Showing posts with label Nik Aziz. Show all posts
Showing posts with label Nik Aziz. Show all posts

Friday, November 5, 2010

TEGURAN TERUS KEPADA NIK AZIZ

Gambar Nik Aziz yang dikomersilkan dan pernah dibeli sehingga RM 6000 KLIK

Diketahui Barisan Nasional ditunjangi UMNO dan MCA, MIC, PPP dan lain-lain ke arah kesejahteraan dan keharmonian. Tetapi dalam Pakatan Rakyat ( Pakatan haram kerana masih tidak berdaftar dengan pendaftar pertubuhan (ROS) ), DAP menunjangi PKR (Anwar Ibrahim terpaksa diam kerana barisan peguam kes seksualnya diketuai Karpal Singh dan rakan-rakannya dari DAP, kerana yang Muslim ramai sudah berundur dan ada yg menentang Anwar seperti Zainur Zakaria, Zulkifli Nordin, Sulaiman Abdullah), manakala PAS (PAS kena diam kerana jumlah kerusi dalam PR paling sedikit berbanding rakan PKR dan DAP dan keghairahan untuk memerintah).

Sila ikuti Video teguran terus oleh Ustaz Mohd Nor, bekas AJK PAS Pusat, bekas orang kanan Nik Aziz dan bekas pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya kepada Nik Aziz yang melawat bekas ADUN Galas, Omar Mohamad dari Parti Semangat 46. KLIK maka ramailah facebookers dan bloggers mengatakan Al-Fadhil Ustaz Nor gila, Kurang Ajar dan sebagainya. Adalah sesuatu yang 'urgent' untuk Nik Aziz diingatkan perkara sepenting ini kerana dia hanya dikelilingi pengampu dan penasihat yang salah mengikut kata anakanda nya Nik Abduh sebelum ini. Namun, Sidang Redaksi juga berpendirian Ustaz Nor perlu mencari platform yang sesuai untuk berhujah. Kesimpulannya kedua-dua pihak perlu bermuhasabah. Ikuti juga pengakuan Lim Kit Siang mengenai jaminan Nik Aziz dalam blognya KLIK dan video Nizar Jamaluddin menafikan negara Islam agenda PAS di DUN Perak semasa menjadi MB dan disahut tepukan meja oleh ADUN DAP Sila KLIK

Mohd Nor Deris melepaskan rasa ketidakpuasanhati beliau melihat PAS sanggup bekerjasama dengan DAP tetapi mengkafirkan UMNO yang sudah lama bekerjasama dengan MCA dan MIC di bawah paying Barisan Nasional.

Berikut adalah sedutan dari rakaman video tersebut :

Mohd. Nor: Mu (kamu) la berkawan dengan DAP.

Nik Aziz: Oh, selagi UMNO berkawan dengan MCA... selagi UMNO berkawan dengan MCA.

Mohd. Nor: Yahudi nak berkawan dengan Nabi Muhammad masa di Madinah dulu.

Budak mencelah sambil menjerit suruh kedua-dua berhenti bertengkar: "Jangan gaduh!"
Mohd. Nor: Siapa yang ahzab (puak-puak) sekarang ini, siapa dia ahzab, siapa dia?

Mohd. Amar (Exco kerajaan Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah) meminta kedua-duanya bersalam.

Nik Aziz: Tak payah salam.

Mohd. Nor: Aku pun tok sir (tak mahu) salam dengan mu (kamu).

Nik Aziz: Aku tok sir (tak mahu).

Mohd. Nor: Kalu (kalau) masuk UMNO, aku dakap (peluk) denganmu.

Mohd. Amar minta Mohd. Nor bersabar kerana mereka datang bukan hendak berbahas.

Mohd. Nor: Sama dengan ambo (saya) pun.

Mohd. Amar: Kita bukan hendak berbahas, kita mari (datang) nak ziarah, kalau nak berbahas dengan ambo pun tak apa.

Nik Aziz pada ketika ini dilihat duduk atas kerusi tetapi Mohd. Nor kembali berdiri.

Mohd. Nor: Kalu (kalau) Lim Kit Siang perintah Malaysia anak generasi-generasi kita jadi anjing suruhan DAP.

Mohd. Amar: Kita bahas semula (kemudian).

Mohd. Nor: Semula tak semula pun, biar taubat sebelum DAP perintah Malaysia.

Nik Aziz: Mu dulu (taubat), dulu mu orang Pas.

Mohd. Nor: Mu orang Pas juga, aku taubat dah hari-hari (setiap hari).

Nik Aziz mencelah lagi menyuruh Mohd. Nor bertaubat dulu.

Mohd. Nor: Hey, mu nak kafir (kafirkan) dengan ayat Wa'tasimu bihablillah hijamiia' wala tafaraqqu (surah Ali-Imron, ayat 103).

Mohd. Amar: Dengar dulu ambo nak ghoyat (cakap), duduklah.

Tetamu dalam rumah itu turut meminta Mohd. Nor duduk.

