Showing posts with label KHALID SAMAD. Show all posts
Showing posts with label KHALID SAMAD. Show all posts

Saturday, May 15, 2010

KESAN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH AGAMA LAIN DI INDONESIA




Semata-mata demi mengaut undi kaum Tiong Hua.. Nik Aziz, Khalid Samad dan Hadi Awang telah menggadaikan kemaslahatan generasi ummat Islam...Saya menyokong Hujah Konkrit Yang Mulia Dr. Haron Din yang jelas mengatakan pihak yang menyokong penggunaan Kalimah Allah selain Islam ini boleh jatuh kufur berdasarkan maslahah ummat pada zaman ini...(KLIK)

Hadi Awang dalam Ceramah Grand Finale...(KLIK)

"BN yang menghalang kebebasan pihak Kristian daripada menggunakan nama Allah di penerbitan Herald Tribune dan juga di gereja-gereja seluruh negara.

Hadi menjelaskan bahawa, Pas tak pernah melarang pihak gereja menggunakan kalimah Allah dan Pas sedia berkerjasama dengan semua agama bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional. Sentimen agama yang dimainkan oleh Hj Hadi ini disambut dengan sorakan kegembiraan masyarakat cina Sibu di ceramah tersebut yang hampir keseluruhannya beragama Kristian."

KESAN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DI INDONESIA


Selaras dengan Fasal 3.3 Penubuhan UMNO dan Pelembagaan negara. Saya syor agar kita hormati apa yang telah kita sama-sama sepakati 53 tahun dahulu dan ternyata kita dapat hidup aman damai dan saling menjana kemakmuran dan keharmonian. Dalam kes di Sibu, andai kami tewas sekalipun, kami percaya Kekuasaan Allah adalah penentu segalanya..

Sunday, May 2, 2010

"JANGAN POLITIKKAN !!! "- IBU AMINULRASYID



Video Ingatan Kak Norsiah (Ibu Allahyarham Aminulrasyid)
KLIK

Peringatan buat semua terutamanya Mahfuz Omar, Khalid Samad dan gang seangkatan.. Ini amaran ibu Aminul Rasyid

PERTAMA
TOLONG HENTIKAN SEBARANG TULISAN YANG MELABELKAN ALLAYARHAM ADIK AMIN SEBAGAI PESALAH/PENYAMUN/PENJENAYAH. HENTIKAN SEGALA BRANDING YANG TIDAK ADIL INI KEPADA ALLAHYARHAM ADIK AMIN.

KEDUA
PIHAK KELUARGA MENGHARGAI SIMPATI YANG DATANG.BAIK DARIPADA INDIVIDU MAHUPUN DARI PIHAK PARTI POLITIK. PESAN IBU NORSIAH,DIA MEMOHON AGAR KES INI TIDAK DIJADIKAN BAHAN UNTUK SEBARANG KEGIATAN POLITIK. BAIK DARI PENTAS CERAMAH,CETAKAN AKHBAR,TULISAN INTERNET DAN BLOG DLL..


Terima kasih GAP / DarulEhsan atas inisiatif berguna ini….

Ayuh kita edarkan bagi ingatan kepada semua pihak jangan politikan benda kematian ini.

Fakta kes Aminulrashid ialah :

1. Kejadian berlaku jam 2 pagi dengan cubaan pemandu untuk melanggar pihak polis yang mengejar mangsa.

2. Polis tidak pasti siapa pemandu dan berapa usia mereka ketika mengejar kenderaan yang dipandu Allahyarham.

3. Arwah juga tidak memiliki lesen memandu serta ditemui sebilah parang dalam kereta yang dipandunya.

4. Polis telah menembak tayar kenderaan untuk memberhentikan kereta arwah namun nasib tidak menyebelahi Aminulrashid hingga mengenai kepalanya.

5. Kes sudah disiasat dengan puluhan saksi sudah dipanggil dan Panel Khas sudah ditubuhkan diketuai Timbalan Menteri Dalam Negeri tanda perhatian penuh oleh kerajaan.

6. Pembangkang telah menjadikan isu ini untuk menutup kekalahan mereka di Hulu Selangor serta isu isu besar yang telah ditakdirkan mengena pucuk pimpinan tertinggi mereka seperti isu Anwar, Nik Aziz dan juga Zaid Ibrahim.

7. Tiada pihak wajar disalahkan sehingga siasatan kes ini selesai dijalankan.

pesanan : lihat blog Perisik Rakyat http://perisik-rakyat.com/2010/04/laporan-polis-sahabat-arwah.html sudah mainkan sentimen benci pihak Polis yang siang malam jaga keselamatan negara kita.

kerana nila setitik habis mereka cuba rosakkan susu sebelanga…

Salam perjuangan !!!