Aksi Mazlan Aliman, simbol gerombolan PAS yang habis modal, dihadapan pusara Almarhum Tun Razak
1. Sehingga kini, seperti tuduhan PR yang lain, tiada bukti
menunjukkan Felda Bankrap, sebaliknya aset Felda mencecah RM15 BILION,
RM 4.3 bilion nilai saham selain aset sektor perladangan dan simpanan
tunai.
2. Sejak Felda menubuhkan Program Latihan Kemahiran
Generasi Baru, seramai 33 017 anak2 peneroka dilatih di pusat latihan
kemahiran, kolej, universiti dan akademi rofesional terpilih.
3. Semenjak 1957, 112 000 peeroka terkeluar dari belenggu kemiskinan.
4. Sejak 2005, RM 187.6 juta untuk pendidikan anak peneroka.
5. Pada 2009, seramai 12 000 generasi muda FELDA menuntut di 20 IPTA.
6. Sejak 2009, RM 200 juta untuk membina rumah mampu milik generasi baru Felda.
7. Sejak 2009, seramai 35 000 orang peneroka terlibat dengan penanaman semula.
8. November 2009, seramai 86 027 peneroka terima bonus dari RM400 hingga RM 1200 melibatkan RM 89.47 juta.
9. 2010, 94 281 peneroka terima bonus dari RM 400 hingga RM 1200 melibatkan RM 110 juta.
10.
Mei 2012, agihan RM 1.7 billion mengikut fasa iaitu RM 5000 untuk
keluarga fasa pertama, RM 5000 untuk isteri dan RM 5000 untuk generasi
kedua Felda.
11. Setiap tahun Felda mengeluarkan zakat perniagaan pada hampir keseluruhan 14 buah negeri melalui pusat zakat negeri.
Jumlah bayaran zakat bagi tahun 2009 bagi Kumpulan Felda dan KPF ialah
berjumlah RM25.82 juta iaitu bertambah RM5.94 juta berbanding RM19.88
juta pada 2008.
Zakat
Kumpulan Felda bagi 2009 adalah sebanyak RM14.92 juta iaitu bertambah
RM2.15 juta manakala KPF pula berjumlah RM10.90 juta, meningkat
sebanyak RM3.78 juta.
PZN Pahang adalah penerima terbesar zakat
tersebut iaitu sebanyak RM9.02 juta, diikuti Johor (RM5.96 juta), Sabah
(RM2.9 juta) dan Negeri Sembilan (RM1.82 juta).
12.
Jun 2012, Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), telah
memberi manfaat kepada 112 635 warga peneroka yag menerima dividen tunai
setiap tahun daripada dana amanah yg ditubuh kerajaan untuk warga
peneroka berdasarkan harga tawaran awam permulaan (IPO) RM 4.55 sesaham
bernilai RM 3.4 billion.
Apa pula yang terjadi pada
Koperasi KOHILAL pas yg rugi RM45 juta dan terus bungkus? Ladang rakyat
yang bagi kat orang luar? Tabung Memali? Tabung Milo? Err..apa lagi yang
diorang pernah buat atau rancang dari segi ekonomi rakyat selain jual
aset seperti jual aset Yayasan Selangor termasuk institusi pendidikan
eh? Bergantung sangat dengan Penasihat Ekonomi murahan dan kaki auta... Errk...