Mohd. Amar: Ustaz dengar ambo ghoyat, kita sama-sama di rumah orang, bukan rumah kita, malu ko (kepada) tuan rumah...mari (datang) dengan izin tuan rumah.

Mohd. Nor: Saya duk (datang) sini doh (dah), tuan rumah izin doh.

Mohd. Amar: Tak pe sebab itu kita tanya khabar lagu mana (macam mana), sama-sama tetamu kita buat adat sebagai tetamu.

Mohd. Nor: Adat Nabi Muhammad kalau nak kafir, lagu mana? Kalau nak munafik lagu mana?

Mohd. Amar: Lepas ini, lepas ini!

Mohd. Nor: Lepas ini, tunggu bila? Tunggu kafir (DAP) perintah Malaysia dulu...ahzab-ahzab ini, siapa ahzab Malaysia ini...panggil Haji Hadi (Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang), panggil Ustaz Nik Aziz, bincang sesama Islam, jangan kembali kepada DAP dan PKR.




Saturday, October 30, 2010

BN TENDANG PAS??? PENJELASAN SEBENAR..


Nik Aziz adalah antara tulang belakang yang menghalang perbincangan antara UMNO dan PAS walaupun hanya untuk duduk semeja membincangkan hal maslahah orang-orang Islam.. Terbaru Nik Aziz mendakwa PAS telah ditendang dengan zalim setekah bersatu dengan BN. Ayat yang sama di Hulu Selangor didendang di Galas. Maka ramailah facebookers dan orang Islam tertipu. Berikut adalah petikan penjelasan Allahyarham Tun Hussien Onn semasa penyingkiran PAS dari BN..

"TERLEBIH dahulu saya dengan sukacitanya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tingginya penghargaan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang telah bersusah payah datang dari jauh dan dekat dan secara tergesa-gesa menghadiri perjumpaan ini. Perjumpaan ini amat penting bagi menentukan nasib orang Melayu khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.

Perjumpaan kita hari ini diselubungi oleh suasana sedih dan pilu. Sedih kerana kehilangan seorang menteri yang telah banyak berjasa kepada UMNO dan negara. Kemalangan kapal terbang MAS di Tanjung Kupang, Johor yang telah mengorbankan 100 nyawa, sungguh mengejut dan mengharukan kita semua. Oleh itu sempena dengan perjumpaan kita yang bersejarah ini, marilah kita beramai-ramai mendoakan semoga Allah s.w.t mencucuri rahmatnya ke atas roh Allahyarham Dato’ Seri Ali bin Haji Ahmad serta lain-lain roh orang yang telah terkorban dalam kemalangan itu.

Sebelum saya menyebut perkara penting dalam perjumpaan ini, marilah kita menoleh sejenak ke belakang mengkaji semula dengan secara ringkas perkembangan yang telah berlaku sehinggalah keperjumpaan yang diadakan pada petang ini.

Saya tidaklah berhajat hendak menerangkan kemajuan dan kejayaan UMNO yang telah lalu atau kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh Perikatan sejak ia ditubuhkan. Kesemuanya ini ada dalam pengetahuan tiap-tiap ahli UMNO. Demikianlah juga dengan hasrat dan tujuan menubuhkan Barisan Nasional yang telah menyatupadukan sehingga ke hari ini sebelas buah parti politik yang yang sebilangannya telah menentang UMNO pada masa sebelumnya.

Sesungguhnya UMNO telah membuat membuat banyak pengorbanan politik bagi memenuhi hasrat dan matlamat Barisan Nasional. Walaupun perjalanan kita masih jauh dan penuh dengan liku-liku tetapi Barisan Nasional telah dapat menumpukan sepenuh tenaga memupuk dan menyuburkan semangat kerjasama dan persefahaman dalam melaksanakan rancangan pembangunan, membawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada rakyat berbilang kaum.

Barisan Nasional berazam akan terus dengan penuh keberanian dan dengan usaha yang lebih bersungguh-sungguh mewujud dan mengeratkan perpaduan. Dengan sokongan rakyat saya percaya Barisan Nasional akan mencapai kejayaan.

Barisan Nasional merupakan satu federasi yang longgar kerana tiap-tiap parti yang bergabung ingin mengekalkan identiti partinya masing-masing. Tetapi parti-parti komponen adalah terikat dengan semangat ingin bekerjasama, saling mengerti sesama sendiri dan yang paling penting sekali ialah mematuhi disiplin parti.

Semangat kerjasama dan persefahaman adalah penting bagi menyelesaikan masalah negara. Ia lebih berharga dengan membuktikan dalam amalan daripada semata-mata mengadakan perakuan-perakuan sahaja tetapi tidak dipraktikkan.

Inilah caranya Barisan Nasional bergerak selama ini dari semenjak ia ditubuhkan. Hasil kejayaan penubuhan Barisan Nasional telah dapat dilihat dengan nyata apabila parti ini mencapai kemenangan yang paling gemilang dalam pilihan raya tahun 1974. UMNO yang paling mempelopori gabungan ini serta memastikan ia dapat terus wujud kukuh dan teguh supaya pembangunan negara dapat diselenggarakan dengan lebih licin, sempurna dan jayanya.

