab tuduhan itu, Mohamad Salleh berkata, pandangan itu adalah rumusan tidak matang kerana perjanjian pinjaman tidak menyatakan jadual pembayaran balik dan syarikat masih dalam tempoh yang membenarkan bayaran balik dalam tempoh tertentu menyebabkan NFC tidak melanggar perjanjian pinjaman.

“Perniagaan NFC sedang berkembang dan ini membolehkan harga seekor lembu diturunkan dan keuntungan meningkat. Dijangka syarikat akan mencatat keuntungan pada 2015 atau 2016. Oleh itu, menuduh NFC gagal adalah tidak adil pada peringkat ini," katanya.

Tuduhan kelima – dakwaan Rafizi dana disalurkan dari NFC kepada National Meat and Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC) dan RFC.

Beliau berkata, NMLC diwujudkan bagi membolehkan pengimportan lembu, penyembelihan dan pemprosesan diasingkan dari fungsi pengedaran dan peruncitan yang diuruskan RFC.

“Tiada dana yang masuk dalam poket individu, terutama secara langsung dikaitkan dengan Shahrizat. Tuduhan berlaku penyelewengan dan ketirisan dana adalah fitnah kerana semua pelaburan dibuat atas nama NFC dan NMLC," katanya.

Tuduhan keenam – pembelian dua unit kondominium One Menerung di Bangsar berharga RM13.8 juta, bagaimanapun dakwaan mengatakan RM9.8 juta diseleweng untuk tujuan itu yang tiada kena mengena dengan industri ternakan lembu.

Katanya, pembelian kondominium itu dibuat Lembaga Pengarah kerana ada dana yang tidak digunakan untuk projek pusat penyembelihan yang tertangguh disebabkan faktor bukan kesalahan NFC.

“Sebenarnya menempatkan dana itu dalam simpanan tetap adalah kurang kontroversi, tetapi tidak memberi hasil sepatutnya kepada syarikat melalui dana sebanyak itu.

“Kondominium itu diberi diskaun 20 peratus dengan jaminan sewa sebanyak RM30,000 sebulan yang dikreditkan dalam kumpulan NFC. Katakan memasukkan RM13.8 juta dalam simpanan tetap pada kadar 2.75 peratus akan memberi pulangan sebanyak RM379,500.

“Sewa pula memberi pulangan RM360,000 setahun. Oleh kerana hartanah ini dibeli 20 peratus lebih rendah berbanding nilai pasaran maka diandaikan jika hartanah ini dijual semula pada harga pasaran, maka akan ada tambahan RM2.76 juta bersama sewa setahun RM360,000,” katanya.

Ini bermakna, jumlah keuntungan adalah RM3.12 juta, iaitu lebih tinggi 22.6 peratus dalam tempoh setahun berbanding simpanan tetap pada kadar 2.75 peratus.

Selain itu, katanya hartanah itu adalah atas nama syarikat dan tidak akan memberi kelebihan atau kekayaan kepada individu persendirian.

Tuduhan ketujuh – dakwaan NFC mendapat pinjaman mudah dan tanah sedangkan ribuan penternak berpengalaman lain layak mendapat geran itu.

Mohamad Salleh berkata, sebenarnya NFC mendapat pinjaman bukan geran dengan pinjaman mesti dibayar balik seperti mana-mana pinjaman komersial lain.

Selain itu katanya, NFC mempunyai tanggungjawab sosial mewujudkan ladang kontrak untuk industri penternakan di negara ini yang tidak semestinya menguntungkan.

Tuduhan kelapan – perbelanjaan perjalanan sebanyak RM827,579 sedangkan hanya 1,618 lembu disembelih pada 2009. Oleh itu, kos perjalanan bagi setiap ekor lembu adalah RM511 atau 11 peratus daripada harga lembu sebanyak RM4,481.

Katanya, setakat ini perbelanjaan itu hanya kira-kira 0.3 peratus daripada RM250 juta, iaitu suatu jumlah kecil berbanding nilai projek.

“Pada peringkat awal NFC, pengurusan syarikat perlu pergi ke Australia untuk berjumpa perunding dan juga membeli lembu. Perbelanjaan begini memang dijangka dan dimasukkan dalam bajet,” katanya.

Tuduhan terakhir – Rafizi mendakwa bertemu pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang menentang projek itu seawal 2006, tetapi pegawai berkenaan tidak mampu menyuarakan pandangannya kerana keputusan dibuat pihak atasan.

Katanya, NFC tidak wujud pada 2006 dan jika tentangan itu adalah berdasarkan daya maju syarikat itu, mereka tidak sepatutnya terlalu banyak merujuk kepada personaliti, tetapi terhadap daya maju syarikat.

“Ini menunjukkan secara terang-terangan serangan terhadap menteri, malah keluarganya,” katanya.








Friday, December 2, 2011

3 TAHAP KETAKSUBAN KEPADA NIK AZIZ

1. Tampal sticker Nik Aziz di mana agar sentiasa dapat ditatap. (Kereta, perkakasan )


2. Tahap 2 : Memiliki potret Nik Aziz dan digantung di ruang utama rumah.


Potret bernilai RM 6000 ini dilelong pada Ogos 2010 kutipan derma untuk Tabung Impian Rakyat Malaysia (TIRAM) bagi mengutip dana persediaan PAS menuju ke Putrajaya oleh sehingga bernilai RM6000 KLIK

Pada Mei 2011, menurut sumber blog pro-PAS (Selatan Online) Satu lagi gambar Nik Aziz dijual pada harga RM17000.

3. Mengiktiraf Nik Aziz sebagai Nabi.



Komen Sidang : Datuk Nik Aziz perlulah menasihati pengikutnya agar tidak terlalu taksub kepadanya apatah lagi mengantung potret beliau di mana-mana. Kesannya, manusia yang berasa besar dan agung cenderung untuk tidak boleh ditegur kesalahannya, kata-katanya perlu dipatuhi, tidak boleh dipersoal kewajarannya, Sami`na wa ato'na (Kami dengar dan kami taat).

Sunday, November 27, 2011

VIDEO NGA KOR MING HINA WARNA KULIT DS ZAMBRY

Anda nilai sendiri akhlak pengikut PAS yang ketawa berdekah-dekah apabila saudara seislam mereka dihina ketika sedang di"tarbiyah" cara DAP oleh Nga Kor Ming. Ingin saya linkkan 12 Fakta Perak yang Nizar dan Geng DAPnya tak mahu terima. KLIK

Thursday, November 24, 2011

ANGKARA ANWAR KESAN KEPADA IMEJ DAN RAKYAT MALAYSIA DI INDONESIA



video penuh,



selain itu, apa motif menceritakan keburukan yang direka-reka kepada negara luar?



Kesannya


Saturday, November 12, 2011

PANTUN BUAT MAHFUZ OMAR

Kredit buat GAP

Memetik pantun balas fulusia kantora

amalan orang sibuk kau kaji,
maklumlah syurga sudah ditempah,
najib pulang bergelar haji,
kenapa pulak engkau yg susah.

najib pulang bergelar haji,
tapi pelik mahpuz yg resah,
selagi kau mendapat gaji,
tanda Malaysia negara mewah.

ahli parlimen mendapat gaji,
jgn pula bermewah-mewah,
kalau dah hasad penuh dihati,
aku je betul yg lainnya salah.

kalau hasad bersarang dihati,
tiada yg betul melainkan pas,
banyakkan amalan diri sendiri,
takut di"SANA" kita melepas.

2. Anon...

buah limau tidak berbiji,
sedap juga buah keranji,
orang pergi haji "kita"mengeji,
itukah sifat orang terpuji?