Showing posts with label Wahid Rais. Show all posts

Thursday, January 24, 2013
POSTER SHREK DAN MALAYSIA
Rumpelstiltskin hanya minta Sherk yang tidak bersyukur dgn kehidupannya memberinya kepercayaan untuk memberi seperti kesempurnaan yang Shrek inginkan. Dengan satu hari itu, Rumpletskin mengambil peluang dengah helahnya menyelamatkan Fiona, menguasai takhta dan menghancurkan bukan sahaja Shrek, malah negara dan rakyat jelata. - Shrek Forever After...
Komen : Cerita kartun juga byk beri pengajaran.
Wednesday, January 23, 2013
LOGO DACING YANG SAMA

Logo parti Morsi yang tak keluar di media PR
Tahun 1981, Tun Mahathir menghantar 4 orang delegasi ke Mesir utk mengumpul maklumat mengenai Bank Mit Ghamr iaitu bank pertama mengamalkan urusniaga bebas RIBA. Delegasi yg diketuai Allahyarham Prof Ahmad Ibrahim, Datuk Osman Ishak dan Dr Sabri Salamon (kini Pengerusi Syariah Bank Islam) pulang hampa krn tidak banyak boleh belajar. Akhirnya kerajaan nekad utk tetap meneruskan agenda penubuhan Bank Islam pertama 1983. Ironinya hari ini kerajaan Mesir pimpinan Morsi pula yg ingin mendalami model Kewangan Islam daripada Malaysia kerana meyakini Malaysia sebagai Negara Islam contoh bahkan pelopor dunia dalam industri Kewangan berasaskan Syariah. - Assoc. Prof. Dr. Asyraf Wajdi, Pengerusi Majlis Syariah Affin Bank.
Sunday, January 20, 2013
ANTARA PAMPASAN JEPUN, PENAMPAR JEPUN ATAU NAK MAKAN SELIPAR JEPUN SAIZ 8 ?
SHAH ALAM: Kerajaan Jepun menafikan dakwaan PAS bahawa kononnya Tokyo
membayar Putrjaya RM207 bilion sebagai pampasan untuk mangsa projek
"Landasan Maut " semasa Perang Dunia ke dua.
Takaharu Suegami, Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur menegaskan adalah salah untuk mencadangkan bahawa Malaysia menerima pampasan lumayan sebegitu.
Beliau terkejut dengan tindakan beberapa pemimpin pembangkang termasuk Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Seri Nizar Jamaluddin mendakwa Jepun membayar RM207 bilion kepada Malaysia dalam tahun 90-an.
"Mereka mendakwa angka RM207 bilion, kita tidak tahu dari mana datangnya jumlah itu. Kami tidak mempunyai apa-apa rekod transaksi wang antara kerajaan Jepun dan Malaysia," katanya.
Nizar mendakwa pampasan itu adalah untuk 30,000 keluarga mangsa yang terbabit dalam pembinaan landasan maut di Myanmar (dahulunya Burma) ketika Jepun menakluki rantau ini semasa Perang Dunia ke dua.
Dakwaan Nizar itu dimuat oleh portal Harakahdaily milik PAS dan portal pembangkang lain.
Ia disusuli dengan Ketua PKR Johor Chua Jui Meng melempar pelbagai tuduhan terhadap BN mengenai wang itu.
Takaharu menjelaskan segala isu pampasan untuk mangsa-mangsa Perang Dunia Ke 2 yang membabitkan Malaysia diselesaikan menerusi perjanjian antara dua kerajaan berkenaan pada tahun 1967.
Takaharu berkata bahawa di bawah perjanjian ini, Jepun telah membekalkan produk dan perkhidmatan bernilai RM25 juta kepada Malaysia.
"Ini adalah dalam bentuk geran, yang berbeza daripada membayar wang," katanya.
Beliau berkata perjanjian ini, yang bertujuan menggalakkan kerjasama ekonomi adalah lanjutan daripada Perjanjian San Francisco tahun 1952 yang juga telah menyelesaikan sepenuhnya persoalan pampasan perang apabila Malaya masih di bawah jajahan British.
Ditanya bila perjanjian 1967 itu dilaksanakan sepenuhnya, beliau berkata: "Pada masa ini saya tidak mempunyai tarikh yang tepat. Saya meminta Tokyo untuk memeriksa jangkamasanya (bila ianya telah dipenuhi)."
Takaharu berkata memandangkan perjanjian itu ditandatangani pada tahun 1967, perkara itu sepatutnya telah diselesaikan selewat-lewatnya tahun 80-an.
Namun beliau menegaskan tidak timbul isu Malaysia menerima imbuhan RM207 bilion daripada Tokyo sebagaimana yang cuba digembar-gemburkan oleh pembangkang.
Nizar yang juga Ahli Parlimen PAS Bkit Gantang, menuntut BN memberi penjelasan mengenai dakwaannya itu.
Usaha untuk mendapatkan penjelasan beliau susulan penafian daripada Kedutaan Jepun sedang dilakukan.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan kelmarin, menjelaskan, dakwaan itu yang dikatakanberpunca daripada memo yang dikeluarkannya bertarikh 29 Mac 2011 adalah palsu.
Penjelasan Kementerian Kewangan dibuat selepas beberapa laman blog pembangkang mendakwa ada pembayaran RM207 bilion daripada Jepun tetapi wang itu kononnya dilesapkan.- Berita Harian
Komen aku : Nizar ni dah banyak kali kantoi... Sudah-sudahlah..

Kuala Lumpur: Kementerian Kewangan berkata, dakwaan kerajaan menerima
pampasan RM207 bilion daripada Kerajaan Jepun sebagai pampasan kepada
rakyat Malaysia dijadikan buruh paksa di Siam (Thailand) ketika Perang
Dunia Kedua, adalah palsu.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan kelmarin, menjelaskan, dakwaan itu yang dikatakanberpunca daripada memo yang dikeluarkannya bertarikh 29 Mac 2011 adalah palsu.
“Memo itu sudah dipalsukan dan satu laporan polis dibuat pada 26
September tahun lalu. Kes ini disiasat polis,” kata kenyataan itu.
Penjelasan Kementerian Kewangan dibuat selepas beberapa laman blog pembangkang mendakwa ada pembayaran RM207 bilion daripada Jepun tetapi wang itu kononnya dilesapkan.- Berita Harian
Komen aku : Nizar ni dah banyak kali kantoi... Sudah-sudahlah..
Saturday, January 19, 2013
VIDEO PEMIMPIN PAS SANGGUP MATI DEMI KARPAL
" Siapa yang nak ambil Karpal, Over My Dead Body "
Karpal selamba suruh Majlis Syura PAS mesyuarat balik kaji larangan guna Kalimah Allah. Dia ni mursyidol baru ke? Orang PAS, bak kata Yus Raja Lawak, Come On lah...
Subscribe to:
Comments (Atom)