Parti-parti politik yang bercorak gabungan seperti Barisan Nasional ini sudah pasti sekali-sekala menghadapi masalah. Pertentangan pendapat dan perbezaan cara mendekati dan menyelesaikan sesuatu masalah merupakan satu perkara biasa yang memang diramalkan dari mula-mula lagi.

Peristiwa perpecahan parti komponen Barisan Nasional di Sabah merupakan kejadian pertama yang telah berlaku. Walaupun perkara ini belum dapat diselesaikan dengan sepenuhnya tetapi Insya Allah penyelesaian terakhir akan dapat dibuat dengan secara beransur-ansur. Pergolakan yang sedang kita hadapi di Kelantan sekarang merupakan peristiwa kedua. Perkara ini besar, yang berkehendakkan pengkajian dan pertimbangan yang serius kerana ia melibatkan soal pokok.

Sebagaimana kita maklum, Dato’ Haji Mohamad Nasir telah dipilih menjadi Menteri Besar hasil daripada persefahaman dan semangat tolak ansur di antara Allahyarham Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Ketua Barisan Nasional di masa itu dengan pucuk pimpinan PAS yang mempunyai suara majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan. Semangat tolak ansur seperti ini patut sentiasa wujud, digalak dan dikekalkan. Ia merupakan faktor utama bagi mengekal dan menjamin perpaduan dalam Barisan Nasional.

UMNO tidak berhajat dan tidak mahu mencampuri langkah-langkah pimpinan PAS melucutkan jawatan Dato’ Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan semata-mata kerana menghormati kehendak-kehendak pucuk pimpinan PAS mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS. UMNO menganggap perkara itu sebagai masalah Barisan Nasional. Langkah itu juga telah diambil oleh pucuk pimpinan dengan tidak ada sedikit pun perundingan dengan pucuk pimpinan Barisan Nasional terlebih dahulu.

UMNO tidak dapat menyokong langkah yang diambil oleh pucuk pimpinan PAS dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 15 Oktober itu bukan kerana UMNO tidak dibawa berunding, tetapi kerana UMNO tidak tahu sebab atau diberitahu sebab-sebab mengapa Menteri Besar Dato’ Haji Mohamad Nasir dilucutkan daripada jawatannya. Oleh itu sikap berkecuali yang telah diambil oleh UMNO itu adalah satu tindakan yang munasabah. Tambahan pula UMNO masih lagi berharap hendak mengekalkan perpaduan dengan PAS.

Malangnya peristiwa melucutkan jawatan Menteri Besar itu dengan tidak disangka-sangka telah mencetuskan kejadian yang buruk. Peristiwa yang telah mengakibatkan kecederaan sebilangan orang yang tidak berdosa, kemusnahan harta benda dan boleh mengancam nyawa dan keselamatan rakyat telah juga mengancam keselamatan negeri Kelantan. Jika keadaan ini tidak dikawal segera ia akan melibatkan keselamatan negara seluruhnya.

Sebagai Perdana Menteri saya bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, saya terpaksa mengambil langkah yang tegas. Keadaan darurat telah diisytiharkan bagi negeri Kelantan. Satu undang-undang dirangka yang meletakkan kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan. Langkah-langkah ini diambil pada masa menteri-menteri dari Parti PAS masih lagi bersama-sama kita dalam jemaah Menteri. Rang Undang-Undang ini kemudiannya telah diluluskan oleh Parlimen.

Kerajaan Darurat terpaksa ditubuhkan di Kelantan dengan tidak mengira siapakah yang menjadi parti pemerintahnya. Sama ada ia dari parti lawan ataupun parti kawan tidaklah penting kerana yang pentingnya ialah keselamatan dan kebajikan rakyat Kelantan sendiri. Saya memanglah sentiasa meletakkan kepentingan keselamatan di atas segala-galanya.

Memang benar demokrasi telah mati di Kelantan. Tetapi rakyat Kelantan telah dapat terus hidup dengan penuh keyakinan di atas keselamatan dan masa depan mereka. Demokrasi di Kelantan tetap akan dipulihkan sebaik-baik sahaja keadaan mengizinkan.

Bukti nyata kita semua telah dapat nikmati sekarang dimana pemerintahan NOC atau Mageran tahun 1969 telah dimansuhkan dan kita telah kembali kepada pemerintahan demokrasi. Tempoh dan lama masa berjalannya kerajaan darurat di Kelantan itu hanya dikehendaki sekadar yang wajib sahaja.

Lebih pendek adalah lebih baik. Kerajaan Pusat berikrar akan memulihkan kembali pemerintahan demokrasi seberapa segera yang boleh. Sebagaimana kita semua sedia maklum bahawa parti PAS yang mempunyai anggota di Dewan Undangan yang lebih ramai akan tetap memegang teraju pemerintahan negeri itu semula dan bukanlah UMNO.

