Sunday, July 24, 2011

KONSERT MTV DI I-CITY SHAH ALAM


Dimanakah Dominannya PAS dalam Pimpinan Pakatan Rakyat?

Seperti isu Kilang Arak yang masih tidak ditutup-tutup dengan lesen premis yang terus berjalan, ditambah lagi dengan peningkatan mendadak pusat hiburan, rumah urut 6 kali ganda dari 600 hingga 4000 dalam tempoh 2 tahun PR memerintah (sila datang ke Selangor dan saksikan sendiri hal ini) KLIK soal menuding jari pada kerajaan BN yang telah mereka tewaskan dimainkan kembali. Ikuti penjelasan Dr. Khir dalam isu pesta beberapa konsert berterusan di I- City KLIK Bandaraya Terancang, Islam dan Melayu Shah Alam yang diasaskan BN hanya tinggal sejarah. Untuk rekod, satu pub, rumah urut unisex atau panggung wayang pun tidak dibenarkan di Shah Alam semasa era BN.

Kuasa sudah ditangan mereka, janji manis Baldatun Toyyibah Wa Rabbun Ghafur yang dijaja dikalangan orang kampung kini ternyata retorik belaka.

SHAH ALAM, 20 Julai 2011: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata penganjuran konsert MTV World Stage Live di I-City pada 24 Julai ini tetap diteruskan walaupun menerima bantahan daripada penduduk.

Namun Abdul Khalid menegaskan pihak penganjur perlu mematuhi garis panduan yang ketat termasuklah tidak membenarkan sebarang penjualan dan penggunaan alkohol dan rokok sepanjang konsert berlangsung.

“Kita merasakan aktiviti yang menarik di negeri ini kita akan galakkan, tetapi mesti dengan tertib serta sesuai dengan imej Shah Alam.

“Dengan penganjuran konsert MTV ini menunjukkan Shah Alam mula dikenali diperingkat antarabangsa,” katanya.

Konsert MTV World Stage Live yang akan berlangsung di I-City Shah Alam, Ahad ini membabitkan artis-artis antarabangsa.

Antara artis yang mengesahkan penyertaan pada konsert itu ialah ’30 Second To Mars’ iaitu pemenang Band Rock Terbaik di MTV Europe Music Award 2010 dan band tempatan Pop Shuvit.


No comments:

Post a Comment