Sunday, July 10, 2011

ANDAI SEMUA INI TURUN KE JALANAN...






10 jULAI 2011, Gambar-gambar sekitar Majlis Penerangan Perdana oleh PM dan SAC Dr. Abdul Rahman Ismail Bahagian Penyelidikan Bukit Aman untuk menerangkan 4 isu semasa yang melanda negara, iaitu isu Teoh Beng Hock, isu Altantuya, isu Kristianisi dan Isu Bersih 2.0.

Pada 9 Julai, Sidang turut turun ke KL sebagai pemerhati dan ingin mengambil kesempatan berterima kasih kepada pihak berkuasa atas kecekapan dan ketegasan mereka. Bayangkan dengan sekatan yang meluas mereka yg berkampung dari awal boleh berkumpul sektar 6000. Jika benar 300 000 berjaya dicapai, sudah pasti KL akan senasib dengan Thailand dan Timur Tengah. Layanan polis kepada penunjuk perasaan sehingga menyediakan makanan buffet juga sewajarnya tahanan tidak melabel sebagai zalim dan sebagainya KLIK Gerakan Timur


Sidang juga sedih melihat warga emas, muslimah seagama sidang diheret. Dialek percakapan rata-rata dari Kelantan, Terengganu, Kedah dan lain-lain. Sehingga ada yang meninggal dunia. Takziah dan Al-Fatihah. KLIK.


Ironinya, manakah kelibat juak-juak DAP seperti Karpal Singh, Lim Guan Eng, Theresa Kok, Ronnie Liu, Nga Kor Ming dan lain-lain ketika warga emas ini bergolok bergadai untuk kepentingan mereka. Sedarlah saudara-saudara ku..


Tahniah kepada DS Najib kerana menangani kelakuan puak-puak ini. Kembali kepada gambar di atas, DS boleh sahaja mengerahkan semua wakil UMNO dan 70 NGOs seperti pihak bekas tentera, persatuan silat, pengakap, pertubuhan Islam, Melayu dan lain-lain untuk mengerah pengikut masing-masing berlawan. Namun, beliau bijak mengawal pengikutnya agar tidak termakan provokasi DAP yang jika terlena sudah pasti menyaksikan pertembungan sesama Islam. Semoga insiden ini menjadi iktibar pada kita semua.

No comments:

Post a Comment