Malang sekali tujuan baik Kerajaan Pusat dan rang Undang-undang yang telah mendapat persetujuan daripada Parlimen itu telah sengaja disalah faham dan disalahtafsirkan oleh pucuk pimpinan PAS. Semua wakil rakyat PAS, telah menyokong rang undang-undang penubuhan kerajaan Darurat di Kelantan itu.

Biarlah saya bersalah dalam tindakan saya mengadakan undang-undang itu. Tetapi saya tidak sanggup memikul dosa yang lebih besar dengan membiarkan berlakunya pertumpahan darah, pengorbanan nyawa, kecederaan dan kemusnahan harta benda. Sebagai Perdana Menteri saya tidak boleh memandang ringan perkara ini. Saya berkewajipan penuh melindungi nyawa rakyat.

Tindakan saya ini telah disambut baik dan disokong oleh sebahagian besar penduduk dan rakyat Kelantan sendiri. Saya tidak faham kenapa pucuk pimpinan PAS tidak mahu menyokongnya. Saya tahu tidak semua ahli PAS bersetuju dengan tindak tanduk pucuk pimpinannya. Sebenarnya UMNO juga memerlukan kerjasama PAS dan tidak sekali-kali meragukan penyertaan PAS tetapi yang kita sangsikan ialah sikap dan pendirian pucuk pimpinannya.

Perbuatan pucuk pimpinan PAS menentang arahan parti anggota Barisan Nasional sama ada di dalam atau pun diluar dewan ini dimasa akan datang. Jika semangat kerjasama dan saling mengerti ini luntur dan disiplin parti diketepikan, akibatnya Barisan Nasional akan hancur. Kita semua tahu bahawa disiplin merupakan rahsia perpaduan dan kekuatan Barisan Nasional selama ini.

Disiplin adalah paling mustahak dalam penghidupan manusia dan hendaklah diutamakan. Mengenakan disiplin di atas diri sendiri pun merupakan perkara penting, apatah lagi masyarakat atau pertubuhan seperti parti-parti politik.

Satu daripada sebab-sebab kejayaan UMNO selama selama ini ialah kerana ahli-ahlinya mematuhi disiplin parti serta menghormati dan menjunjung tinggi peraturan yang ditetapkan. Parti-parti yang ahlinya tidak patuh kepada disiplin akan membawa kehancuran kepada parti itu sendiri.

Soal mengenai siapa yang bersalah sehingga mengakibatkan tercetusnya kejadian buruk di Kelantan itu tidaklah berfaedah dibangkitkan. Tetapi perkara yang paling penting dan yang patut diutamakan ialah melindungi nyawa rakyat terlebih dahulu. Sebagai Perdana Menteri, saya mengetahui dengan sedalam-dalamnya masalah keselamatan dalam negeri. Saya mesti bertindak sewajarnya mengikut keadaan.

Saya telah pun menerangkan bahawa saya tidak menyebelahi mana-mana pihak yang terlibat dalam peristiwa Kelantan itu. Saya jalankan segala tindakan yang perlu bagi mengawal dan mententeramkan keadaan di atas sifat saya sebagai Perdana Menteri.

Yang bertanggungjawab di atas kepentingan, keselamatan dan kebajikan rakyat, bukan sahaja di Kelantan bahkan di seluruh tanah air kita. Inilah amanah yang telah bertanggungjawab oleh rakyat kepada saya. Saya tidak faham mengapa pucuk pimpinan PAS tidak tidak memahami hakikat ini. Soal keselamatan adalah satu perkara yang tidak boleh dijadikan tawar menawar.

Di bawah kuasa-kuasa darurat, Pengarah Kerajaan negeri Kelantan adalah bertanggungjawab kepada saya sebagai Perdana Menteri. Saya pula bertanggungjawab kepada Jamaah Menteri di mana menteri-menteri dari PAS menganggotainya.

Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dimana menteri-menteri dari PAS menganggotainya. Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dari masa ke semasa mengenai perkembangan dan kemajuan di negeri Kelantan masa itu menteri-menteri dari PAS boleh membangkitkan sebarang kemusykilan mengenainya. Sebaliknya mereka telah mengambil tindakan meletakkan jawatan beramai-ramai dari menyertai kerajaan.

Dalam masa kita sedang mencari-cari jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi mengatasi keadaan buruk yang tercetus di Kelantan itu, tiba-tiba pucuk pimpinan PAS menimbulkan lagi berbagai masalah lain dengan mengemukakan undi tidak percaya kepada beberapa orang Menteri Besar yang terdiri draipada ahli-ahli UMNO.

Di antara yang yang paling baru ialah di negeri Kedah. Menteri-menteri Besar boleh ditukar ganti tetapi apa yang meragukan ialah tentang sejauh mana keikhlasan pucuk pimpinan PAS melakukan perbuatan-perbuatan ini dengan tidak mahu berunding terlebih dahulu dengan kita.

Dimanakah letaknya semangat kerjasama pucuk pimpinan PAS dalam Barisan Nasional? Apakah salahnya jika perkara ini dirundingkan dengan kita terlebih dahulu? Jika kita sanggup merundingkan terlebih dahulu mengenai hal-hal negeri Kelantan dengan pucuk pimpinan PAS, mengapakah pucuk pimpinan PAS mahu membelakangkan kita mengenai hal di negeri-negeri yang lain?

Sungguh sukar sekali bagi kita hendak memahami tindak-tanduk pucuk pimpinan PAS ini. Setelah menimbulkan gejala-gejala ini, pucuk pimpinan PAS melahirkan hasrat hendak terus kekal dalam Barisan Nasional. Kita sungguh tidak faham dengan sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS ini.

Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah yang akan datang pada 17 Disember ini sudah pasti akan menimbulkan perbalahan yang hebat. Tidakkah pucuk pimpinan PAS sedar atas perkara ini?

Apakah tujuan pucuk pimpinan PAS membuat demikian? Bukankah ini semuanya merupakan gejala-gejala yang sengaja ditimbulkan dengan niat hendak memecah-belahkan Barisan Nasional? Di negeri Johor pula, pucuk pimpinan PAS di sana telah memberi amaran yang merupakan kata dua bahawa calon-calon PAS akan bertanding dalam semua kawasan pilihan raya menentang Barisan Nasional.

Dalam pilihan raya tahun 1974, UMNO sebenarnya menghadapi kesulitan kerana terpaksa bertolak ansur dengan memberikan beberapa kerusi baru dan kerusi-kerusi tambahan kepada PAS. UMNO terpaksa berbuat demikian semata-mata dengan tujuan hendak mewujud dan mengekalkan semangat kerjasama UMNO dengan PAS demi kepentingan dan faedah rakyat.

Pucuk pimpinan PAS telah juga memberi amaran bahawa kononnya lima buah negeri di Semenanjung Malaysia akan menerima nasib seperti di Pulau Pinang.

Agaknya mereka merujuk kepada peristiwa pilihan raya tahun 1969 dahulu jika sekiranya PAS meninggalkan atau dikeluarkan daripada Barisan Nasional. Ugutan dan ancaman seperti ini merupakan satu provokasi yang merbahaya. UMNO mempunyai maruahnya sendiri.

Kita sering kali juga mendengar desakan supaya pucuk pimpinan PAS mengkaji semula kedudukan PAS dalam Barisan Nasional, Perkara ini telah dibangkitkan dalam tiap-tiap Perhimpunan Agung PAS selama tiga tahun berturut-turut setelah PAS menyertai gabungan besar ini.

Penubuhan ranting-ranting PAS dalam kawasan-kawasan UMNO juga menimbulkan kecurigaan dan boleh membangkitkan salah faham di kalangan rakyat. Banyak lagi perbuatan dan tindakan pucuk pimpinan PAS yang meragukan.

Kita sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh memelihara perpaduan Barisan Nasional. Tetapi bagaimanakah perpaduan dapat dikekalkan jika ada pihak-pihak yang tidak mahu mengikuti peraturan dan tidak mahu mematuhi keputusan yang dipersetujui oleh ramai. Perpaduan yang hanya ada pada nama sahaja tidak membawa erti apa-apa tidak berfaedah.

Walaupun Barisan Nasional terpaksa berpecah, tetapi ini tidak bererti pembangunan akan terjejas dan terhenti. Pembangunan tetap akan berjalan terus. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) mesti dijayakan dengan sepenuh-penuhnya. Inilah janji saya kepada rakyat sekalian.

Berikutan dengan berlakunya kejadian-kejadian ini, saya telah mengadakan sidang tergempar Dewan Tertinggi Barisan Nasional pada Disember 1977, Fasal 14, Perlembagaan Barisan Nasional membolehkan dengan suara majoriti memecat parti-parti ahli yang bergabung yang didapati melanggar disiplin. Tetapi Barisan Nasional sekali-kali tidak berniat hendak menggunakan Fasal tersebut bagi memecat PAS.

Barisan Nasional masih lagi, jika boleh, berkehendakkan PAS tinggal kekal dalam Barisan Nasional. Sungguhpun demikian, disiplin parti mesti dipelihara dan dipatuhi kalau kita mahu melihat Barisan Nasional hidup berpanjangan. Oleh itu satu usul yang merupakan suatu tolak ansur sebagai jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi meyelesaikan masalah ini telah dikemukakan dalam Dewan Tertinggi Barisan Nasional itu.

Tolak ansur ini merupakan usul yang berkehendakkan supaya parti-parti anggota yang ahli-ahlinya didapati menentang arahan parti whip mengenai sesuatu masalah yang dibentangkan di dalam dewan rakyat, dewan negara atau dewan negeri hendaklah mengambil tindakan disiplin terhadapnya dengan memecat mereka itu daripada parti masing-masing.

Apabila semangat kerjasama yang tulus ikhlas itu luput dan disiplin parti telah diketepikan, Barisan Nasional sudah tentu akan pecah dan musnah. Jika ini berlaku tentulah tidak berguna lagi. Eloklah kekusutan yang berlaku ini diselesaikan sekarang juga kerana jika dibiarkan berlanjutan akan merugikan parti dan rakyat.

Daripada sebelas parti anggota dalam Barisan Nasional, sembilan telah menyokong, PPP berkecuali dan PAS menentang usul itu. Keputusan suara terbanyak ini telah dimaklumkan dengan secara rasmi kepada pucuk pimpinan PAS.

Memandangkan betapa pentingnya masalah yang kita hadapi, saya telah mengadakan mesyuarat khas majlis Tertinggi UMNO malam tadi. Majlis tertinggi UMNO telah membincangkan dengan teliti segala akibatnya terutama sekali tentang sikap pucuk pimpinan PAS yang ada sekarang, yang terang-terang menggugat perpaduan Barisan Nasional khususnya dan perpaduan orang Melayu amnya. Kami berpendapat bahawa haruslah diwujudkan kesungguhan dan keikhlasan bagi memperkukuhkan Barisan Nasional.

Memandangkan kepada perbuatan, sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS selama ini, UMNO berpendapat kerjasama yang erat tidak mungkin dapat terus wujud di antara UMNO dengan PAS dalam Barisan Nasional.

Oleh yang demikian, bagi mengelakkan pertelingkahan ini berpanjangan, yang akhirnya akan membawa perpecahan kepada Barisan Nasional, Majlis Tertinggi UMNO telah dengan perasaan amat dukacita mengambil pendirian, jika pucuk pimpinan PAS tidak mematuhi dan mengambil tindakan sebagaimana yang dikehendaki di dalam Mesyuarat Dewan Tertingginya pada 5 Disember yang lalu, UMNO akan meminta diadakan mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional supaya dipersetujui resolusi memecat PAS daripada Barisan Nasional.

Pagi ini saya telah menyampaikan pendirian UMNO itu kepada ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional. Ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional dalam perjumpaannya pagi ini telah bersetuju supaya mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional diadakan pada 13 Disember yang akan datang ini.

Inilah tujuan kami mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua bahagian UMNO petang ini bagi menjelaskan pendirian yang telah diambil oleh Majlis Tertinggi UMNO itu.

UMNO sudah membuat keputusan dan menentukan pendiriannya. Keputusan dan pendirian itu adalah dibuat dengan hati yang suci, demi kepentingan Barisan Nasional dan negara. Saya yakin dengan kesucian hati kita itu, Allah akan memberkati perjuangan kita.

Saya merayu kepada semua ahli UMNO supaya bertenang dan terus menjalankan tanggungjawab kita dengan lebih berhati-hati lagi, lebih bersungguh-sungguh lagi dan lebih berdedikasi lagi. Masa hadapan Barisan Nasional penuh dengan cabaran. Kita akan menghadapinya dengan meminta petunjuk dan keredhaan Allah.

Dengan ini maka kita menyerahkan diri kita sepenuhnya kepada Allah."

FAKTA TAMBAHAN.


Izinkan saya memberi sedikit fakta tambahan.

AntarapPunca sebenar krisis kelantan 1977 adalah berpunca dari pihak PAS itu sendiri. Malah didalam portal PAS pusat itu sendiri menyatakan bahawa ianya bermula apabila timbulnya ketidak puasan hati PAS terhadap Menteri Besar ketika itu, Datuk Muhamed bin Nasir.

Yang tidak diceritakan oleh PAS:

1... Ada diantara pemimpin PAS Kelantan memfitnah dan menuduh Datuk Muhamed bin Nasir terlalu mengikut telunjuk UMNO-BN. Hakikatnya pd ketika itu UMNO-BN tidak pernah campur tangan dlm corak pemerintahan PAS (ketika itu). Malah, sedangkan ketika itu keputusan pemerintahan PAS Kelantan masih ditangan kuasa majoriti dewan undangan negeri.

2... Malah pada ketika itu juga terdapat usaha dalam PAS utk menjatuhkan Presiden PAS (ketika itu) Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohd Asri bin Haji Muda. Usaha menjatuhkan Datuk Mohd Asri hanya kerana Datuk Mohd Asri adalah tokoh PAS yg bertanggungjawab membawa PAS menyertai Barisan Nasional pada tahun 1973.

3...Asas yg digunakan oleh sebahagian pemimpin PAS Kelantan (ketiak itu) utk menolak Datuk Mohd Asri dan Dato' Muhammad Nasir, hanya kerana selepas PRU 1973, PAS mempunyai kuasa majoriti dgn 22 kerusi dan UMNO hanya 13 kerusi, dan tidak memerlukan sebarang usaha bergabung antara PAS dan UMNO.

4...Dalam tempoh (1973-1978) Datuk Mohd Asri selaku Presiden PAS dan Dato' Muhammad Nasir telah dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan Pas di Kelantan. Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli2 PAS yg tidak berpuashati dgn perpaduan PAS-UMNO.

5...Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar, Dato'Haji Muhammad Nasir. Beliau dipecat sebagai MB Kelantan oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan itu sendiri.

6...Sementara Datuk Mohd Asri mula ditendang keluar oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan selepas PRU 1978, dengan desakan-desakan supaya beliau meletakkan jawatan selaku Yang Dipertua Agung PAS, desakan yang datang dari beberapa pimpinan Pas antaranya dengan Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau akhirnya mengumumkan perletakan jawatan sebagi Yang Dipertua Agung PAS pada 23 Oktober 1982.

FAKTA TAMBAHAN 11.

.Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 ini yg membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1978.
Apapun Kerajaan Pusat ketika itu menghormati keputusan yg dibuat oleh PAS Kelantan, atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dgn alasan yg diberi oleh PAS Kelantan itu dgn mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS.

8...Tumbangnya Dato' Muhammad Nasir akibat perebutan kuasa dalam PAS, telah menyebabkn berlakulah rusuhan yg dimulakan oleh penyokong Nasir di Kota Bharu. Rusuhan ini telah mengakibatkan kerosakkan harta benda, mengancam nyawa dan keselamatan rakyat dan juga mengancam keselamatan negeri Kelantan.

9...Seperti yang dinyatakan oleh Tun Hussein Onn didalam ucapan beliau pada 9 Disember 1977, selaku perdana menteri ketika itu, belau harus bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, yang dikhuatiri rusuhan diKelantan mungkin akan merebak ke negeri2 lain, dan mengengkang rusuhan seperti peristiwa 13mei berulang.

10...Pada November 1977,Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat.

11...Rang undang2 Darurat Kelantan dirangka bersama menteri2 PAS yg ketika itu masih lagi bersama-sama UMNO dalam jemaah Menteri. Dan diluluskan oleh Parlimen setelah mendapat persetujuan majoriti termasuk dr kalangan menteri PAS sendiri.

12...Setelah Kelantan dibawah Darurat. Datuk Mohd Asri menerima tekanan dari beberapa pimpinan Pas terutamanya Nik Aziz selaku Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat yg dari awal begitu lantang menetang gabungan PAS-BN.

13...Hasil dari desakan itu, Haji Hassan Adli Arshad selaku Timb. Yang DiPertua Agung PAS dijadikan kambing hitam PAS apabila beliau dipecat oleh Datuk Mohd Asri yg kononnya beliau menjadi ketua menteri2 PAS yg menyokong rang undang-undang Darurat.

14...Malah beberapa pimpinan Pas yg menentang gabungan PAS-UMNO ketika itu terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap memberontak dalam perikatan gabungan PAS-UMNO, menetang setiap arahan dan perlaksanaan kemajuan yg dilakukan BN di Kelantan.

15...Pemberontakan dalaman ini memungkin barah berlaku dalam BN, hasil ketiadaan disiplin pemimpin PAS ini, telah menyebabkan UMNO terpaksa membuka tali yg mengabungkan PAS-UMNO.

16...Rentetan dari itu juga menyebabkan Krisis dalaman PAS yang kepada perpecahan PAS pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim.

17...Keluarnya PAS dari gabungan BN-UMNO, telah menyaksikan satu PRK Kelantan diadakan pada Mac 1978.

18...Pada PRK mac 1978, rakyat menjadi gempar setelah pekong yg selama ini disimpan oleh beberapa pimpinan Pas diantaranya Nik Aziz ketika itu terbongkar, apabila isu pemberian kontrak balak diberikan sewenang-wenangnya membuktikan bahawa PAS cuba menggadaikan Negeri Kelantan.

Saturday, May 15, 2010

KESAN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH AGAMA LAIN DI INDONESIA




Semata-mata demi mengaut undi kaum Tiong Hua.. Nik Aziz, Khalid Samad dan Hadi Awang telah menggadaikan kemaslahatan generasi ummat Islam...Saya menyokong Hujah Konkrit Yang Mulia Dr. Haron Din yang jelas mengatakan pihak yang menyokong penggunaan Kalimah Allah selain Islam ini boleh jatuh kufur berdasarkan maslahah ummat pada zaman ini...(KLIK)

Hadi Awang dalam Ceramah Grand Finale...(KLIK)

"BN yang menghalang kebebasan pihak Kristian daripada menggunakan nama Allah di penerbitan Herald Tribune dan juga di gereja-gereja seluruh negara.

Hadi menjelaskan bahawa, Pas tak pernah melarang pihak gereja menggunakan kalimah Allah dan Pas sedia berkerjasama dengan semua agama bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional. Sentimen agama yang dimainkan oleh Hj Hadi ini disambut dengan sorakan kegembiraan masyarakat cina Sibu di ceramah tersebut yang hampir keseluruhannya beragama Kristian."

KESAN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DI INDONESIA


Selaras dengan Fasal 3.3 Penubuhan UMNO dan Pelembagaan negara. Saya syor agar kita hormati apa yang telah kita sama-sama sepakati 53 tahun dahulu dan ternyata kita dapat hidup aman damai dan saling menjana kemakmuran dan keharmonian. Dalam kes di Sibu, andai kami tewas sekalipun, kami percaya Kekuasaan Allah adalah penentu segalanya..

Friday, May 7, 2010

CERAMAH POLITIK DI MASJID

Oghe g masjid buke nok saling membenci, ni Rumah Allah buke umoh mu... Oghe g masjid nok ketenange, beribadah dan perpadue... Dio ni bukan Ulamok..dok maki2 oghe, benci perpadue ssamo muslim dan fatwo mace-mace ikut kepentinge diri.. (Teringak lagu Anak Tupa...)

AGAMA DAN POLITIK oleh Prof Dato Dr Ismail Ibrahim

Umat Islam, terutamanya para ulamak, apabila bercakap tentang politik dan Islam, hendaklah tahu membezakan apakah artinya politik dan agama menurut perspektif ajaran Islam yang sebenarnya tentang takrif Islam dan takrif politik itu?

Rasulullah SAW adalah sorang ahli politik, kerana baginda telah mengetuai umat Islam dalam semua urusan pemerintahan, terutamanya setelah membentuk kerajaan Islam di Madinah dalam tahun 622 M. Baginda mengetuai urusan pentadbiran, ekonomi, pertahanan, dan baginda juga sebagai panglima angkatan tentera, serta urusan lain.

Urusan dan tindakan baginda itu adalah tindakan mengenai pentadbiran dan politik pemerintahan negara. Baginda juga memerintah dengan penuh beradab dan sentiasa berpandukan ilmu dan hikmah, sebab itulah baginda tidak melakukan apa yang dilakukan oleh ahli politik hari ini, ketika “berpolitik” artinya taksub kepada politik partisan, taksub dan fanatik kepada puak dan parti sendiri sahaja, boleh mengutuk dan menjatuhkan hukuman kepada parti lawan dan ahlinya sebagai “sekular” dan sebagainya tanpa memahami pun apakah sebenarnya konsep sekularisme itu. Sebab itulah juga baginda Rasulullah SAW berucap, berkhutbah dan sebagainya dengan menyentuh isu-isu pemerintahan negara dan urusan rakyat, tetapi baginda tidak pernah berkasar kepada para pengikutnya, baginda sentiasa berlembut dan beramanah dengan ilmu dan hikmah tanpa mengatakan orang lain munafik, jahat, boleh mendoakan untuk kebinasaan parti lawan, dan sebagainya. Kalau berpolitik seperti baginda, maka memang tidak ada larangan untuk digunakan masjid dan sebagainya untuk memandu dan menasihati orang awam tanpa sebarang perbezaan.

Tetapi kalau berpolitik untuk mengata nista, mengutuk dan mencerca, maka jauhilah dari masjid yang menjadi kepunyaan semua orang Islam tanpa mengira parti politik, politik tidak mempunyai tempat untuk orang yang berfahaman politik partisan melulu, politik sempit yang tidak sejajar dengan ajaran Islam yang sebenarnya.

Politik kepartian pada hari ini sebenarnya merupakan politik yang sering disalah gunakan, termasuk oleh para ulamak sendiri, iaitu apabila ianya dijadikan pentas dan platform untuk memusuhi lawan politik, memaki hamun dan melontarkan kata nesta kepada orang lain, iaitu satu tindakan yang tidak pernah dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW.

Oleh itu tak usahlah para ulamak politik, atau sesiapa sahaja orang politik boleh mendakwa bahawa politik pada hari ini sama sahaja dengan politik pada zaman Rasulullah SAW, oleh itu ia juga sama dengan Rasulullah untuk bertindak dalam “kempen” politik, menggunakan masjid dan sebagainya untuk “berpolitik” sedangkan “politik” yang dibawanya adalah “politik kotor” penuh emosi, taksub dan fanatik melulu, terkeluar dari ajaran Islam seperti yang diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW.

Orang ramai tidaklah seharusnya keliru dengan berbagai-bagai fatwa dan ajaran ahli politik taksub kepartian ini, kerana niatnya hanyalah untuk mendapat sokongan untuk politik nya dan partinya, sedangkan orang Islam seluruhnya haruslah juga mengetahui bahawa parti politik itu bukanlah agama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada manusia melalui Rasulullah SAW yang tidak boleh diingkari, dan ahli politik itu juga bukanlah “Pesuruh Allah” yang tidak boleh di-ingkari juga segala kata-katanya.

Parti politik adalah parti politik buatan manusia yang ada salah dan silapnya, ahli politik kepartian itu juga adalah manusia biasa yang tidak maksum, dan suci, malah mungkin lebeh kotor dari orang lain yang tidak taksub kepartian.

Ingatlah parti politik bukannya agama, dan ahli politik itu bukanlah Nabi atau Rasul. Berhati-hatilah dengan hakikat ini supaya hidup kita juga tidak menjadi sesat dan berdosa.